Here I Am

Mister Mafia's Maid
Please Subscribe to read the full chapter

Junhyung bersiul-siul perlahan sambil menyiram pokok bunga di sekitar vila. Hari ini moodnya agak baik sehinggakan dia sanggup pula membantu tukang kebun vila iaitu si Hyungsik yang tiba-tiba tidak sedap badan pagi ini. Dia sendiri pun kurang pasti mengapa anginnya terlebih baik hari ni. Mungkinkah sebab kopi sedap yang dibancuh Yoseob pagi tadi?

 

"Whoa.. Abang Jun siram pokok.. Macam tak percaya je."tegur Minhyuk yang kebetulan lalu di taman. Berkerut-kerut dahinya memerhatikan kelakuan lelaki di depannya.

 

"Aku tolong Hyungsik sajalah. Dia sakit perut tadi. Jadi dia minta tolong aku siramkan pokok kat sini."jawab Junhyung tenang.

 

"La yeke.. Ingatkan abang dah jadi mat bunga.. Thehee. Ah ya,abang tahu bila tuan akan balik?"

 

Junhyung mengeluh perlahan lalu menggelengkan kepala tanda tidak tahu. Sudah hampir dua minggu juga dia tidak menghubungi bosnya itu. Bukan kerana malas tapi kerana lelaki itu sendiri yang melarangnya untuk berbuat demikian. Kononnya untuk menenangkan fikiran.

 

"Aku rasa tak sedap hatilah bang bila tuan keluar rumah lama macam ni. Selalu kalau dia pergi lawatan kerja ke luar negara pun paling lama seminggu je. Ini dah nak masuk dua minggu dah.. Sudahlah si Minha tu dah nampak lain macam je sekarang."

 

"Lain macam? Lain macam yang macam mana?"soal Junhyung pelik. Kurang faham dengan kata-kata Minhyuk.

 

"Macam orang tengah merindu.. Hahah. Okeylah bang,aku nak pergi basuh kereta tuan dulu. Bye~"

 

Junhyung memerhatikan saja Minhyuk beredar dari situ sambil tersenyum kecil. Ada benarnya juga kata-kata pemuda itu tadi. Memang sepanjang Dujun tiada,Minha nampak macam tak keruan saja. Setiap malam dia asyik ke taman ros dan duduk termenung disitu beberapa jam.

 

'Kata benci tapi hati asyik merindu.. Minha..Minha..'fikir lelaki itu sambil menyiram pokok bunga berhampiran pintu pagar vila. Dan tiba-tiba kedengaran pintu loceng vila berbunyi menandakan ada tetamu yang datang. Junhyung pun apa lagi,terus pergi ke arah pintu pagar untuk melihat siapa yang datang.

 

"Kyungri?"

 

"Junhyung?"

 

Pintu pagar dibuka dan Junhyung keluar. Dia berdiri betul-betul di depan gadis di depannya dengan dahi berkerut.

 

"Awak buat apa datang sini? Tuan Yongguk suruh awak datang ke sini ke?"soal lelaki itu dengan nada terkejut.

 

"Bukan.. Saya datang sebab nak berjumpa kawan saya...err.. Park Minha! Dia tinggal kat sini ke?"soal Kyungri pula. Sungguh dia tidak menyangka sahabatnya itu tinggal di vila milik sahabat baik tuannya.

 

'Jangan-jangan Minha berkahwin dengan Tuan Dujun tak? Uwaaahh..bestnya dapat laki kacak dan kaya macam tu!'fikir Kyungri dalam hati.

 

Terangkat sebelah kening Junhyung mendengarnya. Tak sangka pula si cantik manis ini berkawan baik dengan maid bosnya. Terlalu banyak sangat kebetulan yang terjadi ketika ini sampai pening pula Junhyung dibuatnya.

 

"Ah Minha... Memang dia tinggal kat sini sekarang. Mari saya bawa awak jumpa dia."

 

*******

 

Minha sedang mengemas bilik bacaan apabila Hyunseung tiba-tiba saja muncul di depannya dengan senyuman dibibir. Pelik pula Minha melihatnya.

 

"Kenapa tiba-tiba je awak memunculkan diri depan saya ni? Ada hal penting yang awak nak beritahu saya?"tanya Minha sambil menggaru kepalanya. Bulu ayam yang dipegangnya sudah diletakkan di atas meja.

 

"Memang ada hal penting pun. Cuba tengok siapa yang sedang berdiri dekat pintu sekarang."balas Hyunseung lagi dengan sengihan.

 

'Erkk.. Jangan cakap mamat tu dah balik? Tapi dia kan dalam tentera sekarang jadi tak mungkinlah dia balik hari ni.. Hmm..siapa ya?'fikir Minha lalu berpaling ke arah pintu bilik bacaan. Dan spontan matanya terbuka luas.

 

"Kyungri!"

 

"Minha!"

 

Dan mereka pun berpelukan. Hampir setahun tidak bersua muka selepas tamat pengajian,mana tak rindunya? Hampir menangis Minha tatkala melihat kawan baiknya yang kini berada betul-betul di depan mata. Junhyung dan Hyunseung sekadar menjadi pemerhati. Junhyung kemudiannya mengajak Hyunseung pergi dari situ bagi membolehkan kedua rakan baik itu melepaskan rindu.

 

"Dah kenapa kau pulak yang menangis padahal Minha yang baru lepas jumpa kawan lama dia?"soal Junhyung sambil memerhatikan lelaki disebelahnya yang sibuk mengesat matanya yang berair.

 

"Aku kan selalu terlebih emosi. Jadi aku tak boleh tengok benda mengharukan macam tu.. Kalau tak mulalah mata aku berair. Ehehehe. Janganlah tenung aku macam tu,malulah."

 

"Tch..macam perempuan. Perempuan pun takda beremosi macam kau ni."bidas Junhyung. Tersengih saja Hyunseung mendengarnya.

 

Sementara itu,di bilik bacaan.. Minha dan Kyungri sedang sibuk berbual melepaskan rindu. Macam-macam yang mereka bualkan dari aktiviti mereka selepas tamat pengajian sehinggalah sekarang. Dan mungkin sebab Kyungri merupakan kawan baiknya jadi dia pun menceritakan hal keluarganya yang telah dibunuh kepada gadis itu. Terus sedih Kyungri dibuatnya.

 

"Oh my Minha,aku tak tahu pula kau sedang menghadapi dugaan seberat ini! Sabarlah.. Tapi kau cakap keluarga kau dibunuh jadi macam mana kau boleh berada kat sini pula? Kau kahwin dengan Tuan Dujun ke?"soal Kyungri yang masih keliru dengan status kawannya itu. Nak kata maid,baju Minha pakai biasa saja. Tak ada ciri-ciri uniform pun.

 

"Aku? Kahwin dengan lelaki tu? Oh tolonglah.. Aku cuma maid kat sini. Lagipun, lelaki itu yang bertanggungjawab atas kematian keluarga aku,mana mungkin aku boleh kahwin dengan dia! Tapi..macam mana pula kau boleh tahu nama tuan aku ni?"

 

"Lupa nak cakap! Aku maid Bang Yongguk,kawan baik tuan kau tu. Tak sangka kita yang kawan baik ni jadi maid kepada dua lelaki yang berkawan baik. Macam kebetulan je kan? Patutlah aku rasa macam pernah nampak kau masa parti hari jadi tuan kau dulu,rupanya kau memang bekerja kat sini."balas Kyungri sebelum menyambung "Kenapa kau cakap tuan kau macam tu? Kau ada bukti ke dia buat macam tu?"

 

Sebenarnya Kyungri kurang percaya dengan cerita Minha itu kerana dia merasakan Dujun itu baik orangnya. Itu hanya apa yang dia rasakan. Tetapi rambut manusia ini semua sama hitam,hati saja lain-lain. Mungkin Dujun itu nampak baik diluaran saja,dalamannya mungkin sama dengan apa yang Minha katakan.

 

"Kebetulan aku terdengar tuan aku dengan orang kanannya bercakap pasal pembunuhan ahli keluarga aku.. Keluarga aku dibunuh sebab mereka merupakan pembunuh upahan yang menyebabkan ayah tuan aku mati. Sejujurnya sekarang aku tak tahu nak rasa apa..sedih,marah,kecewa.. semua ada. Maaf Kyungri sebab kau terpaksa dengar cerita aku ni tapi aku dah tak tahu nak luah kat siapa dah. Kat vila ni aku takda kawan yang boleh jadi tempat aku luah perasaan.."

 

Kyungri memerhatikan Minha yang sedang menahan air mata. Kalau difikirkan balik,mungkin dia pun akan menangis jika dia berasa di tempat Minha. Kotak tisu disebelahnya diambil lalu diberikan kepada Minha.

 

"Minha,aku ni tak pandai nak pujuk orang. Jadi aku cuma mampu suruh kau bersabar. Aku rasa keluarga kau pun tak nak tengok kau bersedih,jadi kuatkan hati kau dan teruskan hidup macam biasa. Dan aku rasa lagi elok kau lupakan saja pasal ni. Tak payah simpan dendam pada tuan kau. Kau ingat berdendam ni seronok sangat ke? Itu cuma buat kau hidup tak tenang. Jadi lupakan semua perkara pahit ni dan mulakan hidup baru! Jadi Park Minha yang baru,yang lebih ceria,tenang,seksi dan lawa!"

 

"Pfft.. Tadi kau cakap kau tak pandai pujuk. Tapi ayat kau bukan main hebat lagi penangannya.. Terima kasih Kyungri. Kata-kata buat aku rasa lebih tenang."balas Minha dengan senyuman sambil mengesat air matanya. Betul kata Kyungri,dia perlu lupakam semua ini. Perlu!

 

Kyungri sudah tersengih. "Ololo.. Lemme give you a hug darling.. You deserve it!"

 

Dan sekali lagi mereka berpelukan. Masing-masing sudah tersenyum. Memang seronok berpelukan dengan orang yang dah lama tidak kita jumpa ni! Haha.

 

"Minha,kau nak tahu satu rahsia tak?"tanya Kyungri setelah mereka selesai berpelukan. Dipandang muka sahabatnya yang sedang bersin. Buruk betul rupanya.

 

Minha memejam celik matanya beberapa kali sambil memandang ke arah Kyungri. "Rahsia ap..hachuuuumm!"Minha bersin lagi. Mungkin kesan akibat mengemas bilik bacaan yang agak berhabuk tadi. Kyungri sudah ketawa mengekek melihat kelakuan kawannya itu.

 

"Ada sekali tuan kau datang melepak kat bila tuan aku. Dan masa aku hidang makanan untuk dia dan tuan aku,dia ada tanya kat aku apa benda yang perempuan tak suka lelaki buat. Lepas aku jawab,aku tanyalah dia kenapa tanya aku soalan macam tu. Dan tuan aku pun menyampuk,katanya sebagai persediaan untuk memikat maid dia..dan setahu aku,Tuan Dujun tu ada seorang saja maid iaitu kau! Aku rasa Tuan Dujun memang sukakan kaulah,Minha. Kau tak suka dia ke? Dia tu kan kacak,cara dia bercakap pun boleh buat perempuan cair,apatah lagi bila dia pandang dengan mata dia yang..fuh! Kau tak pernah ke rasa semacam bila berdua dengan dia? Macam hati berdebar-debar ke,rasa susah nak bernafas ke?"tanya Kyungri separuh mengusik sambil menyiku Minha disebelahnya.

 

"Entahlah.. Aku malas fikilah hal macam tu. Nanti-nantilah aku fikir."jawab Minha perlahan sedangkan dalam hati rasa macam nak melompat-lompat kerana terlampau gembira. Habis hilang rasa bencinya terhadap lelaki kacak itu.

 

"Eleh.. Kalau dah suka cakap je suka.. Hmm..fail apa ni Minha? Merah semacam je aku tengok.. Fail gambar ke apa?"omel Kyungri sambil memegang fail merah yang dijumpainya terselit di celahan kusyen sofa.

 

"Amboi mulut kau bukan main longkang ya? Fail kerja tuan aku kot. Biarkan je kat situ. Nanti aku kemas balik."

 

Kyungri mengangguk tapi entah mengapa dia berasa ingin tahu pula untuk melihat isi fail tersebut. Rasa ingin tahunya makin menebal bila terbaca tulisan 'Maklumat Sulit Keluarga X' yang tertera pada muka depan fail tersebut.

 

Setelah tiga belas saat berfikir sejenak,Kyungri membuka juga fail tersebut.

 

"Minha,bukan nama ayah kau Minho ke?"

 

"Ya. Kenapa?"soal Minha pelik.

 

"Cuba kau baca ni.."

 

Minha tidak berkata apa. Dia mengambil fail di tangan sahabatnya itu la

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tq sbb sudi support ff ni smpai tamat cx

Comments

You must be logged in to comment
tripletsmonsta #1
Kenapa bunny killer. Lawak betul. Kalau sebut banyak kali jadi bunny giler
Amywussi #2
Chapter 10: Wahh bestla cerite you...funny !!
xoxogirl2 #3
Wah mcm seronok je
misz_dina #4
Chapter 27: Alala,sweet ending dye. ^_^
inaequanimous
#5
Chapter 26: Happy ending tahniah okno mohon sequel dia dpt anak /slapped
_fs_abby
#6
Chapter 27: *rengek ke tak* satu, sebab ceta nii dh abis tpi author buat sequel. tak jadi rengeek XD hehehehe ! hwaiting!
amani123
#7
Yeah cerita author memang daebak hehehhe author semoga dpt jumpa lagi author
trisyia_shin
#8
Chapter 27: Ala....lepas ni tak tau nak subscribe citer mana sebab dah habis.
bestnyer... buat citer best2 tau
nanti pandai2lah aku subscribe citer kau.
tahniah sebab dah habiskan iter kau
tak henti sengih dowh aku...isk isk...
Limitless_
#9
Chapter 25: Hak hak hak xD Yongguk ngek xD Ade ke boleh berlakon.. Tak pasal-pasal kene headlock ngn Dujun xD Dujun melamar Minha >< Terima Minha !! xD
_fs_abby
#10
Chapter 25: *buatmukasepuluhsen* kasi lah sequel~~~~ cerita nii comeei lah, minha tak jawab lagi pertnyaan dujun daaan belum ada kisah tentang anak2 minjun xD