Chap 14

Hate You Love You

Gwang Jang Market

 

Victoria berasa janggal apabila berjalan berdua-duaan dengan G.O di Gwang Jang Market itu.Apatah lagi apabila G.O memilih untuk memakai baju sejuk beserta hoodie berwarna hitam serta bercermin mata hitam.Pastinya dia enggan dirinya dikenali oleh orang ramai di tempat itu.

“Kenapa dengan awak ni?Senyap saja,”soal G.O sambil melihat kepelbagaian makanan yang dijual di situ.

“Tak ada apa-apa nak cakap dengan awak.Sebab tu saya diam saja,”kata Victoria,turut menumpukan perhatian terhadap makanan-makanan lazat yang dijual di Gwang Jang Market itu.Dia cuba berlagak biasa dengan lelaki itu.Semestinya dia tidak mahu kelakuannya yang mencium G.O secara senyap itu diketahui oleh lelaki itu.Mengenangkan saja perbuatannya itu sudah cukup membuatkan wajahnya berubah merah.Minta-mintalah dia langsung tak tahu pasal hal tu...

“Kenapa tiba-tiba awak ajak saya datang sini?” Soal Victoria.

“Saja.Saya nak habiskan masa berdua dengan awak,”jawab G.O,selamba.Bibirnya tersenyum puas.

“Tapi kitakan dah selalu jumpa.Awak tak bosankah?” Soal Victoria.

“Tak.Lagipun ramai orang.Saya tak ada privasi nak bersama dengan awak,”kata G.O seraya mengusik.Victoria segera menepuk lengan G.O , membuatkan lelaki itu ketawa.Perbualan mereka yang agak lantang itu membuatkan diri mereka diperhatikan beberapa pengunjung yang berada di situ.Victoria kemudiannya segera mencapai tangan G.O sebelum dia menarik tangan lelaki itu,untuk beredar dari situ.G.O tergamam dengan tindakan gadis itu.Genggaman tangan Victoria terhadap tangannya begitu erat,seolah-olah tidak mahu melepaskannya pergi.Perlahan-lahan,bibirnya menguntum senyuman manis.

“Kita nak pergi mana ni?” Soal G.O,masih lagi membiarkan tangannya dipegang oleh Victoria.Victoria yang tidak menyedari akan tindakan spontannya itu terus menggenggam tangan G.O dengan erat.

“Awak cakap kuat sangat.Semua orang dengar,”balas Victoria,tidak puas hati.

“Tapi kalau awak pegang tangan saya kuat-kuat,tak apa pula?” Soal G.O.Langkah Victoria terhenti.Perlahan-lahan,dia melihat ke arah tangannya yang sedang menggenggam erat tangan G.O itu.Tanpa berfikir panjang lagi,dia terus melepaskan genggaman tangannya terhadap tangan G.O itu.

“Kenapa awak lepaskan?”Soal G.O,tidak puas hati.

“Jangan nak ambil kesempatan pula ekh?”Balas Victoria.G.O melepaskan ketawanya.

“Siapa yang ambil kesempatan sebenarnya ni?Ada saya sentuh-sentuh awak tadi?Tak ada kan?Awak yang suka-suka nak pegang tangan saya tadi,”kata G.O.Wajah Victoria terasa hangat mendengar kata-kata G.O itu.Lidahnya menjadi kelu untuk membalas kata-kata lelaki itu.

“Ish,bisinglah awak ni!”

Victoria meneruskan langkahnya,membiarkan G.O di belakang.G.O sekadar ketawa kecil melihat Victoria yang kian menjauhinya itu.Cepat-cepat dia mengekori gadis itu dari belakang.

“Janganlah tinggalkan saya.Nanti kalau terpisah,kan susah,”kata G.O,sebaik sahaja berjaya menghampiri gadis itu dari belakang.Victoria tidak membalas.Malas untuk melayan kerenah lelaki itu.Perlahan-lahan,G.O mencapai tangan Victoria sebelum digenggamnya erat.Victoria menoleh ke arahnya.

“Yah,G.O.”

“Kat luar ni sejuk.Nanti awak demam,siapa yang nak belikan cappuccino untuk saya nanti?”Soal G.O.Victoria membisu.G.O kemudiannya memasukkan tangan Victoria yang dipegangnya itu ke dalam poket baju sejuk yang terletak pada bahagian depan bajunya itu.Jantung Victoria berdegup kencang sebaik sahaja tubuhnya bersentuhan dengan tubuh G.O.G.O pula sekadar tersenyum apabila Victoria langsung tidak membantah akan tindakannya itu.

“Em...apa yang kita nak makan hari ni ekh?” Soal G.O sambil melihat sekeliling Gwang Jang Market itu.Victoria pula sekadar membisu.

“Awak nak makan apa,Victoria?” Soal G.O,sambil menoleh ke arah Victoria.

“Tak kisah.Ikut suka awaklah,”kata Victoria,perlahan.

“Okey.Kalau macam tu...kita makan bindaetteok dulu.Boleh?” Soal G.O,menyuarakan pendapatnya.Victoria sekadar mengangguk.

 

Mereka terus berjalan berdua-duaan sambil menikmati pelbagai jenis makanan yang terdapat di GwangJang Market itu.Perbualan mereka kian rancak tanpa mereka sedari.Victoria juga tidak segan untuk ketawa apabila mendengar jenaka G.O yang kedengaran lucu padanya itu.Tanpa dia sedari,dia sudah pun berasa selesa apabila berada di sisi lelaki itu.

 

“Oh...jadi sampai sekarang abang awak dah tak berhubung dengan teman wanita dia lagi?” Soal Victoria sebelum dia menghirup jus yang berada dalam pegangannya itu.G.O menggeleng sebagai menjawab pertanyaan gadis itu.Victoria memuncungkan mulutnya,simpati dengan kisah cinta SungJe yang tidak kesampaian itu.

“Sebab tulah awak tak minat dengan bisnes keluarga awak?Sebab awak tak nak dikongkong oleh keluarga awak,kan?” Soal Victoria lagi.

“Tengok kehidupan SungJe Hyung yang dikawal ketat tu pun,saya dah tak sanggup.Kalau perkara tu terjadi kepada saya,saya rela keluar dari rumah tu,”kata G.O.

“Wah,berani betul awak ni kan.Keras kepala mengalahkan batu,’kata Victoria.G.O tersenyum.

“Nak buat macam mana.Inilah saya.Awak terpaksalah terima hakikat yang boyfriend awak ni seorang yang keras kepala,”kata G.O seraya bergurau.Victoria mencebik.

“Eee..perasannya.Siapalah nak ada boyfriend macam awak,”kata Victoria sebelum dia menjelirkan lidah ke arah lelaki itu.

“Macamlah awak tak pernah nampak saya tolak cinta perempuan lain sebelum ni.Jangan nak cakap ikut sedap mulut saja,”kata G.O sebelum dia mencubit lembut pipi gadis itu.Victoria mengusap pipinya yang dicubit oleh G.O itu.G.O ketawa kecil apabila menerima jelingan tajam dari gadis itu.

“Awak tu yang memilih sangat.Nanti kalau awak betul-betul tak laku nanti baru tahu,”kata Victoria.G.O tersenyum sebelum dia melabuhkan punggung di atas bangku.Victoria turut mengikuti langkahnya.

“Cinta mereka tu fakelah.Mereka bukannya cintakan saya sebab diri saya.Mereka hanya cintakan saya semata-mata populariti saya.Sebab saya ni G.O MBLAQ,bukannya Jung ByungHee.Sebab tu saya tolak,”kata G.O sebelum dia menghirup jus yang sedang dipegangnya itu.

“Macam mana awak tahu mereka ikhlas cintakan awak atau tak?Sekurang-kurangnya awak patut beri mereka peluang kan,”kata Victoria.G.O menoleh ke arahnya.Victoria turut memandang tepat ke arah mata G.O yang redup itu.

“Saya sedang menunggu seseorang.Sebab tu saya tolak cinta mereka mentah-mentah,”kata G.O sambil tersenyum ke arahnya.G.O kemudiannya melihat ke arah tangan mereka yang masih berpegangan itu.Victoria turut melihat ke arah yang sama.

“Saya suka pegang tangan awak.Taklah rasa sejuk sangat,”kata G.O,seolah-olah cuba menukar topik perbualan.Malah dia sengaja mengeratkan lagi genggaman tangannya terhadap tangan Victoria itu.Victoria tersenyum nipis.G.O kemudiannya mengalihkan pandangannya daripada Victoria tanpa melepaskan tangan Victoria yang digenggamnya itu.Victoria pula terus memandang ke arahnya.

“Lepas ni jangan bagi orang lain pegang tangan awak.Saya seorang saja yang boleh pegang tangan awak macam ni,okey?”Soal G.O.

“Kenapa pula?Apa salahnya kalau saya nak biarkan orang lain pegang tangan saya?”Balas Victoria.

“Kan saya dah cakap yang awak ni milik saya?Maknanya saya seorang saja yang boleh pegang tangan awak macam ni,”kata G.O,bersungguh-sungguh.

“Pegang tangan saja kan?Kalau macam tu...kalau benda yang lain saya boleh buatkan?” Soal Victoria,sengaja menguji.G.O memandang tajam ke arah Victoria sebelum dia menguntum senyuman nakal.

“Awak nak saya buat lebih dari tukah?” Soal G.O,separuh berbisik.Dia mengangkat kening kanannya berkali-kali.Victoria menelan air liur.

“Yah!Jangan nak fikir bukan-bukan ekh?”Balas Victoria sambil menolak wajah G.O yang semakin dekat dengannya itu.G.O ketawa terbahak-bahak apabila melihat wajah Victoria yang berubah merah akibat usikannya itu.Victoria mendengus kasar.Jika dia ingin mengusik lelaki itu,pasti dirinya yang akan mengalah akhirnya.G.O memandang ke arahnya sambil tersenyum.

“Saya suka tengok awak marah macam ni.Geram saya tengok,”usik G.O lagi.

“Saya benci awak,G.O,”balas Victoria,tanpa memandang ke arah G.O.

“Saya tahu,”balas G.O pula sebelum dia mengalihkan pandangannya daripada gadis itu.Perlahan-lahan,Victoria menoleh ke arahnya.

 

“Saya sedang menunggu seseorang.”

 

Siapa yang dia tunggu selama ni?Pastinya wanita itu merupakan seorang yang sangat istimewa dalam hidup G.O.Perlahan-lahan,Victoria melepaskan keluhan kecil.

 

G.O memberhentikan keretanya di hadapan pintu pagar rumah Victoria.

“Terima kasihlah sebab sudi bawa saya keluar,”ucap Victoria sambil menanggalkan tali pinggang keledar itu.

“No problem,”kata G.O,sambil tersenyum.Victoria tersenyum sambil membuka pintu kereta lelaki itu.G.O terus memerhatikan Victoria yang sedang berjalan ke arah pintu itu.

“Victoria!”

Victoria menoleh apabila terdengar namanya dipanggil oleh G.O dari belakang.Dia terpana apabila melihat G.O yang sudah pun berdiri di belakangnya itu.Tanpa menunggu lama lagi,lelaki itu mengucup bibirnya dengan lembut.Mata Victoria terbuka luas , terkejut akan tindakan G.O yang tiba-tiba itu.

“Ini balasan atas tindakan awak sebelum ni,”kata G.O,sambil tersenyum.

“Ap...apa maksud awak?” Soal Victoria,mulai panik.Apa yang mahu disampaikan oleh lelaki itu?G.O tersenyum lebar.

“Adalah...”Jawab G.O.

“Yah Jung ByungHee...baik awak cakap.Kalau tak saya .... saya...”

G.O tersenyum.

“Saya apa?Huh?” Soal G.O.

“Saya...”

Victoria terkedu apabila G.O kembali mendekatkan wajah ke arahnya.Victoria berundur beberapa langkah sehingga tubuhnya bersandar pada pintu masuk rumahnya.G.O pula meletakkan kedua-dua tangannya pada pintu itu,bagi memastikan Victoria tidak dapat melepaskan diri daripadanya.

“Apa yang awak nak buat?” Bisik G.O.Jantung Victoria berdegup kencang apabila dia dapat merasakan hembusan nafas G.O yang hangat itu pada lehernya.

“G.O...nanti orang nampak,”kata Victoria,perlahan.Dia langsung tidak berani untuk bertentang mata dengan lelaki itu lagi.

“Kan saya dah cakap...biarkan.Awak tak perlu nak risau apa-apa,”bisik G.O lagi.

“Cepatlah...apa yang awak nak buat?”Soal G.O lagi,masih menantikan jawapan daripada gadis itu sambil mengusap lembut pipi gebu Victoria itu.Victoria menelan air liur sebelum dia memejamkan matanya dengan rapat.Perlahan-lahan,dia memegang wajah G.O supaya bertentang mata dengannya.Agak lama mereka dalam keadaan begitu.

“Saya akan buat macam ni...”

Victoria kemudiannya mendekatkan wajah G.O ke arahnya sebelum dia mencium bibir lelaki.G.O membulatkan matanya,terkejut dengan tindakan Victoria yang langsung tidak dijangkanya itu.Tubuhnya menjadi kaku.Lidahnya menjadi kelu.Victoria kemudiannya menjauhkan jaraknya semula daripada G.O.G.O pula masih lagi kaku seperti tadi.Victoria menahan dirinya daripada tersenyum.

“Awak tak nak balik lagikah?” Soal Victoria,berlagak biasa seolah-olah tiada apa-apa yang terjadi.

“Huh?”

G.O bagaikan langsung tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Victoria itu.Fikirannya masih di awing-awangan.

“Saya tanya...awak tak nak balik lagikah?Dah lewat dah ni,”kata Victoria,sekali lagi mengulangi soalannya.

“Oh...balik...em..saya nak baliklah ni...”Kata G.O,sambil berundur beberapa langkah.Entah mengapa kakinya terasa lemah sehingga membuatkan dia terjatuh di atas tanah.

“Gwenchana?” Soal Victoria,cuba untuk membantu namun dihalang oleh G.O.

“Saya okey...saya okey,”balas G.O,sambil cuba untuk bangun semula.Dia cuba untuk berjalan sambil memegang apa yang ada di situ bagi membolehkannya berjalan dengan betul.Victoria menahan dirinya daripada ketawa.Tidak pernah dia melihat G.O dalam keadaan sebegitu rupa.

“Awak pastikah yang awak boleh memandu?” Soal Victoria.G.O menoleh ke arahnya.

“Bo...bo..boleh,”balas G.O,tergagap-gagap.G.O kemudiannya melangkah masuk ke dalam kereta.

“Hati-hati,”kata Victoria.G.O sekadar mengangguk sebelum dia memandu laju meninggalkan perkarangan rumah Victoria.Victoria ketawa sambil menggelengkan kepalanya apabila mengingatkan kembali kelakuan G.O yang lucu itu sebentar tadi.

“Awak ingat awak seorang saja yang boleh buat saya jadi kaku?Saya boleh buat awak jadi lebih teruk daripada tu,”kata Victoria,puas hati.Namun senyumannya mengendur apabila mengingatkan kembali kata-kata G.O sebentar tadi.

Ini balasan atas tindakan awak sebelum ni.”

 

“Apa maksud dia?Apa yang aku dah buat?” Soal Victoria.

 

 

G.O memberhentikan keretanya di tepi jalan apabila merasakan dia langsung tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pemanduannya itu.Perlahan-lahan,dia menyentuh bibirnya.Dia menelan air liur.

“Dia...dia cium aku?”Soal G.O sendiri,sukar untuk percaya.Sekali lagi dia menelan air liur.

“Dua...dua kali dia cium aku?”Soalnya lagi.Perlahan-lahan,dia tersenyum sebelum dia ketawa kecil.

“Jin..jinja???”Soalnya lagi.Sekali lagi dia ketawa.

“Dua kali?”

G.O kemudiannya ketawa lagi,bagaikan sukar untuk percaya dengan apa yang sudah terjadi itu.Dia kemudiannya bersandar pada tempat duduknya.

"Victoria..."

Dia tersenyum lagi.

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/