Mysterious Man

Mister Mafia's Maid
Please Subscribe to read the full chapter

Pagi ahad itu Puan Li dan Pakcik Seojin mengajak Minha ke bandar. Katanya untuk membeli sedikit barangan keperluan vila. Apa lagi, terus Minha yang baru sahaja bangun dari tidur bersetuju. Setelah selesai mandi dan bersiap-siap, Minha terus turun ke tingkat bawah, mencari-cari bayang tuannya tapi tiada pula. Walaupun hari ni hari cutinya tapi sebagai maid yang beretika dia perlu meminta izin dari tuannya itu untuk keluar. Takut pula kalau tidak diminta keizinannya takut si ketua mafia itu marah pula. Walaupun semenjak dua menjak ini Dujun hanya menunjukkan sikap baik tapi dia tetap risau kalau-kalau sifat kemafiaan yang sebenarnya keluar. Hissh seram!

 

Minha mengeluh. Ke mana pula perginya dia ni? Masa aku cari nilah tak jumpa.. Hmm,dia keluar dengan Beast Master kot..?,fikir Minha sambil berjalan-jalan sekitar vila. Setelah puas mencari tuannya,gadis itu terus berlari menuju ke pintu depan. Tuan ni memang sah takda kat rumah..elok aku pergi je. Beli barang ke kot..takkan lama punya. Lagipun hari ni memang hari cuti aku seperti yang termaktub dalam kontrak kerja so takpe kot kalau keluar tak bagitahu dia..fikir Minha lagi.

 

"Haa Minha, kamu ke mana je? Cepat masuk, kita dah nak pergi dah ni."ujar Pakcik Seojin yang sedang berdiri di sebelah keretanya. Puan Li sudahpun berada di tempat duduk depan. Minha tersengih. Dia pantas masuk ke tempat duduk belakang kereta.

 

"Oh ya Minha, kamu dah bagitahu tuan tak yang kamu akan keluar dengan kami ni?"tanya Puan Li sambil berpaling ke arah Minha di belakangnya.

 

Minha pantas menggeleng. "Saya dah cari tuan kat seluruh ceruk rumah tapi tak jumpa. Saya agak dia dah keluar ke mana-mana puan."

 

Puan Li mengangguk."Ya ke..hmm,takpelah kalau macam tu. Nanti balik awak beritahu dia eh."balas Puan Li. Minha mengangguk lagi sambil tersenyum. Namun beberapa saat kemudian muncul pula tuan mereka dari pintu pagar bersama Beast Master. Dujun yang ternampak pekerjanya pantas mendekati mereka.

 

"Hai semua...nak ke mana awal pagi macam ni?"tegur Dujun dengan ramahnya sambil tersenyum. Dia berdiri betul-betul di sebelah pintu kereta tempat duduk pemandu yakni Pakcik Seojin.

 

"Nak ke bandar beli barang keperluan vila. Tuan ni dari mana? Tadi si Minha cari tuan kat seluruh tempat tapi tak jumpa."tanya Pakcik Seojin pula.

 

Dujun tersengih. "Tadi saya keluar memburu rusa dengan Beast Master kat hutan sebelah. Kenapa Minha cari saya?"

 

Minha yang mendengar patah kata yang keluar dari mulut tuannya tiba-tiba berasa aneh dan juga kagum. Hebat..pergi memburu rusa bagai..dah macam putera raja zaman dulu pulak,fikir Minha. Dia memerhatikan tuannya yang sedang bercakap dengan Pakcik Seojin.

 

"Ni Minha nak mintak izin dari tuan untuk ikut kami keluar, sebab itu dia cari tuan tadi. Tuan bagi izin tak?"ujar Puan Li pula. Dujun terus terpandangkan maid-nya yang duduk di tempat duduk belakang. Oh,kat sini rupanya maid aku...bisik hati kecilnya. Dia berjalan ke pintu belakang kereta lalu mengetuk cermin tingkap pintu kereta dengan tangannya.

 

Minha memerhatikan kelakuan tuannya. Ada apa pulak ni..dia nak marah aku sebab aku tak minta keizinan dia ke?fikir Minha. Dia meminta Pakcik Seojin menurunkan cermin tingkap pintu kereta di sebelahnya.

 

"Awak pun ikut sekali Minha?"

 

Minha pantas mengangguk. "Kenapa tuan? Tuan tak bagi saya pergi ke?"soal Minha pula. Secara spontannya dia meramas-ramas jari jemarinya apabila tersedar ketua mafia itu sedang merenung tepat ke arahnya.

 

"Boleh saja awak ikut mereka tapi pergi dengan saya. Saya pun nak ke bandar juga sebenarnya ni. Puan Li dengan Pakcik Seojin tak kisahkan kalau saya bawa Minha ikut saya dengan naik kereta saya?"

 

Pakcik Seojin dan Puan Li tersengih. Tuan ni macam ada agenda tersembunyi je...fikir mereka serentak. Mereka menganggukkan kepala sambil memberi isyarat thumbs up kepada Dujun. Dujun tersengih. "Minha,cepat keluar. Awak naik kereta dengan saya."arah Dujun sambil membuka pintu kereta dan mempersilakan maid-nya itu keluar dari kereta Pakcik Seojin.

 

Minha hanya mampu mengeluh dalam hati tatkala mendengar arahan tuannya. Cepat-cepat dia keluar dari kereta tukang masak vila itu dan mengikut langkah tuannya ke arah sebuah garaj kereta bersebelahan vila. Dujun mengeluarkan satu alat kawalan jauh bersaiz tapak tangannya dan menekan butang pada alat kawalan jauh tersebut. Dengan pantasnya pintu garaj terbuka sendiri.

 

Wah..banyaknya kereta mewah..ada BMW,Ferrari, Bugati, Merchedes Benz..Lamborghini pun? Mak aih..kaya betul tuan aku ni...fikir Minha sambil matanya masih tertumpu ke arah kereta-kereta mewah yang berbaris cantik di dalam garaj tersebut. Dujun memerhatikan gadis itu sambil tersenyum.

 

"Hari ni awak nak guna kereta mana? Saya biar awak pilih je."ujar Dujun kepada Minha disebelahnya.

 

Minha membeliakkan mata. "Huh? Serius tuan suruh saya pilih? Tapi saya mana ada lesen memandu..so tak boleh la pandu kereta ni."

 

"Itu tak perlu risau..saya yang pandu. Awak cuma pilih je."

 

Ohoo..Minha sudah tersengih. Dia berjalan menyusuri barisan kereta-kereta mewah yang berada di sebelah kirinya sambil memerhatikan kereta mana yang sesuai untuk dibawa tuannya. Dujun mengikut langkahnya dari belakang. Secara tiba-tiba Minha berhenti di hadapan sebuah kereta berwarna hitam dengan dua garisan kuning diatasnya.

 

"Kereta ni okey tak tuan?"tanya Minha. Diperhatikan kereta di depannya. Sumpah kereta ni sebijik macam Bumblebee dalam filem Transformer. Cuma warna je hitam,omel Minha dalam hati. Dujun yang berada di belakangnya pantas berjalan ke sebelahnya.

 

Dujun memandang ke arah kereta yang gadis itu tunjukkan. Ni kereta favourite aku...bisik Dujun perlahan. Dia kemudiannya memanggil pemandunya yang berdiri di pintu garaj. Tak sampai beberapa saat pemandunya yang bernama Minhyuk itu muncul didepannya sambil membawa bekas kunci-kunci kereta yang dipegangnya.

 

"Tuan nak kunci kereta yang mana?"tanya Minhyuk kepada bosnya.

 

"Ker

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tq sbb sudi support ff ni smpai tamat cx

Comments

You must be logged in to comment
tripletsmonsta #1
Kenapa bunny killer. Lawak betul. Kalau sebut banyak kali jadi bunny giler
Amywussi #2
Chapter 10: Wahh bestla cerite you...funny !!
xoxogirl2 #3
Wah mcm seronok je
misz_dina #4
Chapter 27: Alala,sweet ending dye. ^_^
inaequanimous
#5
Chapter 26: Happy ending tahniah okno mohon sequel dia dpt anak /slapped
_fs_abby
#6
Chapter 27: *rengek ke tak* satu, sebab ceta nii dh abis tpi author buat sequel. tak jadi rengeek XD hehehehe ! hwaiting!
amani123
#7
Yeah cerita author memang daebak hehehhe author semoga dpt jumpa lagi author
trisyia_shin
#8
Chapter 27: Ala....lepas ni tak tau nak subscribe citer mana sebab dah habis.
bestnyer... buat citer best2 tau
nanti pandai2lah aku subscribe citer kau.
tahniah sebab dah habiskan iter kau
tak henti sengih dowh aku...isk isk...
Limitless_
#9
Chapter 25: Hak hak hak xD Yongguk ngek xD Ade ke boleh berlakon.. Tak pasal-pasal kene headlock ngn Dujun xD Dujun melamar Minha >< Terima Minha !! xD
_fs_abby
#10
Chapter 25: *buatmukasepuluhsen* kasi lah sequel~~~~ cerita nii comeei lah, minha tak jawab lagi pertnyaan dujun daaan belum ada kisah tentang anak2 minjun xD