Mimpikan Aku

Antara Cheesecake dan Tiramisu
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] MIMPIKAN AKU [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] lagu-lagu ni saya dengar time tulis fic ni. korang pun boleh dengar time baca jugak. ;D Playlist: https://www.youtube.com/playlist?list=PLmbmRvDWL-CwyF6CU-q7863Lr7Vi-4dnE

 

Sepatutnya semalam Junmyeon yang membawa Bomi pergi buat rawatan rambut dan badan ke salon dan pusat kecantikan. Akan tetapi, semalam juga dia punya meeting dengan client yang tidak boleh ditangguhkan ke hari lain kerana client itu merupakan orang yang ternama. Dan Junmyeon faham benar schedule orang yang ternama sebegitu. Sukar untuk mereka menyelaras semula jadual mereka kerana setiap masa mereka akan sibuk. Sudah kira bersyukur sebab client itu sendiri yang mahu bertemu dengan Junmyeon dan bukannya melalui pembantu dan setiausaha mereka seperti client-client lain.

Oleh sebab kesibukannya semalam, Junmyeon terpaksa meminta Baekhyun sendiri yang menguruskan hal Bomi pada hari itu. Tak sabar juga dia hendak melihat transformasi Bomi hari ini. Sengaja dia masuk lambat sedikit untuk memastikan Bomi telah sampai dan memulakan kerjanya.

Pada ketika Junmyeon menapak masuk ke Lavenda, dia bagaikan tidak percaya gadis beruniform ungu yang sedang mengelap meja itu adalah Bomi. Walaupun dari sisi, sudah terserlah kecantikan wajahnya yang polos itu sudah semakin berseri. Rambutnya yang telah bertukar warna gelap juga menambahkan keserian yang telah wujud.

Junmyeon terpaku, terpegun, terpukau dan terkesima. Entah kenapa dia tidak mampu untuk meneruskan langkah lagi. Lalu berdirilah dia menjadi patung di depan pintu sehingga loceng pintu berulang-ulang kali berdenting dan mengganggu keselesaan pelanggan lain.

Dan pada ketika Bomi melangkah dengan sepatu merah jambu ke arah Junmyeon, terasa telapak kaki seakan-akan telah digam ketat ke lantai, menyekat Junmyeon dari bergerak.

“Suho?” Suara Bomi yang nyaring tapi lembut melalui gegendang telinga tetapi Junmyeon kekal kaku. Seluruh fungsi badannya seolah-olah dalam mod rehat. Tidak mahu bergerak walaupun otak telah memberi arahan supaya pantas kabur dari situ. Apabila wajah yang jelita itu mendekat, Junmyeon rasa bagai dirinya sudah berada di awangan. Adakah Bomi pengganti kek tiramisu yang selama ini bisa membawa dirinya ke awangan?

“Junmyeon? Kau okey?”

Setiap huruf nama Junmyeon yang disebut oleh Bomi dirasakan bagai melodi di telinganya. Dan tanpa ada kawalan di setiap motor saraf, tangan Junmyeon bergerak sendiri, menyentuh rambut yang menutup dahi gadis itu. Dengan cermat, rambut lembut itu disisirkan ke belakang telinga.

Debaran di dada masih belum surut.

Bomi mengulum senyum bersama pipinya yang sudah memerah. Junmyeon turut tersenyum tanpa menyedari wajahnya juga sudah merah macam tomato.

“You look so beautiful.” Terluah kata pujian itu dari mulut Junmyeon. Entahlah. Ringan pula mulut Junmyeon yang sedia maklum seorang yang berat mulut. Namun, kenyataannya memang Bomi nampak cantik hari ini.

“Thanks. Baekhyun yang bawak pergi treatment semalam. Cepat betul dah nampak kesan.” Balas Bomi tersipu-sipu.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
Maaf kepada yg tertunggu-tunggu update. ><

Comments

You must be logged in to comment
Ydvvfjkch #1
Chapter 29: Exopink fighting ????
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
bomishii #3
Chapter 22: Now i shipped Suho and Bomi more. Lambat sngatt baek dtng!! What a snail. Update soon!!
thelucidream
#4
Chapter 22: Guess that... Jooheon dah tahu pasal plan ni, tak? Oh no! Konflik datang! (º_º) next next next!! xD tak pasal pasal Bomi pun nanti terlibat sama
b2stFanz
#5
Chapter 22: Uish conflict apakah ini???!!! Update lagi!!! Daebakkkkk
thelucidream
#6
Chapter 21: Hahha this is good! Anticipate sangat dgn pasangan baekbom ni. Raksasa monyet gitu xD Character flow dia pun menarik, dan saya suka cara awak sampaikan cerita. Sempoi gila! *thumbs up*
bomishii #7
Chapter 21: Stupid baekhyun. Chorongieeee dont love baekhyunnn please. and Bbom ahhh, Suho's is Chorong T.T updatee soon!!
LeeAYeong #8
Chapter 18: Author-nim, update jusaeyo~ ^^
Min_Arisu
20 streak #9
Cantik poster awak. Nampak ringkas tapi menyerlah! :)