Di Luar Jangkaan

Antara Cheesecake dan Tiramisu
Please Subscribe to read the full chapter

 

[CONTENTID1] DI LUAR JANGKAAN [/CONTENTID1] [CONTENTID2] Beep! Beep! Beep!

Bunyi bingit itu memaksanya membuka mata yang berat. Saat mata terbuka, pandangannya diisi pula dengan visual yang berwarna putih. Siling. Dahinya spontan berkerut. Sakit, pening. 'Aku belum mati lagi?'

Tangan diangkat lalu kepala yang terasa sakit dipegang. Yang peliknya, apabila dia sentuh kepalanya, terasa bagai telah berbalutkan bandage. Tangan pula ada rasa sedikit kebas. Dijeling sedikit mengapa tangannya terasa lain macam.

Terpempan sekejap dia melihatkan wayar IV drip terlekat pada tangan. Otak terus ligat mengimbas semula memori yang menyebabkan dia terlantar di hospital. Namun, dia langsung tak ingat apa yang terjadi.

Setelah pemikirannya sudah jelas sedikit, barulah terlintas hendak menghubungi ahli keluarga. Tubuh digagahkan agar dia boleh duduk bersandar pada kepala katil. Kemudian, laci kecil di sebelah katil dia belek-belek, tapi tak jumpa langsung telefon bimbit atau barang-barang kepunyaannya melainkan pamphlet mengenai hospital ini. Terbeliak juga dia baca nama yang tertera di kertas bergrafik itu.

Park Royal Hospital.

Peh, bukan calang-calang hospital ni. Setahu dirinya, hospital ini merupakan antara hospital yang terbaik di rantau ini. Bukan itu sahaja, khabarnya hospital ini dimiliki oleh Park Group, iaitu syarikat yang dimiliki oleh keturunan diraja Park.

Tiba-tiba sahaja perut rasa memulas. Nak kentut, tapi tak keluar angin pulak. Bergegas dia turun dari katil meskipun terasa macam cyborg sedang cuba berjalan. Habis sengal-sengal seluruh sendi.

Mengeluh panjang juga dia dibuatnya kerana terpaksa heret sekali IV drip dalam tandas. Namun apa boleh buat. Urusan harus diselesaikan.

Setelah urusannya siap, terperanjat dia dibuatnya apabila mendapati seorang gadis sedang duduk menyilang kaki di hujung katil sambil tertunduk. Saat terdengarkan derapan kaki Luhan mendekatinya, gadis itu angkat kepala.

Luhan sekali lagi terpempan. Dia cam gadis ini.

"Awak yang buat kepala saya macam ni ke?! Awak pijak kepala saya sampai pecah ke?!" Telunjuk Luhan tegak tertunjal ke arah gadis itu.

"Hello? Excuse me! Apa hak awak nak tuduh saya tiba-tiba? Ada bukti ke? Awak kenal saya ke?" Gadis cantik itu tiba-tiba melenting. Kembang kempis hidungnya menahan marah.

"Awak ni yang karate lelaki mabuk kat restoran hari tu kan?" Terhambur soalan itu dari mulut Luhan. Dia masih ingat bagaimana gadis berpenampilan bimbo itu tiba-tiba berubah karakter menjadi ahli gusti pula. Yang di depannya ni pun, masih lagi berambut blonde tapi tubuhnya sama bersarungkan baju pesakit berwarna kuning air sepertinya.

"Saya tak kenal awak dan tak tau macam mana awak boleh tau pasal tu. But, saya bukan punca awak di sini." Jelas gadis itu yang akhirnya bernada tenang. Aik, cepat betul dia berubah emosi. Samalah dengan kehebatannya menukar karakter beberapa minggu lalu. Dia kemudiannya menyeluk saku seluar hospital yang tampak gelebeh di kakinya. Telefon bimbit dikeluarkan sebelum diberikan kepada Luhan.

"Nah, phone awak. Thanks dah pinjamkan pada saya." Kata gadis itu.

Luhan mengerutkan dahi. Telefon itu bertukar tangan. "Bila masa pulak saya bagi awak pinjam."

"Anggap saja saya dah selamatkan nyawa awak walaupun awak yang hentam kereta saya. Lepas ni tak payah nak tuduh saya bukan-bukan. Saya takkan belasah orang tanpa sebab walaupun saya ada tali pinggang hitam." Kata gadis itu berbaur amaran.

Lidah Luhan terkelu. Ingatan terakhirnya hanyalah pada ketika dia memandu secara santai sambil berbual di telefon bersama Naeun. Kebetulan dia berada di persimpangan lampu isyarat setelah dia menamatkan panggilan. Lampu isyarat masih hijau lalu dia pun tak ada niat langsung hendak berhenti memandangkan lampu hijau tandanya jalan. Namun apa yang tidak disangka keretanya telah merodok sebuah lagi kereta yang dipandu laju dari persimpangan di sebelah kiri.

Hentaman kuat itu membuatkan bumper depan habis remuk akibat terlanggar bahagian belakang kereta itu. Yang dia pun terus tak sedarkan diri akibat kepala terhentak cermin. Padan muka. Siapa suruh tak pakai tali pinggang.

"Saya belum contact lagi ahli keluarga awak. Phone awak dah habis bateri. Saya dah caskan. Tapi locked pulak. My useless brother pulak sekarang tengah busy layan bos dia." Sambung gadis itu lagi.

Luhan jilat bibir mendengarkan penjelasan gadis itu. "Thanks for this. And sorry sebab dah langgar kereta awak. Nanti saya bayar ganti rugi. Or I can repair it for you."

"It's my fault sebab langgar lampu merah actually. But, saya tak kisah pun kalau awak nak salahkan diri sendiri. By the way, saya dah hantar kereta kita kat bengkel. So, no worries. About ganti rugi tu, yeah, nanti kita sama-sama claim. Ciao!"

Lenggang lenggok gadis itu berjalan menuju ke pintu. Luhan hanya diam memerhati. Mula-mula rasa nak marah juga. Amboi, senang je dia mengaku dah langgar lampu merah. Tak tahu ke dia penyebab Luhan cedera. Tapi Luhan tak boleh salahkan gadis itu seratus peratus. Salah Luhan juga pergi on call waktu memandu. Sampaikan dah habis panggilan baru perasan ada kereta melintas laju di depan hingga tak sempat brek.

"Oh ya, by the way, I'm Park Chorong. Awak Luhan kan? Nanti waktu makan tengah hari saya datang sini lagi." Maklum gadis itu. Kepalanya menjenguk ke dalam melalui daun pintu.

Luhan tak tahu nak jawab apa melainkan kepalanya yang mengangguk sendiri.

🍰 🍰 🍰

"Mana pulak lah dia ni? Apasal tak masuk lagi?" Soal Baekhyun sendiri, gelisah tak senang hati. Dilirik sekilas jam di tangan. Chanyeol sep

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
Maaf kepada yg tertunggu-tunggu update. ><

Comments

You must be logged in to comment
Ydvvfjkch #1
Chapter 29: Exopink fighting ????
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
bomishii #3
Chapter 22: Now i shipped Suho and Bomi more. Lambat sngatt baek dtng!! What a snail. Update soon!!
thelucidream
#4
Chapter 22: Guess that... Jooheon dah tahu pasal plan ni, tak? Oh no! Konflik datang! (º_º) next next next!! xD tak pasal pasal Bomi pun nanti terlibat sama
b2stFanz
#5
Chapter 22: Uish conflict apakah ini???!!! Update lagi!!! Daebakkkkk
thelucidream
#6
Chapter 21: Hahha this is good! Anticipate sangat dgn pasangan baekbom ni. Raksasa monyet gitu xD Character flow dia pun menarik, dan saya suka cara awak sampaikan cerita. Sempoi gila! *thumbs up*
bomishii #7
Chapter 21: Stupid baekhyun. Chorongieeee dont love baekhyunnn please. and Bbom ahhh, Suho's is Chorong T.T updatee soon!!
LeeAYeong #8
Chapter 18: Author-nim, update jusaeyo~ ^^
Min_Arisu
20 streak #9
Cantik poster awak. Nampak ringkas tapi menyerlah! :)