Seperti Teman Wanita Sebenar

Antara Cheesecake dan Tiramisu
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] SEPERTI TEMAN WANITA SEBENAR [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] “Haa... dah sampai pun anak mama.” Sambut ibu Baekhyun ceria mengalahkan kanak-kanak baru dapat gula-gula favourite. Memanglah wanita itu gembira sebab dapat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-30. Baekhyun pun tumpang gembira dengan tempoh perkahwinan ibu bapanya yang boleh tahan panjang kalau nak dibandingkan dengan saudara mara yang lain yang tahunya hanya kahwin cerai. “Ah... so inilah girlfriend Baek yang Baek ceritakan tu.”

Baekhyun berasa hairan dengan penerimaan ibunya yang tidak banyak soal. Tetapi dia tetap mengukirkan sebuah senyuman. Belum pernah lagi Baekhyun menceritakan tentang Bomi kepada sesiapapun. Lebih-lebih lagi ibunya sendiri. Kalau ibunya pun dah ikut flow begini, memang senanglah kerja Baekhyun. Hanya ayahnya seorang saja yang memandang Bomi atas bawah tak puas hati. Mesti ayahnya curiga bagaimana Baekhyun sudah punya teman wanita secepat ini.

“Yes, mama. Inilah Bomi. Kenalkan, Bomi, this is my parents.”

Dengan hormat Bomi menundukkan kepala sebelum berjabat tangan dengan kedua-dua ibu bapa Baekhyun. Di sekeliling mereka, para tetamu sudah mula berkumpul. Makin mengerumuni di tempat di mana mereka sekeluarga berada. Sayangnya nenek Baekhyun tidak ada di sini kerana berada di luar negara, menguruskan apa sahaja hal di sana.

Ibu Baekhyun meletakkan gelas koktail ke atas meja sebelum dia memaut tangan ke lengan bapa Baekhyun. Kemudian, mereka berdua berjalan menuju ke arah pentas yang menempatkan kumpulan orkestra. Kumpulan itu masih lagi memainkan irama yang kedengaran klasikal apabila ibu Baekhyun menghayunkan tangan tanda meminta muzik dihentikan seketika.

“Selamat datang tuan dan puan. Terima kasih atas kehadiran tuan dan puan sekalian ke majlis ulangtahun perkahwinan yang tak seberapa ini.”

Mendengarkan perkataan tak seberapa itu, Baekhyun sempat mendengus jengkel. Tak seberapa apanya kalau dah buat parti di halaman belakang rumah yang punya kolam renang bersaiz olimpik, kumpulan orkestra yang dibawakan khas dari London dan makanan dari katering mewah. Tengok sahaja muka-muka tetamu yang datang, memang sah ibunya sengaja mahu menjemput rakan-rakannya hadis hanya untuk menunjuk-nunjuk kekayaan mereka. Di mana satu sifat ibunya yang Baekhyun paling tidak suka dan sifat itulah yang paling sukar dikikis.

Bomi makin mengetatkan pautan tangannya pada lengan Baekhyun sehingga membuatkan Baekhyun terteleng kepala untuk memberikan perhatian kepada gadis itu. Gadis yang kini telah tampak anggun itu memandang Baekhyun dengan penuh janggal. Melihatkan ekpresi itu, Baekhyun mengangkat pandangan dan melihat di sekitarnya, terbiasa dengan pandangan orang ramai yang ditujukan hanya untuknya, dia baru perasan bahawa kali ini pandangan mereka berbeza daripada biasa. Pandangan mereka itu seolah-olah Baekhyun telah membawa bom atom untuk diletupkan dan pada masa yang sama membawa balik trofi yang sukar diperoleh. Pandangan cemburu dilontarkan oleh para wanita dan gadis-gadis sementara pandangan penuh iri. Baekhyun pun apalagi, situasi seperti ini patut di manipulasi sepenuhnya.

Melenturkan lehernya ke arah Bomi, Baekhyun lantas berbisik. “Izinkan aku menjadikan kau seperti teman wanita aku yang sebenar.”

Pada mulanya Bomi tampak terkejut dengan permintaan Baekhyun itu tapi diam-diam gadis itu mengangguk kecil. Lalu dengan perlahan-lahan lengannya merangkul belakang bahu Bomi. Sebagai isyarat bahawa Bomi adalah miliknya dan tiada siapa pun yang boleh mendekati Bomi saat ini.

Selepas menyampaikan mukadimah dan sepatah dua kata yang berjela-jela, akhirnya ibu bapa Baekhyun menjemput Baekhyun dan Bomi ke pentas. Dalam gemuruh, Baekhyun sempat berantisipasi. Inilah saatnya.

“Pada kesempatan ini, saya nak memperkenalkan anak saya yang baru sahaja menemui gadis idamannya. Marilah kita berdoa semoga hubungan ini berkekalan dan membawa berita yang gembira.” Ucap ibunya sambil bermain kening dengan bapanya hingga men

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
Maaf kepada yg tertunggu-tunggu update. ><

Comments

You must be logged in to comment
Ydvvfjkch #1
Chapter 29: Exopink fighting ????
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
bomishii #3
Chapter 22: Now i shipped Suho and Bomi more. Lambat sngatt baek dtng!! What a snail. Update soon!!
thelucidream
#4
Chapter 22: Guess that... Jooheon dah tahu pasal plan ni, tak? Oh no! Konflik datang! (º_º) next next next!! xD tak pasal pasal Bomi pun nanti terlibat sama
b2stFanz
#5
Chapter 22: Uish conflict apakah ini???!!! Update lagi!!! Daebakkkkk
thelucidream
#6
Chapter 21: Hahha this is good! Anticipate sangat dgn pasangan baekbom ni. Raksasa monyet gitu xD Character flow dia pun menarik, dan saya suka cara awak sampaikan cerita. Sempoi gila! *thumbs up*
bomishii #7
Chapter 21: Stupid baekhyun. Chorongieeee dont love baekhyunnn please. and Bbom ahhh, Suho's is Chorong T.T updatee soon!!
LeeAYeong #8
Chapter 18: Author-nim, update jusaeyo~ ^^
Min_Arisu
20 streak #9
Cantik poster awak. Nampak ringkas tapi menyerlah! :)