Chap 5

Hate You Love You

Victoria tergamam melihat rumah agam milik keluarga G.O yang tersergam indah di hadapannya itu.Sekali lagi,dia melihat alamat yang tertera pada kertas yang berada dalam pegangannya itu.Tidak salah lagi,memang itulah rumah G.O seperti yang tertera dalam kertas itu.Victoria menelan air liurnya.Dia berasa gementar untuk melangkah masuk ke dalam rumah agam itu.Adakah kehadirannya di situ sudah pun diketahui oleh penghuni di dalam rumah itu seperti yang dimaklumkan oleh G.O sebelum ini?Victoria mulai ragu-ragu.Ketika itu,G.O tidak pulang ke rumah bersama-sama dengannya kerana dia sedang sibuk menghadiri latihan di agensi J Tune Camp.

 

Imbas kembali:

 

“Ni alamat rumah saya,” kata G.O sambil menghulurkan kertas yang tertera alamat rumahnya kepada Victoria.Victoria melihat alamat yang tertera pada kertas yang diberikan oleh G.O itu.

“Awak tak balik sekali ke?” Soal Victoria.Sejujurnya dia berasa berat hati untuk menerima pekerjaan barunya itu.Apatah lagi,dia mesti berada di dalam rumah lelaki yang digelarnya ‘Buaya’ di sekolah itu.Dia lebih selesa bekerja di Monalisa Night Club walaupun keselamatannya tidak selalunya terjamin sepanjang dia bekerja di tempat itu.Padanya, Jung ByungHee jauh lebih berbahaya daripada lelaki-lelaki nakal yang sering dijumpainya di Monalisa Night Club itu.

“Saya ada hal dekat J Tune.Mungkin balik lewat sikit,”kata G.O.Sekali lagi,Victoria melihat kertas itu.

“Kenapa?Awak takut?” Soal G.O,sambil tersenyum.Victoria tidak segera menjawab.

“Daripada awak bekerja di Monalisa Night Club tu,lebih baik awak bekerja di rumah saya.Lagipun keluarga saya memang perlukan pembantu rumah baru macam awak,”kata G.O pula.

“Tapi....saya tak cakap pun yang saya setuju untuk bekerja di rumah awak,G.O,”kata Victoria.

“Kalau awak tak setuju pun,awak mesti datang juga.Sebab tempat awak di Monalisa Night Club dah pun diganti oleh orang lain,”kata G.O,selamba.Victoria membulatkan matanya.

“Apa?!Ni mesti kerja awak kan?”Soal Victoria,tidak puas hati.G.O sekadar tersenyum sambil menggosok lembut kepala Victoria.Victoria terkejut dengan tindakan lelaki itu.

“Hwaiting~~~” Kata G.O sambil tersenyum,sebelum dia beredar meninggalkan Victoria di bilik sakit itu.

“Yah, G.O!”

 

 

 

Victoria menghembus nafas berat.Mahu tidak mahu,dia terpaksa menekan butang pada dinding bersebelahan pintu pagar rumah agam itu.Tidak lama selepas itu,pintu pagar itu terbuka secara automatik.Tanpa menunggu lama lagi,Victoria melangkah masuk ke dalam rumah itu dengan perasaan yang gementar.Sepanjang hidupnya,belum pernah lagi dia menjejaki ke dalam rumah agam sebegitu mewah.

“Selamat petang,Cik.Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Soal seorang butler yang sedang berdiri di hadapan pintu masuk itu.Victoria menundukkan sedikit tubuhnya sambil tersenyum.

“Selamat petang.Maafkan saya.Saya Victoria,pekerja baru yang akan bekerja di rumah ini,”kata Victoria,gementar.Butler itu mengukir senyuman manis sebaik sahaja mendengar kata-kata daripada Victoria itu.

“Oh,jadi awaklah Victoria yang Tuan Muda katakan tu.Baik,silakan masuk,Cik Victoria,”kata butler itu sambil tersenyum.Victoria mengangguk perlahan.Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah itu,timbul rasa kagum yang teramat terhadap kemewahan yang dimiliki oleh keluarga G.O itu.Taraf kehidupan mereka ternyata jauh berbeza.Melihat saja kemewahan yang terdapat di dalam rumah itu,pastinya ruang bilik mandi di rumah itu jauh lebih besar dari bilik tidurnya sendiri!

 

“Victoria ssi.”

Victoria bergegas menuju ke arah seorang wanita yang juga merupakan pembantu rumah di dalam rumah agam itu.

“Ya,unni,”jawab Victoria.Jantungnya berdegup pantas.Dia masih lagi berasa gementar untuk memulakan pekerjaan barunya di dalam rumah itu.Wanita itu tersenyum apabila melihat Victoria yang berpakaian seragam seperti yang dipakai oleh semua pembantu rumah di situ.

“Awak dah bersedia untuk mulakan kerja awak?” Soal wanita itu sambil tersenyum.Victoria mengukir senyuman paksa.

“Boleh awak tolong bawakan minuman ni kepada Cik Muda di tingkat tiga?” Soal wanita itu sambil tersenyum.

“Cik Muda?” Soal Victoria,tidak memahami.

“Ya.Awak ingat lagi tak bilik yang saya tunjukkan kepada awak semasa kita berada di tingkat tiga tadi?” Soal wanita itu pula.Victoria cuba mengingati bilik-bilik yang terdapat di dalam rumah agam itu.Dia akui agak sukar baginya untuk mengingati bilik-bilik yang terdapat di dalam rumah itu.

“Em...rasanya saya ingat kot,”kata Victoria,tidak pasti.

“Bagus.Nanti awak hantarkan minuman tu ya?Kalau tak,nanti Cik Muda bising,”kata wanita itu lagi sambil tersenyum.

“Siapa pula Cik Muda tu?” Soalnya sendiri.

 

 

Victoria mengetuk pintu bilik sambil membawakan minuman yang dipesan oleh ‘Cik Muda’ itu.Sekali lagi dia mengetuk pintu bilik tersebut namun tiada jawapan daripada penghuni di dalam.Tanpa menunggu lama,dia menolak pintu bilik itu secara perlahan-lahan.Matanya terbuka luas apabila melihat ruang bilik tidur yang kelihatan serba moden dan mewah itu.Susun atur perabot di dalam bilik tidur itu kelihatan kemas sekali.Pastinya penghuni bilik itu merupakan seorang yang pembersih dan teliti.

“Mana pula Cik Muda tu?” Soalnya sambil menoleh ke kiri dan ke kanan,cuba mencari kelibat penghuni bilik tidur itu.

“Tak apalah.Aku letak sajalah minuman ni dekat atas meja,”katanya sambil meletakkan minuman itu di atas meja.Niatnya untuk segera beredar dari situ tertangguh untuk seketika apabila matanya terpandang ke arah beberapa helaian kertas di atas meja itu.Perlahan-lahan,dia mengambil kertas itu untuk membaca sendiri isi kandungan yang terkandung di dalam kertas itu.

“Eh...ni bukan not muzikkah?”Soalnya sendiri sambil cuba membaca mengikut not-not muzik yang tertulis di atas kertas itu.Bibirnya mengukir senyuman manis apabila dia dapat mengikut rentak lagu tersebut.Penulis lagu itu sangat berbakat.Rentak lagu hasil ciptaannya itu begitu enak sekali didengar.

“Okay tak lagu tu?”

Victoria terkejut apabila terdengar suara seorang lelaki menegurnya dari belakang.Cepat-cepat dia meletakkan semula kertas itu di atas meja sebelum dia menoleh ke belakang.Matanya terbuka luas apabila melihat G.O yang sedang berdiri tidak jauh darinya itu.Kelihatan lelaki itu tersenyum ke arahnya.

“G.O?Bila awak balik?” Soal Victoria,terkejut dengan kehadiran G.O di situ.Lelaki itu melihat ke arah minuman yang berada di atas meja kerjanya itu.Perlahan-lahan,bibirnya menguntum senyuman manis.

“Saya rasa awak salah bilik ni,”kata G.O.Victoria membulatkan matanya.Lelaki itu berjalan menuju ke arah mejanya sebelum dia mengambil minuman yang dihantar oleh Victoria itu.

“Mari saya tunjukkan awak bilik Cik Muda . Dia mesti tengah resah sebab susu dia ni tak sampai lagi,”kata G.O.Victoria berasa sedikit hairan dengan layanan G.O terhadapnya itu.Layanan G.O terhadapnya itu kelihatan jauh berbeza jika mahu dibandingkan layanannya ketika berada di sekolah itu.

G.O mengetuk pintu bilik yang terletak tidak jauh dari biliknya itu.

“Siapa tu?”Kedengaran suara seorang wanita dari dalam.

“Oppa ni,”kata G.O.Tidak lama selepas itu,kelihatan pintu bilik itu dibuka dari dalam.Muncul wajah seorang gadis di muka pintu itu.Wajah mereka kelihatan sedikit seiras.Pastinya gadis itu merupakan adik perempuan kepada G.O.

“Ada apa,oppa?” Soal gadis itu.

“Nah,”kata G.O sambil menghulurkan gelas berisi susu kepada gadis itu.

“Nasib baik.Su Ji baru ingat nak mengamuk sebab susu Su Ji tak sampai tepat pada waktunya,”kata Su Ji,segera mengambil susu itu daripada abangnya.Gadis bernama Su Ji itu memandang ke arah Victoria yang sedang berdiri di sebelah G.O itu.

“Siapa ni?” Soal Su Ji.

“Oh,ni pembantu rumah yang baru...kan?” Soal G.O sambil menoleh ke arah Victoria.Victoria berasa hairan dengan pertanyaan G.O terhadapnya itu.Lelaki itu berpura-pura tidak mengenalinyakah?

“Annyeonghaseyo.Saya Victoria,pembantu rumah yang baru.Saya minta maaf sebab terlambat hantar minuman ni kepada Cik,”kata Victoria sambil menundukkan sedikit kepalanya kepada Su Ji.

“Oh...tak apalah kalau macam tu.Tapi lain kali jangan lambat tau,”kata Su Ji,sambil tersenyum.Victoria turut mengukir senyuman lega.Mujur gadis itu mudah untuk memaafkan kesilapannya itu.

“Oppa baru balik dari kerjakah?” Soal Su Ji.G.O angguk sambil tersenyum.

“ByungHee oppa?” Soal Su Ji.

“Em...mungkin dia ada latihan dekat JTune,”kata G.O.Dahi Victoria berkerut seribu sebaik sahaja mendengar perbualan antara dua beradik itu.Bukankah G.O dan ByungHee itu orang yang sama?Dan bukankah lelaki yang berada di sebelahnya kini adalah G.O a.k.a ByungHee?

“Dahlah.Pergi masuk.Malam dah lewat ni,”kata G.O sambil menggosok lembut kepala adik perempuannya itu.

“Okay.Good night,”ucap Su Ji sambil menutup pintu biliknya.G.O kemudiannya menoleh ke arah Victoria.Dia hairan dengan pandangan Victoria terhadapnya itu.

“Kenapa awak pandang saya macam tu?” Soal G.O,hairan.

“Awak berpura-pura tak kenal sayakah,G.O?”Soal Victoria,inginkan kepastian.G.O melihat ke arah sekeliling.

“Saya...saya tak faham apa yang awak cakapkan ni,”kata G.O sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

“Yah!Awak yang pandai-pandai tukarkan saya bekerja di rumah awak...dan sekarang awak nak buat-buat tak kenal saya pula?”Kata Victoria,tidak puas hati.

“Em..Cik..saya rasa..awak dah salah faham ni.Saya betul-betul tak faham apa yang awak cakapkan ni,”kata G.O,bersungguh-sungguh.


“Yah,Jung ByungHee!”

 

“Hyung,Hyung nampak tak pembantu rumah yang baru tu?”

Victoria menoleh ke belakang apabila terdengar suara seorang lelaki dari belakang.Matanya terbuka luas apabila melihat seorang lelaki yang mempunyai wajah seiras dengan G.O itu sedang berdiri tidak jauh darinya itu.Lelaki itu turut tergamam apabila melihat Victoria yang sedang berdiri di hadapannya itu.

“G.O?”Soal Victoria,tidak percaya sambil memandang ke arah lelaki yang baru sahaja tiba itu.Dia menoleh semula ke arah lelaki yang dianggapnya G.O itu.Lelaki itu turut memandang ke arahnya.

“Awak siapa?Kenapa ada dua G.O dekat sini?”Soal Victoria,terkejut.

 

 

“Kenapa awak tak pernah cakap yang awak ada abang muka seiras macam awak?” Soal Victoria,tidak puas hati.Sung Je yang sedang duduk di sebelah G.O itu sekadar tersenyum sambil menoleh ke arah adik lelakinya itu.

“Yah~~~sampainya hati ByungHee tak pernah cerita dekat Victoria pasal Hyung,”kata Sung Je sambil menyiku lengan G.O.G.O melepaskan keluhan kecil.

“Awak yang tak pernah tanya saya.Buat apa saya nak cerita,”balas G.O,selamba.Victoria mencebik.Dia kemudiannya memandang ke arah Sung Je.

“Em...maafkan saya,Sung Je-ssi.Saya betul-betul ingat yang awak ni G.O tadi.Muka awak berdua betul-betul seiras...macam kembar,”kata Victoria.Sung Je sekadar tersenyum.

“It’s okay.Dah ramai dah terkena dengan helah kami berdua.Tapi...lama-lama nanti awak dapat bezakanlah kami berdua nanti,”kata Sung Je.Victoria tersenyum sinis sambil memandang ke arah G.O.

“Tak apa.Saya dah dapat bezakan pun.Perangai awak jauh lebih baik dari G.O tu,”kata Victoria,selamba.

“Amboi~amboi~amboi...Sedapnya dia mengata orang.Awak jangan lupa pasal perjanjian kita.Rahsia besar awak masih berada dalam tangan saya tau,”balas G.O.Victoria sekadar membalasnya dengan senyuman sinis.

“Awak tak nak balikkah?” Soal G.O.Victoria melihat jam tangannya.Ternyata malam kian lewat.

“Cepat bersiap.Saya hantarkan awak balik,”kata G.O,segera beredar dari situ.Sung Je sekadar melihat telatah adiknya itu sambil tersenyum.

“Beruntung awak sebab ada majikan yang prihatin macam ByungHee tu,”kata Sung Je,sambil tersenyum penuh makna.

“Apa-apalah.”Balas Victoria,acuh tak acuh.

“Em...terima kasih untuk hari ni,Sung Je-ssi.Saya dah banyak menyusahkan awak pula hari ni,”kata Victoria sambil menundukkan sedikit tubuhnya kepada Sung Je.Sung Je sekadar tersenyum.

“Jumpa awak esok,Victoria-ssi,”kata Sung Je.

 

 

G.O memberhentikan keretanya di hadapan rumah Victoria.

“Victoria...”

Victoria menoleh ke arah G.O yang tiba-tiba sahaja memanggilnya itu.G.O turut memandang ke arahnya.

“Miane.”

Victoria terkejut mendengar ucapan maaf daripada lelaki itu.

“Untuk apa?” Soal Victoria.

“Em..pasal Sung Je Hyung.Saya betul-betul terlupa nak cerita pasal Hyung dekat awak siang tadi,”kata G.O sambil mengurut-urut belakang lehernya itu.Victoria menyembunyikan senyumannya itu.

“Awak jangan risau.Awak bekerja saja macam biasa.Lagipun Sung Je memang jarang duduk di rumah,”kata G.O.

“Kenapa awak cakap macam tu?” Soal Victoria.

“Yelah...manalah tahu kalau-kalau awak tak selesa kalau selalu sangat bertembung dengan saya dalam rumah tu.Tadi awak juga yang cakap yang muka kami ni seiras kan,”kata G.O.Victoria tersenyum nipis.

“Okeylah.Saya masuk dulu.Gomawo,”ucap Victoria,sambil membuka pintu kereta lelaki itu.

“Victoria!”

Victoria menoleh ke arah lelaki itu.

“Apa lagi,G.O?” Soal Victoria,malas.

“Cappucino esok pagi.Jangan lupa okay?” Pesan G.O sambil tersenyum.Victoria mencebik.Dia terus melangkah masuk ke dalam rumahnya tanpa menoleh ke arah G.O yang masih menunggunya di dalam kereta itu.G.O pula sekadar tersenyum.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/