Chap 19

Hate You Love You

Sekolah Menengah Tinggi Seoul

 

Ye Jin mendengus kasar apabila pasukan bola tampar yang disertai olehnya itu kalah dengan pasukan lawannya.Apatah lagi dia baru sahaja terjatuh di atas gelanggang menyebabkan sikunya tercedera.Walaupun kecederaannya tidak terlalu teruk,namun kesakitannya amat dirasai.Dia melihat ke arah sikunya yang tercedera itu.

“Gwenchana?”

Ye Jin mendongak apabila terdengar seseorang menegurnya.Namun,Ye Jin tidak menjawab pertanyaan gadis itu,sebaliknya dia memandang semula ke arah sikunya yang cedera itu.Gadis itu tetap cuba memaniskan riak wajahnya walaupun agak kecewa dengan sikap dingin daripada Ye Jin itu.

“Saya minta maaf.Mungkin saya main terlalu kasar tadi sampai buat awak terjatuh macam ni,”kata gadis itu lagi.

“It’s okay.Saya dah biasa,”kata Ye Jin,tanpa memandang ke arah gadis itu.

“Awak pelajar barukah?Saya rasa saya tak pernah nampak awak dekat sini,”soal gadis itu,cuba untuk bermesra dengannya.Perlahan-lahan Ye Jin angguk,masih tidak memandang ke arah gadis yang menegurnya itu.

“Tapi awak hebatlah main tadi.Mesti awak dulu pemain bola tampar di sekolah lama awak juga kan?” Soal gadis itu.Ye Jin tidak menjawab.Malas untuk melayan pertanyaan gadis itu.

“Saya Victoria.Awak?”

Ye Jin memandang ke arahnya.Kelihatan Victoria sedang menguntum senyuman manis kepadanya.

“Ye Jin.Lee Ye Jin,”kata Ye Jin.Senyuman Victoria kian melebar.

“Saya harap kita dapat bermain bersama lagi.Awak betul-betul hebat tadi,”kata Victoria.Ye Jin tersenyum sinis.

“Okay,”balas Ye Jin.

“Awak nak saya temankan awak ke bilik sakit?” Soal Victoria.

“It’s okay.Saya boleh pergi sendiri,”kata Ye Jin,menolak bantuan yang ditawarkan oleh Victoria.

“Em...okay.Em...saya pergi dulu.Seronok berbual dengan awak,Ye Jin ssi,”kata Victoria,sebelum dia beredar meninggalkan Ye Jin di situ.Ye Jin pula mengeluh berat.Dia melihat semula ke arah sikunya itu.

“Tak guna betul.Habis tangan aku.Mesti teruk berparut ni,”ngomelnya,perlahan.

 

 

Ye Jin berjalan menuju ke arah kelasnya sebaik sahaja menerima rawatan dari bilik sakit.Sekali sekala dia akan memegang sikunya yang sudah dibalut itu.Dia meneruskan langkahnya sehinggalah dia melihat G.O yang sedang berdiri di luar kelas.Kelakuannya kelihatan sedang menunggu seseorang.Tanpa membuang masa,dia segera melajukan langkahnya ke arah lelaki itu sambil tersenyum.

“G...”

Ye Jin terkejut apabila melihat seorang gadis melangkah keluar dari kelas sebelum dia mendekati ke arah G.O yang sedang menunggu di luar itu.Cepat-cepat Ye Jin menyembunyikan dirinya di sebalik dinding.Perlahan-lahan,dia mengintai G.O yang sedang berbual dengan gadis itu.Mereka kelihatan rapat dan mesra.Kelakuan G.O terhadap gadis itu juga kelihatan berbeza jika mahu dibandingkan dengan layanan G.O terhadapnya.

 

 

“Kenapa awak datang sini?” Soal Victoria,perlahan.Sesekali matanya akan memandang ke arah sekeliling.Kehadiran G.O di kelasnya itu membuatkan kelasnya menjadi riuh untuk seketika.G.O sekadar tersenyum.

“Saya nak ajak awak ke agensi saya petang ni.Awak nak ikut?” Soal G.O.

“Eh?Kenapa pula?Saya kan kena kerja petang ni,”kata Victoria,terkejut dengan ajakan lelaki itu.

“Adalah.Mana boleh saya beritahu awak.Petang ni awak tak payah kerja dekat rumah saya.Kerja awak hari ni ialah temankan saya dekat agensi petang ni,”kata G.O.

“Malaslah.Nanti apa bos awak cakap kalau awak bawa orang lain masuk ke agensi tu?”Balas Victoria.

“Sebab dia tak adalah,saya berani ajak awak,”kata G.O sebelum dia menjelirkan lidah ke arah Victoria.

“Kawan-kawan awak yang lain?” Soal Victoria.

“Em...mereka tak datang agensi hari ni,”kata G.O.

“Boleh percayakah ni?Entah-entah awak ada rancang apa-apa tak?” Soal Victoria,mengesyaki sesuatu.

“Yah!Saya tahulah saya ni nakal.Tapi saya taklah senakal yang awak sangkakan,”kata G.O,menafikan tuduhan Victoria itu.Victoria tersenyum.

“Okaylah.Saya ikut,”kata Victoria.

“Betul ni?” Soal G.O,teruja.

“Ya.Dahlah,awak pergilah masuk ke kelas awak.Selagi awak ada dekat sini,selagi tu budak-budak kelas saya tak berhenti menjerit,”kata Victoria.

“Okey.Habis kelas nanti,saya tunggu awak dekat luar.Cakap dengan YongHwa,yang awak balik dengan saya hari ni,arasso?”Kata G.O.

“Ya.Saya tahu.Dahlah awak pergilah masuk kelas balik,”kata Victoria,sambil menolak tubuh G.O supaya beredar dari situ.

 

 

“Victoria?”

Ye Jin bagaikan tidak percaya apabila melihat G.O yang sedang berbual dengan Victoria itu.Mereka kelihatan begitu mesra.Ye Jin menggenggam tangannya dengan erat.

“Oo..jadi selama ni...awak berlaku dingin dengan saya sebab perempuan tu?Victoria?”Soal Ye Jin,tidak percaya.Dia mendengus kasar.Sekali lagi dia memandang ke arah Victoria yang sedang berjalan masuk ke dalam kelasnya sambil tersenyum itu.

“Saya dah ingatkan awak,G.O.Saya bukannya seorang yang mudah mengalah,”kata Ye Jin,sambil tersenyum sinis.

 

 

Bilik Latihan, Jtune Camp

 

“Awak tunggu saya dekat sini sekejap,boleh?”Soal G.O sebaik sahaja mereka tiba di dalam bilik latihan Jtune itu.

“Awak nak pergi mana?”Soal Victoria.

“Saya nak keluar ambil barang sekejap.Nanti saya datang balik,”kata G.O.Victoria kemudiannya mengangguk.G.O tersenyum sebelum dia beredar meninggalkan Victoria seorang diri di dalam bilik latihan itu.

Lebih kurang 10 minit kemudian,kelihatan pintu bilik latihan itu ditolak dari luar.Victoria yang sedang berdiri di dalam bilik itu kemudiannya menoleh ke arah pintu.

“Victoria?”

Victoria terkejut apabila melihat Lee Joon yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik itu.

“Lee Joon ssi?”

“Em..awak buat apa dekat sini?Mana yang lain?”Soal Lee Joon,sambil berjalan menghampiri Victoria.

“Saya tak tahu.G.O yang bawa saya ke sini.Saya tak tahu kenapa dia bawa saya ke sini,”kata Victoria,berasa janggal apabila menyedari hanya dia dan Lee Joon sahaja yang berada di situ.

“G.O Hyung?Kenapa dia bawa awak ke sini?”Soal Lee Joon,hairan.Victoria menjungkit bahunya.Lee Joon tersenyum nakal.

“Oh..ni mesti ada apa-apa ni?Tak sangka Hyung sangat berani nak bawa awak ke sini,”kata Lee Joon.

“Saya tak faham apa maksud awak,”balas Victoria.Dia benar-benar mengharapkan agar G.O segera kembali ke dalam bilik itu.

“Betulkah awak dengan Hyung bercinta?” Soal Lee Joon sambil berpeluk tubuh.

“Bwo?Em...tak..tak.Kami tak pernah bercinta pun.Kami..kami hanya kawan,”kata Victoria,menafikan kata-kata Lee Joon itu.Kening kanan Lee Joon terangkat.

“Jinja?Tapi..kenapa dengan kami...Hyung cakap lain?”Soal Lee Joon pula.

“Apa maksud awak?Apa yang dia dah cakap dengan awak semua?”Soal Victoria,mulai bimbang.Adakah rahsianya yang disimpan selama ini sudah diketahui oleh mereka?

“Tak adalah.Saya Cuma pelik.Sebab hari tu dia cakap yang dia dengan awak bercinta.Dia sendiri cakap macam tu dengan kami.Dan dia minta kami rahsiakan dulu hal tu daripada pengetahuan Rain Hyung.Dia cakap..bila dia dah betul-betul bersedia nanti,baru dia cakap sendiri dekat Rain Hyung,”kata Lee Joon.Mata Victoria terbuka luas sebaik sahaja Lee Joon menghabiskan kata-katanya.

“Apa?Awak jangan main-main dengan saya,Lee Joon.Awak bergurau sajakan?” Soal Victoria.

“Saya cakap betul.Hyung sendiri cakap dengan kami yang dia sukakan awak.Cuma yalah...kami tak tahulah pula perasaan awak dekat Hyung macam mana,”kata Lee Joon,cuba memerangkap Victoria yang kelihatan mulai gelisah itu.

“Dia dah mengaku yang dia sukakan awak.Awak pula macam mana?” Soal Lee Joon.

“Saya...”

“Awak takut yang dia mempermainkan awak ya?”Soal Lee Joon,memintas kata-kata Victoria.Victoria memandang ke arahnya.Lee Joon tersenyum.

“Kami semua kenal siapa Jung ByungHee.Dia mungkin nampak macam tu.Tapi sekali dia dah jatuh cinta,perasaan dia takkan berubah.Kalau dia cakap yang dia cintakan awak...awak percaya sajalah,”kata Lee Joon.

Mana G.O ni?

Victoria semakin gelisah.Apatah lagi diasak pelbagai soalan daripada Lee Joon.

“Saya...”

 

Belum sempat,Victoria meneruskan kata-katanya itu,suasana di dalam bilik latihan itu berubah gelap.

“Yah..kenapa tiba-tiba gelap ni?”Soal Lee Joon,terkejut.

“Lee Joon ssi...awak ada dekat mana...?”Soal Victoria.Suaranya berubah sebak.

“Victoria?”Lee Joon turut mencari-cari Victoria dalam gelap itu.

“Awak dekat mana?Saya takut...”

Lee Joon cuba menggerakkan tangannya dalam gelap sehinggalah dia berjaya mencapai tangan Victoria.

“Saya ada dekat sini,”kata Lee Joon.

“Awak takut gelap?”Soal Lee Joon.

“Em,”balas Victoria,sambil menggenggam tangan Lee Joon dengan erat.

“Sekejap.Saya nak cari suis untuk bukakan lampu,”kata Lee Joon.Namun langkahnya terhenti apabila pintu bilik itu dibuka dari luar diiringi oleh jeritan dari luar.

“Surprise!!!”

Lee Joon berundur beberapa langkah apabila melihat Mir yang sedang memegang kek diikuti oleh SeungHo,G.O dan Cheondung dari belakang itu.Victoria turut terkejut sehingga membuatkan lidahnya menjadi kelu.

“Saegil chukahamnida!”

SeungHo kemudiannya mencalitkan krim kek putih itu pada pipi Lee Joon sehingga membuatkan wajah Lee Joon kelihatan comot.Semua yang berada di situ ketawa melihat wajah Lee Joon yang comot itu.G.O kemudiannya mendekati ke arah Victoria yang masih lagi terkejut itu.

“Saegil chukahamnida...”Ucap G.O sebelum dia menghadiahkan kucupan pada dahi Victoria.G.O terkejut apabila melihat mata Victoria yang kelihatan berair itu.

“Wae?” Soal G.O sambil menyeka air mata Victoria yang mulai mengalir itu.

“Yah Hyung!”

G.O menoleh ke arah Lee Joon yang sedang dikerjakan oleh rakan-rakannya yang lain itu.

“Victoria menangis tadi sebab takutkan gelap.Hyung ni..agak-agaklah kalau nak buat surprise pun,”kata Lee Joon.G.O menoleh semula ke arah Victoria.

“Jinja?Awak takut gelap?”Soal G.O.

“Gwenchana?”Soal G.O lagi,bimbang.

“Saya okey,”kata Victoria sambil menyeka air matanya itu.

“Miane...saya...saya tak tahu.Saya Cuma nak buat kejutan untuk awak,”kata G.O.Victoria tersenyum hambar.

“Awak memang dah buat saya terkejut dah pun,”kata Victoria.

“Miane...jeongmal miane.Saya janji saya takkan buat lagi,okey?”G.O memegang tangan gadis itu dengan erat.Victoria tersenyum ke arahnya.

“Yah ByungHee Hyung!Dah lupa dekat birthday boy kitakah?” Soal Mir.G.O dan Victoria menoleh ke arah Lee Joon.

“Let’s party!” Jerit G.O sambil mengangkat tangan Victoria yang sedang dipegangnya itu.

 

 

“Awak sambut sajalah birthday Lee Joon.Buat apa nak ajak saya,”kata Victoria.Ketika itu mereka sedang duduk sambil menikmati kek hari jadi yang berada di atas meja itu.Lee Joon turut menikmati kek itu sambil membiarkan wajahnya yang masih comot dek dicalit krim kek sebentar tadi.

“Apa salahnya kita sambut sekali.Lagipun beza hari hari jadi awak dengan Lee Joon tak jauh,”kata G.O.

“Jadi nilah sebabnya awak nak saya datang sini ya?” Soal Victoria.G.O sekadar tersenyum ke arahnya.

“Pandai betul tau awak ni,”kata Victoria sambil menarik telinga G.O.Mereka ketawa apabila melihat G.O yang sedang mengaduh kesakitan itu.

“Bagus tu,Noona!Patut Noona tarik saja telinga ByungHee Hyung kuat-kuat tadi,”kata Mir,seronok melihat G.O yang sedang dimarahi oleh Victoria itu.Victoria memandang ke arah G.O yang masih mengaduh kesakitan itu.

“Sakitkah?” Soal Victoria.G.O mengangguk.Victoria kemudiannya menggosok telinga G.O dengan lembut sambil tersenyum.Wajah G.O berubah merah tanpa dia sedari.

“Gomawo.Tak sangka awak sediakan kejutan macam ni untuk saya,”kata Victoria,perlahan.

“Wah,romantiknya!”Jerit Mir ,teruja.

“ByungHee Hyung!”

G.O menoleh ke arah Lee Joon.

“Memandangkan hari ni hari jadi Joon...jadi...Joon ada satu permintaan untuk Hyung,”kata Lee Joon sambil mengunyah kek yang dimakannya itu.

“Apa dia?”

“Kiss Victoria,”kata Lee Joon,selamba.Ternyata permintaannya itu mendapat sokongan kuat daripada yang lain.

“Kisseu!Kisseu!”

“Yah!Mana boleh macam tu!”

G.O cuba membantah.Victoria pula berdehem beberapa kali.Dia dapat merasakan wajahnya menjadi hangat kerana usikan nakal daripada MBLAQ itu.

“Kisseu!Kisseu!”

G.O menoleh ke arah Victoria.Begitu juga dengan Victoria.

“Kisseu!Kisseu!”

Perlahan-lahan,G.O menghadiahkan kucupan pada pipi Victoria.

“Tak nak!Tak nak!Bukan dekat situ!”

Ternyata tindakannya itu tidak diterima oleh MBLAQ.

“Kisseu!Kisseu!”

“Tak boleh!Cukuplah tadi,”bantah G.O.Dia enggan untuk memenuhi permintaan Lee Joon itu.Dia tidak mahu Victoria berasa tidak selesa dengan tindakannya itu.

“Aniyo.Kami akan terus jerit sampai Hyung buat,”kata Lee Joon,seronok membuli G.O.G.O mengeluh sambil memandang ke arah Victoria.Perlahan-lahan,dia mendekatkan wajahnya ke arah Victoria sebelum dia mencium bibir Victoria dengan lembut.Mereka yang melihat tindakan G.O itu turut tergamam.G.O kemudiannya menjauhkan semula wajahnya daripada Victoria sambil memandang tepat ke arah anak mata gadis itu.Dia kemudiannya tersenyum sambil mengusap lembut kepala Victoria.

“Dah.Puas hati?”Soal G.O apabila menoleh semula ke arah rakan-rakannya itu.Kelihatan mereka masih lagi tergamam seperti tadi.

“Yah!”

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/