Chap 10

Hate You Love You

Sekolah Menengah Tinggi Seoul

 

Seminggu kemudian

 

Victoria menaiki tangga menuju ke arah bumbung bangunan sekolah itu sambil membawa cappuccino panas untuk G.O seperti kebiasaannya.

“G...eh?”

Victoria terkejut apabila mendapati kelibat G.O tidak berada di situ.Dia melihat ke arah sekeliling.Sah!Kelibat G.O langsung tidak kelihatan di situ.

“Ke mana pula lelaki ni pergi?” Soalnya sendiri.Dia kemudiannya memandang ke arah cappuccino yang sedang berada dalam pegangannya itu.

“Tak apalah.Letaklah dulu cappuccino ni dekat sini.Mungkin dia terlambat sikit kot,”kata Victoria sambil meletakkan cappuccino itu di atas bangku sebelum dia beredar dari situ.

 

 

Victoria berasa hairan apabila melihat sekumpulan pelajar perempuan sekelasnya yang kelihatan sedih itu.Perlahan-lahan,dia menyiku lengan Yi Young yang sedang duduk di sebelahnya itu.Yi Young menoleh ke arahnya.

“Kenapa dengan budak-budak tu?Selalu merekalah yang paling bising dalam kelas ni,”bisik Victoria,ingin tahu.Yi Young turut menoleh ke arah sekumpulan pelajar perempuan seperti yang dimaksudkan oleh Victoria itu.Perlahan-lahan,bibirnya menguntum senyuman nipis.

“Oh...manalah tak sedih.MBLAQ oppa kesayangan dah fly ke Jepun sejak semalam,”kata Yi Young.

“Eh?Betulkah ni?” Soal Victoria,terkejut dengan kata-kata Yi Young itu.

“Eh,takkan awak tak tahu?G.O tak cakap apa-apa dekat awakkah?” Soal Yi Young,hairan.Victoria mengerutkan dahinya sebaik sahaja mendengar kata-kata Yi Young itu.

“Buat apa saya nak ambil tahu pasal mereka?Bukannya saya minat sangat pun,”kata Victoria.Yi Young tersenyum sinis.

“Dengar cerita mereka ada dekat Jepun tu mungkin dalam seminggu.Awak betul-betul tak kisahkah kalau tak jumpa dengan G.O untuk seminggu?” Soal Yi Young,sengaja mengusik.Victoria mencebik.

“Tak jumpa terus lagi baguslah,”balas Victoria,selamba.Yi Young tergelak kecil mendengar kata-kata Victoria itu.

“Yalah tu.Kita tengoklah nanti siapa yang rindukan siapa,”kata Yi Young,kembali menyambung kerjanya yang tertangguh untuk seketika itu.Victoria kemudiannya membisu.

“Kenapa dia langsung tak beritahu aku yang dia nak pergi Jepun untuk seminggu?” Bisik hatinya.Sungguh sikap lelaki itu kadang-kadang sukar untuk difahaminya.

 

Victoria kembali menuju ke arah bumbung bangunan sekolah sebaik sahaja waktu sekolah tamat.Cawan kertas yang berisi cappuccino itu masih lagi berada di atas bangku tanpa sedikit pun terusik.Perlahan-lahan,Victoria mengambil semula cappuccino yang sudah sejuk itu.Dia melepaskan keluhan kecil sambil memandang ke arah cappuccino yang sudah sejuk itu.

“Membazir saja aku beli,”ngomelnya perlahan.Penutup cawan itu dibukanya.Perlahan-lahan,dia meneguk cappuccino yang sudah sejuk itu.Dahinya berkerut seribu sebaik sahaja meneguk minuman itu.

“Tak sedap langsung,”katanya sambil menutup semula cawan kertas itu.Sekali lagi dia melepaskan keluhan kecil.Victoria kemudiannya melabuhkan punggung di atas bangku.

“Apa yang dia buat dekat sana?Kenapa sampai seminggu?Kenapa dia langsung tak beritahu aku yang dia nak pergi Jepun?” Soalnya perlahan.Victoria terus memikirkan G.O sepanjang hari itu tanpa dia sedari.

 

 

Rumah Agam Keluarga Jung

 

3 hari berlalu

 

Victoria tetap datang bekerja di rumah agam itu walaupun tanpa kehadiran G.O di situ.Dia terus melakukan kerja rutinnya seperti biasa walaupun dia akui suasana rumah agam itu kelihatan berbeza tanpa lelaki bernama Jung ByungHee itu.Walaupun SungJe mempunyai rupa paras seiras dengan G.O,namun mereka tetap orang yang berbeza.SungJe seorang yang lebih matang dan pendiam jika mahu dibandingkan dengan G.O yang nakal itu.

“Haih..kenapa muram saja ni?”

Victoria menoleh ke belakang apabila terdengar suara SungJe menegurnya dari belakang.Victoria segera mengukir senyuman manis kepada lelaki itu.

“SungJe ssi...”Balas Victoria.SungJe sekadar tersenyum.

“Oppa.”

Victoria memandang ke arahnya.

“Bwo?”

“Oppa.Panggil saya SungJe oppa.Lagipun awak mesti berlatih panggil macam tu untuk bakal abang ipar awak juga kan?” Soal SungJe,sengaja mengusik.Wajah Victoria berubah merah apabila mendengar kata-kata SungJe yang berbaur usikan itu.SungJe pula tertawa kecil.

“Patutlah ByungHee geram sangat dengan awak.Awak ni memang comel,”kata SungJe lagi.

“Aish...” Akhirnya Victoria turut tertawa kecil.

“Kan manis senyum macam ni.Sejak 2-3 hari ni...awak nampak muram saja.Kenapa?Rindukan seseorangkah?”Soal SungJe,ingin tahu.

“Tak adalah.Saya rasa macam biasa saja.SungJe....SungJe oppa saja yang rasa macam tu,”kata Victoria,berasa kekok apabila menggunakan panggilan baru terhadap SungJe itu.

“Jinja?Em...macam susah nak percaya saja,”kata SungJe.Victoria sekadar tersenyum.

“Oh ya...ByungHee langsung tak beritahu awak yang dia akan ke Jepunkan sebelum ni?” Soal SungJe.Perlahan-lahan,Victoria menggeleng.

“Aish budak tu...pergi senyap-senyap pula dia,”kata SungJe,tidak puas hati dengan tindakan G.O itu.Dia kemudiannya memandang ke arah Victoria.

“Oh ya..sebenarnya saya nak beritahu awak...yang nanti kita ada tetamu.Dia baru berpindah dari Kanada.Untuk sementara waktu ni,dia akan tinggal di sinilah.Awak boleh tolong kemaskan bilik tetamu dekat tingkat dua tu tak?” Soal SungJe.

“Boleh.Saya akan pergi kemas sekarang,”kata Victoria,sambil tersenyum.SungJe tersenyum sambil menggosok lembut kepala Victoria.

“Gomawo,”ucap SungJe sebelum dia beredar meninggalkan Victoria di situ.

 

 

Victoria terus mengemaskan bilik tetamu seperti yang diarahkan oleh SungJe itu.Dia begitu tekun menyiapkan kerjanya itu tanpa langsung menyedari kelibat seseorang yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik itu.

“Excuse me?”

Kerja Victoria terhenti untuk seketika apabila terdengar suara seorang lelaki dari belakang.Victoria menoleh ke arah belakang.Kelihatan seorang lelaki berambut perang beserta bagasi hitam itu sedang berdiri di belakangnya.

“Ya,saya?” Soal Victoria.

“Em...”Lelaki itu terdiam seketika sebaik sahaja melihat Victoria yang sedang berdiri di hadapannya itu.

“Em...saya...tetamu SungJe Hyung.Dia cakap...”

“Oh,jadi awaklah tetamu yang SungJe oppa cakapkan tadi?Saya baru saja siapkan bilik ni untuk awak.Em..kalau awak nak berehat dekat bilik ni,silalah.Kerja saya memang dah siap pun,”kata Victoria sambil tersenyum.Kelihatan lelaki itu tersenyum lebar.

“Oh...kamsahamida,”ucap lelaki itu sambil menundukkan sedikit tubuhnya.Victoria turut tersenyum sambil menundukkan sedikit tubuhnya.

“Em...saya keluar dulu.Em..awak berehatlah,”kata Victoria,sebelum dia beredar dari situ.Lelaki itu terus menoleh ke arahnya sambil tersenyum.

 

 

“Hyung,saya minta maaf sangat-sangat sebab tak beritahu Hyung awal-awal,”kata lelaki itu sambil memandang ke arah SungJe yang sedang duduk berhadapan dengannya itu.SungJe sekadar tersenyum.

“Gwenchana.Nasib baik Hyung tak kerja tau hari ni.Kalau tak...YongHwa duduklah sini seorang,”kata SungJe sebelum dia ketawa kecil pada hujung kata-katanya.YongHwa turut ketawa.

“ByungHee mana?Tak nampak pun dia,”soal YongHwa,seolah-olah baru menyedari ketiadaan G.O di dalam rumah itu.

“Dia dekat Jepun.Seminggu dia duduk sana,”kata SungJe.

“Wah...makin sibuk dia sekarang.Belum debut betul-betul lagi tu.Tapi sibuknya tu mengalahkan artis professional,”kata YongHwa,kagum dengan kerjaya sepupunya itu.SungJe sekadar tersenyum.

“Tapi kasihan juga dekat dia tu.Sibuk sangat.Kadang-kadang macam tak ada masa untuk diri sendiri,”kata SungJe.

“Tak apalah,Hyung.Tu kan minat dia.Kita sokong sajalah dari belakang,”balas YongHwa.SungJe sekadar tersenyum sambil mengangguk.Perbualan mereka terganggu seketika apabila telefon bimbit SungJe bordering.

“Kejap ekh.Hyung nak jawab call sekejap,”kata SungJe,sebelum dia beredar meninggalkan YongHwa bersendirian di ruang tamu itu.YongHwa kemudiannya mengambil kesempatan itu untuk berjalan di sekitar rumah agam itu.Aset kekayaan yang dimiliki oleh keluarga Jung itu amat dikaguminya memandangkan keluarga itu mempunyai empayar perniagaannya sendiri.SungJe merupakan pewaris tunggal dalam empayar perniagaan keluarga Jung itu memandangkan ByungHee atau G.O lebih cenderung untuk mendalami bidang muzik.

Perhatian YongHwa teralih ke arah taman di perkarangan rumah itu sebaik sahaja terdengar suara gelak tawa wanita di situ.Perlahan-lahan,dia berjalan menuju ke arah taman itu untuk melihat sendiri sesuatu yang sedang terjadi di situ.

 

 

“Oh ya?Unni tak tahu pun yang G.O tu alah dengan binatang berbulu,”kata Victoria sambil membelai anjing peliharaan keluarga itu.Anjing baka Pomeranian yang diberi nama Boong Boong itu bermain manja dengan Victoria.Su Ji yang turut berada di situ berasa hairan melihat kemesraan Boong Boong terhadap Victoria itu.

“Wah...saya tak pernah tengok Boong Boong ni manja dengan orang lain.Selalu dia suka bermain dengan saya saja,”kata Su Ji,hairan.Victoria tersenyum.

“Iya?Mesti sebab unni ni special kan,Boong Boong?” Soal Victoria sambil mengusap lembut kepala Boong Boong itu.YongHwa yang melihat telatah Victoria dari jauh itu sekadar tersenyum.Siapa gadis itu sebenarnya?Benarkah dia hanyalah sekadar pembantu rumah di rumah agam ini?

“Oh,YongHwa oppa!”

YongHwa tersentak seketika apabila terdengar namanya dilaung oleh Su Ji.Kelihatan gadis itu sedang melambai-lambai ke arahnya.YongHwa sekadar tersenyum ke arahnya sebelum dia berjalan menuju ke arah mereka.

“Bila oppa sampai?” Soal Su Ji,teruja berjumpa dengan sepupunya itu setelah sekian lama tidak bertemu.

“Baru saja tadi.Wah...Su Ji pun dah makin cantik sekarang.Tak nakkah jadi artis macam ByungHee juga?” Soal YongHwa.

“Nak.Tapi ByungHee oppa suruh habiskan belajar dulu.Padahal dia sendiri pun tak graduate lagi dah sibuk ke Jepun dah,”kata Su Ji.YongHwa ketawa kecil.Pandangannya kemudiannya teralih ke arah Victoria yang berdiri di sebelah Su Ji itu.YongHwa menguntum senyuman manis ke arah Victoria sebelum senyumannya dibalas oleh gadis itu.

“Oh unni..kenalkan.Nilah sepupu kami yang baru berpindah dari Kanada tu,”kata Su Ji.

“Saya Jung YongHwa.Selamat berkenalan,”kata YongHwa sambil menghulurkan tangannya kepada Victoria.Victoria teragak-agak untuk menyambut huluran tangan lelaki itu.Perlahan-lahan,dia menyambut juga huluran tangan lelaki itu.

“Victoria,”balas Victoria,pendek.

“Oppa,walaupun Victoria unni ni salah seorang daripada pembantu rumah kami,tapi oppa tak boleh buli Victoria unni sewenang-wenangnya tau,”kata Su Ji.Kening Yong Hwa terangkat.

“Sebab?”Soal YongHwa tidak percaya.Su Ji tersenyum nakal.

“Sebab nanti ByungHee oppa marah kalau dia tahu sesiapa dalam rumah ni buli Victoria unni,”kata Su Ji sambil menyiku lembut lengan Victoria.

“Su Ji ah...” Victoria segan apabila dirinya menjadi topic perbualan antara dua sepupu itu.

“ByungHee?” Soal YongHwa.Dia memandang ke arah Victoria.Victoria pula mengalihkan pandangan matanya daripada YongHwa yang baru sahaja dikenalinya itu.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/