Runaway Girl
Mister Mafia's MaidSegala yang berlaku pada malam itu begitu pantas. Sekelip mata ahli keluarganya dibunuh oleh sekumpulan manusia berpakaian hitam tak ubah seperti ninja..dan dengan sekelip mata juga dia bergelar sebatang kara. Park Minha berlari sekuat hati,cuba menyelamatkan dirinya yang mungkin menjadi sasaran manusia-manusia tadi. Dia terus berlari,berlari dan berlari sehinggalah tanpa sedar dia sudah berlari memasuki sebuah hutan tebal.
Minha sudah keletihan. Rasanya lama juga dia berlari tanpa henti. Dia berhenti berlari dan duduk disebuah batu besar. Matanya meliar memerhatikan kawasan sekeliling. Eh..aku termasuk dalam hutan mana ni...bisik hati kecilnya. Minha menyeka peluh yang mula timbul di dahi. Nafasnya turun naik sebab terlalu letih dengan apa yang sedang dihadapinya sekarang.
Minha merenung langit malam yang dihiasi dengan bintang-bintang. Hari ini merupakan hari paling malang..teramat malang sehingga dia merasakan dia perlu menamatkan nyawanya. Buat apa dia hidup diatas muka bumi ini sedangkan sumber kehidupannya sudah tiada? Dia hidup kerana keluarganya, bukan kerana sesiapa.. Gadis itu menangis lagi. Memang tiada gunanya dia hidup..
"Apa guna aku lari tadi? Aku dah tak boleh nak teruskan hidup dah.."ujar Minha sendirian dengan air mata yang masih mengalir keluar.
Cahaya mencurah-curah masuk ke dalam ruang serba biru itu. Seketika cahaya mentarik terlampau terik dan memancar-mancar. Minha perlahan-lahan membuka matanya. Uggh..kat mana aku ni? Matanya memerhati keadaan sekeliling. Ruang serba biru dengan hiasan mewah.. Aku berimaginasi ke?
"Doktor Lee,cepat periksa keadaan manusia ni!"
Minha terperanjat seketika. Bagaimana dia langsung tidak menyedari kehadiran lelaki bertuxedo hitam ini di sebelahnya?
Seketika kemudian,muncul seorang wanita pertengahan usia dan berkot putih berjalan ke arah Minha. Dia mengeluarkan stetoskop dari poket kot putihnya.
"Dia okey saja tuan. Cuma badannya saja yang ada calar-balar sikit."ujar Doktor Lee sambil menyimpan stetoskopnya. Lelaki bertuxedo hitam itu mengangguk perlahan. Dia kemudiannya mengajak doktor itu ke satu sudut untuk berbincang tentang sesuatu.
Minha memerhatikan gerak geri dua orang manusia yang tidak dikenalinya itu dengan penuh tanda tanya. Siapa mereka? Mengapa aku boleh berada di sini? Kejap..adakah mereka ni penculik? Tapi kalau penculik tak kan lah diorang rawat dan letak aku kat tempat mewah macam ni..? Hmmm..
Lelaki bertuksedo hitam itu tiba-tiba muncul di depannya dengan satu mug berisi minuman panas. Diberikan mug tersebut kepada Minha yang nampak begitu terpinga-pinga dengan apa yang berlaku. Minha mengambil mug tersebut dengan berhati-hati.
Please Subscribe to read the full chapter
Comments