Chap 11

Hate You Love You

Sekolah Menengah Tinggi Seoul

 

 

Victoria berjalan seorang diri di koridor sekolah sambil membimbing beberapa keping fail untuk disimpan di dalam bilik persatuan pelajar.Sebaik sahaja,dia ingin membelok ke kiri,bahunya terlanggar dengan bahu seorang pelajar yang berjalan bertentang arah dengannya itu.Fail yang berada dalam pegangannya sebentar tadi jatuh berselerak di atas lantai.

“Maafkan saya sebab tak berhati-hati tadi,”kata Victoria sambil segera mengutip semula helaian kertas yang bertaburan di atas lantai itu.

“Taka pa.Salah saya juga sebab tak tengok jalan tadi,”kata pelajar lelaki itu sambil membantu Victoria mengutip helaian kertas yang bertaburan itu.Pelajar lelaki itu kemudiannya memandang ke arah Victoria.Dia mengerutkan dahinya,cuba untuk mengecam wajah Victoria yang berada di hadapannya itu.

“Victoria ssi?” Soal pelajar lelaki itu.Victoria mendongak sebaik sahaja mendengar namanya dipanggil.Matanya terbuka luas apabila melihat pelajar lelaki yang berada di hadapannya itu.

“YongHwa ssi?”

YongHwa tersenyum lebar.Sungguh tidak disangka bahawa dia dapat berjumpa lagi dengan Victoria di sekolah ketika itu.

“Apa awak buat dekat sini?” Soal Victoria,masih lagi terkejut dengan pertemuan itu.Mereka kemudiannya berdiri setelah selesai mengutip kertas-kertas yang bertaburan di atas lantai sebentar tadi.

“Em...saya baru saja mendaftar tadi.Sekarang saya tengah cari kelas saya,”kata YongHwa.

“Oh...em...apa nama kelas awak?” Soal Victoria.YongHwa kemudiannya mengeluarkan sehelai kertas dari poket seluarnya sebelum dihulurkan kepada Victoria.Victoria tertawa kecil sebaik sahaja melihat nama kelas yang tertulis pada kertas kecil itu.Kening YongHwa terangkat.

“Wae?” Soal YongHwa,hairan.

“Kebetulan sangat ni.Tak sangka kita ni satu kelas,”kata Victoria sambil menghulurkan semula kertas itu kepada YongHwa.Mata YongHwa terbuka luas sebaik sahaja mendengar kata-kata Victoria itu.

“Jinja?Wah...beruntungnya saya dapat sekelas dengan awak,”kata YongHwa,teruja.Victoria sekadar tersenyum.

“Kalau awak nak saya tunjukkan kelas,saya boleh tunjukkan.Tapi saya nak simpan fail ni ke bilik persatuan pelajar sekejap,”kata Victoria sambil memandang ke arah fail yang berada dalam pegangannya itu.YongHwa tersenyum sambil mengambil fail itu daripada Victoria.

“Tak apa.Biar saya tolong awak hantarkan fail ni.Nanti kita boleh masuk ke kelas sama-sama,”kata YongHwa.Senyuman Victoria kian lebar.Mereka kemudiannya beredar dari situ.

 

 

“Saya Jung YongHwa.Gembira dapat berjumpa dengan semua.Saya harap awak semua boleh beri tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya berada di sini,”kata YongHwa sambil tersenyum.Kedengaran bisikan halus dalam kalangan pelajar wanita yang kelihatannya teruja berjumpa dengan YongHwa yang kacak itu.Victoria sekadar menggeleng melihat telatah rakan-rakan sekelasnya itu.

“Kacak juga pelajar baru tu kan?”Soal Yi Young,separuh berbisik.Victoria sekadar tersenyum nipis.

“Agak-agak popularity MBLAQ kan tercabar tak ? Tengoklah tu.Budak baru tu nampaknya dah mula ada kelompok peminatnya sendiri,”kata Yi Young lagi.Senyuman Victoria mengendur.Dia mula teringatkan G.O yang sudah 4 hari tidak dijumpainya itu.Khabar berita daripada lelaki itu langsung tidak diketahuinya.Satu keluhan berat dilepaskannya tanpa dia sedari.Yi Young menoleh ke arahnya.

“Wae?Tiba-tiba sahaja mengeluh ni.Awak okay tak ni?” Soal Yi Young.

“Tak ada apa-apa.Cuma rimas dengan perangai budak-budak kelas kita ni saja,”kata Victoria,sambil menoleh semula ke arah YongHwa yang sedang berjalan menuju ke tempat duduknya itu.Sebaik sahaja dia duduk di tempat duduknya itu,YongHwa menoleh ke arah Victoria sambil menguntum senyuman manis.Victoria segera mengalihkan pandangannya daripada YongHwa.Senyuman YongHwa kian lebar apabila melihat kelakuan Victoria yang kelihatan comel padanya itu.

 

 

“Victoria!”

Langkah Victoria terhenti sebaik sahaja terdengar namanya dipanggil dari belakang.Kelihatan YongHwa menunggang basikal laju ke arahnya.

“Hai YongHwa,”balas Victoria.Dia berasa sedikit tidak selesa apabila mereka berdua sedang diperhatikan oleh beberapa pelajar sekolah di situ.

“Awak nak balik dah?” Soal YongHwa,sambil turun dari basikalnya itu.Victoria sekadar mengangguk sambil tersenyum.

“Nanti...awak datang ke rumah?” Soal YongHwa,ingin tahu.

“Mestilah saya datang.Nanti gaji saya kena potong,habislah saya,”kata Victoria.YongHwa tertawa kecil.

“Em...YongHwa.”

YongHwa menoleh ke arah Victoria.

“Saya ada perkara yang saya nak cakap dengan awak ni,”kata Victoria.

“Apa dia?” Soal YongHwa,tidak sabar ingin tahu.Victoria mengetap bibirnya.

“Pasal saya bekerja di rumah G.O...boleh tak awak rahsiakan daripada pengetahuan semua orang?”Soal Victoria.Kening YongHwa terangkat.Victoria berdehem beberapa kali.

“Macam mana saya nak cakap ekh?”Kelihatan Victoria buntu untuk meneruskan kata-katanya itu.

 

 

“Oh...jadi awak bekerja di rumah tu...sebab ByungHee yang suruhlah?”Soal YongHwa,inginkan kepastian.Victoria angguk perlahan.YongHwa kemudiannya tersenyum nipis.

“Baguslah awak ikut cakap dia.Saya rasa...saya pun bersetuju dengan ByungHee.Tempat kerja awak yang lama tu bahaya untuk gadis macam awak.Kalau ada perkara buruk yang terjadi dekat awakkan susah,”kata YongHwa,bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh G.O itu.

“Tambahan pula...saya dapat berjumpa dengan awak,Victoria,”sambung YongHwa lagi sambil tersenyum.Victoria turut tersenyum ke arahnya.

“Mesti awak ni orang yang istimewa untuk ByungHee,kan?”Soal YongHwa.

“Kenapa awak cakap macam tu?” Balas Victoria.

“Yelah...kan semalam Su Ji cakap yang kami semua tak boleh buli Victoria dekat rumah tu.Kalau tak,habislah kena marah dengan ByungHee,”kata YongHwa.Victoria memuncungkan mulutnya.

“Memanglah dia tak bagi orang lain buli saya.Sebab dia saja yang boleh buli saya.Memang kaki buli betullah dia tu,”kata Victoria,melepaskan geramnya terhadap G.O.YongHwa tertawa kecil mendengar kata-kata Victoria mengenai sepupunya itu.

“Selalunya...lelaki ni suka membuli perempuan yang dia suka tau.Awak tak perasankah?” Soal YongHwa.Victoria tidak segera menjawab pertanyaan lelaki itu.Dia sendiri masih lagi keliru dengan perasaannya terhadap G.O.Jika benar lelaki itu menyukai dirinya,adakah dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti G.O?

“Awak pun nak usik saya jugakah,YongHwa?” Balas Victoria.YongHwa ketawa.

“Saya Cuma tanya saja.Kalau betul,awak mengaku sajalah,”kata YongHwa.Victoria mencebik.

“Awak pula?” Soal YongHwa.Victoria menoleh ke arahnya.

“Awak tak suka dekat ByungHee?” Soal YongHwa lagi.Victoria tidak segera menjawab.Otaknya ligat memikirkan kata-kata lelaki itu.

“Tak,”balas Victoria,pendek.YongHwa tergamam mendengar jawapan yang terpacul dari mulut gadis itu.Tak?

“Okeylah,YongHwa.Nanti kita jumpa dekat rumah,okey?” Kata Victoria sebaik sahaja mereka tiba di suatu simpang.

“Saya boleh temankan awak balik,”kata YongHwa.

“Tak apalah.Saya bukannya tak pernah balik seorang.Kita jumpa nanti okey?” Balas Victoria,sebelum dia beredar meninggalkan lelaki itu di situ.YongHwa pula terus memandang ke arahnya sehinggalah kelibat Victoria hilang dari pandangan matanya.Sebaik sahaja kelibat Victoria sudah tidak kelihatan,YongHwa memasang earphone pada telinganya sambil menunggang basikalnya menuju ke rumah agam keluarga Jung.

 

 

Rumah Agam Keluarga Jung

 

 

Victoria tersenyum melihat Boong Boong yang begitu jinak bermain dengannya itu.

“Annyeong.”

Victoria mendongak apabila terdengar suara seorang lelaki menegurnya dari belakang.Kelihatan YongHwa sedang berdiri di belakangnya sambil tersenyum.

“Seronok betul awak bermain dengan Boong Boong ni kan?” Soal YongHwa.

“Saya terleka pula main dengan Boong Boong ni.Asalnya saya Cuma nak bagi dia makan saja,”kata Victoria sambil membelai bulu Boong Boong yang lebat itu.YongHwa sekadar memerhatikan kelakuan Victoria itu.

“Awak nak apa-apa?Kalau awak nak minum,saya boleh buatkan,”kata Victoria.

“Eh tak apalah.Awak main sajalah dengan Boong Boong tu.Saya Cuma nak tengok saja,”kata YongHwa.

“Kan saya cakap saya Cuma nak bagi Boong Boong makan.Kalau awak nak air,saya memang boleh buatkan.Tak ada masalah pun,”kata Victoria,mulai bangun dari situ.YongHwa tersenyum.

“Boleh juga.Saya tunggu awak dekat sini,”kata YongHwa,terpaksa mengalah.Senyuman Victoria kian lebar.Dia kemudiannya beredar dari situ sambil diperhatikan oleh YongHwa.YongHwa kemudiannya mengambil tempat di situ sambil cuba bermain dengan Boong Boong.Perhatiannya teralih apabila terdengar bunyi sebuah kenderaan berhenti di hadapan pintu pagar rumah itu.YongHwa menoleh dan mendapati sebuah van hitam berhenti di hadapan pintu pagar rumah itu.

 

 

Victoria terus menyiapkan minuman untuk YongHwa yang sedang menunggunya di taman itu.

“Awak buat apa tu?”

Victoria langsung tidak menoleh ke belakang.

“Saya tengah buatkan air untuk YongHwa.Kalau SungJe oppa nak,saya boleh buatkan juga,”kata Victoria.

“Oh,boleh jugalah.Oppa pun rasa dahaga sangat ni.Panas betullah dekat luar itu,”balas lelaki itu.

“Ne~~” Balas Victoria,tanpa langsung menyedari senyuman manis yang terukir pada bibir lelaki itu.Tidak lama selepas itu,Victoria memusingkan tubuhnya sebaik sahaja dia selesai menyediakan minuman untuk SungJe dan YongHwa itu.Namun kakinya menjadi kaku sebaik sahaja matanya terpandang ke arah susuk tubuh seorang lelaki yang sedang menyandarkan bahunya pada pintu masuk dapur itu.Kelihatan senyuman manis terukir pada bibir lelaki itu.

“Cepatlah.Oppa dah dahaga sangat ni,”kata lelaki itu sambil menyentuh tengkuknya.Lelaki itu tersenyum lagi ke arahnya.

“G.O?”

Senyuman G.O kian lebar sebaik sahaja mendengar namanya disebut oleh Victoria.

“Nasib baik awak kenal saya lagi.Saya ingat awak betul-betul dah lupakan saya tadi,”kata G.O sambil tersenyum.Entah mengapa,dulang berisi gelas minuman itu terlepas dari pegangan Victoria.Victoria terkejut apabila melihat kaca gelas yang bertaburan di atas lantai itu.Cepat-cepat dia mengutip semula serpihan kaca yang bertaburan itu.

“Yah!”

G.O segera menghalang perbuatan Victoria itu.Victoria mengaduh kesakitan apabila jarinya terkena serpihan kaca yang bertaburan itu.

“Kenapa awak kutip kaca tu?Tengok ni.Kan dah luka jari awak,”kata G.O sambil melihat jari Victoria yang tercedera itu.Kedengaran lelaki itu melepaskan keluhan berat.Victoria pula terus memandang ke arah lelaki itu.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/