Chap 24

Hate You Love You

Sekolah Menengah Tinggi Seoul

 

“Awak dah nak balik dah?” Soal Yi Young,hairan melihat Victoria yang sedang mengemas barangnya di atas meja itu.Lazimnya gadis itu akan menghabiskan masanya sebentar di bilik persatuan pelajar sebelum bergerak pulang ke rumah.

“Saya ada hal sikit petang ni.Jadi saya mesti balik awal,”kata Victoria,tanpa menoleh ke arah Yi Young yang sedang memerhatikannya itu.Yi Young kemudiannya menoleh ke arah YongHwa,cuba meminta penjelasan.Namun lelaki itu kelihatan sedang sibuk menyiapkan kerjanya di tempat duduknya itu.YongHwa kemudiannya menoleh ke arah Victoria apabila menyedari gadis itu sudah siap sedia untuk beredar dari situ.

“Victoria,”panggilnya.Victoria menoleh ke arahnya.

“Betul awak tak nak saya temankan awak?” Soal YongHwa,inginkan kepastian.Victoria tersenyum ke arahnya.

“It’s okay.Lagipun bukannya saya tak biasa pergi sana seorang diri,”balas Victoria,menolak baik pertolongan YongHwa itu.

“Okay.Tapi kalau ada apa-apa nanti,beritahu saya,”kata YongHwa,tidak terus memaksa Victoria untuk menerima bantuannya itu.Victoria kemudiannya tersenyum sambil mengangguk.

“Yi Young ah...saya balik dulu,okey?Jumpa awak esok,”kata Victoria sambil menepuk lembut bahu Yi Young sebelum dia beredar dari situ.

“Okay.Hati-hati,”kata Yi Young.Sebaik sahaja kelibat Victoria hilang dari pandangan matanya,dia segera menoleh ke arah YongHwa.YongHwa turut memandang ke arahnya.

“Victoria nak pergi mana?”Soal Yi Young,ingin tahu.YongHwa sekadar tersenyum sambil menjungkit bahunya.

“Yah!”

YongHwa sekadar tersenyum sebelum dia mengalihkan perhatiannya ke arah kerjanya semula.

 

 

Hospital N

 

“ByungHee yah~~”

Victoria memanggil G.O sebaik sahaja dia membuka pintu masuk bilik rawatan yang menempatkan G.O itu.Senyumannya kian lebar apabila melihat G.O yang sedang mengemaskan barangnya di dalam bilik itu.

“Victoria.”

G.O tersenyum lebar melihat kehadiran Victoria di situ sebelum dia berjalan ke arah gadis itu.Perlahan-lahan,tubuh gadis itu dipeluknya dengan erat.Victoria turut tersenyum sambil membalas pelukan lelaki itu terhadapnya.

“I miss you so much,”bisik G.O sambil memperkemas pelukannya terhadap Victoria itu.

“Sebab tu saya datang.Saya nak jemput awak balik ke rumah,”kata Victoria,membiarkan dirinya dipeluk erat oleh G.O.G.O kemudiannya melepaskan pelukannya sebelum dia memandang ke arah Victoria.Victoria turut memandang ke arahnya.Matanya terbuka luas apabila G.O mengucup bibirnya secara tiba-tiba.

“Yah...Jung ByungHee...”

G.O memandang ke arahnya.

“Hm?” G.O tersenyum ke arahnya.Victoria kemudiannya turut membalas senyumannya sebelum dia memeluk leher lelaki itu.Perlahan-lahan,dia menarik lelaki itu ke arahnya sebelum dikucupnya bibir G.O dengan lembut.

“Awak dah makan?” Soal Victoria,masih memeluk leher lelaki itu sambil tersenyum.

“Belum.Sebab saya nak tunggu awak,”kata G.O,cuba untuk mendekatkan wajahnya ke arah Victoria semula namun tindakannya itu dihalang oleh Victoria.

“Saya belikan awak makanan.Lepas tu baru kita balik,okey?”Soal Victoria.

“Tak payahlah.Saya tak lapar.Saya Cuma tak sabar nak balik saja ni,”kata G.O,tidak bersetuju.

“Awak pun tak siap berkemas lagi.Macam mana nak balik?” Balas Victoria.G.O memuncungkan mulutnya.Victoria tersenyum melihat telatah G.O yang kelihatan comel itu.

“Awak siap-siap dulu.Saya belikan makanan untuk awak,okey?”Kata Victoria.G.O angguk perlahan,terpaksa mengalah.Perlahan-lahan,dia melepaskan tangan Victoria.

“Nanti saya datang balik,”kata Victoria sambil tersenyum,sebelum dia beredar meninggalkan G.O di dalam bilik itu.Victoria kemudiannya menutup pintu itu dengan rapat sebelum dia memusingkan tubuhnya ke belakang.Langkahnya terhenti apabila melihat Rain yang sedang berdiri di belakangnya itu.

“Er...annyeong...”Ucap Victoria,sambil menundukkan sedikit tubuhnya ke arah Rain.Rain sekadar memandang ke arahnya tanpa bersuara.Victoria pula cuba menyembunyikan perasaan gementarnya ketika itu.

 

 

 

Victoria menundukkan wajahnya di hadapan Rain.Minuman yang berada di hadapannya itu langsung tidak disentuhnya.

“Saya tahu...awak bukan sekadar kawan kepada ByungHee.Am I right?” Soal Rain,perlahan.Dia memandang tepat ke arah Victoria di sebalik kaca mata hitamnya itu.Victoria tidak langsung menjawab pertanyaan Rain itu.Fikirannya buntu.Perlukah dia mengiyakan pertanyaan lelaki itu ataupun sebaliknya?

“Saya...”

“ByungHee...dia pernah beritahu impiannya kepada saya sewaktu dia mula-mula menjejakkan kaki ke Jtune Camp untuk menjadi salah seorang daripada anak didik saya.”

Rain memintas kata-kata Victoria sebelum gadis itu sempat menghabiskan kata-katanya itu.Victoria memandang ke arahnya.

“Walau apa pun terjadi,dia tetap akan pastikan impiannya untuk menjadi bintang terkenal tercapai.Dia mahu buktikan kepada ayah dia yang boleh berjaya dengan usaha dan bakat dia sendiri.Dia tak mahu hidupnya dikawal seperti yang berlaku terhadap abangnya,SungJe.Awak mesti tahu pasal tu kan?” Soal Rain.Victoria tidak membalas kata-katanya.Rain menyandarkan tubuhnya sambil berpeluk tubuh.Matanya masih tidak lepas dari memandang ke arah Victoria.

“Dan saya dah berjanji yang saya akan bantu dia untuk pastikan apa yang dia impikan tu tercapai.Oleh sebab tu...” Rain memandang ke arah Victoria.Begitu juga dengan Victoria.

“...Saya tak nak sesuatu perkara berlaku yang boleh menghalang saya untuk membantu ByungHee dapatkan apa yang dia inginkan selama ni.”

“Jadi...” Rain menanggalkan cermin mata hitamnya sambil memandang ke arah Victoria.

“...Putuskan hubungan awak dengan ByungHee.”

Victoria terkejut mendengar kata-kata Rain itu.Jantungnya bagaikan ditikam oleh sebilah belati yang tajam sebaik sahaja mendengar Rain menghabiskan kata-katanya itu.

“Saya nak awak putuskan hubungan awak dengan ByungHee sebelum semuanya terlambat.Saya yakin...awak mesti nak tengok ByungHee berjaya...kan?” Soal Rain.Lidah Victoria kelu seribu kata sebaik sahaja mendengar kata-kata Rain itu.

“Wae?Berat sangatkah permintaan saya?Permintaan saya ni...bukan untuk kepentingan diri saya sendiri.Tapi untuk ByungHee.Saya tak nak hubungan cinta awak berdua menganggu tumpuan ByungHee terhadap kerjayanya.”Kata Rain lagi.Victoria masih lagi membisu.Ternyata hatinya berat untuk menerima permintaan daripada lelaki itu.

“Saya tahu...saya tak ada hak nak masuk campur dalam hal peribadi awak.Cuma saya rasa...sekarang bukan waktu yang sesuai.MBLAQ perlukan ByungHee...dan ByungHee perlukan MBLAQ.Saya pernah lalui apa yang ByungHee rasa sebelum ni.Saya juga pernah bercinta...tapi demi kerjaya...saya terpaksa korbankan.Bukan saya tak percaya pada cinta...Cuma saya tak nak orang yang saya cintai...menderita kerana mencintai saya.Saya yakin saya akan temui juga dengan cinta sejati saya...Cuma belum tahu bila waktunya,”kata Rain.Victoria menundukkan wajahnya perlahan-lahan.Perbualan mereka terganggu apabla telefon bimbit Victoria berdering.Dia memandang sekilas ke arah Rain sebelum dia menjawab panggilan telefonnya itu.

“Awak dah siap kemas dah?Orang ramai dekat kafe ni...sebab tu saya lambat.Em..nanti saya datang,okey?” Kata Victoria sebelum dia menamatkan perbualannya dengan G.O.Rain sekadar memandang ke arahnya.

“Maafkan saya.Tapi...saya terpaksa pergi sekarang,”kata Victoria.

“Saya Cuma harap yang awak boleh faham,”kata Rain sebelum dia bangun dari tempat duduknya.Lelaki itu kemudiannya beredar meninggalkan Victoria di situ tanpa menyedari air mata Victoria yang sedang mengalir itu.

 

 

“Lamanya awak pergi beli makanan,”kata G.O sebaik sahaja melihat Victoria yang sedang berjalan ke arahnya itu.Victoria sekadar menguntum senyuman hambar kepadanya.

“Kan saya dah cakap kat kafe ada ramai orang tadi,”kata Victoria sambil meletakkan beg kertas berisi makanan di atas meja.Kelakuannya terhenti seketika apabila mendapati tubuhnya yang sedang dipeluk oleh G.O dari belakang itu.G.O meletakkan dagunya di atas bahu Victoria sambil mengeratkan pelukannya terhadap wanita itu.

“ByungHee yah~~”

“Saya rindukan awak,”kata G.O.Victoria tersenyum sambil menyentuh lengan G.O yang melingkari pinggangnya itu.

“Tadi kan awak dah cakap yang awak rindukan saya?”Soal Victoria.

“Sebab saya rindukan awak sangat sangatlah saya rasa macam nak cakap banyak kali,”balas G.O.

“Awak tak rindukan sayakah,Vic?” Soal G.O.

“Mestilah saya rindu...Cuma saya malas nak cakap saja,”balas Victoria.G.O tersenyum lebar.

“Saya cintakan awak...”Ucap G.O,perlahan.Senyuman Victoria mengendur.

 

“...Putuskan hubungan awak dengan ByungHee.”

 

“Em...ByungHee yah...”

“Ya?”

“Betulkah...yang awak sanggup buat apa sahaja demi cinta awak terhadap saya?”Soal Victoria.

“Kan saya dah cakap dekat awak sebelum ni...demi awak...saya sanggup langgar perjanjian saya dengan Jtune Camp.Awak dah lupa?” Soal G.O pula,tanpa mengesyaki apa-apa.

“Macam mana kalau mereka tahu yang awak langgar kontrak?Apa yang akan terjadi kepada awak nanti?” Soal Victoria.G.O memusingkan tubuh Victoria bagi membolehkannya untuk menatap wajah teman wanitanya itu.

“Wae?Kenapa tiba-tiba awak tanya saya macam ni?” Soal G.O.

“Saya Cuma nak tahu...”Balas Victoria.G.O tersenyum sambil mengusap lembut pipi gebu gadis itu.

“Kalau mereka tahu pun...tak ada apa yang boleh dibuat.Bukannya kesalahan berat pun.Saya Cuma jatuh cinta dengan awak...tak salahkan?Lagipun...sejak kita dah mula bercinta ni...awak banyak bagi inspirasi kepada saya untuk menghasilkan lebih banyak lagu.Bukankah itu perkara yang baik?” Soal G.O sambil mencuit hidung Victoria.Victoria tersenyum.

“Awak jangan risau.Tak ada apa yang akan jadi.Saya Cuma bercinta ... bukannya buat kesalahan berat pun,”kata G.O sambil menggenggam erat tangan gadis itu.Victoria memandang ke arah tangannya yang berada dalam genggaman lelaki itu.

“Cuma saya mengharapkan yang...awak akan sentiasa berada di sisi saya.Itu saja...”Kata G.O sambil memandang tepat ke arah Victoria.Victoria turut memandang ke arahnya.G.O kemudiannya tersenyum sebelum dia menghadiahkan kucupan pada dahi teman wanitanya itu.

 

 

Rumah Agam Keluarga Jung

 

“Oppa!”

Laung Su Ji sebaik sahaja melihat G.O yang sedang melangkah masuk ke dalam ruang tamu bersama Victoria itu.Su Ji segera berjalan ke arah G.O.

“Oppa betul-betul dah okeykah ni?” Soal Su Ji.

“Kalau tak okey pun...oppa akan keluar juga.Bosanlah duduk sana,”kata G.O.Su Ji mencebik.

“Bosan konon.Takkanlah rasa bosan lagi kalau Victoria unni temankan oppa tiap-tiap hari?Kan unni?” Soal Su Ji.

“Aish...sibuk sajalah.Dahlah pergi masuk bilik,”kata G.O.Su Ji menjelir lidah ke arahnya sebelum dia beredar meninggalkan G.O dan Victoria di situ.

“Awak duduklah dulu.Biar saya bawakan beg awak ke bilik,”kata Victoria.Namun belum sempat dia melangkah,tangannya digenggam erat oleh G.O.Victoria memandang ke arahnya.

“Tak payahlah.Awak duduklah sekali dengan saya,”kata G.O.Victoria tersenyum.

“Awak dah lupakah,ByungHee?Saya kan pekerja awak dekat rumah ni.Nak tak nak saya mesti buat kerja saya.Saya tak nak gaji saya dipotong nanti,”kata Victoria,seraya berseloroh.

“Saya tak akan potonglah gaji awak.Malah saya akan naikkan gaji awak kalau awak selalu temankan saya dekat rumah ni,”kata G.O.

“Eee...gatal.Dah...saya nak buat kerja.Nanti saya datang balik,”kata Victoria,melepaskan tangannya daripada genggaman G.O.G.O sekadar ketawa sambil melihat Victoria yang sedang berjalan menuju ke arah tangga itu.

 

 

“Yah Jung ByungHee.”

G.O menoleh sebelum dia tersenyum melihat YongHwa yang sedang berjalan ke arahnya itu.

“Gwenchana?” Soal YongHwa sambil melabuhkan punggung di sebelah G.O.

“Aku okey.Dah tak sakit dah,”kata G.O.YongHwa tersenyum.Mereka terdiam untuk seketika sebelum YongHwa memulakan perbualannya dengan G.O semula.

“Aku...aku tak tahu kalau aku patut cakap pasal hal ni dengan kau atau pun tidak,”kata YongHwa,perlahan.G.O menoleh ke arahnya.YongHwa melihat ke arah sekeliling,untuk memastikan Victoria tidak berada di situ.

“Pasal apa?” Soal G.O,ingin tahu.YongHwa memandang tepat ke arah G.O.

“Pasal kemalangan kau dekat sekolah minggu lepas,”kata YongHwa.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/