Secret Boyfriend?

Antara Cheesecake dan Tiramisu
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] SECRET BOYFRIEND? [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] Pagi tadi selepas Hayoung pergi kerja, ibu kepada gadis itu datang bertanya khabar. Kasihan pula melihatkan ibu Hayoung yang datang dari jauh tapi Hayoung dah pergi kerja dulu. Kalau buat surprise visit macam ni memang tak ada peluanglah untuk melawat Hayoung. Tidak sempat untuk berjumpa dengan anak gadisnya, ibu Hayoung sekadar mengirimkan makanan tengah hari kepada anaknya. Mulanya dia sendiri yang hendak pergi ke mall itu, tapi tiba-tiba wanita yang bekerja sebagai veterinar itu mendapat panggilan telefon kecemasan. Nampaknya ada seekor anjing yang memerlukan surgeri dengan segera.   Bomi rasa macam nak buat baik pula hari ini. Selepas menawarkan diri untuk menghantar bekalan makanan tengah hari itu kepada Hayoung, Bomi sempat berjanji akan singgah ke rumah ibu Hayoung untuk makan malam pula nanti.

 

Lepas memarkir kereta di ruangan parkir dalam bangunan, Bomi melangkah penuh bersemangat ke dalam mall. Teringatkan makanan tengah hari yang khas dibuat oleh ibu Hayoung untuk anaknya membuatkan Bomi tidak sabar untuk merasanya. Selepas menghantar mesej tentang ibu Hayoung dan perjalanannya ke tempat kerja gadis itu, Bomi terus menuju ke tingkat tiga mall, di mana Hayoung sedang menunggu di medan selera. Lagipun, dah alang-alang dia pergi ke mall itu, tak salah kalau dia meronda satu mall sekaligus. Lepas seharian bermuram durja, hari ini Bomi nak bergembira pula. Tak salah kalau dia singgah tengok wayang sekali.

Ketika Bomi melintasi kawasan tandas, dia seperti terdengar ada orang menegurnya dengan panggilan yang amat menyakitkan hati. Bila dia toleh belakang, memang seperti yang dijangka, memang Monyet yang sama sedang berdiri di depan tandas sambil memandang tajam ke arahnya. Dengan kot hitam dan tali leher rilakkuma, lelaki ini memang nampak tidak masuk akal. Dah lah skema semacam!

“Apa tengok-tengok?” Tengking pemuda bermata sepet itu. Eh, eh, dia yang pandang badi kat kita, dia pulak yang tanya kita begitu. Bomi pun membalas jelingan itu dengan intensiti yang sedikit tinggi.

“Kau ingat aku tak dengar kau panggil aku apa tadi?” Tingkah Bomi yang mula meninggikan suara. “Kau nak apa, Monyet?”

Kembang kempis hidung pemuda itu menahan marah. Dalam hati Bomi sudah ketawa terkekek-kekek. Padan muka. Siapa suruh panggil aku Raksasa.

Dalam sekejapan itu, roman lelaki itu kembali tampak tegas. Sambil menadahkan tangan, dia menderam marah. “Aku nak mintak ganti rugi.”

Bomi sengaja memandangnya seolah-olah pemuda itu sedang bercakap bahasa alien. Tanpa sepatah kata, Bomi terus memusing tumit setelah menjelirkan lidah. Malas layan mamat berkira dan kedekut macam dia. Pasal handphone pecah pun nak minta ganti rugi. Dia kan orang kaya, berapa sen sangatlah handphone model lama sebegitu.

Akan tetapi, langkah kaki terhenti apabila Bomi terasa pergelangan tangannya dipagut oleh pemuda itu. Dengan rasa marah, Bomi merentap tangannya, namun pegangan kemas pemuda sukar benar untuk dilawan oleh kudratnya.

“Kau nak apa?” Bomi menekan suaranya. Pandangan dihalakan ke arah tangan pemuda itu yang bagai tela

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
Maaf kepada yg tertunggu-tunggu update. ><

Comments

You must be logged in to comment
Ydvvfjkch #1
Chapter 29: Exopink fighting ????
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
bomishii #3
Chapter 22: Now i shipped Suho and Bomi more. Lambat sngatt baek dtng!! What a snail. Update soon!!
thelucidream
#4
Chapter 22: Guess that... Jooheon dah tahu pasal plan ni, tak? Oh no! Konflik datang! (º_º) next next next!! xD tak pasal pasal Bomi pun nanti terlibat sama
b2stFanz
#5
Chapter 22: Uish conflict apakah ini???!!! Update lagi!!! Daebakkkkk
thelucidream
#6
Chapter 21: Hahha this is good! Anticipate sangat dgn pasangan baekbom ni. Raksasa monyet gitu xD Character flow dia pun menarik, dan saya suka cara awak sampaikan cerita. Sempoi gila! *thumbs up*
bomishii #7
Chapter 21: Stupid baekhyun. Chorongieeee dont love baekhyunnn please. and Bbom ahhh, Suho's is Chorong T.T updatee soon!!
LeeAYeong #8
Chapter 18: Author-nim, update jusaeyo~ ^^
Min_Arisu
20 streak #9
Cantik poster awak. Nampak ringkas tapi menyerlah! :)