All of This Fortune Doesn't Guarantee Happiness

Antara Cheesecake dan Tiramisu
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] ALL OF THIS FORTUNE DOESN'T GUARANTEE HAPPINESS [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] Bomi melangkah tanpa arah tuju yang pasti. Gelas yang berbaki separuh champagne di pegang longgar di antara jari-jemarinya. Sesekali bahunya berlaga dengan orang-orang di sekeliling, bibir spontan mengucapkan kata maaf sebelum kaki melangkah lagi. Fikirannya benar-benar kosong. Hatinya telah pecah entah untuk kali yang berapa. Harapannya tidak dipenuhi. Tidak sepatutnya dia terlalu berharap semalam.

“Kenapa awak boleh ada di sini?” Sapa satu suara serak-serak basah hingga membuatkan Bomi terdongak. Secara tak sengaja gelas champagne yang dipegang terlepas tapi sempat ditangkap oleh pemuda berambut blonde di hadapannya. Pemuda itu berpenampilan kemas dan lengkap bertuksedo hitam. Matanya sepet macam mata Baekhyun. Serta merta Bomi mengandaikan pemuda ini ada pertalian darah dengan Baekhyun.

“You’re pretty.”

Bomi memalingkan wajah ke arah seseorang yang berada di belakang pemuda berambut blonde ini. Seorang lagi pemuda dengan rambut berwarna sama bangkit dari sofa yang dia duduk. Bomi perasan ada beberapa orang pemuda lain yang memandang hairan dan ada jugak yang sibuk melayan wanita di ribaan mereka.

Spontan Bomi berundur selangkah. Punyalah tak sedar hingga tersesat ke bilik yang Bomi tak tahu macam mana dia boleh sampai ke situ. Terdongak-dongak kepala Bomi memerhati sekeliling. Suasana di dalam bilik luas itu tampak kelam kerana hanya disinari lampu gantung dari bar berdekatan. Dalam kesamaran itu, Bomi dapat lihat sofa panjang yang diletakkan dekat dinding bersama meja yang sama panjang. Dan di sofa itulah beberapa orang pemuda lain duduk memerhatikannya seperti Bomi ini makhluk asing dari planet lain. Wanita-wanita yang berada di ribaan mereka telah meninggalkan mereka apabila tidak diendahkan lagi oleh mereka.

Bomi tak sangka dalam majlis ulangtahun perkahwinan ini ada juga dianjurkan parti sebegini.

“Ah, ke tepi lah, Wonho. You scared her!” Marah pemuda bersuara serak basah itu lalu dia menepis Wonho agar tidak mendekati Bomi. Tidak terkesan dengan perbuatan Minhyuk, Wonho yang bermata biru itu hanya mengenyitkan mata ke arah Bomi sebelum dia beredar ke bar berdekatan.

“Saya Minhyuk. I heard you’re a girlfriend of Baekhyun. How wonderful! Congratulations.” Ucap Minhyuk bernada ceria dan terlebih excited.

“Umm... thanks.”

“Jangan takut, saya janji takkan buat apa-apa pada awak. Kalau diorang kacau awak pun, saya akan belasah diorang.” Minhyuk membuat janji sambil mendekatkan jari kelingking kepada Bomi. Bomi sempat tahan gelak. Berapa umur Minhyuk ni? Lima tahun?

Tapi Bomi layankan saja. Lalu jari kelingking mereka bertaut membuat janji.

“Ah, there he goes flirting again!” Jerit salah seorang daripada mereka di belakang.

“Ignore apa yang diorang cakap.” Kata Minhyuk sambil menjeling tajam ke arah pemuda berambut perang. “Tu yang bising tu nama dia Kihyun. Yang tengah tunjuk muscle tu nama dia Hyunwoo tapi kitorang panggil Shownu sebab obviously dia memang suka tunjuk muscle dia. Yang tengah main snooker kat sana tu Changkyun dan Jooheon. Rambut merah tu Jooheon. Dan yang duduk kat bar sama-sama dengan Wonho tu Hyungwon. Yang mamat lain yang saya tak kenalkan tu, our friends. They’re not really important.”

Kata-kata akhir Minhyuk dibalas dengan kata-kata protes mereka yang mereka jerit dengan nama mereka. Bomi ada dengar mereka sebut Yugyeom, Jackson dan Jinyoung. Tapi ada lagi yang Bomi tak pasti nama mereka.

“Yang saya mention nama tadi tu sebenarnya relatives semua. Termasuk saya, kami semua ni relatives kepada keluarga Byun. Tak kisahlah yang distant ke yang dekat. Yang penting kami semua ada pertalian darah.” Jelas Minhyuk tanpa dipinta. Ramahnya bukan main. Jauh sekali berbanding Junmyeon dan Baekhyun yang sukar mahu menceritakan tentang keluarga mereka.

“Your eyes.” Bomi tersasul setelah memerhatikan anak mata Minhyuk yang tampak bersinar-sinar walaupun hanya diterangi oleh cahaya yang kurang terang.

“What’s wrong with my eyes?” Minhyuk tampak terkejut dan tertanya-tanya dengan pernyataan Bomi.

“Nothing’s wrong. Just... It’s similar with Baekhyun. I guess you must be blood related at all.” Kata Bomi seraya melemparkan senyuman. Bentuk mata mereka memang boleh dikatakan sama.

“Hmm... I guess so. Sebab yang saudaranya belah nenek kami. Kira macam nenek Baekhyun tu kakak kepada nenek saya.” Terang Minhyuk sebelum menjungkit bahu semacam hal ini telah beribu kali dia jelaskan kepada strangers. “Mesti awak dah penat berdiri, kan? Jomlah duduk dengan Wonho dan Hyungwon. They’re better than them.” Minhyuk sempat berbisik sebelum dia melirikkan mata ke sofa tadi. Kemudian Minhyuk mempersilakan Bomi agar melangkah ke bar mini yang dimaksudkan.

Wonho dan Hyungwon serentak bangun dari bangku mereka lalu beralih dan meninggalkan dua bangku kosong untuk Bomi dan Minhyuk. Bomi dan Minhyuk duduk di penjuru meja, di mana mereka berdua boleh duduk menghadap dan di apit oleh Wonho dan Hyungwon di sisi mereka. Gelas Champagne Bomi yang telah kosong diminta isi kepada bartender.

“Now, tell us about yourself.” Pinta Minhyuk tanpa paksaan.

Dan Bomi pun menceritakan macam-macam tentang dirinya, sempat mengelak daripada bercakap tentang hubungannya dengan Baekhyun dan Junmyeon. Sambil berbual-bual dia sempat menyisip champagne berulang kali hingga tidak sedar sudah berapa gelas telah dia tegu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
Maaf kepada yg tertunggu-tunggu update. ><

Comments

You must be logged in to comment
Ydvvfjkch #1
Chapter 29: Exopink fighting ????
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
bomishii #3
Chapter 22: Now i shipped Suho and Bomi more. Lambat sngatt baek dtng!! What a snail. Update soon!!
thelucidream
#4
Chapter 22: Guess that... Jooheon dah tahu pasal plan ni, tak? Oh no! Konflik datang! (º_º) next next next!! xD tak pasal pasal Bomi pun nanti terlibat sama
b2stFanz
#5
Chapter 22: Uish conflict apakah ini???!!! Update lagi!!! Daebakkkkk
thelucidream
#6
Chapter 21: Hahha this is good! Anticipate sangat dgn pasangan baekbom ni. Raksasa monyet gitu xD Character flow dia pun menarik, dan saya suka cara awak sampaikan cerita. Sempoi gila! *thumbs up*
bomishii #7
Chapter 21: Stupid baekhyun. Chorongieeee dont love baekhyunnn please. and Bbom ahhh, Suho's is Chorong T.T updatee soon!!
LeeAYeong #8
Chapter 18: Author-nim, update jusaeyo~ ^^
Min_Arisu
20 streak #9
Cantik poster awak. Nampak ringkas tapi menyerlah! :)