D-Day

Antara Cheesecake dan Tiramisu
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] D-DAY [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] “Ish, gatallah baju ni.” Sungut Bomi. Tangan masih tergaru-garu sekitar leher yang terasa gatal merenyam. Macam kulit dah kena tabur dengan miang buluh. Pendingin hawa dalam limosin ini pun tak mampu menyamankan kulit Bomi yang tiba-tiba menggedik nak jadi sensitif pula.

“Kau ni tak payahlah garu-garu macam tu. Dah macam monyet dah aku tengok.” Baekhyun sempat mengerling daripada terus-terusan menatap telefon pintar serba barunya itu.

“Excuse me. Monyet tu kau okey.” Sentap Bomi. Makin galak dia menggaru bahagian klavikel leher. Agaknya dah merah-merah kulit sekitar tempat yang telah digaru rakus.

“Yelah. Aku monyet. Kau raksasa.” Balas Baekhyun senada tanpa memandang Bomi.

“Ish!” Dengus Bomi sebelum dia mengitari pandangan ke arah ruang dalaman limosin yang mereka berdua naiki. Kerusi yang mereka duduk walaupun nampak macam keras sebab dibalut dengan sarung kulit, tapi sebenarnya sangat lembut dan empuk. Secara ringkasnya, tema warna dalam kereta ini memang gelap macam dalam gua meskipun lampu tengah dah terpasang. Muzik akustik terpasang di radio, membuai Bomi hingga mahu terlena. Tapi tak boleh. Dia ada misi yang sangat penting hari ini. Dia perlu menjaga reputasi dan menepati janji. Dia tidak mahu dilihat sebagai seorang yang tidak rasional dan tidak bertanggungjawab di depan Junmyeon. Imej perlu dijaga demi memikat crushnya itu.

Tiba-tiba Bomi lihat Baekhyun meletakkan telefon nipis itu di atas handrest antara mereka sebelum tangannya menyeluk poket pada pintu limosin. Bomi memerhatikan kelakuan Baekhyun yang mencurigakan itu. Tidak semena-mena sebuah objek berwarna putih dihulurkan kepada Bomi. Teragak-agak Bomi mahu menyambut pemberian itu.

Tanpa banyak soal, pergelangan tangan Bomi ditarik lalu objek itu diletakkan pada telapak tangan Bomi.

“Bedak ni letak kat leher. Nanti kuranglah gatal tu.” Kata Baekhyun menuding ke arah leher Bomi.

Bedak Johnsons Baby itu direnung Bomi dengan kening yang terangkat sebelah. Perlahan-lahan anak matanya beralih ke wajah mulus Baekhyun pula. Baekhyun guna bedak bayi? Kulit dia sensitif ke? Ke dia ingat dia ni masih bayi?

“Tak payah tengok muka aku lama-lama. Aku tahu aku hensem.”

Kata-kata Baekhyun itu membuatkan bola mata Bomi berguling ke atas. Wow! Sungguh perasan! Bukannya dia hensem sangat pun. Junmyeon lagi hensem!

Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha.

“Kita dah nak sampai dah ni. Check penampilan kau dulu sebelum kita keluar.” Baekhyun sempat berpesan selepas dimaklumkan o

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
Maaf kepada yg tertunggu-tunggu update. ><

Comments

You must be logged in to comment
Ydvvfjkch #1
Chapter 29: Exopink fighting ????
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
bomishii #3
Chapter 22: Now i shipped Suho and Bomi more. Lambat sngatt baek dtng!! What a snail. Update soon!!
thelucidream
#4
Chapter 22: Guess that... Jooheon dah tahu pasal plan ni, tak? Oh no! Konflik datang! (º_º) next next next!! xD tak pasal pasal Bomi pun nanti terlibat sama
b2stFanz
#5
Chapter 22: Uish conflict apakah ini???!!! Update lagi!!! Daebakkkkk
thelucidream
#6
Chapter 21: Hahha this is good! Anticipate sangat dgn pasangan baekbom ni. Raksasa monyet gitu xD Character flow dia pun menarik, dan saya suka cara awak sampaikan cerita. Sempoi gila! *thumbs up*
bomishii #7
Chapter 21: Stupid baekhyun. Chorongieeee dont love baekhyunnn please. and Bbom ahhh, Suho's is Chorong T.T updatee soon!!
LeeAYeong #8
Chapter 18: Author-nim, update jusaeyo~ ^^
Min_Arisu
20 streak #9
Cantik poster awak. Nampak ringkas tapi menyerlah! :)