Chap 6

Love Rain

" Kau demam ke tiba tiba pergi playground ni? " tanyaku pada Sehun. Dia menggeleng laju. 

" Dulu mummy dengan daddy aku selalu bawa aku ke sini. Aku rindukan diaorang je.. Kau macam mana? dah okay dah ? " tanya Sehun pula. Aku mengangguk laju.

" Sampai bila nak sedih Sehun.. Hidup aku panjang lagi.. " balasku. Aku menepuk nepuk kerusi disebelahku mengarahkan supaya dia duduk di sebelahku.

" Pasal Baekhyun pula? " tanya Sehun lagi seraya mengambil tempat disebelahku. Aku memasukkan kedua dua belah tanganku ke dalam poket sweter sambil memandang permandangan playground dihadapanku. Angin yang bertiupan tenang telah membuat rambut panjang ku menari nari.

" I cant get over the fact lagi. Aku still tak sakit hati sebab dia tinggalkan aku.. " jawabku jujur. Dia tersenyum mendengar jawapan aku.

" Kadang kadang aku rasa nak buat dia rasa apa yang aku rasa. " luahku. Sehun tergelak mendengarnya. Aku memandang Sehun pelik.

" Pahal kau gelak? " 

" Aku tau semua tu. " balasnya selamba.

 ' Macam mana dia tahu? ' 

" Ma-macam mana kau tau? " tanyaku ingin tahu sambil memegang lengannya. 

" Aku pernah rasa. " di-dia pernah apa? pernah rasa apa yang aku rasa? like seriously? Aku menghamburkan tawaku di hadapannya tetapi dia tidak mengendahkan tawaku. 

" Dia tinggalkan aku mentah mentah. " luahnya tenang sambil memandang permandangan dihadapan kami. 

" Ka-kau pun? " terkejut aku mendengar ceritanya tadi. Gosh. He feels me.. Dia pernah lalui.

" Bukan kau playboy ke? macam mana kau boleh kena tinggal? " tanyaku pelik. Yela, siapa tak kenal Sehun? A good looking boy, a smart boy, a rich boy.. so flawless.. takde kekurangan pun. Tipu la siapa yang tak pernah jatuh hati dekat dia. Aku? aku la kot.. Sebab aku dah cinta mati dengan si Baekhyun..

" Sebab aku jadi playboy..." ujarnya tiba tiba. Aku terus menoleh memandangnya. Dia juga menoleh memandangku.

" dia... " sambungnya lagi. Who is she? 

" Siapa? " tanyaku

" Kenapa kau nak tau? " tanya Sehun pula. Ey kau tau pasal aku boleh, aku tau pasal kau tak boleh. Ade juga makan kasut kejap lagi.

" Kau tau semua pasal aku " balasku ringkas. Dia tergelak. 

" Aku rasa kita boleh jadi kawan baik lah even kau ni nakal. " balasku lagi. Sehun memandangku terkejut. Aku memberi senyuman yang paling manis dekat dia. 

" Jangan kawan dengan aku.. nanti kau terpengaruh. " larang Sehun. Bengong la dia ni orang nak ramai kawan dia lagi suruh orang jangan kawan dengan dia. 

Aku tidak membalas. 

" Bila kau nak start sekolah? " tanya Sehun. 

" Esok la kot. "

" Jangan. Jangan datang esok. " Sehun memandang aku terkejut. ' Ek eleh dia ni sukahati aku la bukan sekolah bapak dia pun ' 

" Pahal pulak? tu sekolah aku. " 

" Jangan datang ! dengar cakap aku, okay la aku balik dulu daa " Sehun bangun sambil  mengangkat tangannya. Pelik betul la mamat ni. 

Aku menghantar dia hingga ke hujung jalan menggunakan pandanganku. 

____________________________________________________________________________________________________________________________________

DINNER

Luhan berjalan menuju ke pintu rumah. Dia melangkah perlahan seperti pencuri ingin memasuki rumah mangsa. Takut Luna nampak. Ini semua plan dia dan Lushin kerana tidak mahu makan masakan Luna. 

" Oppa nak pergi mana? " tanya Luna tiba tiba yang baru turun dari tangga rumah. Rambut basahnya dikeringkan dengan tualanya yang berwarna hijau tua.

Luhan yang terkejut serta merta melutut dan buat buat memeriksa tombol pintu

" Ni ha tombol ni kan kena pecah masa tu dengan Baekhyun ni oppa nak tengok dah elok ke belum. " Luhan memberi alasan. Mati la kalau kantoi dengan Luna. 

" Jangan nak menipu, kan oppa sendiri yang panggil orang repair ni tiba tiba check ni pahal? " tanyaku pelik. Dah la pakai handsome handsome macam nak keluar.

Hah?!! MACAM NAK KELUAR ?!!

" OPPA NAK KELUAR EH ?! " jeritku. 

" Ah? Aniyo aniyo !! mana ada !! " Luhan terus berdiri menghadapku sambil melambai lambaikan tangannya menidakkan kenyataan itu. 

" Oppa jangan berani beli makanan dari luar !! " marahku. Luhan menggeleng laju. 

" Tak tak tak oppa tak berani " balas Luhan takut. Aku bercekak pinggang seperti singa kelaparan. 

" Betul Luna.. oppa tak keluar ! " Luhan masih menafikan. Akhirnya aku mengalah. 

" Tunggu kejap, semalam Luna ada belajar buat bibimbap. Luna buat sekejap. " balasku geram. Luhan terus berjalan mengikutku ke dapur. 

" Luna sure kali ni berjaya? " tanya Luhan ragu ragu.

" Yes. No doubt. " balasku yakin. Lushin yang baru turun dari tangga terkejut. Dia membuat bahasa isyarat dengan Luhan. ' Diaorang ingat aku tak nampak ke? ' 

" Noona nampak apa yang Lushin buat, esok pergi sekolah jalan kaki sorang sorang. " kataku geram sambil memotong sayur.

" Ha? sorang sorang? ala noona jangan macam ni.. Lushin mana berani.. lagipun mama mana pernah kasi Lushin jalan sorang sorang.. Noona tak sayang Lushin ke.. Wahai noona kasihanilah diri adikmu ini.. " pujuk Lushin sambil memeluk belakang badanku. Eyy aku sepak kang apa tak dapat. Sama je dengan abang dia tu pandai membodek. 

" Dah duduk sana jangan kacau noona. " mereka berdua berjalan sedih ke arah meja besar yang terletak ditengah tengah dapur.

15 minit kemudian.

" Nah. Ni je yang mampu, jangan comment, makan je kalau tak sedap. " arahku. Mereka membuat muka kesian. 

" Kejamnya " balas Luhan sambil mencapai chopstick. Lushin mengangguk pantas. Aku menggempal penumbuk lalu menunjukkan penumbuk itu kepada mereka.

" Eh, sedap lah ! " puji Lushin. Aku memandang Lushin terkejut. 

" Aah lah ! " kata Luhan pulak.

" Serious ?! " aku mendekatkan muka kepada Luhan. 

" Tak percaya, cuba rasa. " Luhan menyuapkan aku menggunakan chopsticknya. Like seriously ni aku ke yang masak ni? Omg !!

Bulat mata aku memandang mereka, aku menutup mulut menggunakan tangan kananku. Jelas riak terkejut terhias pada mukaku. Luhan memandangku bangga begitu juga Lushin. 

" Tak payah senyap senyap keluar lagi. " kata Lushin. Luhan mengangguk. 

____________________________________________________________________________________________________________________________________

Aku berjalan berpegangan tangan dengan Lushin.

" Pagi yang indah ~ " aku menyanyi sambil berjalan gembira bersama Lushin.

" Untuk ke sekolah ~ " sambung Lushin. Lagu ni mama selalu nyanyi untuk kami sepanjang jalan ke sekolah. 

" Belajar mengeja ~ "

" Mengira ~ "

" Dan Membaca ~ " nyanyi kami serentak. 

" Rindulah mama.." kata Lushin tiba tiba. Aku memandangnya sayu sambil berjalan perlahan. Tangan kami dihanyun perlahan.  

" Adik noona ni mana boleh sedih sedih nanti tak handsome macam Luhan hyung. Senyum cepat ! " arahku. Dia mendongak memandangku dengan senyum ' paksa ' dia tu.

" Hah macam tu lah. Lushin kenal Chanyeol? " tanyaku. Lushin menggeleng laju. Mana lah dia nak kenal.. 

 " No matter how difficult and hard something is, I’ll always be positive and smile like idiot. " Lushin memandangku pelik.

" Dia cakap macam tu lah. " sambungku lagi. Lushin mengangguk faham. 

" Tau tak apa yang noona nak cakap sebenarnya? " tanyaku. Lushin menggeleng. Aku melutut supaya ketinggianku sama dengan Lushin.

" Adik noona yang comel gila nak mampus yang baru puji masakan noona semalam ni kena stay smile even you are facing the hardest problem. Arasso? " dia menggangguk laju. 

" Kenapa kita tak boleh sedih? " tanya Lushin sambil mengerut dahinya. 

" Sebab nanti orang ingat noona buat Lushin " gurauku.

" Not funny at all. " balas Lushin geram. Aku tergelak kecil memandangnya. 

" Hahaha sebab.. noona takkan biarkan Lushin hidup dalam kesedihan. Dah faham? " dia menggangguk laju. 

" Dah jom. " 

______________________________________________________________________________________________________________

" Addmath masa keberapa ha? " tanyaku pada D.o yang sedang bermain game di dalam phonenya. Anti-sosial betul dia ni.

" Masa ketiga dengan keempat. Asal? " tanya D.o

" Tak siap kerja. " balasku ringkas. Aku membuka buku addmathku tapi tangan D.o menutup kembali buku tersebut. 

" Tak payah berlagak rajin. Kejap lagi semua murid kena turun tengok pertandingan basketball dekat bawah. " terang D.o. 

" Ohh " aku memasukkan balik buku addmath ke dalam beg. 

" Aik terus masuk? " perli D.o.

" Taknak berlagak rajin. " sindirku pula. D.o tergelak. 

" Hari ni kau nak jerit nama siapa? selalunya kau jerit nama Baekhyun? " tanya D.o. Aku bersandar pada kerusiku memikirkan nama yang patut aku jerit sebentar lagi.

" Sehun lah ! " balasku pantas. 

" Kau suka dia eh? Aku tengok korang makin rapat je? " tanya D.o. 

" Oii mana adaaaa " aku memukul bahunya.

" Sakit lah ! " 

____________________________________________________________________________________________________________________________________

Gelanggang tertutup basketball 

" Wey ! " jerit D.o sambil melambai - lambai ke arahku. D.o dan girlfriendnya duduk sambil memakan popcorn.

" Ey nak date pun tak payah la ajak aku. " sindirku perlahan. Aku menggeleng lalu duduk di tempat kosong yang ada. Ramai gila kot dalam ni. 

" Ada orang? " tanyaku pada orang sebelahku. Dia menggeleng laju. Bagus ! tempat ni memang ditakdirkan untuk aku hahaha

" You sokong siapa? " tanya perempuan di sebelahku. 

" Sekolah kita lah " balasku 

" Yelah tapi selalunya kan you sokong Baekhyun, since korang dah takde apa apa so you nak sokong siapa? " tanyanya lagi. 

" Erm.. sokong siapa yang jaringkan paling banyak. " 

" Haha pandai you buat lawak " jawabnya. Aku tahu ada unsur sindiran dalam ayat dia but apa aku kesah? Aku nak tengok orang lawan sebok nak tanya sokong mana. 

" Wooo !!!! " sorakan kuat bergema satu gelanggan apabila pasukan bola keranjang sekolah kami masuk ke dalam gelanggang.

Aku memandang satu per satu ahli bola keranjang. Tapi mana dia? Mana Baekhyun?

" I jumpa dia dengan Sera tadi dekat tangga bawah, pergi la cari dia. " ujar murid disebelahku. Aku memandangnya pelik. 

" Pergi lah. I akan rahsiakan benda ni. " sambungnya lagi. Dia perangkap aku ke apa ni

" I nak pergi ladies kejap. " balasku sambil meletakkan begku di atas kerusi penonton lalu berjalan keluar dari gelanggang. Murid itu mengangguk laju.

Aku berjalan perlahan ke tangga bawah. Sunyi. Tiba tiba aku mendengar percakapan antara dua orang.

" Pergi lah.. kejap lagi you kena lawan. " Sera menolak dada Baekhyun manja. Aku berjalan pantas kebelakang dinding berhadapan dengan mereka untuk berselindung. Setelah berlindung aku tidak mendengar percakapan mereka. Aku cuba meninjau mereka dari belakang dinding. 

Jantungku seakan berhenti seketika memandang mereka berdua. Aku cepat cepat kembali berselindung di belakang dinding. 

' Baek-Baekhyun... ' 

' Dia...

' Kiss Sera... '

Air mata yang lama bertakung akhirnya jatuh.Aku jatuh terduduk sambil bersandar pada dinding. Mulut ditutup dengan belakang tanganku. Tak mahu mengeluarkan bunyi esakan. 

" Jumpa you lepas perlawanan. " kata Baekhyun tiba tiba. Aku mendengar bunyi tapak kaki menaiki tangga. 

" Goodluck sayang ! " balas Sera. Setelah itu aku mendengar bunyi heels yang berjalan keluar dari pintu kecemasan. 

Flashback 

" I miss you.. " ujar Baekhyun dari hujung talian. Aku tersenyum gembira mendengarnya

" Baru je jumpa tadi dah rindu.. " balasku.

" Mesti lah.. kiss scene takde sebab bunyi phone awak lah tadi ! " marah Baekhyun. 

" Eh tu Luhan yang call okay, berani awak marah oppa saya " marahku balik. Baekhyun tergelak mendengar jawapanku.

" I miss you.. and you lips... " balas Baekhyun nakal. Eyy menggatal nak mampus.

" I miss your lips too. " balasku manja.

" Tu lah, bibir saya dah tanya ni bila nak jumpa awak. " gurau Baekhyun lalu tergelak kecil. 

" Biar saya stapler bibir awak menggatal sangat. " balasku. Ha ambik kau.

" It is only for you sayang.. " 

" Only for me? haha kalau kita clash nanti ramai lagi perempuan yang akan.. "

" Ey kenapa cakap pasal clash ni. I hate it. " potong Baekhyun.

" Nobody will be in your place. Only you. Fullstop. " sambung Baekhyun lagi. Ek eleh mamat ni nak marah aku pulak.

" Laa jangan la marah.. Orang cakap je ! " balasku taknak kalah. 

" Hahaha My Luna ni tak pernah kalah kalau gaduh dengan saya. " Baekhyun kembali menggembirakan suasana. Aku kembali senyum.

That's Baekhyun.. tak pernah gagal buat aku tersenyum.. 

End Flashback

Setelah yakin tiada bunyi tapak kaki lagi aku melepaskan tanganku dari mulut. Kembali mengeluarkan bunyi esakan. 

Omma.. hati Luna sakit.. Ottokea..

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kpopper0
Omg ! Saya post ep 33 tak habis ! Biane !!

Comments

You must be logged in to comment
nurulaqilah #1
Chapter 35: Chapter 35: yeahhhhhhhhh happpyyyy endingggg... And part yg beakhyun meninggal tu sedihhhh huhuhu.... Fanfic ni jjanggggg...
EXO_YEHETOhSehun #2
Chapter 35: Yayyyyyy dah habisssssss ( clapclapclapclap ) Nak jadi Luna lah best laaa kekeke. Update la new story secepat mungkin hahah. Author-nim Hwiting !
erasyazana_kookie
#3
Chapter 35: hmm..sedih part baekhyun meninggal..anyway..nice ending~~
Ayiepp
#4
Chapter 35: Wohoo..bestnya story ni. Tpi sedih sgt time baekhyun nk meninggal :'c . Apepon cerita tersangatlah best. ^^
nnabihah #5
Chapter 35: Cerita ni mmg AWESOMElh,ade sedih,gembira,klkr,sweet+romantic.tapi malangnye sudah complete huhuhuhuhu.author-nim watlh citer yg best2 lagi.saya akan cuba sokong author-nim.fighting!!!!!
zuzara #6
Chapter 35: Sehun pandai jugak nk ambil hati si Luna kan?
Hahaha how sweet...>o<
Author-nim x kn dh complete kot sambung lah lagi....>~<
kpopper_2 #7
Chapter 35: So sweeeettttt
jongdae21 #8
Chapter 35: Complete ?? Aloooo
ChoiMalMinZa
#9
Chapter 35: uwah awesome.