Chapter 33
You're My PropertyKai membelek beberapa dokumen - dokumen yang tersusun rapi diatas meja disebelah kananya yang sudah beberapa hari disitu. Disebabkan adanya meetings disaat - saat akhik sejak beberapa hari ini , menyebabkan kerjanya tertangguh. Bos muda itu membaca dengan teliti sebelum menurunkan tandangan diatas dokumen - dokumen tersebut.
Sebaris ayat come in dikeluarkan dari mulutnya apabila pintu bilik pejabatnya diketuk. Suho melangkah masuk bilik tersebut bersama sebuah buku ditangan lalu duduk dihadapan bosnya itu.
" Ada apa ? " tanya Kai sambil keningnya diangkat.
" Ni ada something aku nak bagitahu kau pasal mesyuarat dekat Ulsan tu. " jawab Suho sambil tangannya membuka helaian muka surat buku yang dipegang.
" Kenapa dengan mesyuarat tu ? "
" Kau kena pergi lusa se- "
" Aik ? Lusa ? Lusa kan hari Khamis. Bukan mesyuarat tu tiga hari , Jumaat hingga Ahad. Kau yang cakap macam tu , kan ? " Kai yang tadi sibuk meneliti dokumen - dokumen itu , terberhenti dan mengalihkan pandangannya pada Suho.
" Kau ni boleh tak bagi aku habis cakap dulu. Ayat aku tak complete lagi kau dah cut ! Aku cut kau punya , baru kau tahu ! "
" Hah ! Cepatlah ! Kau cakap pun terhegeh - hegeh macam kura - kura. Aku banyak kerja ni ! "
" Pasal mesyuarat tu , mereka dah tukar hari. Hari Khamis hingga Sabtu. Sebab ada CEO lain , datang dari jauh jadi , hari Ahad tu , mereka boleh rehat. Aku fikir pun macam tu jugak. Kau dan Kyungsoo boleh rehat Ahad tu. Aku pasti kau berdua mesti penat punya balik nanti. "
" kau ! Ini bukan tentang penat , tak penat. Kerja aku ni berlambak kena siapkan. Esok dah kena hantar ! Dokumen - dokumen ni kena sign. Aduhai ! CEO memanglah penat. Mana ada kerja tak penat. Haih , taik ayam betul lah diaorang tu. "
Suho tergelak. " Woi , sengal ! Kau kena faham. Majoriti CEO tu , semuanya dah pangkat atok - atok !. Masa untuk diri , isteri dan cucu amat penting ! "
" Dah tu , kerja aku siapa nak buat ? "
" Cakap je lah kau nak suruh aku buat. Tak payah nak tanya - tanya. Aku kenal kau bukan semalam. Dari dalam perut mummy kau , aku dah tahu perangai kau ! " Suho menjeling ke arah Kai yang sedang tersenyum ke arahnya.
" Bagus , inilah contoh Personal Assistant yang terbaik. Aku rasa kau boleh dapat The Best Personal Assistant Award. Tapi , malangnya , anugerah tu tak ada. "
" Yang mana kerja - kerja laptop , kau tinggal tepi. Kau uruskan dokumen - dokumen yang kena sign dulu. "
" Beres. "
" Hari Khamis , you ikut I tau. " Kai bersuara sementara mereka menunggu makanan yang dipesan sampai. Kyungsoo yang duduk dihadapannya memandang dengan hairan.
" Nak pergi mana ? "
" Pergi jamban ~ "
" It's not funny , biyy. "
Kai hanya tergelak kecil melihat wajah Kyungsoo yang tadi tersenyum berubah masam apabila Kai menyakatnya.
" You kena ikut I , Khamis ni. "
" Nak pergi ma
Comments