Duit Oh Duit!

Antara Cheesecake dan Tiramisu
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] DUIT OH DUIT [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] $10,$20,$30,$40. Bomi mengeluh lemah. Bahunya yang tadinya berjungkit tinggi bersemangat, kini terus jatuh tidak bermaya. Dia menguis kepingan wang di dalam dompet kecil sambil berfikir kenapa dompet itu tidak boleh menghasilkan wang sendiri. Kan senang kalau begitu. Tidak perlulah dia bersusah payah mencari wang sendirian. Pagi-pagi sudah kena bangun dan terus mencari rezeki di kilang roti yang upahnya yang tidak seberapa.
 

Kepalanya terteleng ke sisi sambil mulutnya mula memuncung. Di dalam peti kaca di hadapannya, terdapat banyak kek berwarna-warni dalam pelbagai saiz. Semuanya nampak sangat menyelerakan memandangkan perutnya yang masih kosong kerana dia terpaksa mengikat perut, mengelak daripada makan tengah hari dengan berkerja lebih masa. Lagipun, bukankah dia sedang berdiet? Alasan itu sangat berkesan untuk mempengaruhi dirinya agar tidak boros membelanjakan wang untuk membeli makanan yang harganya mewah-mewah. Tambahan lagi, kerja part-time sementara dia cuti semester itu memang tidak cukup untuk menampung yuran semester akhir nanti.

"Cik mahu kek yang mana?" Pertanyaan seorang lelaki bertopi ungu di sebalik peti kaca itu mematikan lamunan Bomi. Bomi terus mengangkat kepala, memandang pekerja kedai yang tersenyum ke arahnya.

"Ah, erm.. Ada tak kek yang tak terlalu mahal dan tak terlalu murah?" Bomi melangkah ke depan agar dia dapat melihat lelaki itu dengan lebih jelas. Kerana bagi Bomi, raut wajah lelaki itu sangat menarik walaupun kepalanya bertutup dengan topi. Bomi memerhatikan bagaimana bibir nipis lelaki itu menguntum senyum dengan matanya yang tiba-tiba hilang membentuk eye-smile.

"Cik? Cik nak kek perisa apa? Cik?"

Bomi tersentak apabila lelaki itu menghayunkan tangan melambai di depan wajahnya. Mata Bomi terkebil-kebil sebelum dia mula mengingat semula perisa kek kegemaran Hayoung.

Sebenarnya Bomi sangat gemar memerhatikan mata dan bibir setiap orang yang dia temui. Dia suka melihatkan bagaimana bibir yang mempunyai pelbagai bentuk iaitu nipis, tebal, berbentuk hati, dan pelbagai lagi bentuk berubah sebaik saja mereka melemparkan senyum dan Bomi suka apabila bibir yang tersenyum itu nampak lebih cantik apabila ianya melentik.

Bagi Bomi, lelaki bernama Jongdae seperti mana yang dilihat pada tag nama di dadanya, mempunyai senyuman yang sangat cantik dan senyuman itu bertambah cantik lagi apabila di sertai dengan matanya yang berubah kepada bentuk bulan sabit.

"Strawberi." Jawab Bomi ringkas sebelum dia sendiri merasai pipinya tiba-tiba hangat apabila dia mendengar ketawa kecil lelaki itu. Tapi rasanya dia ada terdengar lelaki itu mengatakan sesuatu seperti comel? Cantik? Ke Bomi yang perasan? Entahlah.

"Kek yang ini boleh?" Tanya lelaki itu lagi sambil menunjukkan sebuah kek putih yang penuh dengan dekorasi berwarna pink dan ungu berserta dengan beberapa biji strawberi tersusun membentuk bulatan di bahagian tepinya.

Bomi terus mengangguk tanpa bertanyakan harganya terlebih dahulu. Dia terlalu terkesima dengan senyuman Jongdae sebelum sekali lagi Jongdae menegurnya.

"Nak tulis ucapan apa? Dan nak berapa batang lilin?" Soal Jongdae. Di tangannya sudah t

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
Maaf kepada yg tertunggu-tunggu update. ><

Comments

You must be logged in to comment
Ydvvfjkch #1
Chapter 29: Exopink fighting ????
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
bomishii #3
Chapter 22: Now i shipped Suho and Bomi more. Lambat sngatt baek dtng!! What a snail. Update soon!!
thelucidream
#4
Chapter 22: Guess that... Jooheon dah tahu pasal plan ni, tak? Oh no! Konflik datang! (º_º) next next next!! xD tak pasal pasal Bomi pun nanti terlibat sama
b2stFanz
#5
Chapter 22: Uish conflict apakah ini???!!! Update lagi!!! Daebakkkkk
thelucidream
#6
Chapter 21: Hahha this is good! Anticipate sangat dgn pasangan baekbom ni. Raksasa monyet gitu xD Character flow dia pun menarik, dan saya suka cara awak sampaikan cerita. Sempoi gila! *thumbs up*
bomishii #7
Chapter 21: Stupid baekhyun. Chorongieeee dont love baekhyunnn please. and Bbom ahhh, Suho's is Chorong T.T updatee soon!!
LeeAYeong #8
Chapter 18: Author-nim, update jusaeyo~ ^^
Min_Arisu
20 streak #9
Cantik poster awak. Nampak ringkas tapi menyerlah! :)