Chap 31

Hate You Love You

“Nasib baik unni tak ada apa-apa.Unni tahu tak kami semua risau bila unni langsung tak jawab call dari Su Ji dengan oppa,”kata Su Ji sambil memegang erat lengan Victoria.Victoria sekadar tersenyum sambil menepuk lembut tangan Su Ji yang sedang memegang erat lengannya itu.

“Unni minta maaf sangat-sangat sebab buat semua orang risau.Kalau bukan sebab kecuaian unni sendiri,semua ni mungkin takkan terjadi,”kata Victoria.

“Unni lain kali kalau nak pergi mana-mana,kalau unni tak berani nak pergi seorang,Su Ji boleh temankan,”kata Su Ji.YongHwa yang mendengar kata-kata Su Ji itu sekadar ketawa kecil.Su Ji menoleh ke arahnya dengan dahi yang berkerut.

“Kenapa oppa gelak?” Soal Su Ji,tidak puas hati.

“Su Ji nak temankan Victoria? Nak masuk bilik air seorang pun tak berani,”usik YongHwa.Wajah Su Ji berubah merah apabila kata-kata YongHwa itu disambut oleh gelak tawa daripada semua orang yang berada di situ.

“YongHwa oppa!Itu waktu kecil-kecil lah.Bukan sekarang,”kata Su Ji.Su Ji memandang ke arah Mir,seolah-olah meminta lelaki itu membantu dirinya.Mir pula sekadar ketawa.Ternyata dia juga tidak dapat menahan dirinya daripada ketawa.

“Ala…oppa usik saja.Oppa tahu Su Ji berani,”kata YongHwa.Su Ji memuncungkan mulutnya.

“Unni…tengok YongHwa oppa ni.Bila ByungHee oppa tak ada,dia pula yang usik Su Ji,”kata Su Ji sambil memaut lengan Victoria.Victoria sekadar ketawa kecil sambil memaut bahu Su Ji itu.

“Wah..Noona…cemburu pula Aron tengok.Noona tak pernah nak peluk Aron macam tu,”kata Aron,mencebik.Cemburu melihat kemesraan antara Victoria dan Su Ji itu.

“Tak apa,Aron.ByungHee Hyung yang handsome ni ada untuk Aron,”kata ByungHee yang baru sahaja keluar dari bilik air itu.Wajahnya kelihatan lebih segar sebaik sahaja selesai membersihkan diri sebentar tadi.Mujur Su Ji membawakan pakaian untuknya.ByungHee mengambil tempat di sebelah Aron sebelum dia memaut bahu lelaki itu.ByungHee kemudiannya mengangkat kening kanannya sambil tersenyum ke arah Victoria.

“Oh oppa…kalau macam tu,Su Ji tak nak bagi Victoria unni dekat oppa lagi.Su Ji simpan unni dalam almari Su Ji,”kata Su Ji,sengaja mengeratkan pautan tangannya terhadap lengan Victoria itu.

“Yah Su Ji…tangan Victoria sakit lagi tu.Lepaskan,”kata G.O sambil melepaskan pautan tangan Su Ji terhadap lengan Victoria itu.

“ByungHee…awak ni macam budak-budaklah,”kata Victoria apabila melihat G.O yang sengaja mengambil tempat di antara dirinya dengan Su Ji itu.

“Sebab awak tak sembuh betul-betul lagi.Su Ji tu bukannya kisah sangat dekat mana awak sakit.Main pegang saja tangan awak kuat-kuat,”kata G.O sebelum dia menjeling ke arah adik perempuannya.Su Ji mencebik.

“Tolonglah oppa.Cakap sajalah yang oppa cemburu sebab unni rapat dengan Su Ji.Tu pun susah sangatkah nak mengaku?” Balas Su Ji,selamba.

“Kalau macam ni,Aron memang tak perlulah nak risau kalau Aron tak ada dekat rumah.Ramai orang boleh tengok-tengokkan Noona Aron yang boleh tahan popular ni,”kata Aron.

“Kalau Aron tak ada dekat rumah,Aron hantar saja Victoria dekat rumah Hyung.Hyung boleh jagakan,”kata G.O sambil memaut bahu Victoria.Aron sekadar ketawa melihat kemesraan G.O terhadap kakaknya itu.

“Vic…”

Victoria memandang ke arah SeungHo.

“Em…boleh awak ceritakan kepada kami…apa yang terjadi sebenarnya?”Soal SeungHo.Semua yang berada di situ memandang ke arah Victoria.Mereka turut menantikan penjelasan daripada gadis itu.Victoria menelan air liur.Dia memandang ke arah G.O.Kelihatan lelaki itu tersenyum ke arahnya.

“Gwenchana.Kalau awak rasa susah nak cerita,kami takkan paksa.Lagipun…seboleh-bolehnya saya tak nak awak terganggu dengan kejadian semalam,”kata G.O,sambil memegang tangannya dengan erat.Kedengaran Victoria melepaskan nafas panjang.

“Em…sebenarnya saya pun tak faham.Saya dapat panggilan daripada seseorang yang saya tak kenal.Tapi dia kata…ada pelajar terkurung dalam bilik stor waktu dia tengah kemas barang.Jadi saya pun terus bergegas ke sana.”

“Bila saya sampai sana,pintu bilik stor tu..memang terkunci.Saya buka pintu tu dengan kunci yang saya ambil dari bilik persatuan pelajar.Tapi bila saya masuk…tak ada pun orang dekat sana.Dan tiba-tiba…”

Victoria menggenggam tangannya.Matanya mulai bergenang.

“Okey.Awak tak perlu teruskan.Kan saya dah cakap…awak tak perlu paksa diri awak,”kata G.O sambil memaut bahu Victoria dengan erat.Victoria mengesat air matanya yang mulai mengalir itu.

“Miane…saya…saya takut…”Kata Victoria,menundukkan wajahnya.

“Gwenchana.Saya minta maaf sebab tanya soalan ni,”kata SeungHo.Victoria tersenyum hambar ke arahnya sambil menggeleng.

“Tak apa.Saya yang takut…nak ceritakan semula pasal tu,”kata Victoria.Kedengaran Aron melepaskan keluhan berat.

“Aron betul-betul tak faham.Apa motif mereka buat semua tu?Sebelum ni…tak pernah pula ada orang berdendam dengan Noona sampai macam ni,”kata Aron.G.O menelan air liur.Wajahnya berubah keruh.Perubahan riak wajahnya itu disedari oleh YongHwa.

“Su Ji…tolong tengokkan Vic.Oppa nak keluar sekejap,”kata G.O,sebelum dia melepaskan tangan Victoria secara perlahan-lahan.Victoria memandang ke arahnya.

“Awak nak pergi mana?” Soal Victoria.

“Em…saya nak pergi beli makanan.Awak tak makan lagikan?” Soal G.O.

“Em…tapi merekakan dah bawakan makanan untuk kita?” Soal Victoria pula.

“Em…saya nak pergi beli jus.Tekak saya rasa kering,”kata G.O sambil tersenyum.Victoria tersenyum sambil mengangguk.

“Nanti saya datang balik,”kata G.O sambil mengusap lembut kepala Victoria.Dia kemudiannya beredar dari situ.

“Bertuah unni ada boyfriend macam ByungHee oppa,”kata Su Ji,sambil tersenyum.

“Kenapa?” Soal Victoria.

“Kali terakhir Su Ji tengok ByungHee oppa macam ni…adalah 3 tahun yang lalu,”kata Su Ji.Victoria terdiam.3 tahun yang lalu?MBLAQ yang mendengar kata-kata Su Ji itu turut tersenyum.

 

 

 

G.O memandang ke arah langit sambil melepaskan keluhan berat.

“Aron betul-betul tak faham.Apa motif mereka buat semua tu?Sebelum ni…tak pernah pula ada orang berdendam dengan Noona sampai macam ni.”

 

“Aku dah agak kau ada dekat sini,”kata YongHwa.G.O menoleh ke arahnya.YongHwa tersenyum nipis ke arahnya sebelum dia berjalan mendekati sepupunya itu.

“Wae?” Soal YongHwa.G.O mengeluh.

“Kau rasa….kejadian ni disebabkan oleh akukah?” Soal G.O,perlahan.YongHwa tidak segera menjawab pertanyaan lelaki itu.Dia tidak berani membuat sebarang andaian sekiranya tiada sesuatu petunjuk yang boleh dijadikan bukti.

“Mungkin ya…dan mungkin tidak.Selagi kita tak ada sebarang petunjuk…selagi tu kita tak boleh buat sebarang andaian,”kata YongHwa.

“Mungkin ni memang silap aku.Sepatutnya aku berhati-hati.Aku tak patut tunjukkan keakraban aku dengan Victoria,”kata G.O,menyesali perbuatannya sendiri.

“Ni bukan salah kau.Aku tak rasa apa yang kau buat ni salah.Kalau betul ni disebabkan mereka cemburu dengan hubungan kau dengan Victoria…mereka tu yang bodoh.Dan kau tak boleh terus berdiam diri.Kau patut buat sesuatu,”kata YongHwa.G.O terdiam.

“Buat masa ni…kita memang tak boleh tuduh siapa-siapa,”sambung YongHwa lagi.Dia memandang ke arah G.O.

“ByungHee yah…”

“Mungkin aku tak patut dekati dia dari awal lagi,”kata G.O,perlahan.

“Aku….aku Cuma tak nak hubungan aku..dengan Victoria..berakhir seperti yang terjadi 3 tahun yang lepas,”sambungnya lagi.YongHwa tidak membalas kata-kata sepupunya itu.Walaupun dia pernah tinggal di perantauan,namun dia tetap mengambil tahu mengenai perkembangan G.O dan keluarganya di Seoul itu.

“Kalau macam tu…kali ni kau mesti berani.Berani pertahankan hubungan kau dan Victoria.Jangan biarkan sejarah 3 tahun lepas berulang semula,”kata YongHwa sambil tersenyum.

“Lagipun…aku gembira tengok kau dah berubah sejak adanya Victoria,”sambung YongHwa lagi.G.O tersenyum hambar.

“Tiba-tiba aku rasa…kenapalah aku mesti pilih jalan macam ni?Kalau aku bukannya orang yang bukan dikenali ramai,mungkin orang lain tak ingin langsung nak ambil tahu pasal aku.Aku rasa…aku lebih idamkan kehidupan yang bebas macam tu,”kata G.O.

“Takkan kau nak putus asa? Kan kau juga yang cakap yang kau nak jadi macam Rain Sunbaenim.Sebab tulah kau pilih jalan macam ni,”kata YongHwa.Riak wajah G.O berubah sebaik sahaja mendengar nama Rain meniti pada bibir YongHwa itu.

“Rain Hyung…”

“Aku tak tahu macam mana nak ceritakan pasal hal ni dengan dia.Dia mesti tak bersetuju,”kata G.O,perlahan.

“Kau patut cuba,”kata YongHwa.

“Aku rasa…kalau kau dapat buktikan kepada dia yang kau tetap boleh fokus dengan kerjaya kau walaupun ada hubungan dengan Victoria,aku yakin dia takkan halang hubungan kau.Sebab aku pun rasa…kau masih boleh bahagikan masa kau dengan baik.Kau ada masa untuk belajar… berlatih…dan juga ada masa untuk Victoria.Jadi,apa yang tak kenanya dekat situ?” Soal YongHwa.G.O tersenyum.

“Kan bagus kalau Rain Hyung berfikiran macam kau.Tak adalah aku nak resah gelisah macam ni,”kata G.O.YongHwa turut tersenyum.

“Walau apa pun tindakan kau,aku akan sokong.Asalkan kau dengan Victoria tetap dapat bersama,”kata YongHwa sambil menepuk bahu G.O.G.O tersenyum.

“Aku dah berjanji dengan diri aku sendiri…yang aku akan lindungi dia walau apa pun terjadi.Semestinya aku akan tepati janji aku sendiri,”kata G.O.

“Kalau kau perlukan bantuan,kami ada.Kalau apa-apa jadi dengan Victoria,aku akan rampas Victoria dari kau,”kata YongHwa,sengaja mengusik.

“Yah Jung YongHwa!”

 

 

 

Victoria memandang ke arah G.O yang sedang menyapukan ubat pada luka di pergelangan tangannya itu.Lelaki itu kelihatan kusyuk sekali.Dia begitu berhati-hati ketika meletakkan ubat pada luka di pergelangan tangan Victoria itu.

“Saranghae…”

G.O memandang ke arahnya.Kelihatan Victoria sedang tersenyum ke arahnya.

“Bwo?”

“SARANGHAE…JUNG BYUNGHEE…”

Victoria mengulangi kata-katanya.G.O tertawa kecil.

“Kenapa ni?Tiba-tiba sahaja,”balas G.O sambil menyambung meletakkan ubat pada pergelangan tangan Victoria itu.Victoria pula terus memandang ke arah lelaki itu.

 

“Oppa pernah kecewa dengan cinta pertama dia 3 tahun yang lepas.Waktu tu memang nampak sangat yang oppa terlalu sayangkan perempuan tu.Perempuan tu pun…pada Su Ji…dia memang baik.Dia bukan saja baik terhadap ByungHee oppa.Dia juga rapat dengan Su Ji dan SungJe oppa.”

“Jadi waktu tu…kami anggap yang…mungkin perempuan tulah yang akan jadi cinta pertama dan terakhir untuk oppa.Walaupun waktu tu umur oppa masih muda,tapi…dia sangat matang.”

“Sehinggalah satu hari tu…oppa dapat tawaran untuk menjadi trainee di Jtune Camp.Bermula dari saat tu…semuanya berubah…”

 

“Awak macam tak suka saja saya cakap yang saya sayangkan awak?” Soal Victoria.

“Bukan tak suka.Cuma…tiba-tiba.Awak fahamkan?” Balas G.O.

“Doktor kata…awak mungkin boleh keluar hospital esok,”sambung G.O lagi sebelum dia meniup pergelangan tangan Victoria yang sudah disapu ubat itu.G.O memandang ke arah Victoria.

“Wae?” Soal G.O.Dia tergamam apabila Victoria memeluk tubuhnya dengan erat.

“Saya takkan tinggalkan awak…Jung ByungHee,”kata Victoria sambil memperkemas pelukannya terhadap G.O itu.

“Vic?”

Victoria melepaskan pelukannya sebelum dia memandang ke arah G.O.Bibirnya menguntum senyuman manis sambil mengusap lembut pipi lelaki itu.

“Awak tak perlu risau apa-apa pasal saya.Yang penting awak mesti fokus dengan cita-cita awak.Saya akan sentiasa berada di sisi awak.Tu janji saya pada awak,”kata Victoria.

“Saya tak faham apa awak cakap ni…”Kata G.O,masih terkejut dengan kata-kata Victoria itu.

“Apa yang saya cuba sampaikan sebenarnya adalah saya Cuma nak cakap yang saya sayangkan awak.Takkan tu pun awak tak faham?” Soal Victoria.

“Saya Cuma…”

G.O terkejut apabila Victoria mengucup bibirnya tanpa menunggu dia menghabiskan kata-katanya.Matanya terbuka luas.Fikirannya menjadi kosong.Tubuhnya menjadi kaku.Victoria tersenyum dalam kucupannya sebelum dia merangkul leher lelaki itu dengan erat.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/