Pelanggan Tetap

Antara Cheesecake dan Tiramisu
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] PELANGGAN TETAP [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] Bomi sedang mengelap kaunter sambil bersiul-siul saat pandangan liarnya tertancap kepada suatu figura yang sedang berjalan di berdekatan koridor kedai. Pemuda yang berkerut wajahnya tatkala menatap telefon di tangan itu nampaknya sedang menuju ke arah kedai kek Lavenda. Serta-merta Bomi jadi panik. Menderu darah naik ke muka menahan bengang. Teringat satu persatu peristiwa persengketaan mereka yang baru sahaja hendak menjadi kenangan pahit yang telah di campak jauh-jauh dari sudut memori.

Alamak! Aku tak nak jumpa layan mamat kedekut tu! Baik aku lari.

“Jongdae!” Panggil Bomi dalam nada berbisik. Nasib baik Jongdae ketika itu baru sahaja habis menyusun pinggan-pinggan kosong di dulang sebelah bekas kek.

Setelah digamit, Jongdae berjalan laju ke arahnya, mengesan ada sedikit urgent dalam nada suara Bomi. “Ada apa?”

“Kau gantikan aku kejap boleh? Aku sakit perutlah. Nak pergi toilet.” Pinta Bomi sambil berlakon sakit perut. Memek mukanya bersungguh seperti sudah seminggu mengalami sembelit. Perutnya ditekan-tekan dengan penumbuk seolah-olah sedang menahan sakit.

Mata Jongdae terbeliak cemas melihatkan keadaan Bomi. “Kau sembelit ke? Aku ada ubat kalau kau nak.”

“Ish, kau ni. Cepat ah. Kang aku terkincit kang kat sini.” Makin kalut Bomi dibuatnya saat pemuda itu melangkah masuk ke dalam kedai. Pantas Bomi berlari masuk ke pintu dapur.

“Pegilah. Aku ganti. Jangan lama-lama tau. Nanti bos masuk untuk lunch hour.” Sempat Jongdae berpesan sebelum Bomi menutup pintu rapat-rapat.

Kus semangat. Bomi mengurut dadanya dengan harapan dapat menenangkan debaran di hati. Harap-haraplah mamat tu tak nampak aku. Kalau tak memang dia tuntut ganti rugi handphone dia lagi.

“Kau dah kenapa, Bomi?”

“Opocot mak kau!” Bomi termelatah apabila disoal oleh Namjoo yang terpinga-pinga melihatnya pucat lesi seperti baru nampak hantu. Daripada bersandar di pintu dapur, Bomi berganjak sedikit untuk mengintai ke luar melalui tingkap kecil di muka pintu.

“Weh, sini kejap.” Panggil Bomi kepada Namjoo yang usai memasukkan dulang berisi croissant ke dalam ketuhar. Selepas Namjoo mendekatinya, pantas dia memautkan tangannya ke lengan Namjoo. Dia meninjau ke arah luar dari tingkap bulat di pintu. “Mamat yang tengah ambil kek tu.”

Namjoo memandangnya pelik. “Kenapa dengan dia? Kau minat dia ke?”

Ke situ pulak minah ni.

“Bukanlah. Aku nak tanya dia tu siapa?” Tanya Bomi yang pantas menghindarkan diri sebaik melihat Baekhyun bersembang-sembang pula dengan Jongdae. Bomi memang sudah sedia maklum dengan nama pemuda itu, Byun Baekhyun aka Si Kedekut aka Monyet! Dilihatnya Namjoo mengerling sekilas ke luar sebelum tersengih semacam.

“Oh... Itu Byun Baekhyun. Dia

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
Maaf kepada yg tertunggu-tunggu update. ><

Comments

You must be logged in to comment
Ydvvfjkch #1
Chapter 29: Exopink fighting ????
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
bomishii #3
Chapter 22: Now i shipped Suho and Bomi more. Lambat sngatt baek dtng!! What a snail. Update soon!!
thelucidream
#4
Chapter 22: Guess that... Jooheon dah tahu pasal plan ni, tak? Oh no! Konflik datang! (º_º) next next next!! xD tak pasal pasal Bomi pun nanti terlibat sama
b2stFanz
#5
Chapter 22: Uish conflict apakah ini???!!! Update lagi!!! Daebakkkkk
thelucidream
#6
Chapter 21: Hahha this is good! Anticipate sangat dgn pasangan baekbom ni. Raksasa monyet gitu xD Character flow dia pun menarik, dan saya suka cara awak sampaikan cerita. Sempoi gila! *thumbs up*
bomishii #7
Chapter 21: Stupid baekhyun. Chorongieeee dont love baekhyunnn please. and Bbom ahhh, Suho's is Chorong T.T updatee soon!!
LeeAYeong #8
Chapter 18: Author-nim, update jusaeyo~ ^^
Min_Arisu
20 streak #9
Cantik poster awak. Nampak ringkas tapi menyerlah! :)