Kontrak

Antara Cheesecake dan Tiramisu
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] KONTRAK [/CONTENTID1]

[CONTENTID2] Seperti yang telah dijanjikan, Junmyeon akan memperkenalkan gadis yang bakal menjadi ‘teman wanita’ Baekhyun pada tengah hari ini di Lavenda. Cappucino dicicip tenang, sabar menanti Junmyeon yang pergi mencari bakal ‘teman wanita’ Baekhyun di dapur. Sedangkan hatinya berdebar juga sebenarnya. Ingin dia tahu juga bagaimana rupa gadis itu. Tinggi ke katik? Kurus ke tembam? Rambutnya warna apa? Perangainya macam mana? Rasa ingin tahunya lebih teruk berbanding waktu dia pergi blind date. Harapnya kali ini berjaya. Memandangkan tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum majlis ulangtahun perkahwinan ibu bapanya akan berlangsung, rasanya waktu yang singkat ini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya. Mungkin untuk mengenali hati budi masing-masing? Cewah!

Seminit berlalu, Junmyeon muncul dari balik pintu berseorangan. Baekhyun sekadar angkat sebelah kening, bingung mengapa Junmyeon seorang yang berjalan ke arahnya. Cawan cappucino diletak semula. Bertopengkan wajah tenang, dia akui sedikit hampa kerana tiada siapa di sisi Junmyeon.

“Kejap lagi dia datang hidangkan kek. Dia masih potong kek kat dalam.” Maklum Junmyeon sejurus dia melabuhkan punggung di kerusi bertentangan. Tersengih-sengih macam nak mintak kaki.

Belum sempat Baekhyun buka mulut untuk melontarkan komen, Junmyeon memotong kata dulu. “Ah, inilah dia!”

Seorang gadis berambut panjang paras pinggang dan bertocang satu menuju ke arah mereka dengan menatang dulang berisi beberapa minuman, kek tiramisu dan kek keju. Warna merah jambu rambut gadis itu membuatkan Baekhyun mengecamnya sekali pandang. Kedua-dua mereka bertikam pandang.

Sekelip mata sahaja gadis itu sampai ke meja mereka dan Baekhyun dihadiahkan dengan jelingan maut. Dua keping kek tiramisu dihidangkan kepada Baekhyun dan Junmyeon setiap seorang. Depan Baekhyun, bukan main lagi gadis itu menjeling tajam. Tapi bila depan Junmyeon dia punya senyum kalah malaikat.

Amboi ini permainan kau, ya?

Sebaik sahaja gadis itu melabuhkan punggung di kerusi sebelah Junmyeon, Baekhyun pun mengukir senyum paling manis yang bisa menerangi seluruh angkasa. Cewah!

“Baek, kenalkan, ini Bomi.” Junmyeon melakukan benda paling asa untuk memperkenalkan diri mereka. “Bomi, ni Baekhyun, sepupu aku.”

Senyuman masih lagi Baekhyun kekal walau terasa otot pipi mulai kejang dengan ketidakikhlasannya. Bomi tampak terkedu saat mendengarkan informasi bahawa Baekhyun dan Junmyeon punya pertalian darah. Pada ketika Junmyeon mula melalut bercerita bagaimana dia dan Bomi saling mengenali, Baekhyun hanya memandang kosong. Apa yang keluar dari mulut Junmyeon hanya masuk ke telinga kanan lalu keluar ke telinga kiri. Persoalan paling penting di sini ialah mengapa harus Bomi?

Di bawah meja, Baekhyun tiba-tiba terasa pangkal betisnya ditolak kasar oleh kaki Bomi. Baekhyun menjegilkan mata tapi Bomi membuat isyarat mata ke arah kek tiramisu yang belum sempat terusik. Kek keju di piring Bomi pula sudah tinggal suku. Pasti gadis itu juga sudah tidak tahan dengan cerita Junmyeon yang bertambah panjang. Kalau ditaip, memang boleh terbitkan sebuah novel.

“So, kau setuju kalau Bomi jadi girlfriend kau?” Pertanyaan Junmyeon menangkap Baekhyun tanpa sengaja sehingga Baekhyun jadi terpempan. Sebabnya, pada masa yang sama, Baekhyun sedang membalas perlakuan Bomi tadi dengan memijak kasut gadis itu. Mujurlah Bomi memakai kasut bertutup.

“Uh... Um...” Entah apa yang harus dijawab oleh Baekhyun sebab sekarang ini dia sedang menahan pedih setelah tulang ketingnya disepak kuat oleh Bomi. Fikirannya hanya penuh dengan awan putih polos tanpa sebarang idea walaupun Junmyeon sedang memandang aneh ke arahnya.

“So, kau setuju ke kalau Bomi jadi girlfriend kau?” Ulang Junmyeon sekali lagi. Siap dengan muka sebal. Baekhyun pantas terangguk-angguk. Menahan malu depan Bomi yang bibirnya tersungging mengawal tawa agar tidak terlepas.

“It’s set then. Walaupun hanya untuk sementara. Kontrak tu kau dah sediakan ke?”

Baekhyun mengangguk lagi sebelum dia mengeluarkan sebuah fail hitam dari briefcase yang dia bawa. Kemudian dia melongsorkan fail itu kepada Bomi. Bomi mengambilnya tanpa banyak soal. Kulit fail itu dibuka lalu diteliti isi dalamnya. Junmyeon meminta diri dengan alasan mahu memberi ruang agar Baekhyun dan Bomi boleh membincangkan isi kandungan kontrak itu tanpa mengganggu privasi mereka.

“Keciknya dunia ni.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
barelybearable
Maaf kepada yg tertunggu-tunggu update. ><

Comments

You must be logged in to comment
Ydvvfjkch #1
Chapter 29: Exopink fighting ????
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
bomishii #3
Chapter 22: Now i shipped Suho and Bomi more. Lambat sngatt baek dtng!! What a snail. Update soon!!
thelucidream
#4
Chapter 22: Guess that... Jooheon dah tahu pasal plan ni, tak? Oh no! Konflik datang! (º_º) next next next!! xD tak pasal pasal Bomi pun nanti terlibat sama
b2stFanz
#5
Chapter 22: Uish conflict apakah ini???!!! Update lagi!!! Daebakkkkk
thelucidream
#6
Chapter 21: Hahha this is good! Anticipate sangat dgn pasangan baekbom ni. Raksasa monyet gitu xD Character flow dia pun menarik, dan saya suka cara awak sampaikan cerita. Sempoi gila! *thumbs up*
bomishii #7
Chapter 21: Stupid baekhyun. Chorongieeee dont love baekhyunnn please. and Bbom ahhh, Suho's is Chorong T.T updatee soon!!
LeeAYeong #8
Chapter 18: Author-nim, update jusaeyo~ ^^
Min_Arisu
20 streak #9
Cantik poster awak. Nampak ringkas tapi menyerlah! :)