Seminggu Berlalu

Antara Cheesecake dan Tiramisu
Please Subscribe to read the full chapter

                                     

[CONTENTID1] SEMINGGU BERLALU [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] Awal-awal lagi dia sudah berasa tidak sedap hati tentang blind date ini. Ada sesuatu yang membuatkan dia ragu-ragu dan was-was tentang pertemuan ini. Sejak dia mula melangkah masuk ke dalam restoran lima bintang ini, detakan jantungnya semakin tidak keruan. Bukanlah sebab keterujaan, sebaliknya sebab dia rasa ada sesuatu yang sangat tidak kena. Dan semua itu terjawab apabila gadis yang berada di meja itu merupakan seseorang yang sangat dia kenali.

Bibir gadis berkulit mulus itu terpamer senyum kecil yang tampak penuh terpaksa. Tubuhnya berbalutkan dress biru pastel sesingkat lutut. Rambutnya yang panjang dibiarkan melepasi bahu dan dada.

“Naeun.” Spontan nama itu disebut setelah Baekhyun mendekati meja yang berada betul-betul berhadapan dengan pentas piano. Seorang pemuda bermata sepet yang lengkap bersut hitam menekan kekunci piano, memainkan irama romantik, seiring dengan suasana makan malam ini.

“Oh, hai, Baekhyun.”

Reaksi Naeun yang selamba itu membuatkan Baekhyun semakin hairan. Selama Baekhyun mengenali Naeun, mana dia mahu keluar dengan lelaki. Lebih-lebih lagi blind date seperti ini. Makan malam mereka berlangsung dalam suasana yang janggal. Sepertinya Naeun memang tidak mahu ada di situ. Dari tadi gadis itu hanya membisu. Baekhyun ada juga buat lawak untuk meleraikan suasana yang dirasakan sugul dan muram tapi hambar tiada respon. Bila ditanya hanya sepatah yang dijawab. Makanan di pinggan hanya dikuis-kuis dengan hujung garfu.

Baekhyun menghela nafas panjang. Garpu dan pisau di letakkan di hujung piring. Tubuhnya menegak lalu di dekatkan ke meja. Wajah Naeun dipandang teliti.

“Naeun, what is it? Kau kena paksa ke apa? Honestly, aku tak tahu mama aku arranged date ni dengan kau. Tapi kalau aku buat kau tak selesa, aku betul-betul mintak maaf.”

“No. Baekhyun.” Kata Naeun masih lagi menundukkan wajah. Suaranya kedengaran lemah dan tidak bermaya. Tidak bersemangat. “Aku rasa dihargai sangat bila mama kau berkenan nak jodohkan aku dengan kau.” Perlahan-lahan gadis itu mencapai tangannya yang berada di atas meja. Kemudian, tangannya yang halus itu diletakkan di atas tangan Baekhyun. Matanya sudah berkaca-kaca memandang Baekhyun. Terus Baekhyun rasa bersalah yang amat. “But, Baekhyun, you know me right?”

Mananya tak kenal dengan Naeun. Secara harfiahnya, Baekhyun dan Naeun telah berkenalan sejak mereka dalam kandungan ibu lagi. Apabila ibu masing-masing sudah bersahabat baik sejak kecil, memang mereka telah menjangkakan perkara ini akan berlaku. Telah kerap kali juga ibunya bertanya sama ada dia dan Naeun ada hubungan istimewa atau tidak. Jawapan mereka tetap sama. Mereka sekadar kawan baik. Tidak lebih dari itu. Malah mereka sudah menganggap diri sebagai adik beradik. Jadi, bila ibunya tiba-tiba buat blind date dengan Naeun, Baekhyun tidak semena-mena rasa bersalah. Akan terjejaskah hubungan mereka selepas ini?

“You know I can’t do this. You know we can’t do this.” Kata Naeun lagi. Tangan Baekhyun kini digenggam kemas. Gadis itu kini sudah menangis. Melihatkan Naeun menangis begini, tak sampai hati Baekhyun hendak meneruskan rancangan ibunya.

Son Naeun, gadis independent yang tidak akan bergantung dengan lelaki semata-mata untuk hidup. Lepas bapanya meninggal dunia, dialah yang menyara hidup ibu dan adik lelakinya. Walaupun ibu Baekhyun ada membantu keluarga mereka dengan memberikan pekerjaan kepada ibu Naeun, namun, Naeun berjaya atas usaha sendiri. Melalui pemilihan yang ketat barulah dia dapat menjawat jawatan yang tinggi di Alba Mall. Baekhyun betul-betul kagum dengan Naeun yang tabah dan kuat dalam mengharungi segala ujian hidup.

Walaupun begitu, Baekhyun tahu, Naeun memang lemah dalam soal hati. Hingga kini, tiada satu pun yang berjaya menawan hati Naeun. Kerana Baekhyun tahu hanya ada seorang sahaja yang bertakhta di hati gadis itu hingga kini. Pernah hubungan mereka berantakan di tengah jalan. Ditelan oleh jarak dan ego masing-masing. Tapi, Baekhyun yakin jodoh mereka masih kuat. Kalau tidak, masakan mereka boleh bekerja di tempat yang sama secara kebetulan?

“Naeun, aku tahu. Aku tahu hati kau pada siapa. Jadi aku takkan setuju dengan semua ni.” Sebelah tangan Baekhyun meliputi tangan Naeun yang masih menggenggam tangan kirinya. “Don’t worry.”

Pujukan Baekhyun ternyata berjaya apabila tersenyum jua Naeun akhirnya.

🍰 🍰 🍰

Hari pertama Bomi bekerja di Lavenda berjalan dengan lancar. Dia telah diperkenalkan kepada semua staf di situ. Staf yang bekerja di Lavenda tidak ramai. Semuanya hanya berjumlah enam orang termasuk Junmyeon. Silih berganti mengikut syif masing-masing. Jongdae yang selama ini bekerja satu syif terpaksa mengambil dua syif iaitu syif petang dan malam untuk menggantikan pekerja yang baru berhenti bulan lepas. Dengan adanya Bomi, bolehlah Jongdae kembali kepada syif lamanya iaitu pada pukul tiga petang hingga sembilan malam.

Bomi di berikan tugas mudah dahulu seperti mengelap meja dan menyusun kek dan pastri di dalam peti kaca display. Ketika bekerja, hubungan Bomi dan Junmyeon dikekalkan pada tahap profesional. Tiada mesra yang melebih-lebih. Lagipun, Junmyeon jarang berada di kedainya. Ada sahaja masa dia akan keluar mencari bahan bakeri yang telah pun habis. Kadang-kadang dia sendiri yang buat delivery kepada pelanggan yang menempah pastri dalam jumlah yang banyak.

Pejam celik, pejam celik, sudah seminggu Bomi bekerja di situ. Ada juga Bomi belajar buat muffin dengan Namjoo yang bertugas di dapur. Gadis berambut pendek itu memang mahir benar dalam menghias kek cawan. Frosting pelbagai warna seolah-olah telah menjadi cat warna baginya melukis bentuk-bentuk comel lagi berwarna-warni.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
Maaf kepada yg tertunggu-tunggu update. ><

Comments

You must be logged in to comment
Ydvvfjkch #1
Chapter 29: Exopink fighting ????
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
bomishii #3
Chapter 22: Now i shipped Suho and Bomi more. Lambat sngatt baek dtng!! What a snail. Update soon!!
thelucidream
#4
Chapter 22: Guess that... Jooheon dah tahu pasal plan ni, tak? Oh no! Konflik datang! (º_º) next next next!! xD tak pasal pasal Bomi pun nanti terlibat sama
b2stFanz
#5
Chapter 22: Uish conflict apakah ini???!!! Update lagi!!! Daebakkkkk
thelucidream
#6
Chapter 21: Hahha this is good! Anticipate sangat dgn pasangan baekbom ni. Raksasa monyet gitu xD Character flow dia pun menarik, dan saya suka cara awak sampaikan cerita. Sempoi gila! *thumbs up*
bomishii #7
Chapter 21: Stupid baekhyun. Chorongieeee dont love baekhyunnn please. and Bbom ahhh, Suho's is Chorong T.T updatee soon!!
LeeAYeong #8
Chapter 18: Author-nim, update jusaeyo~ ^^
Min_Arisu
20 streak #9
Cantik poster awak. Nampak ringkas tapi menyerlah! :)