Cruel Moment

Mister Mafia's Maid
Please Subscribe to read the full chapter

Malam itu Beast Master sibuk berlari-lari di sekitar hutan berdekatan vila tuan mereka. Mereka berbuat demikian bukan kerana mereka berlatih untuk memasuki apa-apa pertandingan lumba lari tetapi kerana mengejar sekumpulan manusia berpakaian ninja serba hitam yang tiba-tiba muncul di vila. Apa tujuan manusia-manusia tersebut datang ke vila Dujun?

 

"Junhyung,kau ada kat mana sekarang?"kedengaran suara Gikwang bercakap melalui alat komunikasi yang dipakai di telinganya sambil kakinya terus berlari merentasi kawasan hutan mengejar salah seorang ahli kumpulan ninja itu.

 

"Aku ada kat kawasan utara hutan ni. Masih mengejar ninja-ninja tadi."jawab Junhyung yang juga sedang berlari di sekitar hutan dengan membawa sebilah pedang bersarung. 

 

Dalam kesibukan Junhyung berlari mengejar ninja-ninja tersebut,kepalanya sempat memikirkan beberapa kemungkinan yang membawa kepada kehadiran ninja-ninja tersebut ke vila bosnya. Kalau tak silap,ahli Bunny Killer iaitu orang-orang kanan Bang Yongguk merangkap ketua klan Light Fang itu dikenali di dunia kongsi gelap sebagai ninja. Kalau betul ninja-ninja yang sedang dikejarnya sekarang adalah Bunny Killer, mengapa pula mereka tiba-tiba muncul di vila bosnya dan cuba untuk melarikan Minha? Apa agenda mereka untuk berbuat demikian?

 

Yoseob bersama Hyunseung pula berada di kawasan timur hutan. Mereka berhenti berlari setelah ninja yang mereka kejar hilang dari pandangan mata mereka. Begitu juga dengan ahli Beast Master yang lain. Setelah puas memeriksa sekitar hutan dan yakin ninja-ninja tersebut sudah tiada, Beast Master pun cepat-cepat kembali ke vila Dujun.

 

Di vila, Dujun tidak senang duduk. Dia kini mundar-mandir di luar bilik Minha, menunggu Doktor Lee selesai merawat maid-nya itu. Dia sebenarnya baru sahaja pulang dari kerja apabila Puan Li memaklumkan dia tentang perkara yang menimpa maid-nya. Kata Puan Li,Minha keluar sebentar bersamanya untuk membuang sampah dan tiba-tiba sahaja sekumpulan lelaki berpakaian ninja serba hitam muncul dan cuba untuk melarikan Minha. Puan Li yang memang mahir berlawan bertarung dengan dua daripada lima ninja tersebut dan tidak sempat untuk melindungi Minha. Tapi mujurlah Beast Master secara tiba-tiba muncul ketika ninja yang selebihnya sibuk melarikan gadis itu. Walaupun ninja-ninja tersebut tidak berjaya melarikan Minha, tapi gadis itu sempat dicedarakan.

 

"Tuan.."tegur Doktor Lee yang tiba-tiba menghulurkan mukanya disebalik pintu bilik. Dujun berpaling ke arah pintu. Dia segera masuk ke bilik selepas doktor tersebut menunjukkan isyarat tangan menyuruhnya masuk.

 

"Macam mana dengan maid saya,doktor?"

 

Doktor Lee berdiri di sebelah Dujun dengan muka yang agak serius. "Seperti yang kita lihat,dia cedera di lengan so tadi saya dah balut lengan dia yang dikelar tu. Tapi mujurlah kelaran tersebut tidak begitu dalam. Dalam dua minggu lengan dia akan okey balik. Kepala dia pulak..saya agak ia dihentak dengan agak kuat. Mungkin dihentak dengan benda-benda tumpul macam batu tapi tak mendatangkan kecederaan yang serius. Buat masa ni,biarkan saja dia berehat. Mungkin dalam beberapa jam lagi dia akan sedarkan diri sebab sekarang dia masih lagi pengsan dibawah pengaruh anastasia. Jadi tuan janganlah risau sangat ya?"

 

Dujun menganggukkan kepala saja mendengar penerangan doktor peribadinya itu. Matanya difokuskan kearah wajah maidnya yang terlantar kaku di katil dengan kepala dan lengan berbalut.

 

"Doktor, saya nak tanya satu benda.."

 

"Apa dia tuan?"ucap Doktor Lee sambil memandang ke arah tuannya. Serius betul riak muka dia..apa yang dia nak tanya aku ni?fikir doktor itu. Dalam kepalanya sudah disiapkan pelbagai jenis jawapan yang mungkin sesuai untuk soalan yang akan ditanya tuannya itu.

 

Dujun dengan riak muka seriusnya memandang doktor peribadinya itu sambil berkata,"Anastasia tu apa?". Sungguh lelaki itu lansung tidak memahami apa maksud anastasia. Mungkin ia sejenis istilah perubatan yang tidak pernah diketahuinya. Almaklumlah..dulu semasa belajar di sekolah tinggi gred subjek sainsnya selalu saja rendah..bukan rendah,langsung tiada nilai iaitu F! Haha. Tapi mujurlah dia lebih bijak dalam subjek-subjek lain yang tidak berkaitan dengan sains jadi tak adalah rosak sangat reputasinya sebagai ahli keluarga Yoon. Lol.

 

Doktor Lee menepuk dahi. Alahai aku ingat dia nak tanya apa tadi..bisik hati kecilnya.

 

"Anastasia tu sejenis dadah yang kebiasaannya digunakan oleh doktor di hospital ketika pembedahan. Tujuannya untuk meletakkan pesakit yang akan dibedah dalam keadaan tidak sedar,tuan. Tuan ni..suka sangat buat saspen. Saya ingat tuan nak tanya pasal apa tadi."

 

"Saya tanya sebab tak tahu. Orang selalu cakap, malu bertanya sesat jalan. Lagipun, saya bebal sikit bab-bab macam ni. Takpelah Doktor Lee,awak boleh keluar sekarang. Nanti kalau ada yang tak kena dengan Minha ni saya panggil awak balik."

 

Doktor Lee tidak menjawab. Dia menundukkan badannya sedikit sebagai tanda hormat lalu terus keluar dari bilik meninggalkan tuannya itu dengan maidnya. Di luar bilik pula dia bertemu dengan sekumpulan lelaki-lelaki kacak. Siapa pulak budak-budak muda ni..dah macam model je,omel doktor itu.

 

"Tuan Dujun ada di dalam?"tanya salah seorang dari lelaki-lelaki itu kepada Doktor Lee.

 

"Ada..kamu semua ni siapa?"soal Doktor Lee dengan dahi berkerut. Agak pelik melihat gaya lelaki-lelaki didepannya. Kesemua mereka memakai seluar jeans skinny dan jaket kulit,masing-masing berwarna hitam dan kasut kulit yang mereka pakai pun berwarna hitam.. Badboy betul gayanya.

 

"Kami..orang kanan tuan Dujun. You can call us Beast Master.. Minta diri dulu ya?"jawab Junhyung mewaklili Beast Master lalu bergerak ke arah pintu bilik Minha,membukanya dan terus masuk diikuti ahli-ahli Beast Master yang lain. Terpinga-pinga pula Doktor Lee melihatnya.

 

Sebaik sahaja masuk ke bilik, Junhyung dan yang lain-lainnya dapat melihat dengan jelas kelibat bos mereka yang sedang berdiri di sebelah katil sambil memerhatikan maid-nya. Sekali pandang pun dah tahu betapa risaunya bos mereka itu terhadap Minha. Memang sah bosnya itu sudah jatuh hati pada maid-nya.

 

"Bos..maafkan kami sebab tak berjaya tangkap ninja-ninja yang cuba larikan Minha."ucap Gikwang. Wajahnya tunduk memandang lantai,takut-takut Dujun mengamuk. Lelaki itu..sekali dia mengamuk..satu vila boleh terbalik. Amboi,penuh hiperbola ayat aku..ekeke..bisik hati kecil Gikwang.

 

Dujun hanya menghela nafas. "Hmm..takpelah. Asalkan korang semua dengan Minha selamat.."

 

Berkerut-kerut dahi ahli Beast Master mendengarnya. Asalkan kami semua selamat? Wow..sejak bila bos jadi caring macam ni? Selalunya ayat dia berbunyi..

 

"Kenapa tak dapat tangkap? Korang nak kena potong gaji ke?"

 

Takpun..

 

"Apa guna kemahiran yang korang belajar kalau tak tangkap musuh?"

 

Uwahhhh..terharu siot bos yang selalu nampak menggerunkan ketika mereka gagal melaksanakan sesuatu tiba-tiba mengeluarkan ayat yang lembut macam tu.., Beast Master sudah terharu sesama mereka. Tiba-tiba mereka semua,kecuali Junhyung berpelukan sesama sendiri.

 

"Buang tebiat ke apa korang ni.."bebel Junhyung. Dia kurang..bukan kurang, langsung tidak gemarkan segala perbuatan yang boleh diklasifikasikan sebagai skinship. Dengan mak sendiri pun tak pernah peluk. Kekasih? Jangan kata kekasih..crush pun takdo aih. Tapi yang anehnya lelaki itu sangat sukakan kucing. Malah dirumahnya terdapat berbelas-belas ekor kucing pelbagai jenis. Lol. Apa jenis lelakilah Junhyung ni..gay ke?

 

Dongwoon menjeling Junhyung disebelahnya. "Orang yang takda perasaan macam hyung ni memang susah nak faham kami yang penuh dengan perasaan dan kasih sayang ni.."

 

Spontan satu jentikan singgah di dahi si maknae itu. Menjerit Dongwoon dibuatnya. Dia menjeling tajam ke arah Junhyung yang sedang tersenyum nakal kepadanya. "Padan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tq sbb sudi support ff ni smpai tamat cx

Comments

You must be logged in to comment
tripletsmonsta #1
Kenapa bunny killer. Lawak betul. Kalau sebut banyak kali jadi bunny giler
Amywussi #2
Chapter 10: Wahh bestla cerite you...funny !!
xoxogirl2 #3
Wah mcm seronok je
misz_dina #4
Chapter 27: Alala,sweet ending dye. ^_^
inaequanimous
#5
Chapter 26: Happy ending tahniah okno mohon sequel dia dpt anak /slapped
_fs_abby
#6
Chapter 27: *rengek ke tak* satu, sebab ceta nii dh abis tpi author buat sequel. tak jadi rengeek XD hehehehe ! hwaiting!
amani123
#7
Yeah cerita author memang daebak hehehhe author semoga dpt jumpa lagi author
trisyia_shin
#8
Chapter 27: Ala....lepas ni tak tau nak subscribe citer mana sebab dah habis.
bestnyer... buat citer best2 tau
nanti pandai2lah aku subscribe citer kau.
tahniah sebab dah habiskan iter kau
tak henti sengih dowh aku...isk isk...
Limitless_
#9
Chapter 25: Hak hak hak xD Yongguk ngek xD Ade ke boleh berlakon.. Tak pasal-pasal kene headlock ngn Dujun xD Dujun melamar Minha >< Terima Minha !! xD
_fs_abby
#10
Chapter 25: *buatmukasepuluhsen* kasi lah sequel~~~~ cerita nii comeei lah, minha tak jawab lagi pertnyaan dujun daaan belum ada kisah tentang anak2 minjun xD