Chap 33

Hate You Love You

G.O meletakkan pen di atas meja sebelum dia melakukan senaman ringan di atas kerusi.Dia melihat ke arah jam yang tergantung pada dinding biliknya itu.Perlahan-lahan,dia melepaskan keluhan kasar.Ternyata dia sudah menghabiskan masa yang agak lama untuk menyiapkan tugasannya.Kesibukannya dalam membahagikan masa di sekolah dan Jtune Camp membuatkan dia terpaksa tidur lewat untuk menyiapkan tugasan sekolahnya itu.Dia bakal menamatkan pengajiannya di sekolah itu dalam tempoh dua bulan lagi sebelum dia meneruskan latihan sepenuh masa di Jtune Camp.Oleh sebab itu,mereka diberikan kelonggaran dari pihak Jtune Camp untuk menumpukan perhatian yang lebih terhadap pembelajaran mereka sebelum mereka menamatkan pengajian.

G.O kemudiannya memandang ke arah telefon bimbitnya.Dia berkira-kira sama ada mahu menghubungi Victoria atau pun tidak.Bibirnya menguntum senyuman nipis.Mungkin juga gadis itu sudah pun lena dibuai mimpi.

“Pergi turun bawah sekejaplah,”katanya perlahan.

 

 

G.O meneguk minuman sejuk di dapur seorang diri.Kemudian,dia mulai melangkah keluar dari dapur untuk menuju ke arah biliknya.Namun langkahnya terhenti apabila matanya terpandang ke arah susuk tubuh seorang wanita yang sedang berdiri di taman rumahnya itu.Dahinya berkerut.Perlahan-lahan,dia melangkah ke arah taman rumahnya untuk melihat sendiri dengan lebih dekat.

 

“Victoria?”

Victoria menoleh.Matanya terbuka luas apabila melihat G.O yang sedang berdiri tidak jauh daripadanya itu.

“ByungHee…em,apa awak buat dekat sini?Saya ingatkan awak dah tidur,”kata Victoria,terkejut dengan kehadiran G.O di situ.G.O berjalan ke arahnya.

“Awak pula buat apa dekat sini?Kenapa tak tidur lagi?” Soal G.O.Dia kemudiannya menanggalkan baju sejuknya sebelum disarungkan pada tubuh Victoria.

“Lagipun dekat luar ni sejuk.Awak dahlah baru keluar dari hospital.Kalau awak sakit lagi macam mana?” Soal G.O,tidak menyenangi tindakan Victoria itu.

“Maaf.Saya saja nak bersendirian dekat sini,”kata Victoria sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.G.O mengeluh.

“Awak okeykah? Awak tak boleh tidur ya?” Soal G.O,bimbang.Victoria sekadar angguk perlahan.

“Awak jangan risaulah,ByungHee.Nanti saya masuk tidurlah.Kalau awak nak tidur,awak pergilah masuk dulu,”kata Victoria.G.O tidak segera membalas kata-kata gadis itu.Dia pasti bahawa gadis itu masih lagi trauma dengan kejadian tempoh hari.Pasti sukar baginya untuk melelapkan mata di bilik seorang diri.

“Awak lapar tak?” Soal G.O. Victoria menoleh ke arahnya.

 

“Saya tak tahu pula yang awak pandai masak,”kata Victoria,kagum melihat G.O yang sedang menyediakan makanan itu.G.O sekadar tersenyum.

“Tak adalah pandai sangat.Sikit-sikit saja bolehlah,”kata G.O,merendah diri.Dia kemudiannya mengambil tempat di hadapan Victoria.

“Em…tak sangka ada lagi perkara yang saya tak tahu pasal awak.Bangga pula saya ada boyfriend yang pandai masak macam awak ni,”kata Victoria sambil tersenyum.

“Awak yang tak nak tanya saya.Buat apa saya nak beritahu awak yang saya pandai masak kan,”balas G.O.Victoria tersenyum lebar.

“Cubalah rasa.Kalau tak sedap,jangan marah pula,”kata G.O.Tanpa menunggu lama lagi,Victoria merasai sedikit makanan yang disediakan oleh G.O itu.G.O pula berdebar-debar menantikan respon daripada gadis itu.

“Em…” Victoria memandang ke arah G.O.Begitu juga dengan G.O.Victoria kemudiannya tersenyum.

“Sedap sangat.Pandai awak masak,”kata Victoria.G.O melepaskan nafas lega.

“Awak ni…saya ingatkan masakan saya tak menjadi,”kata G.O.

“Saya ingatkan awak nak buat ramyun tadi.Awak ni tak letihkah masak malam-malam ni?” Soal Victoria.

“Letih.Tapi lepas saya tengok awak…terus hilang letih,”balas G.O.

“Awak memang selalu tidur lewat macam nikah,ByungHee?” Soal Victoria.

“Terpaksalah.Sebab saya sibuk dengan latihan di Jtune Camp,jadi saya terpaksalah berjaga sampai lewat malam untuk siapkan kerja saya pula,”kata G.O.

“Mesti awak letihkan?” Soal Victoria.G.O tersenyum.

“Saya dah biasa.Dah tak kisah pun,”katanya.

“Yang awak ni pula…kenapa tak tidur lagi? Saya ingatkan awak dah tidur,”soal G.O pula.

“Em…saya tak mengantuk lagi,”kata Victoria,tersenyum hambar.

“Awak masih ingatkan kejadian tu ya?” Soal G.O.Perlahan-lahan,Victoria angguk.

“Sebab tu saya tanya tadi…awak nak tak tidur sebilik dengan Su Ji.Sebab dia boleh temankan awak.Tapi awak nak juga tidur dekat bilik tetamu seorang,”kata G.O.

“Tak apalah.Saya boleh tidur seorang Cuma tadi saya tak boleh tidur.Mungkin sebab saya tak biasa lagi tidur dekat rumah awak ni,”kata Victoria,mencari alasan.G.O mengeluh perlahan.Dia tahu Victoria berbohong kepadanya.Namun dia tidak mahu terus mendesak gadis itu.

 

 

G.O menemani Victoria menuju ke arah bilik tetamu sebaik sahaja mereka selesai mengemas dapur sebentar tadi.G.O membuka lampu utama bilik tersebut sebelum membiarkan Victoria melangkah masuk ke dalam bilik itu.

“Awak pasti awak boleh tidur seorang?”Soal G.O,sedikit bimbang.Victoria tersenyum sambil mengangguk.

“Awak tak payahlah risau.Saya boleh jaga diri saya.Bukannya saya tak biasa tidur seorang,”kata Victoria,tidak mahu lelaki itu terus bimbangkan tentangnya.G.O tersenyum nipis sambil mengusap lembut kepala gadis itu.

“Okey.Kalau ada apa-apa nanti,telefon saya.Hm?” Soal G.O sambil memegang erat tangan Victoria.Victoria angguk lagi.G.O tersenyum sambil menghadiahkan kucupan pada dahi gadis itu.

“Good night,sweetie,”ucapnya,lembut.Victoria tersenyum lebar.Kembang hatinya apabila dilayan sebegitu rupa oleh teman lelakinya itu.

“Awak pun.Jangan tidur lambat sangat,”kata Victoria.G.O mengangguk.

“Dah.Awak pergi tidur dulu.Biar saya tutupkan pintu,”kata G.O.Victoria akur lalu dia berjalan menuju ke arah katil.G.O tersenyum manis ke arahnya sebelum dia menutupkan pintu bilik Victoria itu.Sebaik sahaja kelibat G.O tidak berada di situ,Victoria mulai resah.Dia langsung tidak boleh melelapkan mata.Semenjak kejadian di bilik stor itu,inilah kali pertama dia terpaksa tidur berseorangan di dalam bilik.Victoria tidak terus membaringkan dirinya di atas katil.Sebaliknya dia menyandarkan tubuhnya pada dinding sambil memeluk kedua-dua kakinya.Entah mengapa,dia langsung tidak berani melelapkan mata ketika itu walaupun G.O tidak memadamkan lampu utama bilik itu.Victoria menundukkan wajahnya.Seboleh-bolehnya dia tidak mahu mengganggu G.O walaupun itulah yang dia ingin lakukan.Dia benar-benar ketakutan ketika itu.

Victoria mendongak apabila terdengar ketukan pada pintu biliknya.Jantungnya berdegup pantas.Dia menelan air liur.Tubuhnya mulai menggigil.

“Victoria?”

Kedengaran suara seorang lelaki dari luar.Kaki Victoria menjadi kaku.

“Victoria?”

“S…si..siapa tu?”Soal Victoria.Suaranya kedengaran terketar-ketar.Namun soalannya tidak dijawab oleh lelaki itu.

“Victoria.Ni saya…ByungHee.”

“ByungHee?”

Cepat-cepat Victoria membukakan pintu bilik itu.Kelihatan G.O sedang berdiri di hadapannya.G.O terkejut melihat wajah Victoria yang mulai berpeluh itu.

“Kenapa ni?Awak okey?”Soal G.O,sambil mengusap pipi gadis itu.Air mata Victoria mulai mengalir sebelum dia memeluk lelaki itu dengan erat.G.O tergamam.Perlahan-lahan,dia membalas pelukan gadis itu.

“Vic…kenapa ni?”Soal G.O,bimbang.

“ByungHee…miane…saya…saya takut,”kata Victoria,sambil menangis teresak-esak dalam pelukan lelaki itu.

“Okey okey.Tak apa,saya ada dekat sini.Awak jangan takut lagi,okey?”Pujuk G.O.Victoria angguk.

“Jom,saya temankan awak,”kata G.O.

 

 

G.O memandang ke arah Victoria yang sedang baring di sebelahnya itu.Dia sekadar membiarkan gadis itu memeluk erat tubuhnya.Dia mengusap lembut rambut Victoria yang panjang melepasi bahu itu.G.O mengucup lembut dahi gadis itu.

“ByungHee yah…”

“Em?”

“Kenapa awak datang ke sini balik?” Soal Victoria sambil memegang erat tangan G.O.G.O tersenyum ke arahnya.

“Sebab hati saya tak senang nak tinggalkan awak seorang dekat sini.Sebab tu saya patah balik,”kata G.O.Wajah Victoria berubah muram.

“Saya minta maaf.Saya tahu…saya dah menyusahkan awak sejak kejadian tu,”katanya,perlahan.

“Aniya.Kenapa awak cakap macam tu?Kan saya dah janji yang saya akan jaga awak?Awak dah lupa?”Soal G.O.

“Tapi…saya tetap rasa bersalah dengan awak,ByungHee.”Kata Victoria,tanpa memandang ke arah G.O.Matanya mulai bergenang.

“Janganlah menangis,Vic.Saya tak sukalah tengok awak menangis macam ni.Awak tak perlu rasa bersalah apa-apa.Sebab saya memang nak buat semua ni untuk awak.Lagipun…kalau Aron tahu yang saya tak jaga awak betul-betul,nanti dia terus tak nak saya jadi abang ipar dia.Kan susah?” Kata G.O seraya bergurau.Victoria tersenyum hambar.G.O turut tersenyum.Dia menyeka air mata Victoria yang mulai mengalir itu.

“Awak nak saya nyanyikan lagu untuk awak?” Soal G.O.Victoria memandang ke arahnya.

“Bolehkah?” Soal Victoria pula.

“Kenapa pula tak boleh? Kalau saya boleh nyanyi untuk orang lain,lagilah boleh kalau saya nak nyanyi untuk girlfriend saya yang comel ni,”kata G.O sambil mencuit hidung Victoria.Victoria tersenyum.Dia kemudiannya memeluk lelaki itu semula.G.O membalas pelukannya sambil tersenyum.

“Saranghae…” Ucap Victoria.Senyuman G.O kian lebar.

“Nado…saranghae…”Balas G.O.

 

 

SungJe terkejut apabila melihat hanya Su Ji dan YongHwa yang sedang berada di meja makan menikmati sarapan pagi itu.Dia melihat ke arah sekeliling sambil meletakkan beg dan kotnya di atas kerusi.

“Mana ByungHee? Dia tak bangun lagikah?” Soal SungJe kepada pembantu rumahnya yang sedang menuangkan air kepadanya itu.

“Tadi saya dah pergi ke bilik Tuan Muda ByungHee,Tuan SungJe.Tapi dia tak ada,”jawab pembantu rumah itu.

“Eh? Dia pergi mana?” Soal SungJe.

“Victoria?” Soal SungJe lagi.

“Ala oppa….faham-faham sendirilah kalau ByungHee oppa dengan Victoria unni tak ada.Oppa ingat ByungHee oppa nak biarkan Victoria unni tidur seorangkah dalam bilik tetamu tu?Dia kan….ehem ehem…faham-faham sendirilah,oppa,”kata Su Ji.YongHwa cuba menahan dirinya daripada ketawa.

“Aish…nakal-nakal dia pun…takkanlah dia sanggup buat macam tu,”kata SungJe.

“Mungkin ByungHee risaukan Victoria.Victoria kan masih trauma dengan kejadian tu.Mungkin dia Cuma nak temankan Victoria,”kata YongHwa pula.SungJe tersenyum puas hati apabila mendengar penjelasan daripada YongHwa itu.

“Ish,oppa ni.Sejak bila oppa menyebelahi ByungHee oppa ni?” Soal Su Ji,hairan.YongHwa sekadar tersenyum.

 

 

Victoria membuka matanya.Bibirnya tersenyum melihat G.O yang masih lena di sebelahnya itu.Dia mengusap lembut pipi lelaki itu.

“Gomawo…ByungHee yah…”Ucapnya perlahan.Victoria kemudiannya mengucup bibir lelaki itu dengan lembut.

“Selamat pagi,”ucap Victoria sebaik sahaja melihat G.O yang mulai terjaga dari lenanya itu.G.O tersenyum ke arahnya.

“Saya rasa saya dah jadi macam puteri beradu,”kata G.O.Victoria ketawa.

“Awak tidur lena tak semalam?” Soal G.O sambil mengusap lembut rambut Victoria.Victoria angguk.

“Gomawo,”ucap Victoria.G.O kemudiannya menarik Victoria ke dalam pelukannya.

“Kita dah lewat ni,ByungHee.Nanti semua orang cari kita,”kata Victoria.

“Saya mengantuk lagilah.Biar sajalah kalau mereka nak cari kita.Awak teman saya tidur pula,okey?” Kata G.O sambil memejamkan matanya.Victoria turut membalas pelukannya sambil tersenyum.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/