Chap 7

Hate You Love You

“Saya....saya sukakan awak,G.O.”

G.O yang sedang berdiri sambil bersandar pada dinding koridor sekolah itu sekadar mendengar.Matanya tertumpu ke arah skrin telefon bimbitnya sambil menaip sesuatu padanya.Seorang pelajar perempuan yang sedang berdiri di hadapannya itu menundukkan sedikit wajahnya,cuba menahan perasaan malu yang semakin menebal itu.

“Jadi?” Balas G.O,masih lagi memandang ke arah telefon bimbitnya itu.Dia kelihatan langsung tidak berminat dengan pelajar perempuan yang sedang meluahkan perasaan terhadapnya itu.Perlahan-lahan,pelajar perempuan itu mengangkat wajahnya untuk memandang ke arah G.O.

“Saya sangat sukakan awak...dan...sudi tak kalau saya nak jadi girlfriend awak?” Soal pelajar perempuan itu.G.O menguap sebaik sahaja mendengar pertanyaan pelajar perempuan itu.

“Kalau saya tak nak?” Dia masih lagi memandang ke arah telefon bimbitnya itu.

 

 

Victoria berjalan seorang diri di koridor sekolah menuju ke arah bilik persatuan pelajar.Dia ingin menghabiskan masa seorang diri di dalam bilik itu sambil mengulangkaji pelajarannya.Kesibukannya bekerja sambilan pada waktu petang sehingga lewat malam menyebabkan dia tidak mempunyai cukup masa untuk berbuat demikian.Namun,langkahnya terhenti apabila matanya terpandang ke arah G.O yang sedang berdiri tidak jauh darinya itu.Kelihatan seorang pelajar wanita turut bersama dengan lelaki itu.

 

 

“Kalau saya tak nak?” Dia masih lagi memandang ke arah telefon bimbitnya itu.Pelajar perempuan itu mengetap bibirnya.

“Saya akan terus berusaha sampai awak bersetuju,”kata pelajar perempuan itu,bersungguh-sungguh.G.O tertawa kecil sebaik sahaja mendengar kata-kata pelajar perempuan itu.Akhirnya dia memandang ke arah pelajar itu.

“Miane...saya tolak,”kata G.O,tanpa langsung berfikir panjang.

“Wae?Tak bolehkah kalau awak bagi peluang kepada saya?” Soal pelajar itu,terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh G.O itu.G.O melepaskan keluhan kecil.

“Saya tak berminat dengan hal ni.Dan...saya pun tak dibenarkan bercinta selagi saya masih ada kontrak dengan JTune,”kata G.O.Bagaikan menyedari kehadiran Victoria di situ,dia menoleh ke arah gadis itu.Victoria tergamam apabila lelaki itu menoleh ke arahnya.Entah mengapa jantungnya berdegup pantas sebaik sahaja bertentang mata dengan lelaki tersebut.

“Melainkan kalau saya betul-betul menemui seseorang yang saya sayang...mungkin saya akan langgar kontrak tu,”kata G.O sambil tersenyum.Entah mengapa wajah Victoria terasa panas sebaik sahaja mendengar kata-kata G.O itu.Kucupan pertama G.O terhadapnya itu kembali bermain dalam fikirannya,membuatkan wajahnya menjadi merah tanpa dia sedari.G.O kemudiannya menoleh semula ke arah pelajar perempuan itu.

“Saya rasa awak sebenarnya keliru dengan perasaan awak sendiri.Awak tak cintakan saya pun.Awak hanyalah peminat saya.Cuma awak saja yang tak sedar,”kata G.O sebelum dia beredar meninggalkan pelajar perempuan itu.

“Tapi saya betul-betul cintakan awak,G.O!” Jerit pelajar perempuan itu.G.O melepaskan keluhan berat.Dia kemudiannya menoleh ke arah pelajar perempuan itu.

“Maafkan saya.Saya betul-betul terpaksa tolak,”kata G.O,nekad dengan keputusannya.Pelajar perempuan yang hampa dengan jawapan daripada G.O itu kemudiannya segera beredar dari situ sambil menangis teresak-esak.G.O kemudiannya menoleh semula ke arah Victoria.

Victoria terkejut apabila melihat G.O yang sedang berjalan menuju ke arahnya.Victoria menelan air liur.Dia benar-benar ingin beredar dari situ namun entah mengapa dia merasakan kakinya seperti dipaku di situ.Kali ini dia benar-benar tidak dapat melarikan diri lagi apabila lelaki itu kini sedang berdiri betul-betul di hadapannya.

“So...”

Victoria memandang ke arah G.O sebaik sahaja lelaki itu bersuara.

“...Awak nak denda sayakah sebab saya dah buat pelajar perempuan menangis lagi?” Soal G.O,separuh berbisik.Victoria berdehem beberapa kali.

“Kalau awak nak tolak pun...awak patut tolak cara baik.Tak baik buat perempuan menangis ,”balas Victoria,cuba berlagak biasa.G.O tersenyum.

“Saya dah tolak cara baiklah tadi.Dia yang nak menangis...nak buat macam mana,betul tak?” Balas G.O pula.Victoria kemudiannya mengalihkan pandangannya daripada G.O.G.O pula terus memandang ke arahnya.

“Kenapa dengan awak ni?Nampak lain macam saja,”kata G.O.

“Apa yang lainnya?” Soal Victoria.G.O sekadar tersenyum.Pastinya kerana insiden pagi tadi.

“Awak nak pergi mana ni?” Soal G.O,ingin tahu.

“Saya nak pergi study.Awak ni memang tak reti nak belajarkah?”Soal Victoria,mulai rimas.

“Oh...em...kita study sama-sama nak?” Soal G.O.Mata Victoria terbuka luas sebaik sahaja mendengar kata-kata lelaki itu.

“Bwo?”

“Jom!” G.O segera mencapai tangan Victoria sebelum digenggamnya dengan erat.Dia kemudiannya menarik tangan Victoria menuju ke bilik rehat MBLAQ.

“Yah Jung ByungHee!Kenapa awak bawa dia ke sini?” Soal Victoria,terkejut.

“Awak kata nak study kan tadi?” Soal G.O pula sambil tersenyum.

“Tapi...tapi...”

Victoria tidak sempat untuk membalas kata-kata lelaki itu apabila dia sudah pun berada di dalam bilik itu.Dia cuba untuk beredar dari situ namun tangannya digenggam erat oleh G.O.Dia menoleh ke arah lelaki itu.

“Awak study sajalah dekat sini.Kawan-kawan saya tak ada pun.Awak tak perlu risau,”kata G.O,sebelum dia melepaskan tangan Victoria secara perlahan-lahan.Victoria membisu.

“Awak duduk sajalah di situ.Saya ada kerja sikit nak buat dekat dalam,”kata G.O,sebelum beredar meninggalkan Victoria di situ,menuju ke arah bilik persendiriannya.Mahu tidak mahu,Victoria terpaksa duduk di situ.

“Biarlah.Sekurang-kurangnya dia tak kacau aku buat kerja sudah,”kata Victoria,mula membuka helaian bukunya perlahan-lahan.Sesekali dia akan memandang ke arah bilik persendirian G.O itu.Entah apa yang sedang dilakukan oleh lelaki itu,dia sendiri tidak pasti.

 

2 jam sudah berlalu.Victoria mulai mengemas buku-bukunya sebelum dimasukkan ke dalam beg.Dia memandang semula ke arah bilik G.O itu.

“Dia ni tak nak balikkah?” Soalnya sendiri.Dia kemudiannya bangun dari tempat duduknya sebelum dia berjalan menuju ke arah bilik lelaki itu.Hatinya teragak-agak untuk mengetuk pintu bilik lelaki itu.

“G.O yah!”

Victoria memanggil lelaki itu sambil mengetuk pintu bilik itu.

“G.O yah!”

Sekali lagi dia memanggil lelaki itu apabila mendapati panggilannya sebentar tadi tidak bersahut.Perlahan-lahan,Victoria memulas tombol pintu bilik itu,untuk melihat sendiri G.O yang sedang berada di dalam itu.

“Aish...patutlah senyap saja.Tidur rupanya,”ngomel Victoria sebaik sahaja melihat G.O yang sedang tidur di atas sofa itu.Kelihatan beberapa helaian kertas berada di atas meja.Perlahan-lahan,dia berjalan ke arah lelaki itu.Dia kemudiannya membantu menyusun helaian kertas yang berselerak di atas meja itu.Bibirnya menguntum senyuman apabila melihat isi kandungan yang tertulis di atas kertas itu.

“Jadi...lirik lagu yang aku jumpa dalam bilik hari tu...mesti dia juga yang buatkan?” Soalnya sendiri.Bibirnya tidak berhenti daripada tersenyum.Dia kemudiannya meletakkan semula kertas-kertas itu di atas meja.Ditolehnya ke arah G.O yang masih lena dibuai mimpi itu.Perlahan-lahan,dia mendekati ke arah G.O sebelum dia duduk,melihat wajah G.O dengan lebih dekat.Victoria terus menatap wajah G.O yang sedang lena dibuai mimpi itu.

 

“Saya tak berminat dengan hal ni.Dan...saya pun tak dibenarkan bercinta selagi saya masih ada kontrak dengan JTune...”

 “...Melainkan kalau saya betul-betul menemui seseorang yang saya sayang...mungkin saya akan langgar kontrak tu.”

 

Kata-kata G.O sebentar tadi kembali bermain dalam ruang mindanya.Bukankah impiannya adalah untuk menjadi bintang yang terkenal di seluruh dunia?Jadi mustahil dia sanggup untuk mengorbankan impiannya hanya kerana seorang wanita.

“Saya betul-betul tak faham dengan awak,G.O.”Bisik Victoria sambil memandang ke arah G.O yang masih lagi tidur itu.Dia terus memandang wajah lelaki itu bermula dari mata...hidung...sehinggalah kepada bibirnya.Wajah Victoria berubah merah sebaik sahaja teringatkan insiden pagi tadi.Itu merupakan ciuman pertamanya.Victoria memejamkan matanya dengan rapat,cuba menghilangkan insiden itu yang masih bermain-main dalam fikirannya itu.

“Victoria?”

Victoria terkejut apabila melihat G.O yang mulai sedar dari lenanya itu.Kelihatan G.O sedang memandang tepat ke arahnya.

“G...G...G.O...Awak dah bangun?”Soal Victoria,tergagap-gagap.G.O sekadar tersenyum melihat telatah Victoria itu.

“Awak tak nak balikkah?Dah lewat petang ni,”soal Victoria.G.O tidak segera menjawab sebaliknya dia kembali memejamkan matanya.

“Yah...kalau...kalau awak nak tidur lagi...saya nak balik.Lagipun saya kena kerja lepas ni,”kata Victoria,mulai bangun dari situ.Namun,sebelum dia sempat beredar dari situ,G.O segera memegang tangannya.Lelaki itu kemudiannya menarik tangan Victoria sehingga membuatkan Victoria terbaring di atas tubuhnya.Victoria terkejut apabila melihat wajah G.O yang betul-betul berada di hadapannya itu.G.O membuka matanya secara perlahan-lahan.Wajah Victoria berubah merah apabila bertentang mata dengan mata G.O yang kelihatan redup itu.Jantungnya berdegup pantas sebaik sahaja tangan G.O membelai perlahan rambutnya yang panjang itu.

“Awak sangat cantik,Victoria,”ucap G.O,perlahan,sambil tersenyum.Victoria tergamam seketika.

“Mungkin sebab tu...saya tak boleh nak alihkan mata saya ke arah perempuan lain,”kata G.O lagi.

“Saya...saya nak balik,”kata Victoria,cuba melepaskan dirinya daripada G.O.Namun lelaki itu terus memeluknya dengan erat.Mata Victoria terbuka luas.

“Duduk saja di sini dengan saya,”kata G.O,memperkemas pelukannya terhadap Victoria.Tubuh Victoria menjadi kaku.Jantungnya berdegup kencang.Wajahnya menjadi semakin merah.G.O kemudiannya menyentuh wajah Victoria,membuatkan Victoria memandang ke arahnya.

“Awak nampak comel bila malu-malu macam ni.Saya suka,”kata G.O sambil tersenyum.Pipi Victoria yang merah itu diusapnya lembut.Victoria kemudiannya mengalihkan wajahnya daripada G.O.

“Wae?” Soal G.O.Victoria tidak segera menjawab pertanyaan lelaki itu.

“Saya...saya bencikan awak...”Kata Victoria,perlahan.G.O tersenyum nipis sebaik sahaja mendengar kata-kata Victoria itu.Victoria masih tidak memandang ke arah lelaki itu.

“Jinja?” Soal G.O pula,inginkan kepastian.Perlahan-lahan,dia menyentuh wajah Victoria sekali lagi,membuatkan wanita itu memandang ke arahnya.

“Betul awak bencikan saya?” Soal G.O lagi.Victoria tidak segera menjawab.Perlahan-lahan,G.O mendekatkan wajahnya kepada Victoria.

“Saya tanya ni...betul awak bencikan saya?” Soal G.O lagi separuh berbisik.

“Saya...”

Wajah G.O kian dekat sehinggalah bibir mereka bersentuhan antara satu sama lain.

“Saya bencikan awak,”kata Victoria,cuba menjauhkan wajahnya daripada G.O.G.O sekadar tersenyum.

“Ne...arasso...” Balas G.O sambil tersenyum.Sekali lagi dia mengucup bibir Victoria,membuatkan tubuh Victoria menjadi kaku di dalam pelukannya.Perlahan-lahan,Victoria memejamkan matanya,bagaikan turut hanyut dengan kucupan lembut daripada lelaki yang dibencinya itu.

 

********************

 

“AHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!”

 

Aron yang sedang berada di ruang tamu itu terkejut apabila terdengar jeritan Victoria dari bilik itu.Cepat-cepat dia berlari menuju ke arah bilik kakaknya itu.

“Noona!”

Victoria menoleh ke arah Aron yang baru sahaja muncul itu.

“Gwenchana?Kenapa jerit-jerit ni?” Soal Aron,bimbang.Victoria kemudiannya membetulkan rambutnya sambil berdehem beberapa kali.

“Tak ada apa-apa.Noona...Noona Cuma nak lepaskan tekanan,”kata Victoria,cuba berlagak biasa.Aron melepaskan nafas lega.

“Lain kali janganlah jerit macam tu.Noona buat Aron risau saja tadi,”kata Aron,tidak puas hati.

“Okey...miane,”kata Victoria sambil mengangkat tangannya.Aron kemudiannya melangkah keluar dari bilik Victoria sambil menggelengkan kepalanya.Sebaik sahaja Aron sudah beredar,Victoria memandang semula ke arah patung beruangnya yang berada di atas katil itu.Sekali lagi dia melepaskan tumbukannya pada patung beruang itu.

“Saya bencikan awak,G.O!Saya benci!”

Victoria kemudiannya melepaskan keluhan berat.

“Saya bencikan awak...”Katanya lagi.Perlahan-lahan,dia menyentuh bibirnya semula.Wajahnya berubah merah.Dia kemudiannya menutup wajahnya pada patung beruang itu sambil menjerit.

“AHHHHHHHH!!!!!”

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/