Real Truth

Mister Mafia's Maid
Please Subscribe to read the full chapter

Doktor Lee menghembus nafasnya keras. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Kemudian datang Puan Li dan Beast Master menemuinya di depan kamar Dujun.

"Macam mana keadaan tuan?"

"Saya hanya boleh katakan yang tuan perlu berehat lama. Luka tikaman dia agak dalam jadi ambil masa sikit untuk dia sembuh."

"Bos.."tiba-tiba Dongwoon menangis mengenangkan bosnya yang masih tidak sedarkan diri gara-gara diserang lelaki misteri. Yang paling teruk,Minha hilang bersama lelaki itu dan mereka tidak sempat membantu bos dan maidnya itu...

Junhyung menumbuk dinding. "Uggh..semua ni salah kita! Kalau kita tak leka dengan makan malam mesti semua ni tak akan terjadi.."

Yang lain senyap saja. Ada benar juga kata-kata Junhyung. Mereka leka makan..Minhyuk dan Hyungsik yang sepatutnya menjaga pintu pagar pula pulang ke kampung menyebabkan tahap keselamatan vila berubah lemah. Tidak hairanlah lelaki misteri itu boleh menceroboh masuk ke dalam kawasan vila dengan begitu senang.

"Sabar Junhyung.. Bukan salah kita sepenuhnya. Kau lupa ke kita semua pengsan gara-gara terhidu bau gas yang keluar dari laluan udara vila? Kalau kita tak pengsan mesti kita dah boleh tangkap siapa yang buat semua ni."

Ah..yelah.. Junhyung menepuk dahi. Dia benar-benar terlupa akan hal dimana mereka semua pengsan di dapur tadi.

"Tapi..siapa yang bijak sangat buat pelan macam ni? Dan siapa yang sanggup tikam bos serta larikan Minha?"soal Yoseob.

Junhyung mengetap bibir."Ini semua mesti kerja abang kembar Yongguk.."

Puan Li mengerutkan dahi. Setahunya lelaki itu amat baik,dia hanya menguruskan syarikat milik keluarganya saja dan tidak pernah bercampur dengan geng mafia seperti Yongguk.

"Yongnam? Tapi kenapa?"

"Saya tak pasti.. Tapi memang dialah satu-satunya dalang disebalik semua ni. Yang masa Minha dicederakan beberapa bulan lepas tu pun dia punya angkara,"

Ahli Beast Master yang lain hanya mendengar. Sebenarnya mereka sedang ligat memikirkan cara untuk menyelamatkan Minha..tapi.. Mampukah mereka? Tiada satu petunjuk pun yang mereka jumpa jadi bagaimana mereka mahu mencari gadis itu?

******

Keesokkan paginya, Hyejeong bertandang ke vila Dujun dengan penuh gembira..kononnya untuk membincangkan projek memikat Yongguk. Tapi lain pula jadinya bila Puan Li memaklumkan kepada gadis itu tentang keadaan Dujun yang masih cedera parah dan tidak sedarkan diri. Terus sedih gadis itu dibuatnya.

Selepas Hyejeong melangkah masuk ke kamar sahabatnya,dia duduk di birai katil dengan nafas yang berat. Wajah Dujun yang masih tidak sedarkan diri direnung penuh simpati. Lelaki itu tidak bergerak,hanya terbaring kaku dengan tiup oksigen di hidungnya. Wajah dan bibirnya pucat.

"Dujun,kenapa kau boleh tercedera sampai macam ni sekali? Kau kena bangun...aku tak nak kehilangan kawan yang paling baik pernah aku ada.."ujar Hyejeong sambil merenung wajah lelaki di depannya. Matanya tiba-tiba basah dengan air mata. Dia sedih sebenarnya melihat lelaki yang kuat dan penuh dengan aura mafia itu terbaring umpama mayat.

Di luar vila pula, Yongguk tiba dengan wajah penuh serius. Dia datang setelah Yoseob menelefon talian vila Yongguk,memaklumkan mengenai keadaan tuannya yang cedera parah. Kedatangannya disambut oleh Junhyung. Terus lelaki itu membawa Yongguk ke bilik tuannya.

"Macam mana ini semua boleh terjadi?"soal Yongguk yang nampaknya tidak boleh menerima hakikat yang ketua klan Shadow Triad a.k.a kawan baiknya itu boleh tercedera di kawasan vilanya sendiri. Setahu Yongguk,tahap keselamatan vila sahabatnya itu tersangatlah ketat..malah lagi ketat dari vilanya sendiri. Jadi dia pelik bagaimana Dujun boleh cedera parah diserang.

Junhyung menghela nafas. "Kami cuma boleh katakan yang semua ini dirancang, Tuan Yongguk. Kami sendiri pun tidak ingin perkara sebegini terjadi.."

'Hmm.. Nampaknya dia dah rancang semuanya dari awal dengan sempurna.. Dia juga dah ambil langkah drastik dengan menikam Dujun semata-mata untuk larikan Minha. Tapi kenapa Minha? Apa yang dia cari pada perempuan tu? Jangan-jangan kes bunuh ahli keluarga Minha yang Dujun cerita kat aku tu pun dia punya angkara jugak..'fikir Yongguk.

"Oh ya,Cik Hyejeong baru saja sampai tadi dan berada dalam bilik Tuan Dujun. Tuan Yongguk nak masuk ke dalam sekarang juga ke atau nak tunggu Cik Hyejeong keluar dulu?"

"Hyejeong ada kat sini? Mm..kejap lagi saya masuk. Awak boleh pergi sekarang."

Junhyung menundukkan badan tanda hormat lalu melangkah pergi dari situ seperti yang diminta Yongguk. Setelah lelaki itu pergi,Yongguk perlahan-lahan membuka pintu bilik Dujun dan mengintai ke dalam. Dia dapat melihat Hyejeong yang duduk disebelah kanan katil Dujun,sedang mengesat matanya. Barangkali baru lepas menangis.

Yongguk perlahan-lahan menapak masuk ke dalam bilik sahabatnya itu. Hyejeong sendiri langsung tidak sedar kehadiran lelaki itu yang berdiri hanya beberapa sentimeter darinya.

"Bangunlah Dujun..Bangun sebagai kawan. Kau dah janji nak tolong aku pikat Yongguk balik..kan?"

Yongguk tersentak.

'What? Hyejeong..nak pikat aku? Telinga aku tersalah dengar ke?'bisik lelaki itu dalam hati sambil mengorek kedua-dua belah telinganya dengan jari kelingking kedua belah tangannya. Sungguh kurang sopan si Yongguk ni. Haha.

"Yongguk? Bila masa kau datang? Err... Kau..okey ke?"

Yongguk membuang pandang ke arah Hyejeong yang sudah berdiri di depannya. Berkerut-kerut dahi gadis itu tatkala melihat kelakuan Yongguk sekarang. Kenapa dia korek telinga? Tak senonoh betul!

"Baru je masuk.. Err..hai Hyejeong.. Aku okey,betul. Tapi kau okey ke?"

"Aku? Mestilah okey..kau ingat aku cenggeng sangat ke sampai nak menangis bagai bila tengok keadaan Dujun ni? Tak mungkinlah.."

"Jangan nak tipulah. Tadi aku nampak kau menangis. Tak payahlah nak segan-segan menangis.. Kau tu perempuan jadi tak peliklah kalau kau menangis pun kan.."jawab Yongguk sambil merenung muka Hyejeong. Matanya merah dan bengkak.

Hyejeong memalingkan muka ke arah lain sambil menahan air matanya. Dia malu sebenarnya. Selama dia berkawan dengan Yongguk jarang sekali dia menunjukkan air matanya depan lelaki itu.

"Kau ni degillah.. Meh sini!"

Dengan sekelip mata,Hyejeong sudah berada di dalam pelukan Yongguk. Hyejeong terkaku sehingga tidak bergerak. Dirasakan mahu pecah jantungnya bila dipeluk lelaki itu.

"Ap-apa kau buat ni?"tergagap-gagap si gadis bertanya sambil cuba melepaskan pelukan Yongguk.

"Tenangkan kaulah. Dan boleh tak kau diam sekejap? Bunyi bising yang kau buat ni boleh mengganggu proses penyembuhan badan kawan kita

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tq sbb sudi support ff ni smpai tamat cx

Comments

You must be logged in to comment
tripletsmonsta #1
Kenapa bunny killer. Lawak betul. Kalau sebut banyak kali jadi bunny giler
Amywussi #2
Chapter 10: Wahh bestla cerite you...funny !!
xoxogirl2 #3
Wah mcm seronok je
misz_dina #4
Chapter 27: Alala,sweet ending dye. ^_^
inaequanimous
#5
Chapter 26: Happy ending tahniah okno mohon sequel dia dpt anak /slapped
_fs_abby
#6
Chapter 27: *rengek ke tak* satu, sebab ceta nii dh abis tpi author buat sequel. tak jadi rengeek XD hehehehe ! hwaiting!
amani123
#7
Yeah cerita author memang daebak hehehhe author semoga dpt jumpa lagi author
trisyia_shin
#8
Chapter 27: Ala....lepas ni tak tau nak subscribe citer mana sebab dah habis.
bestnyer... buat citer best2 tau
nanti pandai2lah aku subscribe citer kau.
tahniah sebab dah habiskan iter kau
tak henti sengih dowh aku...isk isk...
Limitless_
#9
Chapter 25: Hak hak hak xD Yongguk ngek xD Ade ke boleh berlakon.. Tak pasal-pasal kene headlock ngn Dujun xD Dujun melamar Minha >< Terima Minha !! xD
_fs_abby
#10
Chapter 25: *buatmukasepuluhsen* kasi lah sequel~~~~ cerita nii comeei lah, minha tak jawab lagi pertnyaan dujun daaan belum ada kisah tentang anak2 minjun xD