Hate You Love You

Description

     

- Victoria Song Qian (18 tahun)

-Presiden Persatuan Pelajar Sekolah Menengah Tinggi Seoul

-Tegas dan digeruni oleh pelajar-pelajar di sekolah tersebut

-Mempunyai rahsianya tersendiri yang hanya diketahui oleh seorang pelajar lelaki nakal terkenal di sekolah tersebut.

 

 

 

- Jung ByungHee a.k.a Jung G.O (18 tahun)

-Penyanyi utama boyband Sekolah Menengah Tinggi Seoul,MBLAQ

-Dipandang tinggi oleh pelajar-pelajar sekolah tersebut kerana aset kekayaan yang dimiliki oleh keluarganya itu

-Bijak,lincah,dan nakal

-Mengetahui rahsia besar Victoria 

 

-MUSIC BOYS LIVE IN ABSOLUTE QUALITY (MBLAQ)

-Boyband terkenal Sekolah Menengah Tinggi Seoul

-Merupakan trainee di bawah pengurusan agensi JTune Camp,Seoul

-Diketuai oleh Yang SeungHo

-Selain G.O,MBLAQ turut dianggotai oleh Lee Chang Sun (Lee Joon), Park Sang Hyun (Cheondung) , dan Bang Cheol Yong (Mir)

 

Foreword

"Berapa kali saya nak cakap dengan kamu berdua ni?Awak berdua ni memang tak faham dengan peraturan sekolah ke?"Soal Victoria sambil memandang tajam ke arah WooYoung dan JunHo yang berpakaian selekeh itu.WooYoung dan JunHo berpandangan antara satu sama lain.

"Kami bukannya buat salah apa-apa pun.Kami cuma terlewat bangun dari tidur.Tak sempat nak pakai kemas-kemas.Asalkan kami sempat sampai sebelum pintu pagar ditutup,tak apa kan?" Soal JunHo pula.Victoria tersenyum sinis.Dia kemudiannya melihat jam tangannya sebelum ditunjukkan kepada kedua-dua lelaki tersebut.

"Mungkin kamu berdua patut beli jam baru.Kamu berdua bukan saja tidak mengikut etika berpakaian yang betul...malah awak berdua juga dah datang lewat ke sekolah!" Kata Victoria dengan tegas.

"Apa?!"

Kedua-dua WooYoung dan JunHo melihat jam tangan masing-masing.

"Oh,damn!"

Victoria tersenyum sinis apabila melihat reaksi terkejut daripada kedua-dua pelajar lelaki tersebut.

 

 

"MinHo!"

"Ya,saya!" MinHo terkejut apabila namanya dipanggil oleh Victoria sebaik sahaja mesyuarat persatuan pelajar itu dimulakan.

"Mana laporan tugasan awak minggu lepas?" Soal Victoria.Kelam kabut MinHo mencari-cari laporannya dari dalam fail birunya itu.Dia menelan air liur apabila laporan yang dicarinya itu tidak dijumpai.Perlahan-lahan dia memandang ke arah Victoria yang sedang menunggu laporan daripadanya itu.

"Victoria Noona..."

Victoria memandang ke arahnya.

"Saya rasa saya tertinggal laporan saya dekat rumah.Boleh tak kalau saya..."

"Apa?!Macam mana boleh tertinggal?Habis tu apa yang awak nak bentangkan dalam mesyuarat kita hari ni?!"Soal Victoria sambil meninggikan suaranya.Semua yang berada di situ memejamkan mata kerana tidak sanggup untuk bertentang mata dengan Victoria yang sedang marah itu.MinHo menundukkan wajahnya.

"Maafkan saya,Victoria Noona.Saya janji yang saya takkan cuai macam ni lagi,'kata MinHo mengakui kesalahannya itu.Victoria melepaskan keluhan kecil.

 

 

Sebaik sahaja tamat sesi mesyuaratnya bersama persatuan pelajar itu,Victoria segera melangkah menuju ke arah kelasnya sebelum tumpuannya teralih ke arah Luna yang sedang dikerumuni oleh dua orang pelajar lelaki di hadapan kelas.

"Tolonglah kami,Luna.Bukannya selalu kami minta tolong.Kami ada hallah hari ni.Kami tak dapat nak bertugas bersihkan kelas macam biasa,"kata pelajar lelaki tersebut ke arah Luna.

"Tak bolehlah macam tu.Lagipun bukannya lama kan awak berdua kena bersihkan kelas.Lepas dah siap mengemas nanti,bolehlah awak balik,"balas Luna,takut-takut.

"Yah!Berani awak nak melawan kami ekh?"

"Yah Jang WooYoung!"

WooYoung terkejut apabila melihat Victoria yang baru muncul di situ.Victoria memandang ke arah Luna sebelum memberi isyarat kepada gadis itu untuk beredar dari situ.Tanpa menunggu lama lagi,Luna terus beredar dari situ.

"Awak berdua ni memang tak serik kan?Pagi tadi awak berdua dah buat masalah...sekarang pun awak berdua masih lagi nak buat masalah?"Soal Victoria.

"Aduh...menyibuk betullah perempuan ni,"ngomel JunHo sambil memandang ke arah WooYoung.

"Apa awak cakap?"Soal Victoria.

"Ani.Kami tak cakap apa-apa.Kami cuma nak minta tolong,salah ke?"Balas JunHo,selamba.Victoria cuba menahan kemarahannya sebelum matanya tertumpu ke arah subang yang dipakai oleh JunHo itu.

"Berapa kali awak nak saya tegur awak,JunHo?Tanggalkan subang awak sekarang!"Arah Victoria.

"Relakslah...Nanti saya bukalah subang ni,"kata JunHo,tetap berdegil.

"Saya kata SEKARANG!"Jerit Victoria sehingga membuatkan JunHo dan WooYoung segera berlari meninggalkan Victoria di situ.

"Yah!Kamu berdua nak pergi mana tu?!" Soal Victoria,cuba untuk mengejar kedua-dua pelajar lelaki tersebut.Namun lariannya terhenti apabila terdengar esakan seorang pelajar perempuan dari suatu sudut.

"Aduhai..apa lagi..."rungutnya sebelum dia berjalan menuju ke arah sudut itu.

"Apa lagi masalah..."Victoria terkejut apabila melihat seorang pelajar perempuan yang sedang menangis di hadapan seorang pelajar lelaki.Victoria memandang ke arah pelajar lelaki tersebut sebelum lelaki itu turut menoleh ke arahnya.

"Tak ada apa-apa.Saya cuma menolak cinta daripada dia.Kesalahan saya ni tak ada dalam senarai kesalahan sekolah kan?" Soal lelaki itu sambil tersenyum.Tanpa menunggu jawapan daripada Victoria,lelaki itu berjalan menghampiri Victoria sebelum dia melintasi gadis itu.Dia menguntum senyuman manis ke arah Victoria sebelum dia beredar meninggalkan kawasan itu.Victoria mencebik.

"Dasar buaya sekolah!"

 

 

 

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/