How Can I Say

Antara Cheesecake dan Tiramisu
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] HOW CAN I SAY [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] "I might go and I might not."

"Mana boleh mungkin-mungkin. Baekhyun tu sepupu kau kot. Party tu pun mak sedara kau yang anjur. Mustahil dia tak invite kau langsung. Is there any reason why?"

"Ada banyak sebab untuk aku tak pergi dan aku tak boleh beritahu kau sekarang, Bomi. Aku harap kau faham."

"It's okay, Junmyeon. Tak apa. Aku faham. Aku takkan paksa kau."

Entah kenapa perbualannya dengan Bomi malam tadi asyik terngiang-ngiang di fikiran. Walaupun dia cuba hendak melupakannya dengan menyibukkan diri membuat berbagai-bagai jenis kerja, memori itu tetap tidak boleh diusir. Dia mahu beritahu Bomi. Sebab sebenar dia enggan hadir ke majlis itu. Tapi ini bukan masa yang sesuai.

"Bos, sudah-sudahlah lap meja yang sama. Dah macam cermin dah permukaan meja tu bos gilap." Tegur Jongdae berseloroh. Bahu kirinya dipegang. Junmyeon tersentak dari angan dan terus menegakkan tubuh. "By the way, mana Bomi? I thought she's coming to work today."

"Dia cuti. Dia dengan Baekhyun pergi majlis ulangtahun parents Baek." Beritahu Junmyeon senada macam robot.

"Bos tak pergi ke? Dengar macam penting je. Majlis keluarga kan?"

Junmyeon menganggukkan kepala. Meskipun ia sebuah majlis keluarga, ibu bapa Junmyeon tak dijemput pun. Jadi tiada sebab untuk dia datang kan?

"Bos ni asyik mengelamun je. Saya tahu bos nak pergi ni. Pergi jelah. Jangan risau pasal kafe ni. Bos kan ada saya. Pekerja terbaik di Lavenda!" Bersungguh-sungguh Jongdae memujuk Junmyeon sambil mendabik dada.

"Tak ada hati la nak pergi." Tukas Junmyeon lagi. Yang sebenarnya dia malas nak berdepan dengan drama. Nenek yang banyak songeh, pakcik dan makcik yang konon humble tapi suka show off satu dunia dan juga sepupu yang suka ambil kesempatan. Namun, sebab yang sebenarnya sebab di majlis itu juga akan ada Naeun. Sungguh Junmyeon belum bersedia untuk berdepan dengan Naeun.

"Pergi je la Bos. Jangan risau." Pujuk Jongdae lagi. Kini bahu Junmyeon diurut-urut. Junmyeon biarkan sahaja perlakuan pekerjanya. Sedap juga ada orang urut time stress macam ni.

"It's okay." Balas Junmyeon. Asyik dengan urutan di bahu. Sedapnya mengalahkan mesin urut.

"Bos, saya tahu la bos ada hati dengan Bomi. Takkan nak biar je Baekhyun angkut dia ke sana ke sini. Bos tak panas hati ke?"

Junmyeon agak terkejut juga apabila Jongdae membuat spekulasi sebegitu. Tapi dia takkan mengaku atau menafikannya. Sebab betul juga kata Jongdae. Kalau Junmyeon ada hati dengan Bomi, takkanlah dibiarkan sahaja gadis kesukaan diusung sesuka hati oleh orang lain.

Tapi diorang dah ikat kontrak, Junmyeon. Kau jugak yang suruh.

Ah, persetankan semua itu!

Tanpa sebutir bicara, Junmyeon ambil keputusan untuk terus bergegas pulang.

🍰 🍰 🍰

Dia sedar dia telah terlewat apabila kelihatan kebanyakan tetamu sedang bersosial sesama mereka. Ada yang sedang menjamu selera, ada yang berbual-bual dan ada juga yang beransur pulang. Sampai saja di perkarangan villa keluarga itu, langsung dia tercari-cari di mana gerangan Bomi. Sebaliknya, Baekhyun pula yang dia nampak sedang berbual-bual dengan Naeun.

Penampilan Naeun malam ini memang begitu anggun. Namun, prioritinya terletak kepada gadis bernama Bomi. Dia mahu lihat bagaimana penampilan Bomi malam ini. Bagaimana Bomi menggayakan dress yang telah dibelinya. Jadi, dia biarkan sahaja kalau Naeun ada ternampak kelibatnya tadi.

Sudah ramai yang dia tanya mengenai keberadaan Bomi tapi tiada seorang pun tahu. Akhirnya dia bertanya kepada seorang pelayan yang dia jumpai ketika dia hendak masuk ke dalam villa.

"Saya baru je serve minuman kat bilik tuan Jooheon. Dan saya yakin dia masih di sana." Kata pelayan lelaki yang masih menatang dulang berisi jag

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
Maaf kepada yg tertunggu-tunggu update. ><

Comments

You must be logged in to comment
Ydvvfjkch #1
Chapter 29: Exopink fighting ????
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp γƒΌ( ´ β–½ ` )οΎ‰ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
bomishii #3
Chapter 22: Now i shipped Suho and Bomi more. Lambat sngatt baek dtng!! What a snail. Update soon!!
thelucidream
#4
Chapter 22: Guess that... Jooheon dah tahu pasal plan ni, tak? Oh no! Konflik datang! (º_º) next next next!! xD tak pasal pasal Bomi pun nanti terlibat sama
b2stFanz
#5
Chapter 22: Uish conflict apakah ini???!!! Update lagi!!! Daebakkkkk
thelucidream
#6
Chapter 21: Hahha this is good! Anticipate sangat dgn pasangan baekbom ni. Raksasa monyet gitu xD Character flow dia pun menarik, dan saya suka cara awak sampaikan cerita. Sempoi gila! *thumbs up*
bomishii #7
Chapter 21: Stupid baekhyun. Chorongieeee dont love baekhyunnn please. and Bbom ahhh, Suho's is Chorong T.T updatee soon!!
LeeAYeong #8
Chapter 18: Author-nim, update jusaeyo~ ^^
Min_Arisu
20 streak #9
Cantik poster awak. Nampak ringkas tapi menyerlah! :)