I Love You

Mister Mafia's Maid
Please Subscribe to read the full chapter

Seminggu berlalu dan keadaan di vila Dujun sudah berubah tenang. Tapi ketenangan di vila itu langsung tidak menenangkan hati Minha. Dia teringat akan Yongnam. Lelaki itu kini berada dalam tahanan di vila Yongguk. Yongguk belum menyerahkan abang kembarnya itu kepada pihak berkuasa kerana masih kekurangan bukti untuk membuat dakwaan jenayah terhadap lelaki itu. Satu-satunya bukti yang ada adalah kad memori dalam loket pemberian bapanya. Tapi Minha sendiri sebenarnya sudah terlupa di mana letaknya loket itu. Dia cuma menipu Yongnam bahawa loket itu berada di rumah lamanya sedangkan dia sendiri pun tidak begitu pasti adakah loket itu disana.

 

Dan suatu pagi Ahad, Minha sedang bersiap-siap untuk ke rumah lamanya bila Dujun tiba-tiba saja muncul di depan biliknya. Rasanya hari ini hari cutinya,buat apa pula majikannya itu datang ke sini?

 

"Hui..nak ke mana pakai lawa-lawa macam ni? Blind date?"tanya Dujun sambil memerhatikan maidnya yang sedang sibuk mengikat rambutnya dengan gaya ekor kuda.

 

"Yup, saya nak pergi blind date."selamba saja si maid menjawab tanpa memandang wajah kacak tuannya yang berdiri di tepi pintu.

 

Dujun sudah mengerutkan dahi. Blind date? Biar betul dia ni? Sejak bila pula dia senyap-senyap cari pengganti aku ni? Tak akanlah merajuk sebab aku tak lamar dia kut?,fikir lelaki itu sambil menggaru pipinya sendiri. Mukanya sudah mula cuak.

 

"Kalau begitu jom saya hantar awak pergi blind date tu. Saya nak tengok juga bagaimana rupanya."

 

"Tak payahlah tuan. Date saya tu tak ada rupa langsung."

 

"Hodoh sangat ke rupanya?"

 

"No komen. Memang langsung takda rupa..sebab saya date dengan angin je, angin manalah ada rupa tuan."

 

Dujun sudah menggigit bibir. Tak pasal aku jadi mangsa gurau bodoh dia..isshh. Kepalanya sudah digelengkan tanda pasrah. Haha. Dan sudah pastilah Minha mahu ketawa melihat reaksi tuannya itu tapi ketawanya hanya mampu ditahan. Takut pula lelaki kacak itu melenting bila dia diketawakan nanti.

 

"Ada je idea awak nak kenakan saya eh?"spontan penyepit ketam Dujun singgah di pipi kanan Minha. Geram!

 

"Ampun tuan ampun! Janji tak buat lagi hari ni.."rayu Minha bila pipinya dicubit agak kuat oleh lelaki di depannya. Terkekeh-kekeh lelaki itu ketawa melihat gelagat Minha.

 

"Yelah. By the way, awak nak ke mana sebenarnya ni? Mind to tell?"

 

Minha mengusap pipinya yang sakit akibat dicubit Dujun. Aduh...boleh tahan kuat juga jari dia ni cubit..

 

"Saya nak jenguk rumah lama saya je.. Nak tengok macam-mana keadaannya sekarang."

 

"Oh.. Nak ikuuuutt,"

 

What the.. What's wrong with this guy? Buat-buat comel depan aku? Buang tebiat nak mati ke apa,omel Minha dalam hati. Pelik kerana tiba-tiba saja tuannya itu memuncungkan bibir di depannya tadi. Ta ta tapi...dia nampak comel bila buat macam tuuuuuuuuu

 

"O...key.. Cepatlah tukar baju. Takkanlah tuan nak pergi dengan pakai pijama macam tu?"tegur Minha dengan sengihan. Sekarang baru dia perasan lelaki itu belum mandi. Patutlah bau macam ros layu... Dujun pun apa lagi, cepat-cepat berlari ke biliknya untuk mandi. Sambil mandi hatinya asyik menjerit; 'Yeay dapat keluar berdua dengan dia!'. Yelah,sekali sekala keluar berdua dengan maid kesayangan pun okey juga.. Apa-apa sajalah Dujun.

 

 

Junhyung sudah mengerutkan dahi. Ikan kering yang mahu dibelinya turut menjadi pilihan seseorang yang juga sedang memegang ikan itu dengan sebelah tangannya..dengan kata lain menjadi rebutan! Ish,siapa je yang nak rebut ikan kering pilihan aku ni?

 

"Eh..Kyungri?"

 

"Junhyung? Tak sangka pula boleh jumpa awak kat tempat macam ni."

 

"Ah ya..sini kan pasar.. Hmm,awak pun minat makan ikan kering jugak ya?"tanya lelaki itu. Sejujurnya dia masih terkejut kerana dapat bertemu pula dengan gadis itu di pasar. Tapi dalam banyak tempat kenapa di pasar juga mereka bertemu? Tak releven langsung..

 

Kyungri sudah tersipu-sipu."Sebenarnya ikan kering ni tuan saya yang minta saya belikan. Dia nak tukang masak kami masakkan kari ikan kering untuk dia. Awak pula macam mana? Awak nak beli ikan kering ni juga ya?"

 

"Err..sebenarnya saya saja je belek-belek ikan kering ni tadi sebab nak tahu bagaimana ikan boleh dikeringkan sampai jadi kering macam ni..ahaha"selamba saja lelaki itu mengkelentong Kyungri padahal hakikat sebenarnya dia memang mahu membeli ikan kering itu kerana dia suka memakannya. Lol.

 

"Ah..yeke? Jadi saya boleh ambillah ikan kering ni?"

 

Junhyung menganggukkan kepala."Ya,silakan. Jangan malu jangan segan,"ucapnya dengan senyuman padahal dalam hati sudah menangis kerana ikan kering yang cuma tinggal satu itu sudah menjadi milik Kyungri. Ah, tidak apalah. Lain kali dia boleh membeli lagi ikan kering itu.

 

Selepas selesai membeli barang,Kyungri memberanikan diri mengajak Junhyung menonton wayang di pawagam berhampiran..dengan alasan dia punya dua tiket wayang percuma yang belum lagi ditebus. Dan tanpa dia sangka lelaki itu bersetuju! Hmm, pelik juga. Kenapa mamat kool ini tak menolak ya..? Mungkin dia tidak mahu dicop sombong kot. Ah,apa-apa sajalah,fikir Kyungri sambil melangkah ke pawagam diikuti Junhyung.

 

Selesai saja membeli minuman dan bertih jagung,kedua mereka masuk ke dalam pawagam dan duduk di tempat duduk mereka. Tempat duduk mereka berada nun jauh di atas,betul-betul di bawah pendingin hawa. Kyungri yang hanya memakai blaus tidak berlengan sudah menggigil kesejukan. Kedua belah telapak tangannya asyik digosok supaya panas dan hangat. Junhyung di sebelah tidak perasan akan kelakuan gadis itu kerana sedang kusyuk menonton filem yang ditayangkan. Tak sangka best pula filem seram ni. Muahahah. Kemudian dia terpandangkan Kyungri saat dia mahu mengambil minuman yang diletakkan di pemegang kerusi.

 

"Nah,pakai ni."ucap lelaki itu perlahan sambil memberikan jaketnya kepada Kyungri. Kesian pula dia melihat hidung gadis itu yang sudah berair gara-gara kesejukkan.

 

"Ah, terima kasih.. Susahkan awak saja."Kyungri bersuara perlahan dengan pipi yang merona merah menahan segan. Silap dia juga kerana memakai blaus tidak berlengan tadi.

 

Junhyung hanya tersenyum sahaja lalu membalas,"Tak ada apalah.. Dah jadi tugas seorang lelaki untuk melindungi perempuan. Itu prinsip keluarga saya."

 

Omo..kool gila prinsip keluarga dia! Patutlah dia ada aura gentleman semacam je. Saja nak buat aku semakin jatuh hati pada dia..bisik hati kecil gadis itu sambil matanya difokuskan kembali kepada filem di skrin.

 

Seketika kemudian, bila Kyungri mahupun Junhyung sedang asyik menonton filem di skrin, tiba-tiba saja muncul babak zombie memakan otak manusia dengan cara yang begitu kejam sekali..badan manusia itu dirobek-robek dan dicincang-cincang sehingga hancur sebelum otaknya dimakan. Kyungri yang menonton sudah mahu termuntah sambil cuba menutup kelopak matanya. Apasal kejam sangat zombie tu? Hahah..namapun filem seram, kenalah kejam. 

 

Junhyung disebelah sudah tergelak kecil melihat kelakuan gadis disebelahnya yang sedang sibuk memejam rapat matanya sambil kedua tangannya menutup kedua belah telinga, kononnya kerana tidak mahu mendengar mahupun melihat babak ngeri yang masih belum habis itu. Ceh,bukan main takut pulak dia padahal tadi beria-ria ajak aku tengok cerita ni dengan dia..pfft.

 

"Takut?"tanya Junhyung bila Kyungri sudah membuka mata. Itupun kerana babak ngeri tadi sudah tamat.

 

"Sikit..?"

 

"Tak payah takut..saya kan ada kat sebelah awak ni. Saya akan temani awak sampai filem ni habis."ujar lelaki itu dengan senyuman sambil menggenggam tangan kiri Kyungri. Sebenarnya ayat itu punya maksud tersirat.. Iaitu `saya suka awak. Saya nak lindungi awak..jadi boleh tak awak jadi peneman hidup saya sampai ke akhir hayat?´..entah Kyungri faham ke tidak ayat tersirat lelaki itu? Harap dia fahamlah.

 

Yeah,ayat itu kedengaran tersangat sweet bagi Kyungri sampai melompat-lompat dia dalam hati. Tapi walau bagaimana sweet pun ayat lelaki itu,dia terpaksa juga duduk di situ dan menonton filem seram itu sampai habis..huwaaaa! Tak nak tengok adegan seram yang macam tadi..nak muntah!

 

Memang sah Kyungri tak faham. Bhahaha.

 

 

Dujun memerhatikan keadaan disekitar sebuah rumah berwarna hijau muda di depannya. Minha disebelahnya sudah menggaru kepala bila melihat sebuah papan pemberitahuan yang diikatkan di depan pintu pagar rumah itu.

 

NOTIS PEMBERITAHUAN : RUMAH INI TELAH DISITA DAN MENJADI HAK MILIK KERAJAAN.

 

"Ah..pasti rumah ni disita sebab hutang rumah yang belum habis dibayar lagi.."ujar Minha perlahan. Seingatnya, dia pernah terdengar dari mamanya bahawa hutang rumah mereka masih belum dilunaskan. Berapa jumlahnya, Minha sendiri tidak pernah tahu. Mungkin agak banyak memandangkan rumah milik mereka itu agak besar dan mewah..

 

"Nak masuk ke?"

 

"Nak..saya nak tengok isi dalam rumah ni...tapi pintu pagar pulak berkunci. Hmm, tak apalah."

 

Dujun dengan gaya tangan disilang memerhatikan maidnya yang sedang melangkah laju ke keretanya. Dia menggelengkan kepalanya perlahan sambil mengeluarkan sepucuk pistol dari dalam jaket kulitnya. Lelaki itu kmudiannya berdiri di depan pintu pagar sambil membelek-belek kunci mangga pada pintu pagar itu. "Hmm..ni kunci mangga tak berkualiti ni. Ringan pelik je rasa. Memang sesuai dibuat hiasan,"bebel Dujun sendirian. Dia kemudiannya mengeluarkan pula sepasang kaca mata hitam dari poket di dada jaket dan memakainya sebelum menembak kunci mangga itu dengan pistolnya sehinggalah kunci mangga itu terlerai dari hancur. Perggh..bukan main bergaya kau Dujun padahal nak tembak kunci mangga je.

 

Minha yang baru saja hendak masuk ke dalam kereta sudah cuak mendengar bunyi tembakan. Jangan cakap yang ada musuh tuan pula disekitar sini?,fikirnya sambil meninjau ke arah pintu pagar rumah lamanya. Serta-merta dahinya berkerut.

 

"Kenapa tuan tembak kunci mangga tu pulak? Kalau kita kena tuduh menceroboh nanti macam mana?"soalnya pelik. Dia memerhatikan saja lelaki itu meniup asap yang keluar dari muncung pistolnya lalu menyimpannya kembali ke dalam jaket.

 

"Alang-alang dah sampai sini kita ceroboh masuk sajalah.. Jom."

 

Minha sudah menggelengkan kepala. Ah,apa-apa sajalah tuan. Dia pun mengikut langkah Dujun masuk ke rumah lamanya itu.

 

"Hmm..perabot dalam rumah awak ni masih ada. Saya ingatkan rumah ni dah dikosongkan."komen Dujun perlahan sambil berdiri di hadapan sebuah almari yang penuh dengan bingkai gambar keluarga. Diambil satu bingkai gambar itu lalu direnungnya penuh minat. Rupanya gambar dalam bingkai itu adalah gambar keluarga Minha.

 

Minha membiarkan saja tuannya yang sedang sibuk membelek-belek gambar di ruang tamu. Dia menaiki tangga untuk ke biliknya di tingkat atas. Ternyata biliknya masih lagi sama. Ah..sungguh dia rindukan saat di mana setiap malam mamanya menyikat rambutnya sambil bergosip sakan. Alah,gosip pasal jiran-jiran saja. Kalau tidak pasal jiran mereka bergosip pasal artis. muahaha.

 

"Semua tu dah jadi kenangan..hmm..."Minha bermonolog sendirian sambil menyeka air mata yang sudah mula jatuh. Eii Minha,kau tak boleh menangis! Kau kena ingat yang kau datang sini bukan untuk menangis tapi untuk cari loket tu! Serta-merta gadis itu menepuk dahinya sendiri. Sungguh dia lupa pula akan tujuan utamanya dia ke sini. Cepat-cepat dia mengeledah biliknya untuk mencari loket itu.

 

Dujun yang baru tersedar Minha tiada disekitarnya sudah meraup muka. Ke mana pulak maid aku ni pergi? Pantas kakinya dihayun laju ke arah bilik-bilik yang ada. Selang beberapa minit kemudian dia terjumpa Minha di sebuah bilik di tingkat atas, sedang sibuk mencari sesuatu.

 

"Awak cari apa?"

 

"Eh tuan! Emm saya cari loket pemberian papa saya.."

 

"Loket?"ulang lelaki itu dengan sebelah keningnya terangkat.

 

"Ya. Loket tu berbentuk hati berwarna biru muda,"balas Minha sambil tangannya ligat menyelongkar laci-laci yang ada. Macam mana kalau loket itu tiada disini? Susahlah nak hadapkan penculiknya ke mahkamah nanti tanpa kad memori dalam loket itu sebagai bukti.

 

Dujun mengumam perlahan sebelum bersuara,"Maksud awak, loket ini?"

 

Minha berpaling ke arah tuannya lalu terpandang akan rantai perak dengan loket sama seperti yang dikatakannya tadi dalam pegangan lelaki itu.

 

"Inilah loketnya! Tuan jumpa loket ini dekat mana? Puas saya cari tadi tapi tak jumpa-jumpa."

 

Dujun memerhatikan Minha yang sedang membelek-belek loket berbentuk hati itu. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu melepaskannya.

 

"Ma

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tq sbb sudi support ff ni smpai tamat cx

Comments

You must be logged in to comment
tripletsmonsta #1
Kenapa bunny killer. Lawak betul. Kalau sebut banyak kali jadi bunny giler
Amywussi #2
Chapter 10: Wahh bestla cerite you...funny !!
xoxogirl2 #3
Wah mcm seronok je
misz_dina #4
Chapter 27: Alala,sweet ending dye. ^_^
inaequanimous
#5
Chapter 26: Happy ending tahniah okno mohon sequel dia dpt anak /slapped
_fs_abby
#6
Chapter 27: *rengek ke tak* satu, sebab ceta nii dh abis tpi author buat sequel. tak jadi rengeek XD hehehehe ! hwaiting!
amani123
#7
Yeah cerita author memang daebak hehehhe author semoga dpt jumpa lagi author
trisyia_shin
#8
Chapter 27: Ala....lepas ni tak tau nak subscribe citer mana sebab dah habis.
bestnyer... buat citer best2 tau
nanti pandai2lah aku subscribe citer kau.
tahniah sebab dah habiskan iter kau
tak henti sengih dowh aku...isk isk...
Limitless_
#9
Chapter 25: Hak hak hak xD Yongguk ngek xD Ade ke boleh berlakon.. Tak pasal-pasal kene headlock ngn Dujun xD Dujun melamar Minha >< Terima Minha !! xD
_fs_abby
#10
Chapter 25: *buatmukasepuluhsen* kasi lah sequel~~~~ cerita nii comeei lah, minha tak jawab lagi pertnyaan dujun daaan belum ada kisah tentang anak2 minjun xD