Did I Know You?

Mister Mafia's Maid
Please Subscribe to read the full chapter

Minha menggosok matanya. Selepas itu dia menguap perlahan. Matanya dipejam celik beberapa kali tatkala melihat keadaan sekitar. Spontan dia bangkit dan duduk bersila di atas katil. Tiba-tiba dia mengaduh kecil.

 

'Aduh! Kenapa lengan dan kepala aku berbalut ni?'bisik hati kecilnya sambil melihat lengannya yang berbalut. Apa yang terjadi sebenarnya sampai lengannya berbalut? Minha cuba mengingati sesuatu tapi gagal. Seolah-olah ada sesuatu yang menghalang otaknya untuk berbuat demikian.

 

Minha merengus perlahan. Rimas dengan kepala berbalut, dia membuang balutan di kepalanya. Kemudian dia cuba membuang balutan di lengannya tapi gagal. Mana tidaknya,sebaik saja dia menyentuh balutan tersebut dia terus mengaduh sakit. Dia kemudiannya bangkit perlahan-lahan dari katil dan terlihat kelibat seseorang yang sedang tidur di sofa.

 

'Aik..siapa pulak yang tidur kat sofa tu? Puan Li ke?'

 

Dengan beraninya Minha berjalan berjingkit ke arah sofa tersebut untuk memeriksa siapakah gerangan manusia yang sedang tidur dengan selimut menyelubungi tubuhnya sehinggalah ke kepala. Sekali imbas nampak seperti sekujur mayat.. Tiba-tiba sahaja bulu romanya meremang! Mindanya sudah terfikirkan benda-benda aneh.. Dari mayat sehinggalah zombie dan meleret pula ke pontianak.

 

"Itulah..siapa suruh tengok drama 'The Walking Dead' dan 'Supernatural' sangat..tak pasal otak aku asyik fikir benda bukan-bukan.."omel gadis itu separuh berbisik. Dia sudah berdiri betul-betul di depan sofa. Minha memejamkan matanya.

 

'Janganlah ada benda pelik disebalik selimut ni..'bisik hati kecilnya lalu menarik selimut yang membaluti tubuh yang entah milik siapa itu ke bawah. Spontan matanya terbeliak.

 

"AAAARGGGGHHHH!!!"

 

Puan Li yang terdengar bunyi jeritan dari bilik Minha segera ke bilik gadis itu dengan Doktor Lee yang kebetulan sedang menikmati sarapan bersamanya. Dia membuka pintu bilik Minha dan segera mendapatkan gadis itu yang sudah terduduk di atas lantai sambil kedua belah tangannya menutup mukanya.

 

"Eh Minha,bila awak sedar ni? Kenapa tiba-tiba awak menjerit? Ada apa-apa yang berlaku ke?"soal Puan Li bertubi-tubi tidak ubah seperti askar menembak musuh dengan senapangnya. Dia agak terkejut sebenarnya melihat maid tuannya itu sudah tersedar. Dan mengapa gadis ini nampak seperti dalam keadaan takut?

 

"Puan Li,nasib baik puan datang! Ada mayat dalam bilik saya ni!"

 

Mayat? Puan Li dan Doktor Lee berpandangan sesama mereka. Siapa pulak yang mati dalam bilik ni? Spontan mereka berdua menggaru kepala. Pelik.

 

"Mana ada mayat dalam bilik ni Minha. Awak berhalusinasi je kot."

 

"Ada Puan Li,saya tak tipu! Cuba puan tengok apa yang ada kat sofa tu.."balas Minha yang sambil tangannya ditunjukkan ke arah sofa. Puan Li mengerutkan dahi. Dia berjalan ke sofa yang ditunjukkan gadis itu dengan Doktor Lee. Kalau benarlah ada mayat di sofa tersebut,siapa orangnya?

 

Doktor Lee menarik selimut yang ada di sofa untuk melihat jika benar ada mayat di situ. Spontan dia tersengih melihat manusia yang terbaring di situ. Puan Li mengurut dada. Agak terkejut dengan apa yang dilihatnya sekarang.

 

"Tuan.. Tuan Dujun,bangun tuan. Dah pagi ni." Doktor Lee menggerakkan bahu lelaki yang tidur dengan gaya terlentang di sofa itu. Sekarang baru dia mengerti mengapa Minha menjerit dan mengapa dia mengatakan lelaki itu mayat. Mana tidaknya,wajah lelaki itu pucat,tidak ubah seperti mayat dan terdapat sedikit kesan darah di wajahnya. Tapi mengapa pula wajahnya boleh berubah sebegitu rupa? Mungkinkah dia bergaduh dengan mafia lain semalam? Dan kenapa pula tuannya itu boleh berada di bilik maid-nya pula?

 

'Sayang betul tuan kat Minha..sampai sanggup tidur di sofa bilik Minha. Cemburu pulak aku tengok,,'omel Doktor Lee dalam hati. 

 

Dujun perlahan-lahan membuka kelopak matanya bila terasa bahunya digoncang seseorang. Dia terus bangun dan duduk bersila di sofa bila melihat Puan Li dan Doktor Lee di depannya yang kini sedang memandang tepat ke arahnya. Berkerut-kerut dahi Dujun melihatnya.

 

"Saya kat mana ni?"soal Dujun sambil memegang kepalanya yang tiba-tiba terasa pening. Mungkin kerana penat berparti dengan Beast Master semalam. Almaklumlah,semalam hari lahir Dongwoon jadi dia dan ahli Beast Master yang lain sepakat untuk menyambutnya di sebuah kelab malam. Apa lagi..berparti sampai pagilah jawabnya.

 

"Tuan kat vila. Tapi..kenapa tuan boleh tidur kat bilik Minha pulak? Dan kenapa dengan muka tuan tu?"

 

Huh..? Bilik Minha? Spontan lelaki itu bangun dari sofa dan melihat keadaan sekitar. Dinding berwarna ungu dengan hiasan yang feminin dan poster bertandatangan EXO di dinding.. Uggh.. Ternyata ini bukan biliknya. Dujun meraup mukanya. Dia juga binggung bagaimana dia boleh berada di situ. Apa yang dia ingat,dia berada di kelab tersebut sampai pukul 2 pagi. Tidak pula dia ingat bagaimana dia boleh sampai ke rumah dan tidur di bilik Minha.

 

"Entahlah.. Saya pun tak pasti macam mana saya boleh berada kat sini. Ingatan saya samar-samar..terlebih minum agaknya. Ada apa dengan muka saya?"soal Dujun. Tiba-tiba dia meraba mukanya sambil menilik wajahnya di cermin meja solek yang berada tidak jauh dati tempat dia berdiri.

 

'What the..? Siapa pulak yang buat muka aku macam ni? Ni mesti kerja budak berlima tu..'fikir lelaki itu. Patutlah riak muka Puan Li macam takut-takut saja bila bercakap dengan dia tadi.. Muka macam zombie! 

 

Minha yang masih lagi menutup mukanya dengan tangan terdengar suara Puan Li yang sedang berbual dengan seseorang. Terus dia melarikan tangan dari mukanya dan berpaling ke arah Puan Li. Dia hanya nampak kelibat badan seorang lelaki berbadan agak sasa dan tinggi berdiri di depan Puan Li. Wajahnya tidak kelihatan kerana lelaki itu sedang meraup wajahnya.

 

Dujun berpaling ke arah katil tapi katil itu kosong tanpa kelibat maid-nya. Dujun berpaling ke kiri dan kanannya,mencari kelibat maidnya dan tiba-tiba matanya tertumpu kepada seorang gadis yang duduk membelakanginya di lantai. 'Pasti itu Minha!'fikir Dujun. Terus dia mendekati gadis itu dengan senyuman.

 

"Minha,bila awak sedar?"

 

"Sedar dari apa? Dan awak ni siapa? Saya kenal awak ke? Macam mana awak boleh tahu nama saya?"tanya Minha dengan dahi berkerut. Dia pelik kenapa seorang lelaki yang langsung tidak dikenalinya dengan muka pucat seperti mayat tiba-tiba bertanya soalan sebegitu kepadanya.

 

Dahi Dujun berkerut seribu tatkala mendengar patah kata yang keluar dari bibir Minha. Rasa seperti mahu terhenti degup jantungnya ketika ini. Puan Li dan Doktor Lee kebingungan.

 

•••

 

"Korang ke yang solek muka bos macam mayat semalam?"soal Junhyung kepada ahli Beast Master yang lain yang sedang menikmati sarapan di dapur vila Dujun. Diperhatikan riak muka setiap lelaki yang berada di depannya. Masing-masing sibuk membuat riak muka tidak bersalah.

 

"Semua buat muka tenuk ya.. Kalau korang tak mengaku aku suruh bos potong bonus akhir tahun ni."

 

Dongwoon sudah tidak tahan. Terus pecah tawanya tatkala teringatkan peristiwa semalam. Peristiwa dimana dia dan Hyunseung dengan penuh beraninya menyolek wajah tuannya yang ketika itu sedang tidur nyenyak dengan solekan mayat. Siap sapu darah tiruan lagi disekitar dahi dan hujung bibir bosnya,biar nampak nyata sikit.

 

"Okey okey..aku mengaku aku yang buat semua tu dengan Hyunseung."balas Dongwoon dengan sengihan. Hyungseung disebelahnya turut tersengih. 

 

"Whoa.. Bila masa korang berdua buat macam tu? Kenapa kami bertiga takda nampak pun?"soal Yoseob. Dia berasa kagum pula dengan keberanian dua kawannya yang berani mati untuk berbuat demikian. Kalau bosnya itu tahu hal sebenar sudah pasti teruk mereka berdua kena marah. Semua orang sudah sedia maklum yang bos mereka itu tidak suka gurauan bodoh seperti itu.

 

Hyungseung menghirup kopinya perlahan. "Masa kami berdua nak hantar tuan balik vila dari kelab semalam."

 

Gikwang mengunyah sosejnya sambil berkata"Patutlah korang beria-ria sangat nak tolong hantar bos..rupanya ada udang disebalik batu. Aku tertanya-tanya apa agaknya hukuman yang akan bos bagi kat korang nanti kalau dia tahu pasal hal ni."

 

"Alaa Abang Gik,janganlah pecahkan rahsia pulak. Kalau bos tanya nanti jangan sesiapa pun gatal mulut tolong jawabkan. Abang Gik tak kesian ke kat kami?"ucap Dongwoon sambil mengerdipkan matanya beberapa kali ke arah Gikwang. Kalau dia mahu meminta tolong dari Gikwang spontan saja bibirnya memanggil lelaki itu dengan panggilan 'Abang'. Raih simpatilah konon.

 

"Lalalala tak dengar pun tak dengar pun~"balas Gikwang dengan nada mengejek sambil kedua belah tangannya menutup telinganya. Tergelak Yoseob dan Junhyung melihatnya.

 

"Tapi kan..macam mana kau tahu bos disolek macam mayat? Semalam kau sempat intip kami ke bang?"tanya Hyunseung. 

 

Junhyung menggeleng perlahan. "Takdanya aku nak intip korang. Aku pun tertidur dekat kelab semalam sampai Yoseob kena hantar aku balik. Puan Li yang cakap kat aku tadi. Dan si Minha kesayangan bos tu dah sedar dari pengsan."

 

Melopong ahli Beast Master yang lain mendengarnya. Tiba-tiba semua pasang mata tertumpu ke arah Junhyung. Junhyung menelan air liurnya. 'Ni mesti nak buat sesi soal jawab dengan aku ni,..fikirnya.

 

•••

 

Minha memerhatikan kelakuan Doktor Lee di depannya. Selepas selesai mandi dan bersiap-

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tq sbb sudi support ff ni smpai tamat cx

Comments

You must be logged in to comment
tripletsmonsta #1
Kenapa bunny killer. Lawak betul. Kalau sebut banyak kali jadi bunny giler
Amywussi #2
Chapter 10: Wahh bestla cerite you...funny !!
xoxogirl2 #3
Wah mcm seronok je
misz_dina #4
Chapter 27: Alala,sweet ending dye. ^_^
inaequanimous
#5
Chapter 26: Happy ending tahniah okno mohon sequel dia dpt anak /slapped
_fs_abby
#6
Chapter 27: *rengek ke tak* satu, sebab ceta nii dh abis tpi author buat sequel. tak jadi rengeek XD hehehehe ! hwaiting!
amani123
#7
Yeah cerita author memang daebak hehehhe author semoga dpt jumpa lagi author
trisyia_shin
#8
Chapter 27: Ala....lepas ni tak tau nak subscribe citer mana sebab dah habis.
bestnyer... buat citer best2 tau
nanti pandai2lah aku subscribe citer kau.
tahniah sebab dah habiskan iter kau
tak henti sengih dowh aku...isk isk...
Limitless_
#9
Chapter 25: Hak hak hak xD Yongguk ngek xD Ade ke boleh berlakon.. Tak pasal-pasal kene headlock ngn Dujun xD Dujun melamar Minha >< Terima Minha !! xD
_fs_abby
#10
Chapter 25: *buatmukasepuluhsen* kasi lah sequel~~~~ cerita nii comeei lah, minha tak jawab lagi pertnyaan dujun daaan belum ada kisah tentang anak2 minjun xD