Chap 9

Love Rain

Aku membuka almari mama untuk mencari dress putih. Ni semua sebab mulut ni lah sukahati je cakap tema putih dah lah aku takde dress putih. Menyesalnyaa

' Tak silap oppa mama ada dress putih, pergi lah check dekat almari mama. '

Aku menyelak satu per satu dress mama, disebabkan mama ni business woman banyak gila dress yang mama ada. Wow. Tak payah susah susah beli. 

" Oppa !! " jeritku dari bilik mama. 

" Busy !! " balas oppa ringkas. Kurang ajar, tu je yang dia balas? Semalam kemain menangis sambil peluk aku. 

" Luna ada 2 jam je sebelum prom ! " pujukku. Oppa mengeluh lalu berdiri untuk ke bilik mama. Kelihatan aku sedang berbaring di atas katil mama. 

" Ada 2 jam tapi bersenang lenang baring dekat sini? " sindir oppa. Aku tergelak kecil lalu bangun dan membuka pintu almari mama.

" Adik tak reti pilih baju so can you help your beautiful little sister? " 

" Aku lagi lah tak reti, kau ingat aku perempuan? " sindir oppa. Eyy sakitnya hati cakap dengan dia ni.

" Kalau Luna jadi girlfriend kau, kau nak Luna pakai macam mana? " aku kembali duduk di atas katil mama sambil memandang kandungan almari. Luhan mengeluh lalu membelek dress dress mama. 

" Kalau kau jadi girlfriend aku, aku nak kau pakai buruk buruk so takde orang yang terpikat dengan kau. Boleh? " Luhan mengangkat keningnya sambil memandangku. 

" Betul betul lah ! " aku membaling bantal kecil tepat ke mukanya tapi sempat dia elak.

" Nak minta tolong tapi marah marah " sindir oppa. Ada aku kesah? 

" Pakai je ni. " oppa menghulurkan aku satu dress putih paras lutut.

" Tak nampak over ke? " tanyaku bimbang. Aku bukannya buat apa apa pun, makan je dekat prom nanti. 

" Tak. Kau bukan cantik pun so kenalah pakai dress cantik. " kutuk abang. 

" Bila last kau kena tumbuk ah? " balasku kasar. Dia tergelak kecil lalu berlalu keluar dari bilik mama. 

Aku berlalu ke bilikku. Setelah 5 minit, dress mama disarung pada badan. Nasib mama dan aku sama saiz kalau tak aku tak tau apa jadi dengan aku untuk prom ni haih. 

" Luna, ada orang call ! " jerit Luhan dari ruang tamu. Aku berlari laju untuk mendapatkan phone di atas meja. Kelihatan oppa yang sedang menaip sesuatu pada laptopnya manakala Lushin sedang tidur nyenyak di atas sofa.

" Tidur je budak kecik ni ! " sempat aku mengutuk adik lelakiku sebelum mengangkat panggilan.

" Tau takpe. " balas Luhan selamba. Aku tergelak kecil lalu slide butang hijau. 

" Wae? " aku berdiri dan mengatur langkah ke luar rumah.

" Nak pergi mana woi?! " jerit Luhan. Aku menjauhkan telefon bimbit dari telinga

" Ambik angin. " balasku ringkas lalu kembali mendekatkan telefon pada telingaku. Luhan kembali memandang skrin laptop.

" Siapa tu? " tanya Sehun. 

" Oppa. " balasku malas.

" Kau nak apa ni? " balasku lagi.

" Kau pergi naik apa? " Sehun membetulkan tali leher yang baru dililitnya tadi.

" Terbang. " balasku sepatah. 

" Tak lawak. " balas Sehun pula. Aku mengambil tempat pada buaian yang tergantung pada pokok di halamanku. 

" Aku naik oppa kot. Jalan kaki kalau oppa taknak hantar. " kakiku mula menghayun perlahan buaian.

" Jom la naik kereta aku. " ajak Sehun senang. Aku menggeleng. Buaian semakin laju dihayun sehingga aku tidak perlu lagi menghayunkan buaian.

" Naik dengan kau tak selamat. Taknak aku. " perliku. Tiba tiba aku tidak dapat mengimbangkan badan lalu terjatuh dari buaian.

" Auch !! " jeritku. Telefon terjatuh dari pegangan. Lututku sudah luka dan keluar cecair merah pekat pada kulit putihku.

" Luna? Luna ? " Kedengaran suara Sehun dari dalam panggilan. Dengan pantas aku mengutip telefonku lalu meletakkan pada telingaku. 

" Pahal kau ni? " tanya Sehun. 

" Jatuh buaian. " balasku sedih. Sakit kot.

" HAHAHAHAHA padah cakap aku tak selamat. Nampak tak sekejap je kau dapat balasan HAHAHA " tawa Sehun kedengaran sangat kuat. Ya ampun mengesal aku bagitau.

" Dah lah. Kejap lagi aku ambik. Tunggu tau. " sambung Sehun dengan sisa tawanya lalu menutup call. Aku memandang skrin phone geram.

" Balasan? " kataku geram. Aku menggenggam phone kuat.

" Kurang ajar punya mamat !!! " jeritku. 

______________________________________________________________________________________________________________________________________

Aku menampal plaster besar pada lututku. Nasib tak teruk. Selepas merawat luka, aku membetulkan rambutku yang agak berselerak lalu turun ke bawah bersama earphone disangkut pada telinga. 

" Oppa, Luna tunggu Sehun dekat luar dulu " kataku sambil mengatur langkah ke halaman rumah. Aku mengambil tempat atas rumput daripada buaian tu. Earphone  setia menyanyikan lagu Love Light daripada Cnblue. 

" Mana Sehun ni lembap lah. Siap mengalahkan perempuan. " bentakku geram. Aku mengambil keputusan untuk menunggunya di hadapan lorong rumah. Baru sahaja aku melangkah keluar dari pagar rumah aku lihat kelibat Baekhyun yang juga baru keluar dari pagar rumahnya. 

Dia menoleh ke arahku begitu juga aku. Tapi selepas 5 saat memandang anak mataku, dia berlalu pergi. 

 Hmp ! Dia ingat aku nak sangat terserempak dengan dia? Pigidah ! 

Aku berjalan perlahan menuju ke lorong rumah. Takut juga duduk dekat lorong ni malam malam. Kot penculik datang ke eeii seram. Aku mendail number Sehun sambil berjalan.

" Woi, lama lagi ke? " tiada kata pendahuluan yang aku berikan. Tiba tiba aku melihat Baekhyun yang juga sedang berdiri di lorong rumah. Gosh, takkan aku nak tunggu dengan dia ?! Andwea !!!

" Sayang palli !! " kataku lagi setelah tidak mendengar kata jawapan daripadanya. 

" Kau demam ke panggil aku sayang ni? " tanya Sehun pelik. Rasa nak tumbuk Sehun menyerbu hati.

" Cepat je lah ye.. " balasku lembut lalu menekan butang merah dengan geram. Baekhyun yang duduk di atas bangku menyandar badannya pada dinding dengan gaya yang teramat lah cool. ' Kau sempat puji dia lagi Luna? '

Baekhyun masih tidak menghiraukan aku sampai lah sebuah kereta berhenti dihadapan kami. Aku mengintai pemandunya. Sera membunyikan hon keretanya lalu Baekhyun berjalan perlahan ke tempat duduk sebelah pemandu. 

" Sehun ni rasa macam nak kena bunuh je datang lambat macam ni. " aku berjalan perlahan menuju ke sekolah. Malas nak tunggu Sehun tu lagi.

" Woi, tak payah nak merajuk sangat. " tegur Sehun dari belakang. Dia.. 

JALAN KAKI?!

" Kau suruh aku tunggu kau untuk jalan kaki dengan kau je wey ?! " balasku geram. Sehun mengangguk.

" Lama sikit boleh jalan dengan kau. " balas Sehun selamba. Aku memandangnya tidak percaya. 

" Baik aku jalan je daripada tadi. " aku melangkah laju dengan heels yang tersarung pada kakiku. 

" Kau jumpa Baekhyun eh tadi? " tanya Sehun tenang sambil berjalan disebelahku. 

" Kau stalk aku eh? " dia mengangguk selamba. Wow aku kena bagi gelaran dekat Sehun ni. 

" Sehun - Stalker. Erm.. patutlah dua dua start dengan S.. " balasku sambil mengangguk nganggukkan kelapaku yang sama paras dengan lehernya sebab heels ni hahaha. Bangganya !

" Wow sukahati kau je kan? sedar sikit hari ni aku tolong kau. Kalau bukan sebab kau, aku dah boleh berdamping dengan perempuan perempuan hot sekolah kita lah ! " balas Sehun geram.

" Diam lah ! " 

" Apesal pulak? ni mulut aku ! "

" Just shut up ! kalau tak.. " tak sempat aku menghabiskan ayat Sehun potong.

" Kiss aku? sorry lah bibir aku mahal. " balas Sehun.

" HAHAHAHAH jangan perasanlah ! aku? nak kiss kau?  euw not my style lah ! " aku menolak perlahan lengan Sehun menjauhiku.

" Bukan selalunya dalam drama macam tu ke? " tanya Sehun bingung.

" Wah !! budak drama juga kau ni? " aku menolak lengannya menggunakan bahuku

" Diam lah ! " balas Sehun lalu memelukku dari tepi sambil menutup mulut kecilku. 

" Yah !! yah !! " jeritku kuat tapi malang, tidak kedengaran.

____________________________________________________________________________________________________________________________________

" Sakit lah mulut aku !! " marahku setelah kami jejak kaki di dalam kawasan sekolah. 

" Ingat, macam yang kita janjikan, aku tolong kau malam ni je. " Sehun mengingatkan percakapan kami di dalam telefon bimbit semalam.

' Aku taknak ada hubungan tipu dengan kau macam ni '

' Tolong lah aku !! '

' Ish yelah, tapi ingat, malam esok je ! '

' Thank you chagiya !! ' 

Sehun masuk terlebih dahulu sebelumku. Kami memberikan kad murid kepada penyambut tetamu yang berada dihadapan dewan besar sekolah.

Kami berpandangan sesama sendiri, tak tau nak pergi mana. Tiba tiba kedua dua pasang anak mata kami bertemu dengan sudut makanan. Kami sekali lagi berpandangan.

" Jom. " ajakku. Sehun mengangguk lalu kami mengatur langkah dekat meja yang penuh dengan makanan. 

" Aku belum makan lagi. " bisikku pada Sehun. 

" Aku pun. " tangan kami mencapai pelbagai makanan. Sedang kami sibuk melahap makanan tiba tiba..

" Yo, Sehun.. " 

" Se..ra.. " balas Sehun tergagap apabila melihat Sera keseorangan dihadapan kami.

" Budak bola keranjang panggil kau. " balasnya. Sehun memberiku pandangan ' boleh ke aku tinggalkan kau ni ' aku mengangguk sambil tersenyum lalu dengan segera Sehun berjalan laju ke arah rakan rakannya. 

" Sweet lah korang berdua.. " aku dengar bunyi sindiran dekat situ. Heh. Ingat kau girlfriend dia sekarang, kau boleh kalahkan aku? Sorry lah.

" Tapi tak boleh kalahkan korang lah. " balasku pula. 

" By the way, senang lah I nak korek rahsia Baekhyun, sebab Baekhyun kata you tau semua pasal dia. " aku tergelak.

" Dia suka makan apa eh? " tanya Sera ingin tahu. Aku diam. 

" Tu I memang tak tahu, sebab dia kata semua benda yang I masak dia suka. " balasku laju. Completely tipu, aku mana pernah masak untuk Baekhyun sebelum ni. Puas hati aku cakap dengan perempuan ni.

 Senyum Sera terpadam serta merta. Dia menjelingku geram. 

" Sera !! Luna !! sini !! " tiba tiba kami mendengar jeritan Hyerin yang duduk bersama ahli basketball sekolah. Sera mengatur langkah terlebih dahulu sebelumku. Dia mengambil tempat disebelah Sehun. Sehun dan aku tergamam. Takkan aku nak duduk sebelah boyfriend dia? 

" You kata kalau tukar pasangan pun orang tak perasan kan? kita cuba nak? " bisik Sera yang duduk rapat dengan Sehun dihadapanku. Walaupun suaranya perlahan tapi tetap aku dapat dengar dengan jelas. Ohh kau nak kenakan aku balik kan Sera.. Lets see..

Aku berjalan laju duduk disebelah Baekhyun. Baekhyun memandangku terkejut. ' Tengok girlfriend kau lah nak pandang aku terkejut macam tu pulak. ' 

" Im sorry. " bisikku rapat dengan telinga Baekhyun. Rapat sangat. Baekhun menjarakkan sedikit kedudukannya. 

" Jealous dengan Sera? " tanya Baekhyun sambil memandangku. Aku menggeleng. 

" Buat apa. Saya kan dah tak ada apa apa dengan awak. " balasku pelik. 

" Bukan dengan saya tapi dengan Sehun. " balasnya lagi. Aku diam. Takkan aku nak cakap tak?

" Diam tu maksudnya betul lah kan. " dia membuat andaian sendiri. Aku masih diam. Tiba tiba Baekhyun menyangkut lengan kirinya pada belakang leherku sekali gus merapatkan jarak kami. Aku tergamam. Sehun dan Sera yang berada di hadapanku juga terkejut melihat tindakan drastik Baekhyun. Gosh, Sehun.. tolong aku.

" Luna, saya ada benda nak cakap. " bisik Baekhyun sambil memandang Sehun dan Sera yang memandangnya tajam.

" A-Apa.. " tergagap gagap aku menjawab.

" I hate you too. " balasnya. Hah? apa maksud dia?

" Semalam kau cakap yang kau benci aku kan, so pagi tadi aku dah fikir. I will hate you too. " kali ini jelas kebencian Baekhyun pada aku sebab panggilannya juga berubah. Okay sekarang hater aku bertambah.

" Okay then. " balasku tanpa perasaan. Sedikit demi sedikit Baekhyun dah buat aku benci dekat dia. Tapi kenapa aku still tak boleh benci dia sepenuh hati? Kenapa Luna..

Baekhyun melepaskan aku lalu bangun dan menarik tangan Sera kasar dan berlalu pergi meninggalkan kami semua. Aku termenung. Cuba untuk mencari punca sebab aku masih simpan sedikit perasaan pada Baekhyun.. ' kenapa.. '

_____________________________________________________________________________________________________________________________________

Kami jalan kaki untuk pulang ke rumah. Sehun mendahuluiku. Aku setia jalan dibelakangnya.

" Sehun... " dia berhenti lalu menoleh ke arahku. 

" Kau pernah minum? " tanyaku. Sehun tergelak kecil lalu menggeleng.

" Kau budak nakal sekolah pun tak pernah minum? " tanyaku pelik. 

" Kau pernah? " tanya Sehun. Aku mengangguk.

" Sehari lepas mama and papa pergi. Aku minum sorang sorang dalam bilik.. " ceritaku. Dia mengangguk pantas.

" Jom.. " ajakku. Terbeliak mata Sehun memandangku. 

" Kau tak payah. Biar aku je.. " kataku lagi.

Sehun mengangguk faham. ' Kau kenapa Luna? '

" Aku percaya kau. Bawak aku balik dengan selamat.. " sambungku lagi. 

" Yes boss.. " balas Sehun sambil tabik ke arahku. Kami menuju ke arah gerai minuman dihadapan kami.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kpopper0
Omg ! Saya post ep 33 tak habis ! Biane !!

Comments

You must be logged in to comment
nurulaqilah #1
Chapter 35: Chapter 35: yeahhhhhhhhh happpyyyy endingggg... And part yg beakhyun meninggal tu sedihhhh huhuhu.... Fanfic ni jjanggggg...
EXO_YEHETOhSehun #2
Chapter 35: Yayyyyyy dah habisssssss ( clapclapclapclap ) Nak jadi Luna lah best laaa kekeke. Update la new story secepat mungkin hahah. Author-nim Hwiting !
erasyazana_kookie
#3
Chapter 35: hmm..sedih part baekhyun meninggal..anyway..nice ending~~
Ayiepp
#4
Chapter 35: Wohoo..bestnya story ni. Tpi sedih sgt time baekhyun nk meninggal :'c . Apepon cerita tersangatlah best. ^^
nnabihah #5
Chapter 35: Cerita ni mmg AWESOMElh,ade sedih,gembira,klkr,sweet+romantic.tapi malangnye sudah complete huhuhuhuhu.author-nim watlh citer yg best2 lagi.saya akan cuba sokong author-nim.fighting!!!!!
zuzara #6
Chapter 35: Sehun pandai jugak nk ambil hati si Luna kan?
Hahaha how sweet...>o<
Author-nim x kn dh complete kot sambung lah lagi....>~<
kpopper_2 #7
Chapter 35: So sweeeettttt
jongdae21 #8
Chapter 35: Complete ?? Aloooo
ChoiMalMinZa
#9
Chapter 35: uwah awesome.