Blame On You

Antara Cheesecake dan Tiramisu
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] BLAME ON YOU [/CONTENTID1] [CONTENTID2] Percikan air dari arca pancuran dekat dengan pintu keluar bahagian pesakit luar sedikit mengenai lengan baju Baekhyun ketika mereka berdua mengelak daripada dilanggar oleh katil pesakit. Katil pesakit diusung laju oleh jururawat dengan wajah gusar. Jelas sekali kes kecemasan. Sempat Baekhyun memeluk bahu Bomi agar mereka mengelak sama, supaya mereka berdua tidak sama dilanggar. Namun, bukan ucapan terima kasih yang diterima melainkan jelingan tajam bersama rengusan halus.

"Ish, raksasa ni. Orang tolong dia bukan nak cakap terima kasih." Omel Baekhyun yang membuntuti rapat Bomi yang maju dulu ke depan. Sengaja dia lontarkan nada lebih tinggi agar gadis itu dapat diusik.

Kepala Bomi spontan berpaling ke belakang. Masih mengekalkan raut masam, bibirnya terkutap-katup mengatakan sesuatu. Tapi akibat jarak mereka yang agar jauh, membuatkan Baekhyun tidak jelas dengan apa yang diucapkan oleh gadis itu.

"Apa?" Baekhyun bertanya sepatah seraya menggandakan langkah. Bomi sudah pun berdiri depan pintu lif yang baru saja terbuka.

"Terima kasih, monyet." Ulang Bomi senada. Laju saja kakinya melangkah masuk.

Baekhyun boleh pula terpegun macam patung. Sengihan melebar sementara diri tersipu malu. Sampaikan pintu lif hendak tertutup baru dia perasan yang dia boleh pula melangut di situ.

Terasa tangan direnggut kuat. Tubuhnya terdorong ke depan memasuki ruang lif yang kosong. Dilihat tangannya dipegang kemas sementara gadis itu menekan butang.

Bomi berundur setapak ke belakang. Baekhyun membiarkan sahaja tangannya terus dipegang. Senyuman tadi wujud kembali.

Oh, betapa indahnya hari ini.

Dah beberapa saat berlalu barulah Bomi kelam kabut hendak lepaskan tangan. Takkan sewenang-wenangnya Baekhyun akan melepaskan. Lalu tangan lembut gadis itu Baekhyun genggam. Jelingan tajam diraih lagi.

"Lepaslah, monyet." Suruh Bomi bernada geram. Dia cuba meronta-rontakan tangannya, tapi Baekhyun tetap menggenggam tangannya.

"No chance. Kau yang pegang tangan aku tak lepas-lepas." Usik Baekhyun bersama sengihan sampai ke hujung telinga.

Semerta Bomi nampak bengang dengan pipi yang berona merah. Matanya melilau ke arah lain. Tak berani lah tu nak tengok muka Baekhyun yang handsome ni. "I was- Aku tak sengaja okey. Kau tu pegi jadi patung depan lif kenapa? Nak kena tinggal?"

Dipandangnya Bomi bersama senyuman segaris yang panjang. "I can take another elevator?"

Langsung Bomi terdiam. Tangannya tidak lagi bergelut minta dilepaskan. Baekhyun masih senyum. Gembira. Bahagia. Dunia ini hanya milik kita berdua!

Ha! Raksasa dah kalah!

🍰🍰🍰

"Aku rasa Chorong dah tahu pasal kita."

"Pasal kita couple? Of courselah dia tahu." Lancar saja Bomi menuturkan perkataan couple itu. Apabila dia mendongakkan kepala, memang sudah dia jangka senyuman yang bertandang di bibir Baekhyun. Ish, suka sangat egonya dipuaskan. "What I mean is, you and I are -"

"No need to explain that part. Like you said, everyone knew about us." Selamba saja Baekhyun membuat konklusi muktamad.

Ini membuatkan Bomi buka mulut mahu protes. Tak setuju yang Baekhyun lebih menerima konteks couple berbanding girlfriend kontrak. Fakta yang cuba difabrikasi demi kepentingan yang entah apa pun Bomi tak tahu menahu langsung.

"But, Chorong ni lain. Untuk pengetahuan kau, the reason I want you to be my girlfriend adalah kerana papa mahu jodohkan aku dengan dia." Ujar Baekhyun, menyambung semula topik perbualan yang dia mulakan tadi. Mihun goreng di pinggan hanya dikuis-kuis dengan hujung garpu. Padahal masih berbaki separuh.

"And you use me because you don't want to get married to her. " Wajah Baekhyun tak dipandang ketika dia menyuapkan mihun ke dalam mulut sendiri. Bomi menuduh tanpa rasa bersalah. Sekilas Bomi curi pandang dan dia dapati air muka Baekhyun serta merta mengeruh.

"Aku tak pernah pergunakan kau okey." Anak mata Bomi direnung. Entah kenapa Bomi bagaikan telah dipasung oleh pandangan redup itu.

"Baekhyun, kau ingat lagi tak apa yang kau cakap kat aku masa kita sign contract tu?" Bomi letakkan sudu dan garpu di pinggan. Kemudian dia mengajuk kata-kata Baekhyun siap dengan memek muka pemuda itu sekali. "Kau cakap macam ni; Mengikut kontrak, kita akan jadi couple selama tiga bulan. Until I find someone to replace you and marry her."

"Kau ni cakap tak boleh perlahan sikit ke?" Tegur Baekhyun sebelum dia meliarkan pandang memandang sekeliling. Bomi tak peduli sebab mereka di kantin hospital dan kantin hospital sememangnya bising dan dia rasa tak ada seorang pun pedulikan mereka berdua di situ. Baekhyun saja yang terlebih paranoid.

"Clearly, you used me." Bomi naikkan sebelah kening. Baekhyun pula raup muka.

"Bomi, can you understand me? Aku buat semua ni sebab aku tak nak kahwin dengan pilihan parents aku. Not Naeun. Not Chorong. No one."

"Really? Atau sebab kau ni sebenarnya gay?"

"Bomi!"

Gelak besar Bomi apabila dia berjaya mengusik Baekhyun hingga lelaki itu mula rasa jengkel dengannya. Padan muka kau 'Monyet.' Asyik-asyik kau je yang kenakan aku.

"I'm

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
Maaf kepada yg tertunggu-tunggu update. ><

Comments

You must be logged in to comment
Ydvvfjkch #1
Chapter 29: Exopink fighting ????
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
bomishii #3
Chapter 22: Now i shipped Suho and Bomi more. Lambat sngatt baek dtng!! What a snail. Update soon!!
thelucidream
#4
Chapter 22: Guess that... Jooheon dah tahu pasal plan ni, tak? Oh no! Konflik datang! (º_º) next next next!! xD tak pasal pasal Bomi pun nanti terlibat sama
b2stFanz
#5
Chapter 22: Uish conflict apakah ini???!!! Update lagi!!! Daebakkkkk
thelucidream
#6
Chapter 21: Hahha this is good! Anticipate sangat dgn pasangan baekbom ni. Raksasa monyet gitu xD Character flow dia pun menarik, dan saya suka cara awak sampaikan cerita. Sempoi gila! *thumbs up*
bomishii #7
Chapter 21: Stupid baekhyun. Chorongieeee dont love baekhyunnn please. and Bbom ahhh, Suho's is Chorong T.T updatee soon!!
LeeAYeong #8
Chapter 18: Author-nim, update jusaeyo~ ^^
Min_Arisu
20 streak #9
Cantik poster awak. Nampak ringkas tapi menyerlah! :)