Pengganti?

Antara Cheesecake dan Tiramisu
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] PENGGANTI? [/CONTENTID1] [CONTENTID2] Hubungan Junmyeon dengan pekerja barunya memang membuatkan Naeun berasa sebal. Mana taknya, dia baru sahaja dapat tahu bahawa gadis bernama Bomi itu merupakan kawan satu sekolah Junmyeon dulu. Bagaimana Naeun boleh tidak tahu menahu langsung, padahal dia telah mengenali Junmyeon sejak mereka bayi lagi. Mungkin juga mereka berkawan ketika Naeun bersekolah di luar negara untuk sekolah tinggi. Dalam tempoh tiga tahun itu entah apa yang Junmyeon lalui tanpa Naeun di sisi. Pernah mereka menjalani hidup sebagai pasangan kekasih. Tetapi hubungan itu tidak kekal lama apabila Naeun sekali lagi keluar negara untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah pula. Walaupun tempoh itu tidak lama, cukuplah Naeun akui bahawa hatinya telah dicuri oleh Junmyeon dan tidak mungkin dikembalikan hingga kini.

Hujung minggu ini dia telah dijemput oleh ibu bapa Baekhyun untuk menghadiri majlis ulangtahun mereka di sebuah hotel terkemuka. Bingung juga memutuskan sama ada dia patut menghadiri majlis itu sendirian atau berteman? Kalau dia membawa teman pasti ibu Baekhyun akan terasa sebab terang-terangan Naeun telah menolak hajatnya untuk menjodohkan Naeun dan Baekhyun. Tapi lebih baik jujur dari berpura-pura. Biar mereka tahu bahawa Naeun masih mencintai Junmyeon. Bagaimanapun, tahukah Junmyeon bahawa Naeun masih mencintai dirinya?

Naeun menghela nafas panjang, membujuk hati agar melupakan seketika kemelut di jiwa. Tangannya memusing kunci untuk menghidupkan enjin. Berkali-kali dia putarkan kunci tapi tidak juga enjin keretanya berfungsi.

Tap! Tap!

Kepalanya tertoleh ke arah cermin pintu apabila menyedari cermin itu diketuk dari luar. Lampu terang tempat parkir basement membantunya melihat seorang pemuda berwajah comel dan feminin memandangnya bimbang. Lantas Naeun buka pintu kereta.

"Kenapa ni? Kereta tak boleh hidup?" Tanya pemuda itu. Suaranya lembut dan sedap di dengar di telinga dan Naeun mendapati dirinya tertarik dengan suara itu.

"Haah. Dari tadi saya cuba hidupkan. Tapi fail." Maklum Naeun di sebalik daun pintu. Pemuda itu mengangguk sekali.

"Awak bukak bumper depan. Biar saya tengok enjin." Ujar pemuda itu sebelum berlalu ke hadapan kereta milik Naeun. Akur dengan permintaan pemuda itu, Naeun juga turut keluar dari kereta untuk melihat apa yang pemuda itu sedang lakukan.

"Bateri awak dah habis ni. Dah berapa lama awak tak tukar?" Katanya yang sibuk membelek-belek bahagian enjin selepas bumper kereta berwarna merah itu di naikkan.

"Nak kena tukar ke?" Naeun bertanya bingung. Pemuda itu hanya tersenyum kecil.

"Awak tunggu kejap ya?"

Naeun menganggukkan kepala, melihat pemuda itu berlari anak ke sebuah kereta berwarna biru. Kemudian kereta itu dipandu lalu diparkir sebelah kereta Naeun. Pemuda itu keluar dari keretanya dan berlari ke but belakang, mengeluarkan dua wayar lingkaran panjang yang punya penyepit tirus di hujung.

Selepas itu, pemuda bertubuh kecil itu mendekati enjin kereta Naeun untuk mengapit penyepit tirus pada bateri kereta. Hujung wayar lingkaran dibawa ke keretanya sendiri lalu dijepit pada bateri keretanya sendiri.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
Maaf kepada yg tertunggu-tunggu update. ><

Comments

You must be logged in to comment
Ydvvfjkch #1
Chapter 29: Exopink fighting ????
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
bomishii #3
Chapter 22: Now i shipped Suho and Bomi more. Lambat sngatt baek dtng!! What a snail. Update soon!!
thelucidream
#4
Chapter 22: Guess that... Jooheon dah tahu pasal plan ni, tak? Oh no! Konflik datang! (º_º) next next next!! xD tak pasal pasal Bomi pun nanti terlibat sama
b2stFanz
#5
Chapter 22: Uish conflict apakah ini???!!! Update lagi!!! Daebakkkkk
thelucidream
#6
Chapter 21: Hahha this is good! Anticipate sangat dgn pasangan baekbom ni. Raksasa monyet gitu xD Character flow dia pun menarik, dan saya suka cara awak sampaikan cerita. Sempoi gila! *thumbs up*
bomishii #7
Chapter 21: Stupid baekhyun. Chorongieeee dont love baekhyunnn please. and Bbom ahhh, Suho's is Chorong T.T updatee soon!!
LeeAYeong #8
Chapter 18: Author-nim, update jusaeyo~ ^^
Min_Arisu
20 streak #9
Cantik poster awak. Nampak ringkas tapi menyerlah! :)