Blind Date

Antara Cheesecake dan Tiramisu
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] BLIND DATE [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] “Kalau you nak tau, I ni sensitif tau. I tak boleh kena cahaya matahari. Nanti kulit I hitam.”

Dalam keterpaksaan, Baekhyun hanya mampu menyengih kelat. Gadis yang kulitnya tak berapa putih melepak yang duduk di hadapannya ini memang cantik jelita mengalahkan model majalah. Tapi sayangnya otak wanita ini macam ada mereng pun ada. Dari tadi tak sudah-sudah menceritakan ke’sensitif’an dirinya. Macam Baekhyun kisah pula.

Perempuan mana lah yang ibunya kutip ni. Pening kepala hendak melayan. Sudahlah esok ada lagi blind date dengan perempuan lain. Nanti kalau ditolak, ada saja drama di rumah mama. Bisa kepala!

Telinga sudah lama dia sekat daripada mendengar suara serak lembut perempuan ini yang terus-terusan bercerita tentang dirinya tanpa ada ruang untuk Baekhyun bercakap. Kepala Baekhyun pula asyik tertunduk mengamati kek tiramisu yang masih ada separuh. Dalam seumur hidup Baekhyun, inilah pertama kali Baekhyun hilang selera hendak habiskan tiramisu pujaan kalbu. Mana taknya, tak berani dia angkat muka untuk lihat gadis itu. Sudahlah pakai baju seksi yang amat sampai nak terkeluar buah dada. Skirt yang dipakai pula singkat dan terbelah. Setiap kali gadis itu menyilangkan kaki, Baekhyun bimbang akan ternampak benda yang tak sepatutnya.

Oi, Baekhyun, kawal nafsu kau!

Dalam hati Baekhyun asyik mengulang kata-kata yang sama ibarat membaca mantera. ‘Chanyeol, cepatlah call. Chanyeol, cepatlah call. Chanyeol, cepatlah call. Selamatkan aku dari malapetaka ini.’

“Baekhyun, kenapa tak habiskan kek ni? Membazir tau.” Kata gadis berambut panjang paras dada itu lalu sengaja dia mendekatkan tubuh sambil menolak piring itu kepada Baekhyun. Baekhyun sumpah dia tak curi tengok lurah yang gebu itu. Ni kalau mama tahu, dah lama dia kena hempuk dengan beg tangan Gucci yang beratnya dekat satu tan. Tak tahulah apa yang disumbat dalam beg itu. Agaknya batu bata kot.

Sambil menelan air liur, Baekhyun terangguk-angguk. Siapakah gadis ini sebenarnya? Walaupun dia cakap merapu meraban, Baekhyun dapat rasakan aura yang agak menakutkan dan berkuasa. Sebagai presiden Alba Mall pun Baekhyun jadi gerun hendak menatap anak mata gadis itu. Padahal gadis ini selamba sahaja berbicara tentang topik yang Baekhyun tak pernah tanya.

Setelah lima belas minit mendengar benda yang sama sambil menjamah kek tiramisu perlahan-lahan, akhirnya Baekhyun menerima panggilan daripada Chanyeol. Dalam hati berbakul-bakul ucapan kesyukuran dia panjatkan kepada Tuhan.

“Bos, dah habis dating ke?” Soal Chanyeol dalam nada mengusik. Eh, budak ni. Orang tengah dalam keadaan kritikal begini boleh lagi dia hendak mengacah.

Baekhyun berdehem. Dia menjeling seketika ke arah gadis di hadapannya yang tampak curiga dengan tingkah lakunya yang sedikit kalut. “Apa? Mama sakit perut? Jap, Baek tengah on the way. Ma, hold on okay. Baek pergi belikan ubat.”

“Eh? Baekhyun? Kau salah dengar ke? Ke kau memang ada masalah pendengaran? Nak aku bawak kau pergi check up ke?” Suara garau Chanyeol membalas penuh kebingungan. Sempat lagi dia menyindir.

Baekhyun tutup mata sesaat sambil menarik nafas. Lalu dia cepat-cepat memaniskan muka kepada Chorong sebelum dia menumpukan perhatiannya kepada panggilan telefon yang masih berlangsung.

“Kesian mama sembelit eh, tunggu kejap eh ma.” Lantas Baekhyun mematikan talian lalu mempamerkan wajah yang benar-benar kesal. Padahal dalam hati dia sudah menyumpah seranah setiausaha aka bffnya yang sengal tak reti ikut flow.

“I’m so sorry, Chorong. Ada emergency kat rumah. Saya nak minta diri dulu.” Pinta Baekhyun berpura-pura panik. Dengan pantas dia masukkan semula telefo

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
Maaf kepada yg tertunggu-tunggu update. ><

Comments

You must be logged in to comment
Ydvvfjkch #1
Chapter 29: Exopink fighting ????
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
bomishii #3
Chapter 22: Now i shipped Suho and Bomi more. Lambat sngatt baek dtng!! What a snail. Update soon!!
thelucidream
#4
Chapter 22: Guess that... Jooheon dah tahu pasal plan ni, tak? Oh no! Konflik datang! (º_º) next next next!! xD tak pasal pasal Bomi pun nanti terlibat sama
b2stFanz
#5
Chapter 22: Uish conflict apakah ini???!!! Update lagi!!! Daebakkkkk
thelucidream
#6
Chapter 21: Hahha this is good! Anticipate sangat dgn pasangan baekbom ni. Raksasa monyet gitu xD Character flow dia pun menarik, dan saya suka cara awak sampaikan cerita. Sempoi gila! *thumbs up*
bomishii #7
Chapter 21: Stupid baekhyun. Chorongieeee dont love baekhyunnn please. and Bbom ahhh, Suho's is Chorong T.T updatee soon!!
LeeAYeong #8
Chapter 18: Author-nim, update jusaeyo~ ^^
Min_Arisu
20 streak #9
Cantik poster awak. Nampak ringkas tapi menyerlah! :)