Pusing

Antara Cheesecake dan Tiramisu
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] PUSING [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] 

Setelah majlis berakhir, Bomi telah dihantar ke rumah oleh Baekhyun sendiri. Hayoung yang membuka pintu terkejut melihat Bomi dalam keadaan mabuk. Lebih mengejutkan lagi apabila melihatkan Baekhyun yang merupakan CEO tempat dia bekerja berada di muka pintu. Nampaknya selepas ini dia perlu membiasakan diri melihat figura CEO kacak ini di depan mata pada waktu yang tidak dijangka.

"Eh, kenapa dengan Bomi ni?" Tanya Hayoung panik, fikirannya tadi dibuang dulu jauh-jauh. Pintu dibuka luas-luas, memberikan ruang kepada Baekhyun bagi memapah masuk Bomi. Bomi dah macam orang gas yang ada dekat depan stesen minyak, badan lembik dan hampir melurut ke lantai kalau tidak di papah oleh Baekhyun.

"Biasalah parti." Balas Baekhyun ringkas lalu mendorong Bomi duduk ke sofa di ruang tamu. Segera Hayoung membantu Baekhyun membaringkan Bomi di sofa. Bomi nampaknya masih belum sedar sepenuhnya, mulut dari tadi terkumat-kamit tanpa ada maksud di sebalik sebutannya yang kedengaran aneh. Hayoung sempat menggeleng kepala sebelum dia segera masuk ke bilik untuk mengambilkan selimut. Hendak tukarkan baju, Baekhyun masih ada di sini.

Selepas Bomi dipastikan telah berada dalam keadaan selesa, Baekhyun meminta diri untuk pulang. Tapi Hayoung yang tak puas hati terus menahan Baekhyun dari menapak keluar dari pintu. Dia memerlukan penjelasan. Jarang sekali dia melihat Bomi dalam keadaan serabut macam tu sekali.

"Sorry, CEO. Saya tahu saya kedengaran menyibuk tapi Bomi tu bff saya dan saya dah anggap dia macam kakak saya. Boleh tak CEO terangkan kepada saya apa yang telah terjadi? Bomi jarang jadi macam ni. Kalau dia macam ni pun sebab dia stress sangat-sangat." Desak Hayoung ketika Baekhyun baru selangkah keluar dari pintu.

Baekhyun meraup wajah sebelum dia menggigit bibir. Seolah-olah amat rumit untuk menerangkan apa yang telah berlaku.

"I'm sure you knew about our deal right?"

Lambat Hayoung mengangguk. Risau kalau pengetahuannya tentang kontrak antara Baekhyun dan Bomi boleh merosakkan perjanjian yang telah termeterai.

"Ada sedikit konflik berlaku. But I assured you nothing bad happened. She's not harmed at all." Jamin Baekhyun meskipun air mukanya melambangkan perkara sebaliknya. Hayoung tidak mahu memaksa Baekhyun menjelaskan dengan lebih terperinci. Dia faham Baekhyun pun pasti tengah tertekan juga. Apa yang telah dan sedang berlaku, Hayoung enggan masuk campur kerana dia tidak suka bersangkut-paut dalam masalah orang lain. Tapi kalau bab Bomi, sedikit sebanyak dia perlu ambil tahu juga.

Hayoung melepaskan keluhan panjang. Ada masa nanti, mungkin dia boleh cungkil rahsia mereka melalui Bomi. "I hope everything is okay."

Mendengarkan kata-kata Hayoung, Baekhyun tersenyum segaris. "Saya akan pastikan semuanya okey. Awak jangan risau."

Senyumannya dibalas oleh Hayoung lalu gadis itu membongkok hormat. "Terima kasih, CEO. Susah-susah je CEO datang jauh-jauh hantar Bomi balik." Topik tadi dicampak jauh-jauh buat sementara.

Baekhyun tampak ragu-ragu sebelum dia mengangguk. "Yeah, sama-sama. Pesan kat Bomi supaya banyakkan rehat. Dia penat sangat tu."

"I will. Jalan baik-baik, CEO."

"Okay." Balas Baekhyun. Hayoung memerhatikan langkah berat Baekhyun yang sedang menuju ke arah elevator. Bahu pemuda itu melurut bagai semua beban dunia ditanggung sendiri. Hayoung turut bersimpati.

🍰 🍰 🍰

Usai Bomi dihantar pulang ke rumah, Baekhyun tidak terus pulang ke rumahnya sendiri. Sebaliknya dia ambil keputusan untuk bermalam di rumah agam keluarga Byun semata-mata mahu meluangkan masa dengan ibu bapanya. Mereka bertiga berbual-bual hingga larut malam, bercerita tentang apa sahaja yang terlintas di fikiran, bagaimana penerimaan ibu Baekhyun terhadap Bomi dan bagaimana bapa Baekhyun punya sedikit pertentangan kerana percaya pilihannya lebih baik.

Pagi itu Baekhyun bangun tidur dengan perasaan yang lega seolah-olah segala beban telah diangkat sepenuhnya dari kedua-dua bilah pundaknya. Entah apa yang memberatinya selama ini. Bebanan kerja? Sudah tentu. Tuntutan keluarga? Mungkin itu faktor terbesar. Apa pun, Baekhyun bersyukur sangat segala masalahnya dapat ditangani dengan baik.

Dengan hanya bersarungkan bathrobe, Baekhyun berbaring di kerusi malas di pinggir swimming pool, menikmati hembusan angin pagi yang sepoi-sepoi bahasa bersama pancaran matahari yang cukup menghangatkan kulitnya tanpa rasa terbakar. Bunyi ringtone default email diterima dan dia menyemak segala email kerja yang dia terima walaupun hari ini hari cutinya. Nak jadi CEO berjaya kenalah produktif.

Semua email tentang proposal yang perlu dia approve, report yang perlu dia semak dan bajet yang perlu dia review telah dia baca dan selesaikan apa yang perlu. Tapi email yang paling mengujakan dan mengejutkan Baekhyun ialah email dari Chanyeol mengenai stok saham syarikat mereka yang naik mendadak pagi ini.

Terus sahaja Baekhyun menelefon Chanyeol untuk mengenal pasti faktor pola saham syarikatnya yang tiba-tiba naik meskipun dia sudah boleh teka puncanya.

"Yeah bos. Kan aku dah cakap jangan call aku time cuti. Aku busy ni." Kedengaran s

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
Maaf kepada yg tertunggu-tunggu update. ><

Comments

You must be logged in to comment
Ydvvfjkch #1
Chapter 29: Exopink fighting ????
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
bomishii #3
Chapter 22: Now i shipped Suho and Bomi more. Lambat sngatt baek dtng!! What a snail. Update soon!!
thelucidream
#4
Chapter 22: Guess that... Jooheon dah tahu pasal plan ni, tak? Oh no! Konflik datang! (º_º) next next next!! xD tak pasal pasal Bomi pun nanti terlibat sama
b2stFanz
#5
Chapter 22: Uish conflict apakah ini???!!! Update lagi!!! Daebakkkkk
thelucidream
#6
Chapter 21: Hahha this is good! Anticipate sangat dgn pasangan baekbom ni. Raksasa monyet gitu xD Character flow dia pun menarik, dan saya suka cara awak sampaikan cerita. Sempoi gila! *thumbs up*
bomishii #7
Chapter 21: Stupid baekhyun. Chorongieeee dont love baekhyunnn please. and Bbom ahhh, Suho's is Chorong T.T updatee soon!!
LeeAYeong #8
Chapter 18: Author-nim, update jusaeyo~ ^^
Min_Arisu
20 streak #9
Cantik poster awak. Nampak ringkas tapi menyerlah! :)