Chap 27

Love Rain

" Hello.. " suara Sehun kedengaran jelas di hujung talian. 

" Hey..." balasku lembut. 

" Aku kacau kau buat kerja ke? " 

" Takdelah. Aku tengah free ni.. "

" Tak kesah lah kalau kau busy pun aku still nak ganggu " gurau Sehun.

" Kau kenapa tiba tiba.. " tanyaku. Pelik tiba tiba dia call malam ni..

" Aku..." dia menarik nafas panjang.

" Baru gaduh dengan mummy aku... " tambah Sehun lagi.

" K-Kenapa?! " 

" Tah lah. Aku pecahkan pinggan lepas tu dia marah gila padahal dia yang pecat orang gaji dia lepas tu aku bangkitkan lah isu yang aku kena ikut dia pergi luar negara lepas tu dia membebel nonstop dekat aku " 

" Mummy kau cakap apa pasal keluar negara tu? " 

" Dia cakap you still have to come with me no matter what happend " balas Sehun.

" Ohh.. " jelas nada kecewa dari aku. Sehun mengeluh berat. 

" Kau ikut je lah.. Kau kata nak jadi doktor.. Belajar overseas siapa taknak woo " sambungku lagi. 

" Then how about you? Luna jom lah ikut aku sekali "

" Kau gila?! Luhan dengan Lushin siapa nak jaga?! " jeritku. 

" Oppa kau kan ada " 

" Nonsense. " balasku ringkas.

________________________________________________________________________________________________________________________________________

Aku mengemas bilik kolam renang yang baru digunakan oleh junior kami. Sepatutnya harini Baekhyun yang bertugas tapi dia tak datang jadi aku dengan sukarela buatkan kerja dia. 

" Luna.. " panggil Hyerin dari balik pintu masuk.

" Hyerin ah... " panggil ku juga. Dia melangkah masuk mendekatiku lalu memelukku dengan erat.

" Im so sorry !! aku bodoh tak nampak kebenaran yang sebenar !! " aku mengusap belakang badannya. 

" Haish takde apa la.. " 

" Kau okay? Aku minta maaf sangat sangat sebab aku kau terjatuh dalam kolam ni !! " bunyi tangisannya memenuhi ruang bilik. 

" Tak ada apa lah kau ni ! Dah dah.. aku tak ambil hati pun.. " ujarku lagi. Dia mengangguk perlahan. 

" Nak balik dengan aku tak? " aku memandang anak matanya. Kami berjalan beriringan pulang ke rumah. 

_______________________________________________________________________________________________________________________________________

Aku berjalan dengan perlahan masuk ke dalam lorong rumahku. Kaki berhenti seketika dihadapan rumah Baekhyun. ' Nak lawat ke tak eh.. '  Selepas beberapa saat memandang rumahnya aku kembali melangkah ke rumahku. Sekali lagi aku berhenti apabila melihat Sera sedang mundar mandir dihadapan rumahku sambil menggigit kukunya. Riak risau jeals terpancar pada mukanya. 

" S-Sera... " aku memandangnya. 

" Luna... " dia membalas pandanganku. 

Kami duduk sambil menunggu air yang kami pesan sebentar tadi. 

" Aku dah tak boleh tengok abang saudara aku merana lagi... " dia memulakan percakapan. 

" Abang saudara? " aku memandangnya pelik. 

" Baekhyun... " balasnya dengan perlahan. 

WHAT?! TAK MUNGKIN !

" Baekhyun ?! Kau cakap abang saudara kau Baekhyun?! Baekhyun?! " dia mengangguk laju. Bulat mataku memandangnya. Tiba tiba tangan kananku ditarik lalu digenggam erat. 

" Luna kau kena tolong abang saudara aku.. Dia dah tak lama.. " air matanya jatuh dengan perlahan. 

" A-Apa maksud kau? " 

" K-Kanser hati, stage 4.. " balasnya. Takkan... Tak mungkin... Andwea... 

" S-Siapa? " 

" Baekhyun ! Abang saudara aku ! " jeritnya. Aku terdiam. Cuba untuk menafikan apa yang baru aku dengar dari mulut Sera sendiri. Dia baru cakap yang Baekhyun ada kanser hati stage keempat.. ' No no no tak mungkin... '

" Sera kau tau tak ada benda dalam dunia yang tak boleh dibuat gurauan salah satunya apa yang kau baru cakap tadi. " balasku sambil memaksa mulutku untuk gelak. Sera menggeleng laju sambil mengesat air matanya dengan kasar. 

" Aku tak buat lawak. Semua ni adalah rancangan dia sendiri untuk buat kau benci dia " 

" A-Apa maksud kau ni?! " jeritku pula

" Dari awal korang clash and dia cakap yang dia suka aku semua tu adalah perancangan dia sebab dia tahu dia ada kanser ! " balas Sera pula. Aku mengeleng gelengkan kepalaku. Tak mungkin... Baekhyun sendiri cakap yang dia sukakan Sera tak mungkin ni semua adalah sebuah rancangan..

" Semua ni rancangan ! Aku ni just pelakon dalam rancangan ni ! " ujar Sera. Dia memandang anak mataku. 

" T-Tak mungkin.. " aku pula menarik tangannya.

" Please cakap yang semua ni tipu... "  sambungku. 

" Okay kalau betul pun takpe but please cakap yang penyakit tu hanya gurauan.. " pintaku. Dia menggeleng

" Aku pun ! aku pun harap benda tu hanya gurauan.. " 

" Sebab aku dah suka Baekhyun... " tambahnya lagi. Aku terdiam. 

" Kau marah? " tanya Sera

" Buat apa aku nak marah.. dia bukan hak aku.. " balasku sambil memandangnya kosong. 

" Tapi Baekhyun masih sukakan kau.. " balas Sera. 

" Setiap kali aku dekat dengan dia dihadapan kau, aku fikir yang aku akan gembira.. "

" Tapi tak.. " Dia tunduk memandang meja.

" Aku bertambah sedih sebab aku tahu hati dia jauh dari aku ... " 

" And dekat dengan kau.... " Sera mengangkat mukanya memandang aku. Aku mengunci mulutku rapat. 

" Dia buat kau merana.. Tapi sebenarnya dia buat diri dia 2 kali ganda lagi merana dari kau ! " 

" Jadi korang date sebelum ni semuanya tipu?! " tanyaku

" Mulanya, date dengan aku takde pun dalam plan dia. Tapi lepas kau paksa dia bagitahu sebab korang clash, dia minta aku berlakon. Malam tu.. "

Flashback ( Sera POV )

" Okay omma ! Sera naik dulu ! " aku melangkah laju untuk naik ke bilik. Setelah tiba di bilikku aku mencapai telefon bimbit lalu menekan nombor Baekhyun. Lama dah aku tak call dia. Dia pun dah lupa aku agaknya. Seronok sangat dengan girlfriend yang dia jumpa dekat retoran masa tu..

" H-Hello.. " suara dia bergetar. Dia menangis ke? 

" Woi ! " balasku 

" S-Sera... " balasnya pula. 

" Kau tak boleh nak sambut call aku elok elok ke? Cakap lah hai ke apa ke hish takde adap betul lah kau ni " sindirku. Hah sekarang langsung dia tak balas. Tiada satu bunyi pun dari dalam panggilan. 

" Woi ! Kau tidur ke? " tanyaku lembut. 

" T-Tak.. " balas Baekhyun. 

" Habis tu? " 

" Sera kau kena tolong aku.. " 

End Flashback 

" Aku tak sangka idea bodoh dia tu berjaya sampai kau pun jatuh hati dekat lelaki lain and langsung tak pandang dia dah " sindir Sera.

" Heh. Langsung tak pandang dia?! You have no idea how much im suffering to forget him ! " balasku laju. 

" Kau pun tak nampak betapa banyaknya air mata yang dia habiskan sebab kau ! " balas Sera pula.

" Lelaki menangis? Kau pernah ke nampak dia menangis selama kau date dengan dia? " aku menggeleng perlahan. 

" Dia kerap sangat menangis selama dia 'date' dengan aku.. " tambah Sera lagi. 

" And semuanya sebab kau... " ujarnya perlahan. 

" Time dia clash dengan kau dekat restoran tu. Aku ada dekat belakang meja kau. Dia suruh aku jaga kau supaya kau balik sekolah dengan selamat. Malam tu, dia masuk hospital tapi dia paksa aku buat surat permohonan keluar hospital.."

" And malam tu jugak.. penyakit tu sampai ke telinga mama dia. " ujar Sera dengan serious.

" Hari mama and papa kau masuk hospital, sepatutnya dia ada appointment dengan doktor.. Tapi dia cancle sebab dia nampak keadaan kau macam tu.. " 

" Dia tu gila ke?! " jeritku.

" Dia cakap kalau dia pergi appointment tu pun, dia masih tak boleh pulih macam biasa. Sebab kanser hati bukan senang nak sembuh and kebanyakan yang menghidap penyakit ni takde peluang. " balas Sera.

" Disebabkan dekat sekolah takde orang pun yang tahu aku ni adik saudara dia. Oleh itu, kerja kami jadi lebih mudah. Masuk sekolah pegang tangan. Jadi tumpuan semua orang. Itu ke yang dia nak sebenarnya? Tak. Dia just nak kau bina tembok benci untuk dia. " aku terdiam. Air mata mula memainkan peranan.

" Kau terserempak dengan dia time kau nak pergi pejabat tu.. Tau tak betapa sakitnya hati dia nampak kau peluk Sehun? " 

" Hari funeral mama and papa kau pulak, memang aku call untuk pujuk dia balik untuk pergi appointment yang dia dah canclekan masa tu. And aku tak tau kenapa dia setuju dengan senang..  " 

" Sebab aku ada dekat depan dia masa tu... " balasku.

" Patutlah... " ujar Sera perlahan. 

" 3 hari kau tak pergi sekolah. Dia ulang alik ke hospital. Makan macam macam ubat. Aku tengok pun dah seksa.. " 

" And part paling aku benci. Kena berlakon kiss depan kau.. Aku nampak kau turun untuk cari Baekhyun. And sorry to say yang aku dah jatuh suka dekat dia time tu.. " Sera menarik nafas panjang.

Aku lari macam orang gila untuk bagitahu dia yang kau tengah cari dia. So kami teruskan lakonan. Kiss tu sebenarnya tak kena pun. Aku tahu kau nampak... "  aku mengangguk perlahan. Betapa sakitnya hati aku time tu.. 

" Kebetulan, kita terjumpa dekat mall time kau ponteng dengan Sehun. Sebenarnya aku takut untuk jumpa dengan kau terang terang.. Tapi malangnya sebab takut sangat aku terlanggar kerusi kau. Then aku sedar aku kena tolong Baekhyun capai apa yang dia nak.. Jadi aku saja jadi api untuk bakar hati kau. " 

" Lepas kau balik dari mall tu dia terus tinggalkan aku untuk kejar kau sebab dia tahu yang kau akan ambil adik kau dari tadika. And sebenarnya dia takut kau jadi lebih teruk bila bergaul dengan Sehun so dia suruh kau clash kan? " tanya Sera. Aku mengangguk.

' Awak boleh date dengan sesiapa tapi bukan Sehun ! '  Suara Baekhyun terngiang ngiang di dalam kepalaku.

" And dia... kiss kau... ? " tanya Sera lagi and sekali lagi aku mengangguk.

" Balik tu dia mabuk and menyesal dengan apa yang dia cakap dekat kau.. Kau tau tak hati aku dah pecah into a million pieces bila nampak dia sedih untuk kau.. And kau tahu kan arak tak elok untuk kanser hati? " 

" Baekhyun tahu tak yang arak tak elok untuk kesihatan dia?! " tanyaku. Sera mengangguk. 

" Then kenapa?! " tanyaku lagi. 

" Sebab dia kata takde benda lain yang dapat hilangkan kau dari hati dia selain wine. " balas Sera. Aku terkedu. Apa kau buat ni Baekhyun ?!!

" Prom tu.. Dia cakap yang dia benci kau.. "

" Tipu " Sera memandang anak mataku. 

" Tipu paling besar dalam sejarah hidup dia.. And kau boleh lagi mabuk balik tu? Itu memang aku tak sangka ! Baekhyun marah gila lepas nampak kau mabuk, dengan Sehun pulak tu ! " Sera memandangku tajam.

" Aku tak dapat nak fikir apa dah time tu.. " ujarku perlahan.

" Aku faham.. Time kes motor hampir langgar kau tu.. Kami sebenarnya ikut korang dari belakang. Dia risau kan kau sangat sangat " 

" Tengok kau makin nakal bila terjebak dengan Sehun buatkan dia geram sangat dengan kau. Dia cabar kau kan? Kau tak tahu betapa lebarnya senyuman dia bila dengar nama kau tolong tingkatkan 80% markah addmath dalam sekolah time anugerah tu. Dia buat semua tu supaya kau dapat buat benda yang sama bila dia takde nanti.. Supaya kau berjaya and so dia dapat pergi dengan tenang.. " 

" Kau kena buli dengan peminat Sehun.. Sebenarnya aku yang nampak kau sebab aku tengah dalam perjalanan nak pergi tandas masa tu.. Aku yang bagitahu Baekhyun suruh selamatkan kau but dia cakap bukan dia yang sepatutnya selamatkan kau tapi Sehun... " 

" Kau kiss Sehun malam tu.. Baekhyun menangis macam orang gila.. Aku dengan Baekhyun baru balik dari hospital time tu.. Sebab Baekhyun nak ambil angin so aku ajak dia pergi taman and time tu kitaorang nampak kau dengan Sehun. Kau tau dia cakap apa dekat aku? "

" Sera, aku dah berjaya.. jadi aku dapat pergi dengan tenang lepas ni... " Sera mengesat air matanya. Aku terdiam. ' Dia betul betul berjaya.. sebab aku dah suka Sehun..' 

' Baekhyun kau memang hebat.. '

 " Lepas je tengok kau bahagia dengan Sehun, dia makin lega and setuju untuk dapatkan rawatan. Time exam, dia buat kimo. Walaupun exam week, aku tahu kau still datang untuk lawat dia kan? Dia ada dalam almari. Dia cerita dekat aku segalanya. Gambar kau dengan dia atas katil dia tu dah cukup untuk membuktikan yang kau still ada dalam hati dia kan? " aku mengangguk.

" Rambut dia gugur, badan dia susut, selalu muntah and demam. Aku risau sangat.. " 

" Dia keluar hospital sekejap time minum tu and dia keluar senyap senyap. Aku yang tolong dia keluar hospital masa tu. Time kau lepak tu kau ada nampak dia minum arak tak? Takde kan? Takkan kau tak pelik padahal dia selalu je minum benda tu. Takkan kau tak dapat bau lagi pasal penyakit dia? " tanya Sera ingin tahu. ' Aah la.. kenapa aku tak sedar?! Luna kau ni memang bodoh lah ! ' 

" Aku betul betul tak tahu... " jawabku

" Then bila dia dengar yang kau kena fitnah tu, dia paksa aku tulis surat keluar hospital lagi. Dia kata dia nak ada dekat samping kau sepanjang kau susah supaya kau pun ada dekat samping dia waktu dia susah. Lepas dapat persetujuan mama dia, dia pun keluar and pergi sekolah macam biasa. " 

" Walaupun dia tak tau kes yang sebenarnya lagi, dia dah letak kepercayaan dia 100% dekat kau ! Dia jumpa D.o suruh cerita segalanya..Then after that dia sentiasa ada untuk kau kan? " tanya Sera. Aku mengangguk. 

" So aku rasa this is ther right time for you to pay off segalanya. " selepas habis ayat Sera, aku menangis sepuas puasnya. Semua orang memandang kami. Dengan perlahan Sera menarikku ke dalam pelukannya. 

' Jadi.. benda ni lah yang aku cari selama ni.. Benda ni lah yang Baekhyun sorok dari aku selama ni.. '

" Aku tak sepatutnya cerita.. tapi aku tak sanggup tengok dia tanggung sakit dia tanpa kau dekat sisi dia.. " ujar Sera sambil mengusap belakang badanku. 

" Aku dah faham apa yang patut aku buat lepas ni... " balasku 

______________________________________________________________________________________________________________________________________

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kpopper0
Omg ! Saya post ep 33 tak habis ! Biane !!

Comments

You must be logged in to comment
nurulaqilah #1
Chapter 35: Chapter 35: yeahhhhhhhhh happpyyyy endingggg... And part yg beakhyun meninggal tu sedihhhh huhuhu.... Fanfic ni jjanggggg...
EXO_YEHETOhSehun #2
Chapter 35: Yayyyyyy dah habisssssss ( clapclapclapclap ) Nak jadi Luna lah best laaa kekeke. Update la new story secepat mungkin hahah. Author-nim Hwiting !
erasyazana_kookie
#3
Chapter 35: hmm..sedih part baekhyun meninggal..anyway..nice ending~~
Ayiepp
#4
Chapter 35: Wohoo..bestnya story ni. Tpi sedih sgt time baekhyun nk meninggal :'c . Apepon cerita tersangatlah best. ^^
nnabihah #5
Chapter 35: Cerita ni mmg AWESOMElh,ade sedih,gembira,klkr,sweet+romantic.tapi malangnye sudah complete huhuhuhuhu.author-nim watlh citer yg best2 lagi.saya akan cuba sokong author-nim.fighting!!!!!
zuzara #6
Chapter 35: Sehun pandai jugak nk ambil hati si Luna kan?
Hahaha how sweet...>o<
Author-nim x kn dh complete kot sambung lah lagi....>~<
kpopper_2 #7
Chapter 35: So sweeeettttt
jongdae21 #8
Chapter 35: Complete ?? Aloooo
ChoiMalMinZa
#9
Chapter 35: uwah awesome.