Chap 4

Love Rain

Aku duduk di hujung cafe. Malas nak jawab semua soalan mereka.

' Bila kau clash? '

' Kau buat apa dekat Baekhyun '

' Kau sakitkan hati dia ke? '

' Tak mungkin dia tinggalkan kau, dia sayangkan kau sangat sangat kot ' 

Semua tak percaya yang Baekhyun tinggalkan aku. 

'Termasuk aku...'

" So kau nak pergi prom dengan siapa? " tanya d.o sambil membuka plastik roti yang baru dibelinya.

" Pergi la dengan siapa siapa, kalau takde partner aku tak pergi je la. " balasku malas. Semua orang memandang aku. ' Boleh tak jaga tepi kain sendiri ?! '

Aku bangun dari tempat dudukku. Tetapi dihalang oleh D.o.

" Apa ? " tanyaku bosan. Dia menggeleng.

" Duduk sini, tunggu aku, jangan nangis sorang sorang. " balas D.o

" Yah paboya, im not going to cry lah. Aku nak minta surat cuti. Tak sihat la.. " ujarku perlahan sambil meletakkan tanganku pada dahiku. Buat buat sakit.

" Jom aku teman. " D.o bangun dari tempat duduknya dengan roti di tangan.

" Jangan nak mengada, kejap lagi aku panggil Hyurin datang sini date dengan kau. Aku balik dulu. " balasku sambil menepuk lembut lengannya. 

" Okay la kalau macam tu. " balas D.o ringkas sambil mengangguk.

__________________________________________________________________________________________________________________________________

Aku berjalan laju ke pejabat, takde niat pun nak stay dekat cafe yang banyak reporter tu. 

Tiba tiba aku terserempak dengan Baekhyun yang baru keluar dari tandas lelaki. Aku berhenti. Dia berhenti. Kami saling berpandangan.

" Em.. congratulation. " ucapku sambil tersenyum manis padanya. Dengan perlahan dia mengangguk. 

" T-Thanks.." balas Baekhyun. Aku bow 40 darjah lalu pergi meninggalkannya di hadapan tandas lelaki. 

Sakit hati, geram, sedih, kadang kadang aku rasa benda ni mimpi and kadang kadang aku rasa benda ni akan berakhir dan Baekhyun akan kembali pada aku.

Tapi.. 

Aku tahu, kalau berakhir dia tetap akan pergi...

Berjalan jauh keluar dari hati aku..

_____________________________________________________________________________________________________________________________________

Aku berjalan keluar dari pejabat kerana cikgu tak kasi aku balik sebab dia kata aku nampak sihat sejahtera.

Apa aku nak buat? Aku rasa something bad will happen but i dont know what.. I really need to go to hospital..

But how?

" Hai Luna. " tegur Sehun sekali gus menyentak lamunanku. Aku diam tidak membalas. 

" Woi aku tegur kau ni " marah Sehun. Aku memusingkan badanku dengan muka bosan.

" Hai Sehun. Puas? " balasku geram. Dah la aku suruh dia belasah Baekhyun dia tak belasah. Tiba tiba Sehun menarik aku ke dalam pelukannya. Aku tergamam. ' Dia ni kenapa? '

" I know you are having a hard time now. Nak lari dari semua ni tapi cikgu tak percaya dekat penipuan kau ni.. Demam la sangat, aku tengok pun kau sihat sejahtera. " kata Sehun sambil menepuk nepuk belakangku. 

" Ey ey ey, kau ni stalk aku eh ?! " aku melonggarkan pelukan. ' Dasar paparazzi ' 

" Yup. " guraunya.

" Patutlah kau suruh aku belasah Baekhyun, rupanya dia ada girlfriend lain... "  sambungnya lagi sambil mengangguk angguk kepalanya. 

" Tak payah la, aku pun malas nak ambil tahun pasal dia lagi. Lagipun mama and papa aku ada dekat hospital tu je sebab aku nak balik. " terangku. Eh dah kenapa aku cerita dekat dia ni? D.o pun tak tau yang parents aku masuk ICU. 

" Ohh.. so kau nak keluar sangat la ni? " tanya Sehun serious. Aku mengangguk laju

" Jom aku ajar kau cara ponteng. " ajak Sehun. Aku mengangkat kening kiriku. ' Eyy pengaruh rakan sebaya betul la dia ni. '

" Kau yakin kali ni tak kantoi? " tanyaku. Sehun tersenyum nakal. 

" Kajja ! " dia menarik tanganku menuju ke satu arah. Hm aku pun tak tau pergi mana..

________________________________________________________________________________________________________________________________________

" Sehun kalau pak guard nampak macam mana? " aku memukul belakang Sehun. Dekat taman mini sekolah ni senang je cikgu jumpa.

" Wey takdenya pak guard nak masuk taman ni melainkan dia pekebun. " gurau Sehun.

" Bila last kau kena tumbuk ah? " tanyaku kasar. Dia tergelak. 

" Okay cun. Aku panjat dulu, lepas tu kau panjat pulak tau. Kalau nak kasi kau panjat dulu, kau pakai skirt nanti nampak pulak... " dengan pantas aku memukul lengan Sehun kuat. 

" Aku tau lah ! panjat la cepat ! " marahku. Sehun mengangguk. 

HOSPITAL 

Aku berjalan laju menuju ke wad mama dan papa. Sehun mengikut dari belakang. Aku terkejut betul tengok kemahiran Sehun ni ponteng sekolah. Budak kelas pertama pulak tu. Gila betul dia ni.

" Luhan ! " tegurku apabila melihat tubuh badan yang sangat aku kenali.

" Luna ! " Luhan berlari anak ke arahku. Tapi yang peliknya kenapa ramai doktor dekat dalam tu? 

' Something bad wil happen ..' 

" Kenapa ni ? " tanyaku risau.

" Doktor cakap degupan jantung mama and papa semakin perlahan .. Oppa baru je sampai sebab nurse tu yang call " kata Luhan. Jelas riak risau pada mukanya. Sehun hanya memerhatikan drama di hadapannya ini.

" Kita kena panggil Lushin ! " balasku. 

" Takde masa ! nanti kita tak boleh jumpa mama and papa buat kali terakhir ! " balas oppa. 

" Takpe biar aku pergi. " cadang Sehun. 

" Kau tau ke sekolah dia dekat mana? " tanyaku risau.

" Kau bagi la alamat aku pergi jemput dia. " aku mengangguk.

Aku menulis something pada kertas lalu menghulurkan pada Sehun. Dia mengangguk pantas lalu berlari ke pintu utama hospital.

" Sehun ! " jeritku tiba tiba. Sehun berhenti lalu memusing ke arahku.

" Aku mohon.. tolong bawak adik aku secepat yang boleh.. " ujarku tenang. Dia mengangguk lalu keluar dari pintu utama. 

Sehun menaiki teksi untuk menuju ke sekolah Lushin. Jalan raya kelihatan sangat sesak. Lagi lagi sekitar hospital. 

" Ajusshi, cepat sikit please.. " pinta Sehun.

" Tak nampak jalan raya macam mana ni ?! " marah ajusshi tersebut. Sehun menggaru kepalanya yang tidak gatal. ' Ottokea ? '

" Takpe la saya berhenti dekat sini. " balas Sehun.

Sehun berlari sepantas yang boleh ke arah sekolah Lushin. Aku dan abang setia melihat apa yang doktor doktor di dalam buat pada mama and papa. 

SEKOLAH LUSHIN 

" Maaf cikgu saya nak panggil Xi Lushin ada tak ? " suara Sehun menghentikan sesi pembelajaran kelas Lushin.

" Lushin ada orang nak jumpa kamu. " Lushin memandang Sehun pelik. Tah siapa siapa tah ni.

" Lushin, hyung ni kawan Luna. Mama and papa kritikal so Luhan and Luna suruh hyung bawa Lushin pergi hospital. " kata Sehun lembut. Lushin menggeleng kepalanya.

" Sorry i dont talk to stranger ! " kata Lushin sambil mengangkat tangan kanannya menandakan yang ajakan Sehun ditolak. ' Aduh ni mesti ikut perangai kakak dia ni ' 

" We have no time ! mama papa dah kritikal oppa takde number Luna. Please Lushin, hyung ni pun student takkan nak culik budak kot.." balas Sehun geram. Lushin menggeleng.

" And my sister told me to not follow a stranger. " sekali lagi respon negatif diterima oleh Lushin. 

Tiba tiba Sehun mendapat satu idea. Dia masuk ke kelas Lushin untuk memberitahu cikgu yang sedang mengajar dan barang barang Lushin dikemas lalu begnya disandang oleh Sehun.

" Hyung minta maaf but hyung memang tak tipu " Sehun dengan pantas mengendong Lushin dan terus berlari ke hospital.

" Yah !! penculik !! " jerit Lushin. Tetapi Sehun awal awal sudah menutup mulutnya seperti yang dia pernah buat pada Luna. 

Beberapa meter Sehun perlu berlari kerana this ing road yang sesak. Peluh pada dahi dibiarkan menitis. ' Nasib aku atlet kalau tak dah pengsan dah ni.. '

Lushin berhenti memberontak apabila berada di kawasan hospital.. muka terkejutnya jelas tercoret pada mukanya.

" Noona !! " jerit Lushin apabila melihat Luna yang berjalan ke kiri dan ke kanan manakala Luhan duduk di atas bangku luar bilik sambil memegang kepalanya.

" Lushin ! " jerit mereka serentak. Luna mengalih kepalanya pada Sehun yang berpeluh.

" K-Kau kenapa? " tanya Luna risau.

" Ajusshi ni dukung Lushin dari sekolah sampai sini sambil lari. " terang Lushin.

" Ajusshi ?! " balas Sehun terkejut. Luna juga terkejut.

" Lushin watch your language. Kenapa Lushin tak ikut Sehun ? " marah Luhan.

" Noona asks me to..." tak sempat Lushin menghabiskan ayatnya Sehun menyampuk.

" Not follow a stranger. " Luna memandang Sehun bersalah.

" Aish penatkan Sehun je kau ni ! " marah Luhan.

" Mama papa mana? " tanya Lushin cemas. Luna dan Luhan saling berpandangan. 

" Dua dua dalam bilik operation.. " balas Luna perlahan. Sehun memandang Luna simpati.

" Kenapa ?! " tanya Lushin lagi. Sehun mengambil tempat di bangku sebelah Luhan lalu meneguk air yang dihulur oleh Luna.

" Degupan jantung dorang lemah.. " balas Luhan pula. Lushin diam. Aku diam. Oppa diam. Sehun diam. Kami diam. 

Menunggu mama and papa di luar bilik dengan penuh kesabaran.. Aku kembali berjalan ke kanan dan ke kiri sambil menggigit kuku jariku. Risau.. Risau sangat. Even mama and papa tak rapat dengan kami but we still need them. Mama papa kena kuat.. Aku kena kuat.. 

___________________________________________________________________________________________________________________________________

Air mata menitis perlahan. Luhan memeluk Lushin yang menangis teresak esak sambil terduduk di lantai hospital. Sehun mendekatiku lalu menepuk nepuk bahuku. Aku terus membenamkan mataku pada dada Sehun. 

' Kami minta maaf.. kami sudah cuba sedaya upaya.. ' kata kata doktor berlegar legar dalam otakku. 

' Doktor please buatlah apa apa asalkan kembalikan mereka ' pohon Luhan. Doktor menggeleng. Apa maksud doktor? A-Aku tak faham..

Aku melihat Lushin terduduk menangis. Luhan memeluk Lushin erat, juga melepaskan air matanya. Aku diam. Apa maksudnya ni? Mama papa dah takde ke?

' First, Baekhyun ' 

' And now, mama and papa'

' Okay, semua nak tinggalkan aku... Semua nak tinggalkan aku !! '

" Oppa, kajja. " ujarku perlahan lalu mengangkat kembali kepalaku dari dada Sehun. Baru setapak aku berjalan, aku hampir jatuh tetapi Sehun sempat memegangku. 

" Luna.. " ujarnya perlahan.

" Oppa, palli ! mama and papa dah tunggu. " aku memandang Luhan. Luhan bangun diikuti Lushin. Kami bertiga masuk ke dalam bilik tersebut. Hanya Sehun yang berada di luar.

BILIK ICU 

Kami bertiga berjalan ke arah papa. 

" Papa !! " Lushin berlari lalu membenamkan mukanya pada bahu papa. 

" Pa.." aku memanggil papa. Tetapi tiada sahutan. Luhan menitiskan air matanya. 

" Oppa jangan la nangis.. nanti papa nangis juga.. " aku memandang oppa sambil tersenyum manis. Luhan mengesat air matanya perlahan lalu tersenyum ke arahku. Aku kembali memandang papa.

" Papa jahat.. " ujarku sambil mengesat air mata dengan belakang tanganku.

" Papa kata nak kawinkan Luna tiga tahun lagi.. tapi.. " aku menahan sedu. Luhan memandangku.

" Kalau papa pergi siapa yang nak kawinkan Luna? " sambungku. 

Tiada jawapan dari papa. Luhan meletakkan kepalanya pada bahuku meminta kekuatan. Aku memeluknya dari tepi. Aku faham. Walaupun dia sepatutnya menjadi orang yang paling kuat tetapi dia masih perlukan kekuatan untuk menghadapi segalanya. Kerana selangkah lagi dia akan menjadi ketua baru dalam keluarga. Segalanya akan dibebankan kepadanya. Kehidupan seorang abang yang bernama Luhan.. 

" Oppa cakap la something dekat papa. " arahku. Dia mengangkat kepalanya.

" Pa.. Luhan still ingat time Luhan sama umur dengan Lushin, papa suruh protect Luna. Protect mama and Lushin yang sedang berada dalam kandungan mama sebab papa kena pergi outstation jauh.. " Luhan berhenti lalu menunduk menahan air mata yang mengalir deras.

" And now.. papa pergi dan takkan pernah balik sini lagi.. " 

" Luhan akan protect adik adik dekat sini.. and papa jaga mama dekat sana.. adil kan? " tanya Luhan sambil tersenyum pada papa.

" Cium mama setiap malam untuk kami. " sambung Luhan lagi. Aku mengangguk. 

" Semoga papa tenang dekat sana.. " balasku pula. 

" Papa jangan lupakan Lushin... " ujar Lushin perlahan. Aku mengusap kepalanya lembut. Menyalurkan sedikit kekuatan buat si kecil ini. 

Luhan kembali menutup kepala papa dengan selimut putih.

" Ma.. " sapaku lembut. Aku memandang muka mama yang pucat.

" Mama !! " Lushin terus memeluk mama erat. 

" Lushin... " tergur Luhan. 

" Mama cakap nak tengok result Lushin akhir tahun ni tapi kenapa mama pergi tinggalkan Lushin ?! " jerit Lushin. 

" Mama tak ingat ke dulu hyung dengan noona selalu kenakan Lushin, sampai hati mama tinggalkan Lushin dengan dorang ni !! " sambung Lushin lagi. Aku diam. Tangan tidak berhenti mengusap belakang badannya. 

" Siapa yang nak masakkan untuk kitaorg ma.. " ujarku perlahan.

" Siapa yang nak dengar cerita Luna dengan Baekhyun lagi ma ?!! " aku menggongcang gongcangkan lengan mama. 

" Siapa yang nak marah Oppa kalau oppa berebut remote dengan Luna ?!! " bahuku terangkat angkat memandang mama. 

" Mama.. jangan risau.. Luhan akan jaga adik adik.. Pergi la dengan tenang.. " kata Luhan lembut. 

Kami mengangguk. Aku menutup jasad mama dengan selimut putih..

Kami berjalan keluar dari bilik tersebut. Sebelum keluar aku sempat memusing kan kepalaku memandang kedua dua insan yang aku sayang. Mata sayu memandang kedua dua jasad ini. Mama and papa terima kasih sebab jaga Luna sampai hari ni. Terima kasih kerana sediakan dua sumber kekuatan yang Luna ada... Luhan and Lushin..

________________________________________________________________________________________________________________________________________

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kpopper0
Omg ! Saya post ep 33 tak habis ! Biane !!

Comments

You must be logged in to comment
nurulaqilah #1
Chapter 35: Chapter 35: yeahhhhhhhhh happpyyyy endingggg... And part yg beakhyun meninggal tu sedihhhh huhuhu.... Fanfic ni jjanggggg...
EXO_YEHETOhSehun #2
Chapter 35: Yayyyyyy dah habisssssss ( clapclapclapclap ) Nak jadi Luna lah best laaa kekeke. Update la new story secepat mungkin hahah. Author-nim Hwiting !
erasyazana_kookie
#3
Chapter 35: hmm..sedih part baekhyun meninggal..anyway..nice ending~~
Ayiepp
#4
Chapter 35: Wohoo..bestnya story ni. Tpi sedih sgt time baekhyun nk meninggal :'c . Apepon cerita tersangatlah best. ^^
nnabihah #5
Chapter 35: Cerita ni mmg AWESOMElh,ade sedih,gembira,klkr,sweet+romantic.tapi malangnye sudah complete huhuhuhuhu.author-nim watlh citer yg best2 lagi.saya akan cuba sokong author-nim.fighting!!!!!
zuzara #6
Chapter 35: Sehun pandai jugak nk ambil hati si Luna kan?
Hahaha how sweet...>o<
Author-nim x kn dh complete kot sambung lah lagi....>~<
kpopper_2 #7
Chapter 35: So sweeeettttt
jongdae21 #8
Chapter 35: Complete ?? Aloooo
ChoiMalMinZa
#9
Chapter 35: uwah awesome.