Drowning

Antara Cheesecake dan Tiramisu
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] DROWNING [/CONTENTID1] [CONTENTID2] Usai meronda satu mall melihat kelancaran bisnes yang dijalankan, Baekhyun ambil keputusan untuk lepak sekejap di Lavenda. Chanyeol telah dia halau awal-awal lagi untuk uruskan projek marketing besar-besaran yang bakal berlangsung mulai bulan depan. Dapat lepak sekejap pun jadilah sebab kerjanya memang bertimbun kalau hendak diikutkan memandangkan macam-macam persediaan yang perlu dilakukan untuk projek marketing itu nanti.

Di Lavenda, Baekhyun rasa mereput sebab tiada langsung kelibat Bomi dan Junmyeon di kafe. Yang ada cumalah Eunji dan Jongin yang bergilir-gilir menjaga kaunter dan mengemas meja. Apabila ditanya mengenai Junmyeon dan Bomi, rupa-rupanya mereka sibuk di dapur. Pada mulanya memang Baekhyun tak berniat pun nak menjenguk mereka di dapur. Tapi lepas habiskan kek tiramisu dan kopi panas, lama juga dia duduk termenung kebosanan. Daripada dia buang masa macam ni, baik dia pergi menyibuk.

Lalu melangkahlah Baekhyun ke ruangan dapur tanpa di halang oleh Eunji dan Jongin yang terbiasa dengan Baekhyun yang sesuka hati menceroboh ruang dapur Lavenda untuk mencari Junmyeon. Mengintai dari pintu, Baekhyun dapat melihat betapa sibuknya staf Lavenda. Pelik juga boleh jadi ramai tiba-tiba. Mungkin staf shift lain pun kena join sekali. Di hujung sudut dapur, di mana terdapat sebuah meja logam panjang yang dipenuhi dengan peralatan membuat kek, Baekhyun ternampak Junmyeon sedang mengajar Bomi membuat kek.

Panas juga hati tengok bukan main dekat lagi posisi mereka. Siap bahu berlaga bahu lagi! Lepas tu tiba-tiba aje Bomi calit sedikit tepung ke pipi Junmyeon dan mulalah mereka berdua main calit-calit tepung di muka. Amboi, mesranya! Ini tak boleh jadi!

Bang!

Pintu dapur Baekhyun tolak kasar sehingga membuatkan semua staf dalam dapur terkejut melihatkan kehadirannya. Jongdae siap melatah lagi. Bomi yang ketika itu sedang memegang kayu pengadun, ternganga melihat Baekhyun yang muncul tiba-tiba. Junmyeon hanya melemparkan senyuman seolah-olah dia dah masak sangat dengan perangai Baekhyun yang suka ceroboh ruang kerjanya.

"Hei, Baek! Kau nak tolong kami ke?" Bersahaja Junmyeon mempelawa. Baekhyun mendengus geram. Geram bukan sebab Junmyeon menyindirnya tapi geram sebab kemesraan mereka yang menjengkelkan Baekhyun.

Kedua-dua lengan baju disingsing tinggi. Penumbuknya dikepal-kepal. Bersama langkah yang bersemangat, Baekhyun menuju ke arah Bomi. Bomi tidak berganjak mahupun selangkah. Sebaliknya dia maju ke depan dengan yakin.

"Kau nak apa?" Soal Bomi tegas. Baekhyun mendengus memandang tepat wajah Bomi. Kemudian dia segera mengalih pandang ke arah Junmyeon yang berdiri di belakang Bomi.

"Aku nak tolong sekali."

Mendengarkan kata-kata Baekhyun, Junmyeon terkekeh-kekeh menggelakkan Baekhyun sebelum dia menepuk bahu Baekhyun. "Ha... baguslah tu. Kitorang ni pun memang tengah kekurangan kakitangan. Kau boleh tolong Namjoo ratakan fondant."

Namun, Baekhyun tetap tak bergerak walau Junmyeon telah menolak belakang tubuhnya.

"Tak nak. Aku nak tolong kau buat kek." Tegas Baekhyun tanpa memandang Junmyeon walaupun kata-kata itu ditujukan kepadanya. Mata Baekhyun tidak meninggalkan raut wajah Bomi yang memandangnya tajam.

Junmyeon tersengih apabila memahami maksud sebenar Baekhyun. Sudah tentulah dia mahu bersama teman wanitanya. Bab itu memang Junmyeon tak boleh halang sebab Junmyeon sendiri yang set up mereka berdua. Dah dia yang jodohkan, takkan nak pecah belahkan pula.

"Fine, fine. Kau tolong kami adun kek je." Junmyeon akur dengan kemahuan Baekhyun dan mereka terus menyambung kerja mereka semula.

Sepanjang mereka bertiga bekerja, macam-macam hal yang berlaku. Terlebih bahanlah, terkurang bahanlah, bahan tumpahlah. Memang macam-macam sebab Baekhyun dan Bomi tak habis-habis nak bertekak. Ada saja yang tak kena.

Menjelang malam, semua adunan mereka telah siap dan telah disimpan dalam peti sejuk untuk disiapkan esok hari. Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam. Waktu di mana mereka semua sepatutnya sudah makan malam dua jam yang lalu.

"Kau ni tak ada kerja ke menyibuk kat sini?" Tanya Bomi ketika mereka sedang mengemas meja. 

"Eh! Kerja aku!" Terbelalak mata Baekhyun mengingatkan kerjanya yang tertangguh sebelum dia datang ke Lavenda. Tak sedar langsung yang dia sudah berjam-jam berada di Lavenda. Tak ada pula setiausahanya datang mencari. Parah kalau dia balik ofis, banyak dokumen yang perlu disahkan. Memang balik lambatlah maknanya.

"Kau siapkanlah kerja kau dulu. Biarkan kami je yang kemas." Kata Junmyeon memberi pelepasan awal kepada Baekhyun. Ekor matanya turut melirik ke jam dinding terdekat. Nanti dia pula dipersalahkan kalau Baekhyun tak produktif. Produktif bab benda lain boleh pulak!

"Okay, bos. Aku gerak dulu." Baekhyun buat tabik di dahi. Kemudian dia memandang Bomi. "Nanti aku hantar kau balik."

Meskipun Baekhyun tahu yang dia akan pulang lambat atas sebab kerja yang bertimbun dan tertangguh, dai mahu pastikan Bomi pulang dengan selamat. Entah kenapa boleh muncul rasa ini sejak dua menjak ini. Lepas hantar Bomi pulang, mungkin dia akan patah balik ke ofis dan menyambung kerjanya semula. Dengar macam leceh kan? Tapi itu saja cara yang dapat difikirkan oleh Baekhyun. Dia takkan bawa balik dokumen berdozen-dozen ke rumah. Nampaknya dia akan bermalam di ofis sahaja sebentar nanti.

"Eh, tak payahlah. Aku balik dengan kawan akulah." Mentah-mentah Bomi tolak pelawaan Baekhyun. Mulanya hampa juga Baekhyun dengan Bomi. Namun, dia tetaap diam-diam mendesak. Dia takkan menyerah kalah.

"Tak apalah. Satu jalan. Lagipun ada benda aku nak cakap dengan kau." Kata Baekhyun, memancing perhatian Bomi yang berkerut hidung melihatnya membuat muka serius.

Curiga dengan apa yang bakal diperkatakan oleh Baekhyun, Bomi lantas bersetuju setelah seminit dua berdiam.

🍰🍰🍰

Baekhyun tiba di depan Lavenda tepat jam 10 malam. Dia telah menukar kemeja formal kepada t-shirt kosong berwarna turquiose. Seluar slack pula berganti jeans hitam lusuh yang tampak kelabu. Rambutnya serabai tak bersikat. Bomi hanya memerhatikan rambut yang umpama sarang burung itu walaupun dalam hati memang nak saja dia terkam kepala Baekhyun dan sisir rambut itu agar tampak lebih rapi.

Tanpa banyak soal, Bomi mengikut langkah Baekhyun ke parkir basement. Keretanya berbunyi apabila punat kunci ditekan. Bomi berjalan menuju ke tempat duduk belakang sebelum Baekhyun bersuara.

"Eh, eh. Sedap je nak duduk belakang. Ingat aku ni driver kau ke?"

Pintu depan dibuka lalu Bomi melabukan punggung. Baekhyun di sebelah mula memandu keluar dari mall setelah dia memastikan Bomi memakai tali pinggang keledar.

"Apa yang kau nak cakapkan?" Soal Bomi ketika Baekhyun fokus memandu. Berdebar juga nak tahu apa yang akan Baekhyun bakal bicarakan. Adakah tentang rahsia Chanyeol atau rahsia Baekhyun sendiri?

Begitu pun, Baekhyun kekal membisu. Hanya kedengaran bunyi radio yang terpasang lagu lokal sahaja yang memenuhi ruang kereta.

Melihatkan Baekhyun yang mengendahkannya seolah-olah dia tidak wujud di situ, Bomi menoleh ke arah Baekhyun dengan muk

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
Maaf kepada yg tertunggu-tunggu update. ><

Comments

You must be logged in to comment
Ydvvfjkch #1
Chapter 29: Exopink fighting ????
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
bomishii #3
Chapter 22: Now i shipped Suho and Bomi more. Lambat sngatt baek dtng!! What a snail. Update soon!!
thelucidream
#4
Chapter 22: Guess that... Jooheon dah tahu pasal plan ni, tak? Oh no! Konflik datang! (º_º) next next next!! xD tak pasal pasal Bomi pun nanti terlibat sama
b2stFanz
#5
Chapter 22: Uish conflict apakah ini???!!! Update lagi!!! Daebakkkkk
thelucidream
#6
Chapter 21: Hahha this is good! Anticipate sangat dgn pasangan baekbom ni. Raksasa monyet gitu xD Character flow dia pun menarik, dan saya suka cara awak sampaikan cerita. Sempoi gila! *thumbs up*
bomishii #7
Chapter 21: Stupid baekhyun. Chorongieeee dont love baekhyunnn please. and Bbom ahhh, Suho's is Chorong T.T updatee soon!!
LeeAYeong #8
Chapter 18: Author-nim, update jusaeyo~ ^^
Min_Arisu
20 streak #9
Cantik poster awak. Nampak ringkas tapi menyerlah! :)