Chap 34

Hate You Love You

Sekolah Menengah Tinggi Seoul

 

 

Ye Jin memperlahankan langkahnya apabila melihat YongHwa yang sedang berdiri di hadapan kelasnya itu.YongHwa menoleh ke arahnya sebelum dia berjalan mendekati ke arahnya.

“Awak buat apa dekat sini?” Soal Ye Jin,tidak menyenangi akan kehadiran YongHwa di situ.

“Saya nak jumpa dengan awak.Boleh?” Soal YongHwa,kelihatan tenang.Ye Jin melepaskan keluhan berat.

 

 

“Jadi awak nak tuduh sayalah yang terlibat dalam kejadian yang menimpa Victoria tu?” Soal Ye Jin,tanpa menoleh ke arah YongHwa.YongHwa tidak terus menjawab pertanyaan gadis itu.Dia menoleh ke arah Ye Jin.

“Saya tak cakap pun yang saya tuduh awak.Saya Cuma tanya…awak ada terlibatkah dengan kejadian malam tu?” Soal YongHwa.Ye Jin tidak terus menjawab pertanyaan lelaki itu.YongHwa mengeluh.

“Saya tahu saya tak ada bukti untuk tuduh sesiapa pun dalam hal ni,termasuk awak.Tapi saya harap sangat…yang awak tak terlibat dalam hal ni selepas apa yang awak dah buat terhadap G.O,”kata YongHwa.Ye Jin terus membisu.

“Kalau awak betul-betul sayangkan dia,awak tak patut buat macam ni.Awak sukakah tengok dia sedih kerana kesilapan yang awak buat sendiri?”Soal YongHwa.Ye Jin masih terus mendiamkan diri.

“Saya tahu awak rasa tak senang dengan kebahagiaan mereka.Tapi awak tak ada hak untuk jadi penghalang dalam hubungan mereka.Victoria langsung tak bersalah dalam hal ni.Begitu juga dengan G.O.Mereka hanya bercinta macam orang lain.Ya,dulu mereka selalu bergaduh…tapi kita tak tahukan yang perasaan mereka akan berubah antara satu sama lain.”

“Awak buat macam mana pun…perasaan G.O terhadap Victoria tetap takkan berubah.Awak tetap takkan boleh pisahkan mereka.Awak mesti terima kenyataan tu,Ye Jin,”kata YongHwa.Nadanya kedengaran lembut.Dia cuba menyedarkan Ye Jin dengan cara yang baik.Dia tidak mahu gadis itu terus melakukan kesalahan yang mungkin akan memakan dirinya suatu hari nanti.

“Victoria tak layak untuk dia.Awak takkan tak tahu latar belakang dia macam mana? Dia langsung tak setaraf dengan G.O.Saya yang lebih layak bersama dengan dia…bukannya Victoria,”kata Ye Jin.YongHwa mengeluh perlahan.

“Awak ingat dengan cara awak ni,G.O akan terima awak?Kalau dia tahu yang awak terlibat dalam kemalangan dia sebelum ni,awak ingat dia akan terima awak? Awak ingat dia akan maafkan awak dengan mudah?” Soal YongHwa pula.Ye Jin mengetap bibirnya sambil menggengam tangannya dengan erat.Seolah-olah sedang perasaan marahnya yang teramat itu.Perbuatannya itu disedari oleh YongHwa.YongHwa kemudiannya mencapai tangannya sebelum digenggamnya dengan erat.Ye Jin menoleh ke arahnya.Kelihatan YongHwa tersenyum ke arahnya.

“Saya cakap semua ni…bukan sebab saya bencikan awak.Ya..saya tak suka tengok awak buat semua perkara tu…tapi saya cakap semua ni,sebab saya sayangkan awak.Saya tak nak awak tersasar jauh.Saya takut…lambat laun,kesalahan awak ni…akan memakan diri awak sendiri.Saya tak nak semua tu berlaku,”kata YongHwa.Kelihatan Ye Jin tergamam dengan kata-kata YongHwa itu.

“Saya nak Ye Jin saya yang dulu.Bukan Ye Jin yang suka berdendam macam sekarang.Saya rindukan Ye Jin yang dulu,”kata YongHwa,perlahan.Ye Jin menahan air matanya daripada mengalir.Kenangan silamnya bersama YongHwa kembali bermain dalam ruang mindanya.Perlahan-lahan,dia melepaskan tangannya daripada genggaman lelaki itu.

“Saya nak masuk ke kelas.” Ye Jin terus meninggalkan YongHwa di situ tanpa langsung menoleh ke arah lelaki itu.YongHwa sekadar membiarkan Ye Jin beredar dari situ.Akhirnya dia meluahkan juga segala yang terpendam di dalam hatinya selama ini.

 

 

 

G.O memandang ke arah Victoria yang sedang kusyuk mengulangkaji pelajaran di hadapannya itu.Dia mulai hilang tumpuannya secara perlahan-lahan setelah hampir satu jam dia duduk mengulang kaji di dalam bilik persatuan pelajar bersama Victoria itu.G.O mulai mencari idea untuk menarik perhatian Victoria.Dia kemudiannya menggerakkan kakinya sehingga mengenai kaki Victoria.Victoria memandang ke arahnya.

“Ada apa?” Soal Victoria.

“Awak tak bosan lagikah?” Soal G.O.Victoria memandang ke arah jam tangannya.

“Belum sampai satu jam lagi pun kita duduk dekat sini.Awak dah rasa bosankah?” Soal Victoria pula.G.O memuncungkan mulutnya sambil mengangguk perlahan.

“Kalau awak bosan,awak buatlah kerja lain dulu.Nanti awak sambunglah belajar balik,”kata Victoria sambil tersenyum.

“Awak?”Soal G.O pula.

“Saya nak sambung belajar lagi.Nanti kalau saya dah penat,saya berehatlah,”kata Victoria,sebelum dia menyambung bacaannya semula.

“Selalunya berapa lama awak akan belajar sebelum berehat?” Soal G.O,ingin tahu.

“Dua jam,”jawab Victoria,tanpa memandang ke arah G.O.Mata G.O terbuka luas sebaik sahaja mendengar kata-kata Victoria itu.

“Dua jam? Tanpa rehat?” Soal G.O,tidak percaya.Victoria sekadar angguk.

“Jadi…saya tak boleh ganggu awaklah dalam dua jam ni?” Soal G.O.Victoria tersenyum.

“Kalau boleh,”jawab Victoria.G.O mengeluh perlahan.Dia sekadar memandang ke arah Victoria yang sedang mengulang kaji itu. Agak lama dia berkelakuan begitu tanpa disedari oleh Victoria.

“Saya mungkin akan rindukan awak,Vic,”kata G.O,perlahan.Victoria tersenyum.

“Kenapa awak cakap macam tu,ByungHee?” Soal Victoria , tidak memandang ke arah lelaki itu.G.O pula terus memandang ke arahnya. Dia tahu apa yang ingin disampaikannya kepada Victoria itu masih terlalu awal. Namun sekurang-kurangnya itu lebih baik daripada dia langsung tidak memberitahu hal itu kepada Victoria.

“Saya akan terus pergi ke Jepun dua hari selepas kita habis peperiksaan akhir nanti,”kata G.O,perlahan.Victoria memandang ke arahnya.Kelihatan G.O sedang memandang ke arahnya.

“Untuk apa?” Soal Victoria,sedikit terkejut dengan kata-kata lelaki itu.

“Kerja,”jawab G.O,pendek.Kelihatan Victoria terdiam untuk seketika.

“Oh…em…kali ni,awak pergi berapa lama?” Soal Victoria,mengharapkan pemergian G.O ke Jepun itu tidak mengambil masa yang lama.

“Sebulan.”

Victoria terdiam lagi sebaik sahaja mendengar jawapan daripada lelaki itu.

“Awak….awak okey tak?” Soal G.O.Victoria tersenyum hambar.

“Kenapa pula saya tak okey? Awak kan ada kerja dekat sana.Takkan saya nak halang awak pergi kan,”kata Victoria.Victoria menundukkan wajahnya.Berpura-pura menyambung semula pembelajarannya yang tertangguh untuk seketika itu,sedangkan tumpuannya sudah lari sebaik sahaja mengetahui berita yang baru disampaikan oleh G.O itu.G.O tersenyum ke arahnya.

“Awak takut kalau awak rindukan saya ya?” Soal G.O,sengaja mengusik.Victoria mencebik.

“Jangan nak perasan ya,Encik Jung ByungHee.Saya lagi rasa seronok kalau awak tak ada dekat sini.Sekurang-kurangnya saya bebaslah dari usikan awak untuk sebulan nanti,”kata Victoria.

“Yalah tu.Entah-entah,saya belum pergi Jepun pun,awak dah sibuk halang saya pergi,”kata G.O,semakin galak mengusik.

“Eeee…ByungHee.Janganlah kacau saya.Saya nak sambung belajar ni,”kata Victoria,rimas dengan usikan G.O itu.G.O sekadar ketawa.

“Awak nak ikut saya tak,Vic?” Soal G.O.Victoria memandang ke arahnya.

“Bolehkah saya ikut awak? Awak kata awak ada kerja dekat sana?” Soal Victoria pula.

“Apa salahnya kalau saya nak bawa awak sekali? Awak bukannya ganggu saya pun nanti,”kata G.O.

“Aish awak ni.Kalau Rain sunbaenim tahu,mesti dia marah. Saya tak nak tengok awak kena marah nanti,”kata Victoria,tidak bersetuju dengan cadangan G.O itu.G.O mengeluh perlahan.Sebenarnya dia sudah menjangkakan jawapan daripada Victoria.

“Saya rasa…saya nak beritahu Rain Hyung pasal hal kita berdua,”kata G.O.Victoria menghentikan kerjanya itu sebaik sahaja G.O menghabiskan kata-katanya.

“Apa?”

“Saya nak beritahu Rain Hyung pasal hal kita.Saya tak nak rahsiakan hal ni daripada dia lagi.Saya dah bersedia untuk terima apa saja keputusan dia,”kata G.O lagi.Hati Victoria mulai berasa tidak senang.Dia mulai teringatkan akan pertemuannya dengan Rain dahulu.

 

“Putuskan hubungan awak dengan ByungHee.”

 

“Awak yakin dengan keputusan awak?” Soal Victoria,inginkan kepastian.G.O memandang ke arahnya.

“Awak yakin yang dia akan terima hubungan kita dengan mudah sedangkan awak sendiri cakap yang awak tak boleh bercinta selagi awak terikat dengan kontrak JTC?”Soal Victoria lagi.

“Saya dah lama fikirkan hal ni,Vic.Saya rasa saya perlu beritahu dia.Kalau dia nak halang hubungan kita,saya tetap akan pertahankan.Saya dah bersedia,”kata G.O,nekad dengan keputusannya itu.Victoria kemudiannya memegang tangannya dengan erat.

“Apa maksud awak dengan pertahankan hubungan kita?” Soal Victoria,bimbang.G.O sekadar tersenyum.

“Awak tak perlu risau apa-apa.Saya yakin yang Rain Hyung boleh faham kalau saya berikan penjelasan yang betul kepada dia,”kata G.O.

“Saya tak nak awak buat sesuatu yang kurang bijak,G.O.Saya tak nak awak lepaskan cita-cita awak semata-mata untuk pertahankan hubungan kita.Saya tak nak diri saya menjadi penghalang kepada cita-cita awak,”kata Victoria,bersungguh-sungguh. G.O tertawa kecil.

“Kenapa awak boleh fikir macam tu pula,Victoria?”Soal G.O.Victoria tidak terus menjawab pertanyaan lelaki itu.Perlahan-lahan,dia melepaskan tangannya daripada G.O.

“Saya Cuma terfikir macam tu. Dan saya tak nak semua tu berlaku,”kata Victoria,tanpa memandang ke arah G.O.

“Saya takkan buat macam tu.Saya janji,”kata G.O,sekali lagi mencapai tangan teman wanitanya itu.Victoria memandang ke arahnya.Victoria kemudiannya menguntum senyuman kepada lelaki itu.

“Kalau Rain Hyung terus membantah hubungan kita berdua, saya akan buktikan kepada dia yang saya tetap boleh menjadi MBLAQ G.O yang Berjaya walaupun saya bercinta dengan awak. Saya nak buktikan kepada dia yang cinta itu bukannya penghalang untuk saya teruskan impian saya,” kata G.O penuh yakin.

“Asalkan awak akan terus setia bersama dengan saya…saya yakin yang saya boleh Berjaya,”kata G.O lagi sebelum dia mencium lembut tangan Victoria. Victoria menahan sebak mendengar kata-kata G.O yang kedengaran ikhlas terhadapnya itu. G.O tersenyum.

“Walau apa pun terjadi…saya harap yang awak takkan tinggalkan saya,Vic.Sebab saya betul-betul sayangkan awak…lebih daripada yang awak sangkakan,”kata G.O.

“Saya janji,”balas Victoria sambil mengeratkan pegangan tangan G.O terhadapnya itu. Senyuman G.O semakin lebar.

“Nampaknya kita kenalah habiskan lebih banyak masa bersama sebelum saya bertolak ke Jepun nanti,”kata G.O. Kening kanan Victoria terangkat.

“Wae?” Soal Victoria.

“Takut saya rindu dekat awak nanti,”kata G.O sambil mencuit hidung Victoria.Victoria tersenyum. Victoria terus memandang ke arah G.O.

“Walaupun saya boleh rasakan jawapan Rain sunbaenim, saya tetap yakin dengan awak,ByungHee.Walau apa pun terjadi, saya akan tetap bersama awak.” Bisik hatinya.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/