Siapa Dia

Antara Cheesecake dan Tiramisu
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] SIAPA DIA [/CONTENTID1]

[CONTENTID2]Dokumen yang perlu ditandatangani dia letak seketika di sudut meja. Sambil mengurut pelipisnya yang sedikit pusing, spontan hujung bibirnya mengukir senyum. Teringatkan ‘penampakan’ gadis yang dia gelar sebagai ‘Raksasa’ itu cukup menghiburkan hatinya yang sentiasa dirundung gusar. Sebenarnya dia tiada niat pun hendak minta ganti rugi segala, sengaja dia cari pasal dengan ‘raksasa’ itu bagi menyiasat hipotesis dirinya yang tiba-tiba akan berdebar setiap kali berdepan dengan gadis itu. Baru dua kali terserempak, sedikit sebanyak hipotesis itu akan berbuah menjadi kesimpulan yang pasti.

Kemudian, dia teringat pula kata-kata ibunya yang menuntut dia membawa pulang teman wanita dalam tempoh masa sebulan jika tidak mahu dijodohkan dengan pilihan ibunya sendiri. Baekhyun meraup wajah pula. Memang tertekan dia dibuatnya. Pada usia muda ini dia sepatutnya mengembangkan nama Alba Group ke seluruh dunia mengikut misi dan visi yang dia tetapkan untuk dirinya sendiri. Datang kepala gila ibunya, tiba-tiba disuruh berkahwin. Katanya bagi mengukuhkan status Baekhyun sebagai presiden Alba Mall. Apa kena mengena kahwin dengan status pun Baekhyun tak tahu. Padahal sudah terang lagi bersuluh ibunya itu tidak sabar menimang cucu. Tiap kali sepupunya datang berkunjung ke rumah bersama anak masing-masing, pasti akan terdengar kata pedas dari ibunya.

“Anak mama ni entah bila nak kahwin. Entahnya sampai ke mati mama tak dapat nak pegang cucu sendiri.”

Memang terbakar rasanya mendengarkan sindiran pedas oleh ibunya. Mentang-mentanglah Baekhyun anak tunggal, dia seorang sajalah penyambung keturunan keluarga mereka.

Bapanya pun dua kali lima sahaja. Walaupun memegang jawatan sebagai presiden Alba Construction, lelaki lebih separuh abad itu ada sahaja idea untuk menyokong ibunya. Entah-entah bapanya sekali sudah ada calon isteri untuk Baekhyun.

Tok! Tok!

Baekhyun tersentak dari lamunan setelah pintu pejabat di ketuk dari luar. Beberapa saat kemudian, Chanyeol, setiausaha peribadi yang tinggi lampai masuk sambil memegang tablet yang memuatkan schedule sehari-hari Baekhyun.

“Baek, dalam pukul tiga ni kau ada temu janji dengan pilihan ibu kau.” Umum Chanyeol serius. Bergelar setiausaha dan kawan rapat kepada Baekhyun menjadikan mereka lebih selesa berbicara dalam bahasa lebih kasual. Tidak perlu panggilan pangkat yang formal lagi janggal.

Menyandarkan badannya yang pegal ke kerusi kulit, Baekhyun mengeluh lemah. Anak matanya mengimbas jam meja digital di sebelah plak nama. 2.45 p.m. Masih ada lima belas minit untuk dia bersiap.

“Okay. Kejap lagi aku turun.” Beritahu Baekhyun lalu lambat-lambat berdiri. Malas sebenarnya Baekhyun mahu keluar dari pejabat walaupun hari ini waktu kerja hanya separuh hari. Bermaksud pukul satu petang tadi dia sepatutnya sudah habis bekerja. Tadi pun dia hanya isi perut dengan sandwich yang dia bawa dari rumah. Malas nak keluar pergi makan. Baekhyun kemudiannya melangkah ke bilik kecil di sebelah meja pejabat yang menempatkan pelbagai persalinan pakaian dan kasut.

Chanyeol mengangguk sebelum menunduk kecil. “Aku pergi dulu. Ada date.”

“Untunglah orang dah ada girlfriend. Aku ni asyik kena jodohkan je dengan orang tua.” Keluh Baekhyun lagi. Sebelah tangan telah pun memegang tombol pintu. Sempat dia melihat Chanyeol yang tersengih nakal.

“Kalau kau nak aku carikan pun tak apa. Kakak aku pun single and available tau. Cun dan lawa mengalahkan miss universe.” Cadang Chanyeol sambil menggerak-gerakkan kening ke atas ke bawah. Baekhyun hanya mampu ketawa kosong. Selama dia mengenali Chanyeol, dia tidak pernah mengenali siapa kakak Chanyeol. Katanya dia tinggal di Amerika Syarikat sejak sekolah menengah. Jadi, Baekhyun langsung tiada idea siapa nama kakak Chanyeol melainkan nama keturunannya yang bergelar Park. Obviously. Wow, Baekhyun pemilik Alba Mall adalah seorang CEO yang sangat genius dan bijaksana.

“Dengan kakak kau? Kakak kau pun aku tak kenal. Biarlah aku try yang ni dulu. Tak ngam aku cari lain je.”

“Okay apa kakak aku. Kau belum jumpa mana kau tau. Nanti aku kenalkan kalau kau nak.”

Baekhyun hanya mampu tersenyum sebelum Chanyeol meminta diri. Sambil melangkah ke dalam bilik  pakaian, dia berdoa agar dia dapat mencari jodoh sendiri tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada pilihan keluarga.

 

🍰🍰🍰

 

Tiga puluh minit berjalan sekitar mall setelah menjamu selera dengan makanan tengah hari yang dibekalkan oleh ibu Hayoung, mereka singgah di sebuah kedai kek yang Bomi singgah beberapa hari lepas untuk merehatkan kaki yang kejang. Dah alang-alang ada dalam kedai kek, Bomi membeli sepotong kek keju dan sepotong kek oren untuk dirinya dan Hayoung. Tidak lupa juga dia memesan minuman untuk mereka berdua melepas dahaga. Perancangan selepas ini adalah untuk menonton wayang pula. Mujurlah hari ini Hayoung hanya bekerja separuh hari. L

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
Maaf kepada yg tertunggu-tunggu update. ><

Comments

You must be logged in to comment
Ydvvfjkch #1
Chapter 29: Exopink fighting ????
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
bomishii #3
Chapter 22: Now i shipped Suho and Bomi more. Lambat sngatt baek dtng!! What a snail. Update soon!!
thelucidream
#4
Chapter 22: Guess that... Jooheon dah tahu pasal plan ni, tak? Oh no! Konflik datang! (º_º) next next next!! xD tak pasal pasal Bomi pun nanti terlibat sama
b2stFanz
#5
Chapter 22: Uish conflict apakah ini???!!! Update lagi!!! Daebakkkkk
thelucidream
#6
Chapter 21: Hahha this is good! Anticipate sangat dgn pasangan baekbom ni. Raksasa monyet gitu xD Character flow dia pun menarik, dan saya suka cara awak sampaikan cerita. Sempoi gila! *thumbs up*
bomishii #7
Chapter 21: Stupid baekhyun. Chorongieeee dont love baekhyunnn please. and Bbom ahhh, Suho's is Chorong T.T updatee soon!!
LeeAYeong #8
Chapter 18: Author-nim, update jusaeyo~ ^^
Min_Arisu
20 streak #9
Cantik poster awak. Nampak ringkas tapi menyerlah! :)