Additional Chapter : Trip to Japan

Mister Mafia's Maid
Please Subscribe to read the full chapter

Bab ni sebenarnya saya cedok dari bab My Ex is a Mafia, spin-off untuk cerita ini. Jadi, sesiapa yang ada baca cerita satu lagi tu jangan peliklah kalau ada persamaan dengan bab yang ada dalam My Ex is a Mafia tu ya. Lol

MINHA sedang sibuk menonton televisyen di bilik bila Dujun tiba-tiba saja muncul dan duduk di sebelahnya dengan muka yang agak tegang. Berkerut seketika dahi sang isteri melihatnya. Awal pula suaminya balik dari kerja hari ini.. Biasanya dia balik pukul dua belas malam..pelik betul! Ah..apa-apa sajalah. Minha pun apa lagi, cepat-cepat membantu suaminya melonggarkan ikatan tali leher serta membuka kot hitam yang dipakai lelaki itu. 

 

"Ni kenapa balik kerja je dah buat muka ketat macam tu?"tanya sang isteri pelik. Ditenung saja muka lelaki disebelahnya dengan penuh hairan. 

 

Dujun mengeluh perlahan sambil mengurut tepi kepalanya. "Esok ada mesyuarat selama tiga hari dengan pelabur dari Jepun dan mesyuarat tu diadakan di Tokyo." 

 

"Jadi?" 

 
 "Jadi..itu bermakna your husband ni terpaksa tinggalkan his wife for three days!" 

 

Jawapan Dujun membuatkan Minha ketawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepala. Aduhai, tak sangka suaminya itu monyok tadi hanya kerana terpaksa tinggalkan dia selama tiga hari. Manja betullah suami aku ni, tak padan betul dengan status dia sebagai ketua mafia tu. 

 
 "Tiga hari je kut, bukan tiga minggu."sengaja Minha berkata demikian untuk melihat reaksi suaminya. Tali leher yang sudah dibuka ikatannya itu diletakkan di atas meja kopi berhampiran. 

 

Dujun sudah mengangkat sebelah keningnya. Dipegang dan dipandang muka isterinya disebelah. 

 

"Tiga hari awak cakap sekejap? Sehari bekerja di pejabat pun saya tak senang duduk sebab asyik teringatkan awak, inikan pulak terpaksa tinggalkan awak tiga hari untuk ke Tokyo..."ucap lelaki itu sambil memeluk tubuh isterinya dari belakang. Sungguh dia masih lagi belum puas meluangkan masa berdua dengan Minha. 

 

Walaupun mereka kini sudah berkahwin tapi hakikatnya mereka jarang meluangkan masa berdua. Jangan kata berbulan madu, keluar bersiar-siar ke bandar pun belum tentu dapat. Mana tidaknya, Dujun selalu saja sibuk dengn kerjanya. Tambah-tambah sekarang syarikatnya sedang menjalankan projek berbillion-billion won dengan syarikat dari luar negara, jadi makin sibuklah lelaki itu dibuatnya. Setiap hari dia pulang lewat malam dan seperti biasa bila dia pulang Minha sudahpun nyenyak tidur. 

 

"Apa susah, awak bawalah saya pergi sana sekali."cadang Minha pula. Dia faham apa yang suaminya itu rasakan. Maklumlah, pengantin baharu seperti mereka berdua ini memang tidak boleh berenggang lama-lama. Setiap masa asyik nak berkepit saja.

 

"Hmm.. Ya tak ya jugak.. Kenapa saya tak terfikir pula nak bawa awak sekali ke Tokyo? Okey, kalau macam tu awak pergi kemaskan beg kita sekarang. Esok kita pergi Tokyo bersama." 

 

Bukan main gembira Minha bila mendengar patah kata yang keluar dari bibir suaminya. Yahooo, boleh pergi berbulan madu! 

 

* * * * *

 

"SAYANG tengok apa tu?"tegur satu suara dari belakang. Teguran itu ditujukan Dujun kepada Minha yang sedang memerhatikan barang yang dipamerkan di sudut pameran sebuah kedai cenderamata. Dujun dan Minha sekarang sedang keluar bersiar-siar ke sekitar Bandar Metropolis Tokyo selepas urusan kerja lelaki itu selesai tengah hari tadi. Bukan main seronok sang isteri apabila suaminya itu mengajaknya keluar tadi. Bukan apa, sudah hampir seharian juga dia terperuk di dalam bilik. Mahu keluar seorang diri, Dujun tidak membenarkan dia berbuat demikian. Terpaksa jugalah dia menunggu urusan kerja suaminya itu selesai dan keluar dengan lelaki itu.

 

Minha berpaling ke arah Dujun yang tiba-tiba saja berdiri disebelahnya dengan gaya sebelah kening terangkat. Kemudian dia berpaling ke depan kembali dan berjalan-jalan hinggalah dia berhenti di hadapan sebuah kedai figura. 

 

"Nak ni." 

 

"Binatang apa tu?"soal Dujun hairan apabila isterinya menuding jari ke arah sesuatu yang di pamerkan pada ruang pameran kedai di depan mereka sekarang. 

 

Minha sudah tersenyum-senyum. "Itulah yang orang panggil action figure." 

 
 

"Dan awak nak beli benda tu? Action figure Gundam? Seriously?"Dujun buat muka tak percaya. Biar betul bini aku ni nak beli benda alah ni? 

 
 

Minha buat muka merajuk. "Yelah. Kenapa? Lagipun adik awak yang minta saya belikan action figure tu sebagai buah tangan jadi tak akanlah saya tak mahu belikan?"kelentong gadis itu sedangkan memang dia yang nak beli patung aksi tu. Kesian Sejeong dijadikan kambing hitam oleh kakak iparnya... Tapi memang Sejeong sendiri pun ada berpesan kepada kakak iparnya itu agar membelikan patung aksi itu sebagai buah tangan. 

 

Dujun tiba-tiba ketawa terbahak-bahak. Mati-mati dia sangkakan isterinya itu yang mahu membeli patung tersebut untuk simpanannya sendiri. Tetapi rasanya tak pelik pun jika isterinya itu mahu membeli benda itu. Dia tahu isterinya itu suka benda-benda berkaitan anime ini. Dan kebetulan gadis itu berkongsi minat yang sama dengan adiknya Sejeong. Bagus juga mereka berkongsi minat,sekurang-kurangnya dia tahu kedua mereka punya hubungan yang agak baik. Kalau tidak tak akanlah Sejeong boleh meminta Minha membelikan patung aksi Gundam untuknya? 

 

"Apa yang kelakarnya?"tanya Minha pelik. Berkerut-kerut dahinya melihat sang suami yang masih lagi ketawa. 

 

"Kebetulan si Dongwoon minta saya belikan action figure Gundam untuk dia juga sebagai buah tangan...Kelakar betul. Mereka berdua tu macam dah berjanji-janji pula minta kita belikan barang yang sama."balas lelaki itu dengan senyuman. Memang Dongwoon kipas-susah-mati Gundam. Selalunya kalau ada di antara dia mahupun ahli Beast Master yang lain ke luar negara atas urusan kerja ataupun bercuti mesti pemuda itu menyuruh mereka membelikan patung aksi gundam untuknya sebagai buah tangan. Pernah sekali koleksi patung gundamnya memenuhi segenap ruang biliknya sehinggakan Dongwoon terpaksa mendermakan patung tersebut kepada muzium patung. Sadis betul. 

 

Minha spontan tersengih. Kalau bercakap pasal Sejeong dan Dongwoon mesti dia terbayangkan mereka berdua sebagai pasangan kekasih. Baginya kedua mereka nampak cukup sepadan dan rasanya tidak mustahil bagi kedua mereka untuk menjadi kekasih. Alahai, teringat pula zaman jadi maid dulu..bisik Minha dalam hati sambil terbayangkan ke

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tq sbb sudi support ff ni smpai tamat cx

Comments

You must be logged in to comment
tripletsmonsta #1
Kenapa bunny killer. Lawak betul. Kalau sebut banyak kali jadi bunny giler
Amywussi #2
Chapter 10: Wahh bestla cerite you...funny !!
xoxogirl2 #3
Wah mcm seronok je
misz_dina #4
Chapter 27: Alala,sweet ending dye. ^_^
inaequanimous
#5
Chapter 26: Happy ending tahniah okno mohon sequel dia dpt anak /slapped
_fs_abby
#6
Chapter 27: *rengek ke tak* satu, sebab ceta nii dh abis tpi author buat sequel. tak jadi rengeek XD hehehehe ! hwaiting!
amani123
#7
Yeah cerita author memang daebak hehehhe author semoga dpt jumpa lagi author
trisyia_shin
#8
Chapter 27: Ala....lepas ni tak tau nak subscribe citer mana sebab dah habis.
bestnyer... buat citer best2 tau
nanti pandai2lah aku subscribe citer kau.
tahniah sebab dah habiskan iter kau
tak henti sengih dowh aku...isk isk...
Limitless_
#9
Chapter 25: Hak hak hak xD Yongguk ngek xD Ade ke boleh berlakon.. Tak pasal-pasal kene headlock ngn Dujun xD Dujun melamar Minha >< Terima Minha !! xD
_fs_abby
#10
Chapter 25: *buatmukasepuluhsen* kasi lah sequel~~~~ cerita nii comeei lah, minha tak jawab lagi pertnyaan dujun daaan belum ada kisah tentang anak2 minjun xD