Chap 4

Hate You Love You

Victoria membuka matanya perlahan-lahan sebelum dia melihat jam di atas meja bersebelahan dengan katilnya itu.Pukul 6 pagi.Victoria mulai memejamkan matanya semula dengan niat untuk menyambung tidurnya semula.Namun niatnya terbantut.Sekali lagi dia melihat jam di atas meja itu.6 pagi?Kelam kabut Victoria bangun dari katilnya sebelum dia mencapai tuala untuk segera bersiap sedia ke sekolah.Namun,tindakannya terhenti seketika.Dia melihat ke arah sekeliling.Dia cuba untuk mengingati semula kejadian yang berlaku sebelum itu.

“Bukan semalam aku ada dekat Monalisakah?Macam mana aku boleh ada dekat bilik pula ni?”Soalnya sendiri.Perhatiannya teralih apabila pintu biliknya ditolak dari luar.Kelihatan adik lelakinya muncul di pintu biliknya sambil menguntum senyuman nakal ke arahnya.

“Kenapa masuk bilik Noona pagi-pagi ni?” Soal Victoria.

“Tidur lena,Noona?” Soal Aron,ada nada usikan pada kata-katanya.Kening Victoria terangkat.

“Apahal tiba-tiba tanya Noona macam tu?Dah buang tabiat?” Soal Victoria,tidak puas hati.

“Oh...jadi Noona memang tak ingat apa-apa la?”Soal Aron pula sambil berpeluk tubuh.Victoria pula terus terdiam,menantikan adik lelakinya itu untuk meneruskan kata-katanya.

 

 

Imbas kembali :

 

 

G.O memberhentikan keretanya di hadapan rumah Victoria sebelum dia menoleh ke arah Victoria yang sedang tidur di tempat duduk sebelahnya itu.Agak lama dia memandang ke arah Victoria yang masih belum sedarkan diri itu.Bibirnya menguntum senyuman manis sambil mengusap lembut rambut Victoria yang panjang melepasi bahu itu.

“Saya tak tahu pula yang awak ni nampak cantik bila awak tidur,Vic...”Bisik G.O sambil tersenyum.G.O terus memerhatikan Victoria yang sedang tidur itu sebelum dia mendekatkan wajahnya ke arah Victoria secara perlahan-lahan.Semakin dekat...semakin dekat...sehinggalah...

G.O melepaskan keluhan kecil.Dia menjauhkan semula wajahnya daripada Victoria.Perlahan-lahan,dia menguntum senyuman nipis.

“Saya takkan buat sesuatu yang membuatkan awak untuk semakin bencikan saya,Victoria,”bisiknya lagi sambil tersenyum.Dia kemudiannya bangun dari tempat duduknya sebelum dia mendukung gadis itu menuju ke arah pintu pagar rumah Victoria itu.Tanpa menunggu lama lagi,dia terus menekan loceng pada pintu pagar rumah itu.Tidak lama selepas itu,kelihatan pintu rumah itu dibuka dari dalam.G.O segera menguntum senyuman manis kepada remaja lelaki yang muncul pada pintu rumah itu.

“Annyeonghaseyo.Ni...rumah Victoria kan?” Soal G.O.

“Ya.Em...kenapa dengan Noona?” Soal Aron,sambil memandang ke arah Victoria yang sedang didukung oleh G.O itu.

“Saya G.O,kawan Victoria.Dia pengsan dekat tempat kerja tadi.Sebab tu saya bawakan dia balik,”kata G.O.

“Oh...dia okeykah?”Soal Aron,segera membukakan pintu pagar rumahnya bagi membolehkan G.O membawa Victoria masuk ke dalam rumah.G.O melangkah masuk ke dalam rumah sebelum dia membaringkan Victoria di atas sofa.

“Eh,Hyung boleh bawa Noona masuk ke dalam bilik.Saya tak larat nak angkatkan Noona ke bilik,”kata Aron,seraya berseloroh.G.O memandang ke arah Aron.

“Em..bolehkah?” Soal G.O.Aron tersenyum sambil mengangguk.G.O kemudiannya mengangkat semula Victoria sebelum dibawanya ke arah bilik.Perlahan-lahan,dia meletakkan gadis itu di atas katil.Dia memerhatikan keadaan sekeliling bilik Victoria yang sederhana itu.Walaupun ruang biliknya itu tidak kelihatan besar namun susun atur bilik itu kelihatan ringkas dan kemas.

“Terima kasih sebab bawakan Noona saya balik.Saya tahu dia ni kadang-kadang banyak menyusahkan orang sikit,”kata Aron sambil bersandar pada pintu bilik Victoria itu.G.O menoleh ke arahnya sambil tersenyum.

“Eh,tak ada apa-apalah.Sikit saja,”kata G.O sambil memandang ke arah Victoria yang sedang tidur itu.

“Awak...”

“Saya Aron.Adik kepada Victoria,”kata Aron,memperkenalkan dirinya kepada G.O.

“Oh...Aron.Em...” G.O melihat ke arah sekeliling bilik Victoria itu.

“Kat rumah ni...hanya ada awak dengan Victoria sajakah?”Soal G.O,ingin tahu.Aron sekadar tersenyum sambil menggosok-gosok belakang lehernya.

“Em...boleh dikatakan begitulah,Hyung.Tapi kami dah biasa pun,”kata Aron.G.O sekadar mengangguk.

 

“Saya mungkin bersetuju untuk menjadi orang suruhan awak sebagai syarat untuk awak simpan rahsia saya daripada pengetahuan orang lain.Tetapi itu bukan bermakna saya benarkan awak untuk masuk campur dalam kehidupan peribadi saya.”

 

“Oh...em...saya rasa saya patut balik dululah.Lagipun dah lewat ni.Biarkan Victoria berehat,”kata G.O,bersiap sedia untuk beredar.

“Baik...G.O Hyung,gomawo,”ucap Aron sambil tersenyum.G.O turut membalas senyuman remaja lelaki itu sebelum dia menoleh ke arah Victoria yang sedang tidur itu.

 

 

“Apa?G.O yang hantarkan Noona balik?” Soal Victoria,tidak percaya.Aron mengangguk.Dia menguntum senyuman nakal apabila menyedari wajah Victoria yang berubah merah itu.

“Eh,kenapa muka Noona nampak merah?”Soal Aron,sengaja mengusik.

“Tak ada apa-apalah,”kata Victoria,malas hendak melayan usikan nakal adik lelakinya itu.

 

 

Sekolah Menengah Tinggi Seoul

 

Victoria mencari-cari kelibat G.O di dalam kelas lelaki itu namun kelibat lelaki itu tidak kelihatan.Dia kemudiannya beredar meninggalkan kelas lelaki itu sebelum dia menuju ke suatu tempat.Dia yakin G.O pasti berada di situ.

Dia menarik nafas dalam ketika dia sudah pun berada di hadapan pintu bilik rehat MBLAQ itu.Perlahan-lahan,dia mengetuk pintu bilik itu dengan perasaan yang berdebar-debar.Itulah kali pertama dia menjejakkan kaki ke bilik rehat MBLAQ itu sepanjang dia berada di sekolah itu.Tidak lama selepas itu,kelihatan wajah Mir muncul di muka pintu.

“Eh,Victoria Noona.Ada apa Noona datang ke sini?” Soal Mir,terkejut dengan kehadiran Victoria di situ.

“G.O ada?” Soal Victoria.

“Huh,G.O Hyung?Em...ada apa ekh?Hyung ada buat kesalahan apa-apakah?” Soal Mir,bimbang sekiranya kesalahan yang dilakukan oleh G.O itu boleh menjejaskan nama baik kumpulan MBLAQ itu.Victoria tersenyum nipis.Ternyata kehadirannya di situ mengundang kegelisahan dalam diri Mir.

“Tak ada apa-apa.Saya Cuma nak jumpa dengan dia.Dia ada tak?” Soal Victoria lagi.

“Oh...ada.Masuklah dulu,Noona,”kata Mir,mempelawa Victoria masuk ke dalam bilik itu.Victoria mengangguk perlahan sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik peribadi kumpulan MBLAQ itu.Dia kagum melihat susun atur bilik peribadi MBLAQ yang kelihatan mewah serba serbi itu.Ternyata kumpulan MBLAQ itu mendapat layanan bertaraf lima bintang di sekolah yang dimiliki oleh keluarga ketua kumpulan MBLAQ itu sendiri,Yang SeungHo.

“Noona duduk sini dulu.Saya panggilkan G.O Hyung.Rasanya dia tengah tidur dekat dalam tu,”kata Mir,mempelawa Victoria untuk menunggu di situ sebentar.Victoria sekadar mengangguk.Mir kemudiannya melangkah masuk ke suatu sudut untuk mendapatkan G.O yang sedang berehat di situ.

“Victoria?”

Victoria mendongak apabila mendengar namanya dipanggil oleh seseorang.

“Oh...Lee Joon ssi,”balas Victoria apabila melihat Lee Joon yang sedang berdiri di hadapannya itu.Victoria cepat-cepat mengalihkan pandangannya daripada Lee Joon apabila mendapati lelaki itu hanya memakai seluar tanpa langsung berbaju.Kelihatan tubuh lelaki berpeluh,mungkin dia baru sahaja menghabiskan latihan menarinya sebentar tadi.

“Apa awak buat dekat sini?Kami ada buat apa-apa kesalahankah?” Soal Lee Joon sambil mengambil tempat di hadapan Victoria.Botol air sejuk yang berada di atas meja itu dicapainya sebelum diteguknya untuk menghilangkan rasa dahaga.Victoria masih lagi memalingkan wajahnya daripada Lee Joon,enggan untuk melihat Lee Joon yang tidak berbaju itu.

“Tak ada apa-apa.Saya Cuma nak jumpa dengan G.O,”kata Victoria.Lee Joon membulatkan matanya sebaik sahaja mendengar nama G.O disebut oleh gadis itu.

“Apa?G.O?Peliknya...”Ngomel Lee Joon,terkejut dengan tujuan kedatangan Victoria ke dalam bilik rehat mereka itu.Victoria dengan G.O?Lee Joon memandang ke arah Victoria.

“Awak...dengan G.O Hyung ada apa-apakah?” Soal Lee Joon,ingin tahu.

“Aniyo!Saya dengan G.O bukannya kawan pun,”kata Victoria,tetap memalingkan wajahnya daripada memandang ke arah Lee Joon itu.

“Habis tu?” Soal Lee Joon,ingin tahu.Namun perbualan mereka terhenti apabila wajah Lee Joon ditutup dengan tuala putih dari belakang.Cepat-cepat Lee Joon mengalihkan tuala itu dari wajahnya sebelum dia menoleh ke belakang.Kelihatan G.O sedang berdiri di belakangnya.

“G.O Hyung?”

Victoria terkejut apabila melihat G.O yang sudah pun muncul di hadapannya itu.G.O turut memandang ke arahnya.

“Ada apa awak cari saya?” Soal G.O,perlahan.Perhatian Victoria teralih ke arah tangan G.O yang kelihatan merah itu.

“Boleh kita jumpa dekat bilik sakit?Saya tunggu awak dekat sana,”kata Victoria,terus beredar meninggalkan G.O di situ.

 

G.O melangkah masuk ke dalam bilik sakit sebelum dia memandang ke arah Victoria yang sedang menunggunya di dalam itu.

“Duduklah,”kata Victoria.G.O sekadar patuh tanpa langsung bersuara.Dia memandang ke arah Victoria yang sedang duduk di hadapannya itu.Perlahan-lahan,gadis itu mencapai tangan G.O sebelum dia melihat tangan G.O yang luka itu.Pasti kerana pergaduhan yang berlaku di Monalisa Night Club semalam.Dia melepaskan keluhan kecil.

“Tangan awak ni sakit lagi?” Soal Victoria.

“Tak,”jawab G.O sambil memandang tepat ke arah Victoria.Victoria kemudiannya mengambil krim dari dalam peti kecemasan itu sebelum dia menyapu krim itu pada tangan G.O.G.O tergamam seketika dengan tindakan Victoria itu.

“Miane...”Ucap Victoria,perlahan tanpa memandang ke arah G.O.

“Saya tahu saya dah susahkan awak...jeongmal miane,”kata Victoria lagi.Dia masih menundukkan wajahnya daripada memandang ke arah G.O.G.O menguntum senyuman manis .

“Gwenchana.Asalkan awak tak ada apa-apa,tu pun dah cukup baik,”kata G.O.Victoria memandang ke arahnya.Kelihatan G.O sedang tersenyum ke arahnya.

“Lain kali...kalau dah tahu sakit,jangan berdegil nak pergi kerja.Arasso?” Soal G.O.Victoria tersenyum nipis.

“Gomawo...”Ucap Victoria perlahan.Senyuman G.O kian lebar.Entah mengapa hatinya kembang menerima ucapan terima kasih daripada Victoria itu.

“Tapi hari ni saya dah sihat.Jadi,saya akan pergi bekerja macam biasa,”kata Victoria.G.O sekadar memerhatikan tangannya yang masih berada dalam genggaman Victoria itu.

“Aniyo.Malam ni awak takkan pergi ke Monalisa,”kata G.O.Victoria memandang ke arah G.O.

“Wae?” Soal Victoria.

“Malam ni awak akan bekerja di rumah saya,”kata G.O sambil tersenyum.

“Apa?!”

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/