A Walk With You

Mister Mafia's Maid
Please Subscribe to read the full chapter

Zelo mengibas-ngibas baju yang dibasuhnya lalu menjemurnya di ampaian. Sambil dia menyidai dia bersiul-siul dengan riangnya. Tidak jauh dari tempat dia menyidai kain adalah Youngjae dan Jongup yang sedang nyenyak tidur di kerusi malas masing-masing. Tidak lama kemudian muncul Himchan dengan sebakul pakaian yang sudah dibasuh. Dia meletakkan bakul pakaian tersebut di atas kerusi plastik,betul-betul di bawah ampaian di laman.

 

"Aik..banyak lagi pakaian yang belum dijemur, Abang Chan?"tegur Zelo yang memang mesra alam,mesra pengguna dan segala macam mesra yang ada dalam dunia ni.

 

Himchan mengeluh perlahan. "Mana tak banyaknya,kau orang asyik mandi hujan je dua tiga menjak ni. Pagi petang siang malam pantang hujan turun sikit mesti mandi hujan.."bebel lelaki itu sambil mengibas-ngibas baju untuk dijemur. Tersengih saja Zelo mendengarnya. 

 

"Ah.. Mana Daehyun?"tanya Himchan. Sedari dia bangun hinggalah sekarang masih lagi belum dia bersua muka dengan Daehyun. Datingkah? Makwe pun takda dating mendanya,fikir Himchan.

 

"Dia ke pasar beli barang."ringkas saja Zelo memberi jawapan. Dia sudah selesai menjemur kain. Pantas dia mengambil bakul kain lalu berjalan ke bilik laundri. Hajatnya mahu membantu Himchan menjemur kain tapi baru dia teringat dia perlu menggosok baju kemejanya untuk keluar berjanji temu dengan kekasihnya.

 

Jongup tiba-tiba bangun selepas terdengar bunyi seseorang menyanyi. Berpisat-pisat matanya mencari arah suara nyanyian sumbang kumbang itu. Lalu matanya terpandangkan si Himchan yang sedang menyanyi-nyanyi riang sambil sibuk menyidai pakaian.

 

"Woi..orang tengah tidur elok-elok kau nyanyi.. Dah la suara sumbang macam katak putus cinta,," Jongup sudah bangkit berdiri sambil menggaru-garu kepalanya. Dipandanh muka Himchan yang sedang menjeling tajam ke arahnya. Jelingannya seperti mahu ditelan saja Jongup di depannya. Spontan Jongup menelan air liur. Seram pulak tengok mamat ni bila marah..

 

"Apa kau cakap? Katak putus cinta?"

 

"Eh taklah.. Suara kau bagai kucing jantan mengiau-ngiau ngorat kucing betina..kahkahkah!"

 

Spontan singgah satu sekehan di kepala Jongup. Terus pening kepala lelaki itu dibuatnya. Youngjae yang ketika itu sudahpun terjaga dan berpura-pura tidur hanya mampu menahan ketawa. Itulah,siapa suruh ejek Himchan sangat? Kan dah kena sengat dengan tebuan tanah tu!

 

"How could you darling.."

 

"Apa darling-darling? Jangan nak buat drama,telenovela,sinetron atau apa-apa yang sewaktu dengannya!"

 

Jongup sudah ketawa mengekek. Hilang terus sakit kepalanya dek disekeh Himchan bila melihat Himchan marah. Himchan kalau dipanggil darling mesti mukanya merona merah,malu! Hakhak.. Lelaki panggil darling pun nak malu,agaknya apa reaksi dia kalau perempuan panggil dia macam tu?,fikir Jongup dengan senyuman di bibir.

 

Himchan sudah selesai menyidai kain. Terus saja dia duduk di bangku panjanh berhampiran sambil memerhatikan keadaan sekitar. Untung ketua mereka si Yongguk menghadiahkan mereka sebuah rumah yang boleh tahan besarnya di sebuah kawasan kejiranan berhampiran vilanya. Jadi tak perlulah mereka berlima bersusah payah membayar sewa..itu merupakan antara kelebihan menjadi orang kanan ketua klan Light Fang itu.

 

"Haa Daehyun,kau ke mana je baru balik ni?"ringan mulut Jongup menyoal lelaki yang tiba-tiba muncul dengan beberapa buah beg plastik berisi sayur,buah dan makanan.

 

Daehyun tersengih. "Aku ke pasar kejap tadi. Nak masak sarapan tapi tengok isi dalam peti sejuk takda! Kau orang pun satu,lain kali kalau makanan dah habis bagitahulah aku. Ni tidak,senyap je. Nanti kalau aku nak masak takda bahan kau orang jugak yang tak dapat makan."Daehyun sudah membebel. Lelaki itu kalau hal berkaitan makanan sensitifnya bukan main tinggi lagi. Mungkin sebab tugasnya di rumah tersebut adalah menguruskan makan minum mereka,itu yang dia emosi sikit. Bhahaha

 

"Ya mama Dae.."balas Jongup dan Himchan serentak. Daehyun tidak pula marah. Mungkin sudah terbiasa dengan panggilan 'mama' yang diberi oleh kawan-kawannya. Dia sebaliknya hanya tersengih saja sambil kakinya melangkah ke dapur. Jam di dinding sudah menginjak ke pukul sembilan,sarapan belum lagi disediakan. Baik dia cepat masak sebelum ahli-ahli Bunny Killer yang lain membebel-bebel.

 

•  •  •

 

Sesudah selesai bersarapan dengan nasi omelet dan sup ayam, semua ahli Bunny Killer kecuali Zelo berkumpul di ruang tamu. Itu pun sebab Himchan yang suruh,katanya mahu membincangkan sedikit perkara berkaitan tugas-tugas mereka berlima di rumah. Zelo yang ketika itu sudah bersiap-siap hendak keluar mengeluh perlahan bila melihat abang-abang berkumpul di ruang tamu. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 11 pagi. Pukul 11 setengah dia berjanji dengan kekasihnya untuk berjumpa di kafe. Sempat ke dia sampai ke kafe tersebut?

 

"Err abang-abang sekalian, saya ada date hari ni. Boleh tak saya dikecualikan dari mesyuarat ni? Segala keputusan saya dalam mesyuarat ni saya serahkan pada Abang Daehyun je. Boleh?"

 

Semua yang berada di situ memandang muka Zelo dengan pandangan cemburu. Cemburu kerana ahli termuda kumpulan itu mempunyai kekasih sedangkan mereka masih lagi solo! Mahu dimarah Zelo tapi untuk apa? Jelas sekali nasibnya dalam hal cinta lagi baik dari nasib mereka berlima. Pfft.

 

Himchan selaku ketua hanya menghela nafas. "Hmm pergilah. Nanti kamu terlewat pula."

 

Zelo tersengih. Spontan dia menundukkan badan tanda hormat di depan semua abang-abangnya. "Terima kasih! Saya pergi dulu! Have a nice day,brothers!"

 

Sesudah si Zelo pergi,ahli Bunny Killer yang lain sibuk berbincang. Dari riak muka nampak serius,seperti menteri membincangkan hal negara! Tapi hakikatnya mereka hanya duduk bersama dan membincangkan tentang siapa yang patut cuci tandas,siapa yang patut membersihkan halaman..dan macam-macam lagi. Youngjae yang sedari tadi menjadi pemerhati dan pendengar hanya mampu ketawa dalam hati bila Himchan dan Jongup bertikam lidah tentang siapa yang patut membuang sampah sepanjang minggu ini. Daehyun seperti biasa,tugasnya hanya memasak dan membersihkan ruang tamu. Macam ibu-ibu. Hakhak. Youngjae pula ditugaskan untuk menjaga kebun. Dalam erti kata lain..tukang kebunlah.

 

Setelah penat berbincang,semua tugas sudahpun diagihkan. Namun dek kerana Zelo tidak ikut serta dalam mesyuarat mingguan ini,kerjanya lebih banyak dari kerja ahli lain. Mereka berani berbuat demikian sebab Zelo jenis yang ikut kata. Macam anak mithali gitu ataupun kerbau dicucuk hidung. Ekekek.

 

Habis mesyuarat, keempat-empat mereka bersiap-siap untuk keluar. Maklumlah,hari ini kan hari Ahad. Mahu juga mereka pergi berjalan-jalan merehatkan minda. Namun belum sempat mereka hendak mengunci pintu untuk keluar, ketua mereka tiba-tiba muncul di depan pintu dengan cermin mata hitam di mukanya. Berkerut-kerut ahli Bunny Killer melihatnya. Angin takda,ribut takda,tiba-tiba datang?

 

"Eh ketua.. Ada apa datang sini?"tanya Himchan dengan senyuman.

 

"Salah ke aku nak datang sini? Lagipun rumah ni aku yang beli untuk kau orang kan?"kasar saja nada suara ketua mereka. Spontan lelaki itu duduk di sofa. Terpaksalah ahli Bunny Killer masuk balik ke dalam rumah.

 

'Hmm..kenapa aku rasa lain macam je bila tengok ketua ni?'fikir Jongup yang sedari tadi diam memerhatikan ketuanya. Kebiasaannya Yongguk bercakap dengan nada selamba walaupun ketika dia marah. Tapi sekarang..nadanya lain macam.

 

Daehyun menghidangkan secawan teh untuk ketuanya. Tapi cawan teh tersebut langsung tidak disentuh lelaki itu. Berkerut seribu dah Daehyun memandangnya.

'Pelik..bukankah ketua sukakan teh? Ini pandang pun tidak.. Sakit ke?'bisik hati kecil Daehyun.

"Aku datang ni nak suruh kau orang intip vila ketua Shadow Triad tu. Intip maid yang bernama Minha dan report kat aku. Aku dengar perempuan tu belum mati lagi. Macam mana kau orang buat kerja ni??"

 

"Mati? Whoa..sejak bila ketua benarkan kami bunuh kaum perempuan? Bukankah prinsip klan Light Fang adalah tidak membunuh perempuan?"soal Himchan. Pelik..memang pelik! Perangai ketua ni makin lama makin pelik.. Dan kenapa dia pakai cermin mata hitam? Nak nampak machokah?

 

"Sejak aku arahkan kau orang larikan perempuan tu.. Benda senang macam tu pun kau orang tak boleh buat? Aku cuma suruh kau orang bunuh seorang perempuan..bukan sekumpulan mafia!"makin lama makin tinggi dan keras nada si ketua. Terperanjat ahli Bunny Killer dibuatnya.

 

Kalau ya pun nak berlatih highnote jangan berlatih depan kami,fikir mereka berempat.

 

"Tapi ketua.. Beast Master sentiasa ada berhampiran perempuan tu. Nak masuk dekat pun tak boleh,"rungut Youngjae perlahan.

 

Si ketua tersenyum sinis. "Habis tu..kau orang nak aku yang pergi bunuh dia?"

 

'Boleh juga..'bisik Himchan dalam hati.

 

"Jangan risau ketua,kami akan selesaikan arahan tuan secepat mungkin."jawab Himchan dengan wajah meyakinkan. Harapnya ketua mereka itu percaya dan cepat-cepat pergi dari situ. Hati kecilnya sudah meronta-ronta mahu keluar dari rumah..ikutlah ke taman tema ke,taman awam ke apa ke..yang penting keluar! Stres kalau berlama-lama dengan ketua yang sedari tadi menunjukkan riak muka tiada perasaan depan mereka berempat.

 

Akhirnya si ketua keluar..mungkin kerana sudah berpuas hati dengan jawapan Himchan. Sebaik sahaja lelaki itu melangkah keluar,mereka berempat terus menutup pintu dan tingkap rumah serapat-rapatnya dan berkumpul di ruang tamu.

 

"Hei,kau orang tak rasa pelik ke dengan perangai ketua?"Jongup memulakan bicara.

 

"Semua orang pelik kot."balas Himchan pendek.

 

Daehyun menggaru-garu tangannya. "Terasa betul hati aku ni..,aku hidang teh kegemaran dia..dia tak pandang pun teh tu! Bukankah itu super pelik?"

 

Ahli Bunny Killer,mahupun semua ketua mafia yang lain tahu Yongguk sangat menggemari teh sehinggakan dia sanggup menyuruh tukang kebunnya untuk menanam pokok teh di belakang vilanya. Begitu dalam cintanya terhadap perkara yang bernama teh ini sampai Daehyun pun sedia maklum teh mana yang menjadi kegemaran ketuanya itu. Mana tidaknya,ketika Yongguk di pejabat Daehyunlah yang menjadi tukang bancuh tehnya.

 

"Hmm.. Ketua memang pelik.. Terlampau pelik! Jadi perlu ke kita buat apa yabg dia suruh tadi? Jelas sekali arahannya melanggar prinsip klan kita."ucap Youngjae yang kuat menghafal prinsip dan undang-undang klan Light Fang.

 

Himchan menggaru dagu,berfikirlah katakan. 

 

"Aku rasa kita patut buat macam ni.."ucap Himchan dengan sengihan. Dia mengajak Jongup,Daehyun dan Youngjae berbincang tentang rancangannya di bilik Himchan. Yang lain hanya mengikut saja.

 

•  •  •

Minha sedang bersarapan bila Hyunseung tiba-tiba muncul di dapur dengan beberapa plastik berisi makanan dan juga hiasan kertas. Di belakangnya pula berdiri Gikwang yang sedang memegang satu kotak besar berwarna merah jambu. Nampak gaya kotak itu seperti kotak kek hari jadi saja. Terus Minha bangun mendekati dua orang lelaki itu.

 

"Hai.. Ada apa ni tiba-tiba beli barang banyak macam ni?"tegur Minha dengan senyuman. 

 

Hyunseung yang ketika itu sedang meletakkan beg plastik diatas meja berpaling ke arah maid bosnya dengan senyuman.

 

"Oh Minha rupanya.. Aik..tanya pulak,bukan ke awak yang paling rapat dengan Tuan Dujun? Jadi awak mestilah tahu apa yang kami nak buat sekarang ni."

 

'Huh? Rapat? Baru beberapa hari kot aku jadi maid si ketua mafia tu..',fikir Minha.

 

"Sebenarnya kami sedang sediakan parti hari jadi untuk tuan a

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tq sbb sudi support ff ni smpai tamat cx

Comments

You must be logged in to comment
tripletsmonsta #1
Kenapa bunny killer. Lawak betul. Kalau sebut banyak kali jadi bunny giler
Amywussi #2
Chapter 10: Wahh bestla cerite you...funny !!
xoxogirl2 #3
Wah mcm seronok je
misz_dina #4
Chapter 27: Alala,sweet ending dye. ^_^
inaequanimous
#5
Chapter 26: Happy ending tahniah okno mohon sequel dia dpt anak /slapped
_fs_abby
#6
Chapter 27: *rengek ke tak* satu, sebab ceta nii dh abis tpi author buat sequel. tak jadi rengeek XD hehehehe ! hwaiting!
amani123
#7
Yeah cerita author memang daebak hehehhe author semoga dpt jumpa lagi author
trisyia_shin
#8
Chapter 27: Ala....lepas ni tak tau nak subscribe citer mana sebab dah habis.
bestnyer... buat citer best2 tau
nanti pandai2lah aku subscribe citer kau.
tahniah sebab dah habiskan iter kau
tak henti sengih dowh aku...isk isk...
Limitless_
#9
Chapter 25: Hak hak hak xD Yongguk ngek xD Ade ke boleh berlakon.. Tak pasal-pasal kene headlock ngn Dujun xD Dujun melamar Minha >< Terima Minha !! xD
_fs_abby
#10
Chapter 25: *buatmukasepuluhsen* kasi lah sequel~~~~ cerita nii comeei lah, minha tak jawab lagi pertnyaan dujun daaan belum ada kisah tentang anak2 minjun xD