First Day as A Maid

Mister Mafia's Maid
Please Subscribe to read the full chapter

Pagi itu hujan turun dengan lebatnya. Mahu saja Dujun tidur sampai tengahari tapi sebagai ketua,dia perlu menunjukkan teladan yang baik kepada para pekerjanya. Terpaksalah dia bangun dan membersihkan diri. Dalam kesibukkan mindanya sempat lagi memikirkan perihal Minha. Mesti dia sedang sibuk diajar oleh maid senior di vilanya itu.

 

Selepas selesai mandi dan bersiap-siap, Dujun turun ke ruang makan. Dari saat dia menuruni tangga dia sudah dapat melihat gerak geri seorang gadia beruniform maid serba putih sedang menyusun pinggan di meja makan. Aik, fesyen maid baru ke apa?bisik hati kecil Dujun.

 

"Selamat pagi tuan. Silakan duduk dan menjamu selera."Suara Puan Li, house keeper vila menjemput Dujun duduk di kerusi. Dan seperti biasa, Puan Li akan menghidangkan makanan buat Dujun.

 

"Puan Li,mana maid baru yang saya suruh puan beri tunjuk ajar semalam?"soal Dujun sambil menghirup kopinya.

 

"Minha ke? Dia ada di dapur,sedang membantu chef memasak. Kenapa tuan?"

 

Dujun mengelap bibirnya dengan sapu tangan. "Tolong panggilkan dia ke sini."

 

Puan Li mengangguk sambil berjalan ke dapur. Setibanya dia di dapur,dia memanggil Minha yang sedang membasuh pinggan. Minha segera pergi mendapatkannya.

 

"Ada apa panggil saya puan?"

 

"Tuan panggil awak ke meja makan sekarang."ujar Puan Li dengan senyuman.

 

Minha mengerutkan dahi,pelik dengan ayat yang keluar dari bibir Puan Li. Aku ada buat salah ke?,fikir Minha. Seram juga tiba-tiba dipanggil mafia. Entah-entah kejap lagi dia dibaling pisau dek Dujun. Walaupun berasa aneh tapi dia tetap juga pergi bertemu lelaki itu di meja makan.

 

"Tuan panggil saya?"tegur Minha. Dujun yang ketika itu sedang menikmati stik daging berpaling ke arah suara yang menegurnya. Dujun terpegun seketika melihat penampilan Minha. Rupanya dialah gadis berpakaian serba putih yang dilihatnya tadi. Tidak semena-menanya pisau yang dipegangnya terjatuh ke lantai.

 

Minha mengutip pisau tersebut dan meletakkannya di atas meja. Dia memerhatikan tuannya yang nampak seperti sedang bermimpi. Minha melambai-lambaikan tangannya di depan muka Dujun. Mengelamun ke mamat ni,omel Minha.

 

"Oh..sorry." Dujun meraup mukanya. Malu sebab Minha menjadi saksi dia mengelamun..bukan mengelamun sebenarnya. Ia lebih kepada kagum melihat kecantikan sesuatu.

 

"Ada apa tuan panggil saya?"

 

Dujun menghirup kopinya perlahan sambil memandang Minha. Minha kelihatan takut-takut untuk memandang ke arahnya. Mungkinkah sebab dia terlalu kacak untuk dipandang lama-lama ? Bhahah

 

"Awak dah tahu apa kerja awak kat sini?"soal Dujun. Dia berpeluk tubuh sambil matanya memerhatikan Minha.

 

"Erm... Puan Li cakap kerja saya kat sini sebagai Tweeny maid...?"balas Minha. Dia meramas-ramas jarinya sendiri. Walaupun soalan yang ditanya biasa saja tetapi bila yang bertanya itu seorang mafia soalan yang biasa pun jadi menakutkan.

 

Dujun mengangguk. Minha menarik nafas lega. Nasib baik aku jawab betul. Tapi ini bukan masanya untuk aku terus rasa lega..sobs

 

"Awak akan jadi Tweeny maid selama dua minggu. Selepas dua minggu,awak jadi maid peribadi saya. Jadi dalam masa dua minggu tu awak kena belajar jadi maid sampai mahir. Dan tiada sebarang bantahan. Faham?"

 

Ehh...?! Maid peribadi? Minha menggaru kepalanya. Boleh cepat mati kalau macam ni. Andainya sekali aku buat silap,tak pasal kena tembak dengan senapang gajah..huwaaaa!

 

 

Minha mengemas meja makan sambil dibantu Puan Li. Tuan baharunya itu audah keluar dari vila. Kata Puan Li, Dujun merupakan pemilik pelbagai jenis perniagaan yang beroperasi di bawah nama Yoon's Group. Seingat Minha, Yoon's Group adalah salah satu  kumpulan perniagaan paling berjaya di Korea. Tak sangka pula mafia seperti Dujun itu merupakan seorang chaebol. Mungkin orang tak tahu rupa sebenar tuannya itu.

 

Puan Li memerhatikan Minha yang sedang kusyuk mengelap meja makan. Jika diperhatikan betul-betul Minha tidak ubah sepertinya ketika dia mula-mula bekerja di vila ini 20 tahun lalu. Cantik dan digilai ramai pekerja di vila itu termasuklah pemilik vila tersebut. Tapi sayang hubungan cinta antara maid dan bos dilarang di vila ini. Kalau tidak mungkin sekarang dia sudah menjadi puan besar di vila itu. Okey perasan.

 

"Minha, dah siap kemas meja? Jom ikut saya ke dapur. Kita sarapan sama-sama."ajak Puan Li dengan senyuman. Bersinar-sinar matanya mendengar kata-kata Puan Li. Puan Li macam tahu-tahu je aku tengah lapar. Dia kemudiannya mengikut Puan Li ke dapur.

 

"Puan, saya nak tanya banyak benda tapi saya risau soalan saya tak terjawab nanti."

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tq sbb sudi support ff ni smpai tamat cx

Comments

You must be logged in to comment
tripletsmonsta #1
Kenapa bunny killer. Lawak betul. Kalau sebut banyak kali jadi bunny giler
Amywussi #2
Chapter 10: Wahh bestla cerite you...funny !!
xoxogirl2 #3
Wah mcm seronok je
misz_dina #4
Chapter 27: Alala,sweet ending dye. ^_^
inaequanimous
#5
Chapter 26: Happy ending tahniah okno mohon sequel dia dpt anak /slapped
_fs_abby
#6
Chapter 27: *rengek ke tak* satu, sebab ceta nii dh abis tpi author buat sequel. tak jadi rengeek XD hehehehe ! hwaiting!
amani123
#7
Yeah cerita author memang daebak hehehhe author semoga dpt jumpa lagi author
trisyia_shin
#8
Chapter 27: Ala....lepas ni tak tau nak subscribe citer mana sebab dah habis.
bestnyer... buat citer best2 tau
nanti pandai2lah aku subscribe citer kau.
tahniah sebab dah habiskan iter kau
tak henti sengih dowh aku...isk isk...
Limitless_
#9
Chapter 25: Hak hak hak xD Yongguk ngek xD Ade ke boleh berlakon.. Tak pasal-pasal kene headlock ngn Dujun xD Dujun melamar Minha >< Terima Minha !! xD
_fs_abby
#10
Chapter 25: *buatmukasepuluhsen* kasi lah sequel~~~~ cerita nii comeei lah, minha tak jawab lagi pertnyaan dujun daaan belum ada kisah tentang anak2 minjun xD