Say Hi to Beast Master!

Mister Mafia's Maid
Please Subscribe to read the full chapter

Setelah selesai menjalani latihan sebagai Tweeny maid selama dua minggu, Minha meneruskan pula tugas sebagai maid peribadi Dujun. Dan berbanding semasa dia menjadi Tweeny maid, kerja sebagai maid peribadi lebih mencabar. Jika dulu dia hanya ditugaskan untuk membantu Puan Li dan maid-maid lain membuat kerja, sekarang dia perlu sentiasa menghadap tuannya si ketua mafia itu setiap masa. Mana tidaknya, bangun pagi dia perlu menyiapkan pakaian yang akan dipakai Dujun, membantu lelaki itu memakai pakaiannya dengan kemas dan menghidangkan makanan dan minuman pada segala jenis waktu makan yang wujud dalam dunia ini. Itu tak termasuk lagi dengan kerja-kerja lain.

 

Minha mengeluh setelah membaca buku manual sebagai maid peribadi yang diberikan Puan Li kepadanya. Nama je maid peribadi tapi kerja macam pengawal peribadi pun ada,omel Minha. Dia membelek-belek helaian buku manual itu sambil membacanya di bangku taman. Sepanjang hari itu tuannya memberi peluang untuk dia berehat sambil membaca dan memahami isi buku manual itu. Esok barulah Minha secara rasminya akan menjalankan tugas baharunya itu.

 

Sedang gadis itu kusyuk membaca buku manual setebal dua jilid kamus Oxford, tiba-tiba seorang lelaki tinggi lampai berkot biru gelap sambil membawa sebilah pedang bersarung di tangannya muncul berhampiran taman tersebut. Dia mendekati Minha yang langsung tidak sedar akan kehadiran lelaki itu.

 

"Seronok membaca cik?"tegur lelaki itu dengan senyuman sambil duduk di sebelah Minha. Minha mengurut dada. Terkejut dengan kehadiran seseorang yang tidak dikenalinya. Pantas gadis itu bangkit dari duduknya.

 

"Awak siapa?"soal Minha. Dipeluknya buku manual yang dibacanya tadi. Kalau rosak buku ni, habis lah aku kena marah dengan Puan Li. Dia cakap buku ni limited edition, ditulis tangan oleh moyang tuan Dujun yang dulunya pernah menjadi seorang maid peribadi terhebat semasa zaman Victoria. Macam tak betul je. Ah..tolak ke tepi pasal hal tu.

 

Lelaki itu tersenyum sambil meletakkan pedangnya yang bersarung di belakang lehernya. Dia merenung wajah Minha. Cantik juga perempuan ni...puji lelaki itu dalam hati.

 

"Nah..sepatutnya saya yang tanya soalan tu sebab awak sekarang berada di antara tempat paling berbahaya di Korea."

 

"Ya saya tahu... Ni vila ketua kongsi gelap Shadow Triad kan?"balas Minha sambil berundur beberapa langkah ke belakang. Itu pun sebab baru terperasankan pedang yang dipegang oleh lelaki di depannya. Dia agak fobia dengan pedang selepas menyaksikan badan ahli keluarganya ditusuk dangan pedang oleh pembunuh. Tiba-tiba Minha rasa ingin menangis.

 

Lelaki itu mengerutkan dahi. Terkejut dengan jawapan yang keluar dari mulut gadis di depannya. Dengan spontannya dia mengaru kepala.

 

"Macam mana awak ta-"

 

"Dongwoon..oh Dongwoon..."

 

Lelaki itu tiba-tiba panik. Tiba-tiba dia berlari pergi dari situ setelah terdengar satu suara yang berbunyi entah dari mana. Minha menarik nafas lega. Nasib baik dia tak bunuh aku...bisik hati kecilnya. Dia kemudiannya kembali duduk di bangku tadi,menyambung semula aktiviti bacaannya yang tergendala.

 

"Excuse me cik.. Ada nampak seorang lelaki tinggi berkot biru gelap lalu sekitar sini tak?"

 

Minha mengurut dada buat kali kedua. Apa kena hari ni... Tiba-tiba ramai lelaki muncul kat taman... Nak baca buku ni pun tak senang,omel Minha. Dia berpaling ke arah suara yang menegurnya.

 

Kyaaaa,cutenya dia ni! Secara spontannya bibir Minha mengukir senyuman kepada lelaki itu yang juga sedang tersenyum kepadanya.

 

"Lelaki berkot biru gelap? Oh ya, tadi dia ada lalu sini."jawab Minha sopan. Matanya masih setia memandang lelaki itu. Walaupun hidungnya agak penyek tapi wajahnya boleh tahan tampannya...dan dia juga nampak comel. 

 

"Oh yeke? Cik tahu dia pergi ke arah mana?"

 

Minha berfikir sebentar. "Hmm...rasanya dia ke arah pokok besar tu."ujarnya sambil tangannya menunjuk ke arah pokok besar yang berada tidak jauh dari tempatnya sekarang.

 

Lelaki itu mengangguk,lalu tersenyum. "Terima kasih ya?"balasnya lalu berlari meninggalkan Minha ke arah pokok yang dimaksudkan. Minha hanya tersengih sambil melambai-lambaikan tangannya kepada lelaki itu. Macam la dia nampak.

 

"Minha..awak ke tu? Tuan Dujun panggil awak ke bilik bacaan sekarang."

 

Minha berpaling ke belakang. Oh, Puan Li rupanya. Nasib baik Puan Li muncul ketika itu, kalau tidak mungkin makin kuat Minha merapu. Cepat-cepat dia bangun dan berlari ke arah Puan Li. Mereka berjalan seiringan masuk ke dalam vila.

 

 

Dujun memerhatikan Minha yang sedang berdiri di depannya. Wajah gadis itu sering saja mempamerkan reaksi takut setiap kali dia memandang ataupun merenungnya. Takut sangat ke dia dengan aku? Ke dia tak boleh terima kenyataan yang tuan dia ni ketua mafia yang kacak bergaya? Okey perasan.

 

"Saya nak cakap sikit dengan awak berkenaan diri awak."

 

Minha yang sedari tadi diam mengerutkan dahi. "Kenapa dengan diri..saya..tuan?"

 

"Semua pasal awak okey, kecuali satu perkara... Kenapa awak asyik mengelak dari pandang muka tuan awak ni? Buruk sangat ke muka saya ni sampai awak asyik pandang lantai je?"soal Dujun sambil berpeluk tubuh. Dia pantang jika orang tidak memandang wajahnya ketika bercakap. Rasa macam bercakap dengan tunggul kayu je bila orang tak pandang muka ni. Lagipun kata orang, wajahnya boleh tahan tampannya jadi tentu susah bagi para gadis untuk mengalihkan pandangan dari terus memandang mukanya. Tapi lain pula keadaannya dengan gadis di depannya.

 

Minha terkedu. Langsung dia tidak menyangka tuannya itu sedar tentang hal itu. Spontan dia meramas jari-jemarinya sambil kepalanya memikirkan alasan yang boleh diterima akal manusia mahupun haiwan. Tapi haiwan mana berakal? Lantaklah.

 

"Err..saya memang macam ni tuan. Saya tak biasa pandang muka lelaki masa bercakap... Lagipun..."

 

Dujun mengangkat kening, menunggu ayat seterusnya.

 

"Tuan kan mafia.. Jadi saya takut kalau saya pandang muka tuan nanti saya kena marah.. Buku manual ni pun ada tulis `Dilarang memandang dan merenung wajah tuan anda. Jika dibenarkan sekalipun, anda dibenarkan berbuat demikian selama lima saat. Jika lebih dari lima saat, anda mungkin akan dimarahi oleh tuan anda.`dalam bab lima belas."sambung Minha lagi. Dia menghela nafas. Harap-harap tuan terima alasan aku...

 

Lelaki itu tiba-tiba ketawa geli hati. Tak sangka dia

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tq sbb sudi support ff ni smpai tamat cx

Comments

You must be logged in to comment
tripletsmonsta #1
Kenapa bunny killer. Lawak betul. Kalau sebut banyak kali jadi bunny giler
Amywussi #2
Chapter 10: Wahh bestla cerite you...funny !!
xoxogirl2 #3
Wah mcm seronok je
misz_dina #4
Chapter 27: Alala,sweet ending dye. ^_^
inaequanimous
#5
Chapter 26: Happy ending tahniah okno mohon sequel dia dpt anak /slapped
_fs_abby
#6
Chapter 27: *rengek ke tak* satu, sebab ceta nii dh abis tpi author buat sequel. tak jadi rengeek XD hehehehe ! hwaiting!
amani123
#7
Yeah cerita author memang daebak hehehhe author semoga dpt jumpa lagi author
trisyia_shin
#8
Chapter 27: Ala....lepas ni tak tau nak subscribe citer mana sebab dah habis.
bestnyer... buat citer best2 tau
nanti pandai2lah aku subscribe citer kau.
tahniah sebab dah habiskan iter kau
tak henti sengih dowh aku...isk isk...
Limitless_
#9
Chapter 25: Hak hak hak xD Yongguk ngek xD Ade ke boleh berlakon.. Tak pasal-pasal kene headlock ngn Dujun xD Dujun melamar Minha >< Terima Minha !! xD
_fs_abby
#10
Chapter 25: *buatmukasepuluhsen* kasi lah sequel~~~~ cerita nii comeei lah, minha tak jawab lagi pertnyaan dujun daaan belum ada kisah tentang anak2 minjun xD