Chap 8

Hate You Love You

Bilik Latihan, JTune Camp

 

“Lagi sekali!”

Kedengaran keluhan berat terkeluar dari mulut Mir sebaik sahaja mendengar arahan daripada guru tarinya.

“Wae?” Soal Kay,selaku guru tari yang bertanggungjawab dalam melatih anak-anak didik bintang terkemuka Korea , Rain , itu.Mir memandang ke arahnya sambil tersenyum sumbing.

“Tak ada apa-apa,Hyung.Jom kita teruskan,”kata Mir.Kay mengalihkan pandangannya daripada MBLAQ sebelum dia menumpukan perhatian terhadap gerak langkah MBLAQ itu.

“3,4...”

Mereka meneruskan latihan sehingga jarum jam menunjukkan pukul 9 malam.

“Okey.Latihan kita tamat untuk hari ni.Esok kita sambung macam biasa,okey?” Kata Kay sambil mengambil beg galasnya yang berada di atas lantai itu.

“Oh...Hyung...esok tak bolehkah bagi kami berehat?Penatlah Hyung,”kata  Mir sambil mengurut-urut kakinya yang terasa letih itu.

“Suka hatilah.Tapi nanti kamu jawablah dengan Rain Hyung,”balas Kay,selamba sambil tersenyum.

“Ah...Hyung~~~~” Rintih Mir.

Kay sekadar tersenyum melihat telatah Mir yang kebudak-budakkan itu.

“Kay Hyung,gomawo.Kita jumpa esok,”kata SeungHo sambil menundukkan sedikit tubuhnya ke arah Kay.Kay tersenyum sebelum dia beredar meninggalkan anak-anak muda itu di situ.Sebaik sahaja Kay beredar dari bilik latihan itu,SeungHo menoleh semula ke arah rakan-rakannya yang sedang berehat itu.

“Kamu semua tak nak balik lagikah?Esok kan kita ada kelas lagi,”kata SeungHo,bersiap sedia untuk beredar dari situ.

“Kami nak baring-baring dululah,Hyung.Penat sangat ni,”kata Cheondung sambil membaringkan dirinya di atas lantai.Begitu juga dengan Joon dan Mir.SeungHo kemudiannya memandang ke arah G.O yang sedang duduk di atas lantai sambil meneguk air itu.

“ByungHee yah...jom?” Soal SeungHo.

“Okey,kejap,”kata G.O,bersedia untuk bangun.Namun tindakannya terhenti apabila dia merasakan kakinya kebas,menyukarkannya untuk bergerak.SeungHo segera berjalan mendekati lelaki itu.

“Gwenchana?” Soal SeungHo,cuba membantu lelaki itu untuk berdiri.

“Rasa kebas sikit,”kata G.O,gigih untuk berjalan.

“Hyung tak warm up dulukah tadi?” Soal Joon sambil menoleh ke arah G.O yang sedang dipapah oleh SeungHo itu.G.O tidak segera menjawab.

“Tak apalah.Jom aku hantarkan kau balik,”kata SeungHo,sambil memapah G.O keluar dari bilik latihan itu.

 

 

Rumah Agam Keluarga Jung

 

“Kaki cramp lagi la tu?” Soal Sung Je sambil membantu SeungHo yang sedang memapah G.O masuk ke dalam rumah itu.

“Sikit saja,Hyung.Taklah sakit sangat,”kata G.O yang kini sudah pun duduk di atas sofa itu.Sung Je sekadar mencebik.

“Gomawo,SeungHo.Aku dah menyusahkan kau pula malam ni,”kata G.O sambil memandang ke arah SeungHo.

“Ceit...tak ada apa yang menyusahkanlah.Em...okeylah,aku balik dulu,”kata SeungHo,bersiap sedia untuk beredar dari situ.Namun,niatnya tertangguh seketika apabila matanya menangkap suatu kelibat yang berada tidak jauh dari situ.Dahinya berkerut,cuba mengecilkan matanya untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas.G.O turut melihat ke arah yang sama.

“Wae?” Soal G.O.

“Em...kenapa aku rasa aku macam nampak Victoria ekh?” Soal SeungHo,inginkan kepastian.G.O menelan air liurnya.

“Eh...mana ada.Kau silap tengok ni.Hahahaha,”kata G.O sambil menoleh ke arah yang sama.Pasti Victoria sedang bersembunyi dari pandangan SeungHo ketika itu.

“Yelah.Aku rasa aku salah tengok.Takkanlah dia boleh ada dekat sini pula kan,”kata SeungHo sambil menggosok lehernya.G.O sekadar tersenyum.

“Okeylah.Aku balik dulu.Jumpa esok,”kata SeungHo,sebelum beredar meninggalkan rumah agam G.O itu.

 

“ByungHee boleh jalan tak ni?Nak Hyung papahkan ke bilik?” Soal Sung Je yang sedang menonton televisyen itu.

“Tak payah.ByungHee boleh jalan sendiri,”kata G.O,menolak baik pertolongan daripada abangnya itu.

“Arasso.Hyung nak naik atas dulu,”kata Sung Je,sambil menutup televisyen dengan alat kawalan jauh itu.Sebaik sahaja SungJe sudah beredar,G.O menoleh ke arah sekeliling.Dia cuba mencari kelibat Victoria.

“Victoria!”

Nama gadis itu dipanggilnya.Tidak lama selepas itu,kelihatan gadis itu muncul di ruang tamu.

“SeungHo...”

“Dia dah balik dah,”kata G.O.Kelihatan Victoria melepaskan nafas lega.

“Nasib baik saya sempat menyorok.Kalau tak...habis,”keluhnya.G.O sekadar tersenyum.Victoria memandang ke arahnya.

“Ada apa pula ni?” Soal Victoria.

“Awak masih bencikan saya?” Soal G.O sambil tersenyum.Victoria mencebik.

“Kalau awak tak ada apa-apa,saya nak ke dalam dulu.Ada kerja lain yang nak disiapkan sebelum saya balik,”kata Victoria,malas untuk melayan kerenah nakal lelaki itu.

“Bawakan saya ke bilik,”kata G.O,segera menghalang gadis itu daripada beredar.Victoria menoleh ke arahnya.

“Bwo?”

Victoria terkejut mendengar kata-kata G.O itu.

“Bawakan saya ke bilik.Kaki saya cramp ni.Macam mana nak jalan,”kata G.O,mengulangi kata-katanya.

“Tapi...tadi...abang awak kan...”

“Ala suka hati sayalah saya nak siapa yang papahkan saya ke bilik.Boleh awak papahkan saya ke bilik,Victoria ssi?” Soal G.O sambil mengerdipkan matanya berkali-kali.Victoria melepaskan keluhan berat.

 

 

Victoria membantu G.O duduk di atas katilnya.

“Gomawo,”ucap G.O sambil tersenyum.Victoria mendengus kasar.

“Beratlah awak ni.Penat saya papah awak tahu tak?” Balas Victoria,tidak puas hati.

“Awak tu lagi berat,”ngomel G.O,perlahan.Victoria membulatkan matanya.

“Apa awak cakap?” Soal Victoria.

“Aniyo,”balas G.O,sambil memuncungkan mulutnya.Victoria mencebik.

“Cramp lagikah kaki awak tu?” Soal Victoria,sambil melihat ke arah kaki G.O.G.O turut memandang ke arah kakinya.

“Em...sikit,”balas G.O.

“Awak duduk dekat sini.Saya pergi ambilkan ubat,”kata Victoria,sebelum beredar meninggalkan G.O di dalam biliknya.G.O sekadar menguntum senyuman manis sebaik sahaja gadis itu beredar meninggalkan biliknya.

 

“Saya...saya bencikan awak...”

 

G.O tersenyum lagi apabila mengingatkan kembali kata-kata Victoria terhadapnya sebelum ini.

“Kita akan tengok sejauh mana kebencian awak terhadap saya akan bertahan,”katanya perlahan.

 

 

G.O sekadar memerhatikan Victoria yang sedang meletakkan krim pada kakinya itu tanpa langsung bersuara.

“Victoria...”

Victoria tidak memandang ke arah G.O yang sedang memanggil namanya itu.

“Apa?” Balas Victoria.

“Kenapa awak bencikan saya?” Soal G.O,ingin tahu.Victoria terdiam seketika.G.O pula terus menantikan jawapan daripadanya.

“Entah.”Balas Victoria,pendek.

“Entah?”Balas G.O,tidak percaya.

“Takkan tak ada alasan langsung kot?” Soal G.O lagi.

“Tak semestinya semua benda mesti ada sebabkan.Suka hati sayalah saya nak benci awak sebab apa,”balas Victoria,masih lagi tidak memandang ke arah G.O.

“Mungkin juga sebenarnya awak sedang cuba menafikan perasaan awak sendiri,kan?” Soal G.O,sambil tersenyum nakal.Victoria pula masih lagi seperti tadi.Perlahan-lahan,G.O mendekatkan bibirnya pada telinga Victoria.

“Sebenarnya...awak sukakan saya kan?”Soal G.O,separuh berbisik.Mata Victoria membulat sebaik sahaja mendengar kata-kata G.O itu.G.O pula tersenyum apabila menyedari wajah Victoria yang berubah merah itu.

“Betullah tu.Muka awak dah menjawab semua pertanyaan saya,”kata G.O,sengaja mengusik.Victoria kemudiannya mencubit paha G.O dnegan kuat.

“Argh!!!!” G.O mengaduh kesakitan sambil menggosok pahanya yang dicubit itu.

“Sebab tu saya menyampah tengok muka awak.Bencilah!” Kata Victoria,sebelum dia beredar meninggalkan G.O di situ.Namun,langkahnya terhenti apabila tubuhnya dirangkul dari belakang.Victoria terkejut apabila mendapati tubuhnya sedang dipeluk dengan erat oleh lelaki itu.

“Ka..kaki awak...”

“Dah tak sakit dah sebenarnya,”balas G.O,selamba.

“Yah!”

“Shhh...” G.O meletakkan jarinya pada bibir Victoria.Dia memandang ke arah Victoria yang sedang dipeluknya melalui cermin di hadapannya itu.Begitu juga dengan Victoria.G.O sekadar tersenyum.

“Wae?” Soal G.O,separuh berbisik.Matanya terus tertumpu ke arah mata Victoria menerusi cermin itu.

“Kenapa awak bencikan saya?Apa yang saya dah buat sampai awak bencikan saya?” Soal G.O sambil menyelak rambut Victoria yang menutupi lehernya itu.Perlahan-lahan,dia mendekatkan bibirnya pada leher Victoria,sebelum dikucupnya lembut.Victoria memejamkan matanya dengan rapat.

“Wae?” Soal G.O lagi.

“Lepaskan saya,”kata Victoria.G.O tersenyum sinis.

“Ani...saya takkan lepaskan awak sehinggalah awak jawab soalan saya,”bisik G.O lagi.

“G.O...tolong...lepaskan saya,”rayu Victoria,berusaha untuk melepaskan dirinya daripada pelukan lelaki itu.Namun ternyata lelaki itu tetap berdegil untuk melepaskannya pergi.Dia memandang ke arah G.O melalui cermin di hadapannya itu.

“Saya...saya benci..saya benci awak sebab...”Jantung Victoria berdegup pantas sebaik sahaja matanya bertembung dengan mata G.O yang redup itu.

“Saya..”Lidahnya menjadi kelu.G.O pula terus merenung ke arah anak matanya.

“Saya...”

Deringan telefon bimbitnya telah menyelamatkannya daripada tenungan mata G.O yang tajam itu.Cepat-cepat dia melepaskan dirinya daripada G.O sebelum dia menjawab panggilan telefon bimbitnya itu.

“Ada apa?” Soal Victoria,sambil membetulkan rambutnya.G.O sekadar memerhati.

“Em...Noona dah nak baliklah ni.”

“Okay,bye,”kata Victoria sambil menamatkan panggilan telefonnya.Kedengaran dia berdehem beberapa kali.

“Saya...saya nak balik dulu,”kata Victoria.

“Saya hantarkan,”kata G.O.

“Tak...tak apa.Saya boleh balik sendiri.Awak berehat saja dekat rumah,”kata Victoria,segera beredar dari bilik G.O itu.G.O melepaskan keluhan berat.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/