Semangkuk Ramen Pendekat Hubungan

Antara Cheesecake dan Tiramisu
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] SEMANGKUK RAMEN PENDEKAT HUBUNGAN [/CONTENTID1]

[CONTENTID2]

 

 

 

lagu-lagu ni saya dengar time tulis fic ni. korang pun boleh dengar time baca jugak. ;D Playlist: https://www.youtube.com/playlist?list=PLmbmRvDWL-CwyF6CU-q7863Lr7Vi-4dnE

Memandangkan Bomi belum makan sejak pulang dari kerja, dia terpaksa mencari makan di tengah-tengah malam. Letih juga badan walaupun masa hari ini lebih banyak diluangkan di spa dan pusat rawatan kecantikan. Mana taknya, kalau dah badan asyik kena sental dan diurut-urut, memang sengal lah tubuh jadinya.

Bila buka kabinet dan peti ais, langsung tiada stok makanan. Hujung bulan begini memang standard lah semua makanan dah habis. Tunggu gaji masuk baru boleh penuhkan kabinet dan peti ais. Jadi, turunlah Bomi berseorangan ke tingkat bawah sekali, di mana terletaknya kedai runcit 24 jam. Hajat di hati mahu makan kek keju, sosej ayam atau pun roti kari. Namun, bila dia tinjau ke ruang makanan segera, semua dulang telah pun kosong. Jadi, pilihan terakhirnya hanyalah mi segera. Apa boleh buat, janji perut kenyang terisi.

Sampai di rak mi segera, boleh kira untung hanya secawan mi segera sahaja yang tinggal. Nasib baik! Sekurang-kurangnya Bomi tak perlu tidur dalam kelaparan. Baru sahaja tangan hendak mencapai mi ramen cawan tersebut, terdapat sepasang tangan yang menyambarnya terlebih dulu. Tergamam Bomi buat seketika. Serta merta angin masuk badan.

“Hei! Itu ramen aku lah! Aku yang nak beli dulu!” Jerkah Bomi geram. Serentak dia menoleh ke arah manusia yang kurang ajar itu. Terkejut beruk juga dia apabila mendapati suspek itu merupakan manusia yang sangat dia kenali.

“Heh, siapa cepat dia dapat lah. Kau- eh? Bomi?” Baekhyun turut nampak tersentak dan tidak percaya melihatkan Bomi di situ walaupun pada mulanya dia masih mahu berlagak. Dia yang masih berpakaian formal membuatkan Bomi menganggap bahawa pemuda itu juga baru pulang dari kerja.

Sambil mendengus geram, Bomi mengecilkan mata. Tak habis-habis muka dia. Naik muak pula. “Ya, aku memang Bomi. Kau apehal? Bagi balik ramen aku.”

Berdecit pula Baekhyun dengan kenyataan angkuh Bomi. Dengan tangan di bahu mata menjuling ke atas, Baekhyun menghentam balik. “Ramen kau? tolonglah! Ada tulis nama kau ke kat sini?”

“Ada lah. Aku sorang je yang nampak.” Bomi membalas bersama dengusan geram. Kalau tak mengusik, memang tak sah. Rasa macam nak pijak kaki Baekhyun yang bersarungkan kasut kulit berkilat-kilat seperti lantai baru dimop.

“Eh, malas lah aku nak layan orang gila macam kau ni.” Balas Baekhyun lalu terus melenggang pergi ke kaunter. Geram di katakan orang gila oleh orang gila seperti Baekhyun, lantas Bomi menahan Baekhyun dengan menghadang laluan lelaki itu dengan berdiri mendepangkan tangan di depannya. Mujurlah mereka kini berada dekat dengan kaunter. Kalau tak, memang berterabur barang-barang atas rak dek lengan Bomi yang panjang.

“Kau dah kenapa?” Marah Baekhyun sambil pandang Bomi atas bawah tak puas hati.

“Aku lapar. Baik kau bagi mi tu sebelum aku gigit kau.” Ancam Bomi bernada garang. Efeknya bukan menakutkan, malah galak Baekhyun mengetawakannya. Apalagi, makin geram Bomi rasa. Kali in

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
Maaf kepada yg tertunggu-tunggu update. ><

Comments

You must be logged in to comment
Ydvvfjkch #1
Chapter 29: Exopink fighting ????
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
bomishii #3
Chapter 22: Now i shipped Suho and Bomi more. Lambat sngatt baek dtng!! What a snail. Update soon!!
thelucidream
#4
Chapter 22: Guess that... Jooheon dah tahu pasal plan ni, tak? Oh no! Konflik datang! (º_º) next next next!! xD tak pasal pasal Bomi pun nanti terlibat sama
b2stFanz
#5
Chapter 22: Uish conflict apakah ini???!!! Update lagi!!! Daebakkkkk
thelucidream
#6
Chapter 21: Hahha this is good! Anticipate sangat dgn pasangan baekbom ni. Raksasa monyet gitu xD Character flow dia pun menarik, dan saya suka cara awak sampaikan cerita. Sempoi gila! *thumbs up*
bomishii #7
Chapter 21: Stupid baekhyun. Chorongieeee dont love baekhyunnn please. and Bbom ahhh, Suho's is Chorong T.T updatee soon!!
LeeAYeong #8
Chapter 18: Author-nim, update jusaeyo~ ^^
Min_Arisu
20 streak #9
Cantik poster awak. Nampak ringkas tapi menyerlah! :)