Salah Orang

Antara Cheesecake dan Tiramisu
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] SALAH ORANG [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] “Mama! Kenapa mak nak jodohkan Baek dengan Chorong? Mama tahu tak betapa takutnya Baek dengan dia? Dia tu intimidating betul!” Bila teringatkan semula senyuman Chorong yang berkarisma itu, Baekhyun rasa bagai mahu korek lubang dalam-dalam dan menyorokkan kepalanya ke dalam lubang itu seumpama burung unta. Dirinya boleh diibaratkan seperti plankton. Rasa kecil bila berada bersama Chorong.

“Chorong? Bila masa pulak mama nak jodohkan kamu dengan dia? Kamu ni dah salah orang lah.” Tanya ibunya semula. Mendengarkan suara ibunya yang benar-benar keliru, Baekhyun yakin ibunya tidak main-main.

“Habis tu mama nak jodohkan saya dengan siapa?” Berderau juga darah Baekhyun. Siapakah wanita tadi? Wanita cun lagi seksi yang bernama Park Chorong itu? Kalau bukan ibunya yang hendak menjodohkan dia dengan Chorong, siapa pula punya kerja ni?

Baekhyun membilas gelas di sinki selepas dia teguk habis air mineral di dalam gelas. Dengan dahi yang berkerut-kerut, dia kembali ke ruang tamu. Kotak televisyen masih terpasang. Menayangkan berita jam sembilan malam.

“Rahsia, sayangku intan payung. Kamu salah schedule kot. Bukan esok ke date kamu?”

Baekhyun duduk semula di sofa ruang tamu. Dia berbaring terlentang pula setelah dia rasa tidak selesa duduk hanya menyarungkan bathrobe sahaja. Sejuk! “Whatever lah mama. Saya nak tidur dulu. Good night.”

Hidung kembang kempis menahan geram, Baekhyun mendail nombor lain pula. Dia sudah tahu siapa dalang yang merancang pertemuan dia dan Chorong siang tadi. “Papa!!! Ni semua kerja papa kan?”

“Eh, kau ni dah kenapa tiba-tiba call lepas tu jerit-jerit.” Balas bapanya bersahaja. Orang tua ini mesti ada dekat pub. Bunyi hiruk pikuk suara manusia dan muzik jazz sayup-sayup menghiasi latar belakang. Biasanya bapanya akan singgah minum dengan kawan-kawan sebelum pulang ke rumah.

Setelah menjeling ke siling, Baekhyun kini duduk bersila pula. Nasib baiklah sofa fabrik itu besar gedabak. Lagipun tubuh Baekhyun kecil sahaja. Memang ada ruang lebih di hujung lutut walaupun dia telah menyilangkan kaki.

“Papakan masih ada kat pub. Mestilah Baek kena cakap jerit-jerit.” Balas Baekhyun berserta sindiran.

Bapa Baekhyun ketawa kecil sebelum menyambung, langsung tidak menghiraukan sindiran pedas Baekhyun. “Amacam, cun tak menantu pilihan papa?”

“Cun?! Dia tu macam mereng je? Bimbo! What a scary bimbo!” Teriak Baekhyun lagi.

“Bimbo? Dia tu biasa-biasa je la Baekhyun. Kamu salah orang kot. Nama dia Park Chorong.”

Makin hairan dengan penjelasan bapanya, Baekhyun menerangkan lagi ciri-ciri gadis yang dia jumpa siang tadi. “Park Chorong lah yang saya jumpa tadi. Serius dia bimbo. Dengan rambut blonde, pakai baju tak cukup kain.”

“Dia tu pelatih judo tahu tak. Dah berapa kali dia kalahkan papa.” Selamba sahaja bapanya mengakui kekalahan diri sendiri. Padahal, bapa Baekhyun seorang yang pantang menyerah kalah. Lihat sahajalah empayar perniagaan yang diwarisi. Daripada perniagaan kecil-kecilan, sedikit demi sedikit telah berkembang kepada organisasi global.

“What?!”

Agaknya sudah tuli telinga bapa Baekhyun menahan bingitnya suara anak dan bininya. Bapa Baekhyun terus membebel tanpa mengendahkan reaksi Baekhyun yang melebih-lebih. “Peliknya. Bila masa pulak dia tukar penampilan? Setahu papa dia seorang yang konservatif. Jangan harap la nak tengok dia pakai seksi. Dia pakai untuk kamu seorang je kot? Amacam?”

Dap

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
Maaf kepada yg tertunggu-tunggu update. ><

Comments

You must be logged in to comment
Ydvvfjkch #1
Chapter 29: Exopink fighting ????
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
bomishii #3
Chapter 22: Now i shipped Suho and Bomi more. Lambat sngatt baek dtng!! What a snail. Update soon!!
thelucidream
#4
Chapter 22: Guess that... Jooheon dah tahu pasal plan ni, tak? Oh no! Konflik datang! (º_º) next next next!! xD tak pasal pasal Bomi pun nanti terlibat sama
b2stFanz
#5
Chapter 22: Uish conflict apakah ini???!!! Update lagi!!! Daebakkkkk
thelucidream
#6
Chapter 21: Hahha this is good! Anticipate sangat dgn pasangan baekbom ni. Raksasa monyet gitu xD Character flow dia pun menarik, dan saya suka cara awak sampaikan cerita. Sempoi gila! *thumbs up*
bomishii #7
Chapter 21: Stupid baekhyun. Chorongieeee dont love baekhyunnn please. and Bbom ahhh, Suho's is Chorong T.T updatee soon!!
LeeAYeong #8
Chapter 18: Author-nim, update jusaeyo~ ^^
Min_Arisu
20 streak #9
Cantik poster awak. Nampak ringkas tapi menyerlah! :)