Chap 32

Hate You Love You

“Kita nak pergi mana ni,ByungHee?” Soal Victoria apabila menyedari kereta yang dipandu oleh G.O itu tidak memasuki arah laluan ke rumahnya.

“Pergi ke rumah saya,”jawab G.O,sambil tersenyum.Victoria menoleh ke arahnya.

“Eh?Kenapa tak hantar saya ke rumah saya saja?” Soal Victoria,hairan.

“Aron telefon saya tadi. Dia cakap dia ada pergi rombongan sekolah dengan kawan-kawan sekelas dia  untuk 3 hari.Jadi dia risau nak tinggalkan awak seorang diri dekat rumah lepas kejadian tu berlaku.Dia minta tolong saya tengok-tengokkan awak,”kata G.O,masih lagi menumpukan perhatian ke arah pemanduannya itu.

“Dia tak cakap pun dengan saya?” Soal Victoria lagi.G.O sekadar tersenyum.

“Kamu berdua ni memang dah pandai rancang sesuatu belakang saya kan?” Teka Victoria,sambil menjeling ke arah G.O yang sedang memandu itu.Senyuman G.O kian lebar.

“Tak sangka.Seronok juga ada adik lelaki ni,”balas G.O sebelum dia ketawa.Victoria menepuk paha G.O.

“Dia merajuk dengan awak kot,Vic.Sebab awak rapat dengan Su Ji.Jadi dia naklah tumpang kasih sayang saya pula,”kata G.O,semakin galak mengusik.Victoria mencebik sebelum dia mengalihkan pandangannya daripada G.O.G.O menoleh ke arahnya apabila menyedari tiada respon daripada gadis itu.

“Aik,marahkah?”Soal G.O.Victoria terus membisu,malas untuk melayan pertanyaan lelaki itu.

“Takkan cemburu kot? “ Soal G.O lagi.Victoria terus membisu.G.O tersenyum sebelum dia memegang tangan Victoria dengan erat.

“Jangan risau.Saya sayang awak lebih lagi,”kata G.O.Perlahan-lahan,Victoria menguntum senyuman.Seolah-olah terpujuk dengan kata-kata G.O itu.

“Aron ada cakap dia pergi mana?” Soal Victoria.

“Dia kata dia pergi Busan,”kata G.O,masih lagi memegang tangan Victoria.

“Dia ni…bukan nak cakap dekat saya.Senyap-senyap saja pergi Busan tu,”kata Victoria,sedikit kecewa dengan tindakan adik lelakinya itu.G.O memandang ke arahnya.

“Mungkin dia tak nak ganggu awak sebab awak baru keluar dari hospital.Lagipun dia kata awak tak perlu risau apa-apa.Dalam 3 hari lagi,dia baliklah,”kata G.O.Kedengaran Victoria melepaskan keluhan kecil.

“Tak sangka dia dah besar sekarang.Dia dah pandai berdikari,”kata Victoria,tersenyum nipis.G.O turut tersenyum.

“Boleh saya tanya awak sesuatu?” Soal G.O,yang sedang memandu itu.Victoria menoleh ke arahnya.

“Apa dia?” Soal Victoria.

“Keluarga awak…maksud saya…memang dari dulu awak tinggal berdua dengan Aronkah?” Soal G.O.Suaranya kedengaran sedikit perlahan.Bimbang sekiranya soalannya itu akan mengguriskan perasaan Victoria.Sudah lama dia ingin bertanyakan hal itu.Namun dia bimbang jika Victoria tidak menyenangi akan pertanyaannya itu.Mungkin juga kerana hal itu terlalu peribadi untuk diketahui oleh orang lain.

“Oh pasal tu…”

“Em,kalau awak rasa berat hati nak jawab…tak apalah.Saya tak nak paksa,”kata G.O,bimbang pertanyaannya itu akan mengguriskan perasaan gadis itu.

“Tak apa.Cerita dah lama pun.”Balas Victoria sambil tersenyum.

“Saya tinggal berdua dengan Aron sejak ibu bapa kami meninggal dunia 10 tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya.Waktu tu…Aron masih kecil.Dia tak tahu apa-apa.Jadi saya bertanggungjawab untuk jaga dia dari dulu sampai sekarang.”

G.O memberhentikan keretanya di bahu jalan sebelum dia menoleh ke arah Victoria.

“Pada Aron…saya lah omma…dan saya jugalah appa.Sejak tu,saya bekerja keras untuk tampung kehidupan kami berdua.Macam-macam kerja saya dah pernah buat.Walaupun penat untuk bahagikan masa belajar dan bekerja,tapi saya tak kisah.Saya pun rasa seronok.Sekurang-kurangnya kami masih ada tempat tinggal walaupun mungkin tak semewah orang lain,”kata Victoria sambil tersenyum nipis.Victoria kemudiannya menoleh ke arah G.O.

“Sebab tu saya marah bila awak halang saya bekerja di Monalisa Night Club dulu,”kata Victoria sambil tersenyum. G.O mengeluh perlahan sebelum dia mencapai tangan Victoria.Victoria sekadar membiarkannya.

“Saya bukan nak halang awak.Tapi awak pun tahu yang tempat tu bahaya.Dah macam-macam berlaku terhadap awak,takkan awak tak serik lagi? Sebab tu saya bawa awak bekerja di rumah saya,”kata G.O.

“Miane…”Balas Victoria sambil meletakkan tangan kanannya di atas tangan G.O yang sedang memegang tangan kirinya itu.

“Susah juga kalau ada girlfriend yang terlalu berani macam awak ni,”kata G.O sambil menggelengkan kepalanya.Victoria tersenyum.

“Siapa kata saya berani? Saya tetap ada perasaan takut tau,”balas Victoria.G.O tersenyum.Dia kemudiannya mencium lembut tangan Victoria.

“Saya takkan halang awak untuk buat apa sahaja yang awak nak asalkan awak pandai jaga diri.Kalau awak tak jaga diri,saya takkan bagi awak bekerja lagi.Arasso?” Soal G.O.

“Eh?Habis tu macam mana saya nak cari duit?” Soal Victoria,terkejut.Kelihatan G.O tersenyum.

“Kahwin dengan saya,”kata G.O sambil mengangkat kening kanannya.Mata Victoria terbuka luas.

“Bwo?Kah…kahwin?” Soal Victoria.

“Yalah.Kita kahwin.Awak tak payahlah bekerja.Awak duduk rumah…dan biar saya yang bekerja,”kata G.O.

“Eeee…jauhnya berangan,”balas Victoria.Mukanya berubah merah.G.O ketawa.

“Siapa yang sedang berangan sekarang ni?” Soal G.O sambil mencuit hidung teman wanitanya itu.Victoria mengalihkan wajahnya daripada G.O.

“Saya cakap betul ni,”kata G.O sambil tersenyum.Victoria memandang ke arahnya.

“Nanti…bila kita dah kahwin…saya nak awak duduk rumah.Awak tak payah bekerja.Lagipun awak dah lama hidup susah . Jadi apa salahnya…kalau selepas ni,saya pula yang jaga awak.Betul tak?” Soal G.O sambil tersenyum.Kelihatan mata Victoria bergenang sebaik sahaja G.O menghabiskan kata-katanya itu.G.O tersenyum sebelum dia mencium pipi gadis itu.

“Saya Cuma harap yang awak boleh tunggu saya.Saya akan pastikan waktu tu akan tiba juga.Okey?” Soal G.O dengan lembut sambil mengusap pipi Victoria.

“Kenapa awak baik sangat dengan saya,ByungHee?”Soal Victoria.

“Selama ni saya tak pernah baik dengan awakkah?” Balas G.O pula.Victoria tersenyum.Begitu juga dengan G.O.Perlahan-lahan,dia menarik gadis itu ke dalam pelukannya.

“Saya buat semua ni…sebab saya sayangkan awak,Vic,”bisik G.O sambil mengeratkan pelukannya.Victoria turut membalas pelukan lelaki itu terhadapnya.

“Saya pun…”Bisik Victoria.G.O tersenyum.

 

 

 

Rumah Agam Keluarga Jung

 

 

“Oppa minta maaf sebab oppa tak dapat melawat Victoria dekat hospital,”kata SungJe.

“Tak apalah,oppa.Vic tak ada apa-apa.Lagipun…” Victoria menoleh ke arah G.O yang sedang duduk di sebelahnya itu sambil tersenyum.

“…ByungHee dah bersusah payah tengokkan saya dekat hospital,”sambungnya lagi.G.O sekadar tersenyum.SungJe turut tersenyum apabila melihat hubungan antara G.O dan Victoria yang semakin berkembang baik itu.

“Iya? Macam tak percaya saja ByungHee buat macam tu,”kata SungJe,sengaja mengusik.Riak wajah G.O berubah.

“Hyung…”

Victoria tertawa kecil melihat G.O yang sedang diusik oleh abangnya itu.

“Betullah oppa.ByungHee tak tidur pun waktu saya sakit dekat hospital.Dia pula yang buat saya risau,”kata Victoria sambil mengusap lembut kepala G.O bagaikan anak kecil.Kelihatan SungJe menutup mata dengan kedua-dua tangannya.

“Oh tidak,ByungHee! Oppa tak boleh tengok semua ni! Bulu roma oppa meremang,”kata SungJe.

“Yah Jung SungJe!”

Victoria pula terus ketawa.

“Awak dengan SungJe Hyung memang suka berpakat untuk usik sayakan,Vic?” Soal G.O,sebelum dia memuncungkan mulutnya.

“Kalau awak nak berpakat dengan Aron..saya pula ada Su Ji dan SungJe oppa.Jadi saya lebih kuat dari awak,”kata Victoria sebelum dia menjelirkan lidah ke arah G.O.SungJe pula terus ketawa.

“Oh,sampainya hati.Baik.Awak teruslah berpakat dengan SungJe Hyung.Saya malas nak layan,”kata G.O sebelum dia beredar meninggalkan Victoria dan SungJe di ruang tamu itu.

“Oh oh,Vic.ByungHee dah merajuk,’kata SungJe.Victoria pula tersenyum.

“Dia tu comellah,oppa.Macam budak-budak,”kata Victoria.

“Dengan Vic saja dia jadi macam tu tau.Teruklah Vic nak pujuk dia balik,”kata SungJe.

“Kita tengoklah sampai bila dia nak merajuk tu,”kata Victoria sambil tersenyum.

 

 

Victoria mengetuk pintu bilik G.O sebelum dia menunggu respon daripada lelaki itu.

“Masuk.”

Victoria menolak pintu bilik itu dengan perlahan.Bibirnya menguntum senyuman manis apabila melihat G.O yang sedang berdiri di ruang balkoni biliknya itu.G.O langsung tidak menoleh ke arahnya.Sangkaannya adalah pembantu rumahnya yang mahu membersihkan biliknya yang berada di situ.

“Ahjumma…lepas dah kemas tu…ahjumma kunci ya pintu bilik saya sebelum keluar.Saya tak nak diganggu hari ni,”katanya.Keningnya terangkat apabila mendapati kata-katanya tidak mendapat respon daripada pembantu rumahnya itu.

“Ahjumma?”

G.O terkejut apabila merasakan dirinya dipeluk oleh seseorang dari belakang.Dia melihat sepasang tangan yang sedang memeluk tubuhnya itu.

“Awak merajuk dengan saya lagikah?” Soal Victoria sambil cuba memandang ke arah G.O.G.O enggan memandang ke arahnya.Sebaliknya dia terus bersikap dingin dengan gadis itu.

“ByungHee yah…awak marah lagikah?” Soal Victoria.G.O terus membisu.

“Saya bukan sengaja nak kenakan awak tadi.Saya Cuma…saya Cuma bergurau,”kata Victoria.Dia memandang ke arah G.O.Wajah lelaki itu kelihatan tegang.

“Awak marah ya?”Soal Victoria.Dia menyandarkan kepalanya pada belakang G.O sambil mengeratkan pelukannya.

“Miane.Saya tak tahu pula awak marah sampai macam ni,”kata Victoria.G.O pula membisu.Sebenarnya dia langsung tidak terkesan dengan gurauan Victoria dan SungJe sebentar tadi.Namun dia sengaja berlagak dingin hanya kerana ingin meluangkan lebih banyak masa berdua dengan teman wanitanya itu.

“ByungHee yah….jeongmal miane.Hm?”Pujuk Victoria.Dia kemudiannya memusingkan tubuh G.O supaya menghadap ke arahnya.

“Jeongmal…..jeongmal…jeongmal…miane,”kata Victoria,bersungguh-sungguh.G.O memandang tajam ke arahnya.

“Saya boleh maafkan awak.Tapi dengan satu syarat,”kata G.O.

“Apa dia?” Soal Victoria.G.O menyembunyikan senyuman nakalnya.Tanpa menunggu lama,dia terus mendukung Victoria sebelum diletaknya gadis itu di atas tilam empuknya.

“ByungHee?Apa…apa yang awak nak buat ni?” Soal Victoria,terkejut.G.O tersenyum sinis ke arahnya.G.O turut naik di atas katilnya sebelum dia memegang erat kedua-dua tangan Victoria.Victoria menelan air liur.

“Byung…ByungHee…awak nak buat apa dengan saya?”Soal Victoria,mulai ketakutan.G.O tidak menjawab pertanyaan gadis itu.Sebaliknya dia mendekatkan wajahnya ke arah Victoria.Victoria mengalihkan wajahnya daripada G.O sambil memejamkan matanya.G.O yang melihat kelakuan Victoria itu sekadar menahan tawa.G.O kemudiannya menghadiahkan kucupan lembut pada pipi Victoria.Victoria membuka matanya apabila menyedari bunyi ketawa daripada G.O.Cepat-cepat dia menoleh ke arah lelaki itu.

“Seronok dapat kenakan awak,Vic,”kata G.O.

“Bwo?Awak kenakan saya?” Soal Victoria,tidak percaya.

“Wae? Awak nak saya buat betul-betulkah?” Soal G.O sambil tersenyum nakal.Cepat-cepat Victoria menarik selimut menutupi tubuhnya.G.O ketawa kecil.

“Saya pun saja nak bergurau dengan awak,”kata G.O sambil duduk di hujung katil.Victoria bangun dari pembaringannya.

“Jadi awak sebenarnya tak marahkan saya pun?” Soal Victoria.G.O tersenyum sambil menggeleng.Victoria kemudiannya membaling bantal ke arah G.O.

“Awak ni! Saya mengadu dekat SungJe oppa baru tahu!” Marah Victoria.G.O ketawa.

“Pergilah.Ada saya kisah?” Balas G.O,selamba.Victoria mencebik.Dia mengalihkan wajahnya daripada G.O.G.O tersenyum sebelum dia mencium pipi Victoria.

“Marahkah?” Soal G.O.

“Kalau awak marah lagi,sampai cium awak sampai awak dah tak marah,”kata G.O.Victoria memandang ke arahnya.

“Awak ni memang suka kenakan saya.Nakalnya…” Victoria mencubit pipi G.O.G.O mengaduh kesakitan.

“Sakitlah,Vic.Tadi awak cakap saya baik.Sekarang awak cakap saya nakal pula,”kata G.O,memuncungkan mulutnya.

“Saya tarik balik kata-kata saya tadi,”kata Victoria sambil tersenyum sinis.

“Oh…nak tarik balik ya?Baik awak cakap saya baik..kalau tak…”

“Kalau tak apa?” Cabar Victoria.G.O terus menggeletek pinggang Victoria sehingga membuatkan gadis itu tidak berhenti ketawa.

“ByungHee!Jangan!” Victoria terus ketawa.Begitu juga dengan G.O.G.O menghentikan perbuatannya apabila melihat Victoria yang mulai penat itu.

“Fine…awak baik.Puas hati?” Soal Victoria sambiltercungap-cungap.G.O tersenyum puas hati.Dia kemudiannya mendekatkan wajahnya ke arah Victoria sebelum dia mengucup bibir gadis itu.Victoria tersenyum dalam kucupan lelaki itu.

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/