Chap 6

Hate You Love You

G.O melangkah keluar dari bilik air sambil membiarkan tuala kecil berwarna putih di atas kepalanya yang basah itu.Niatnya untuk melabuhkan punggung di atas katil tertangguh seketika apabila terdengar bunyi ketukan pada pintu biliknya itu.

“Dah tidurkah?” Soal Sung Je yang muncul pada muka pintu itu.

“Belum lagi,”jawab G.O sambil melabuhkan punggung di atas katil.Sung Je sekadar tersenyum nipis sambil melangkah masuk ke dalam bilik tidur adik lelakinya itu.Dia kemudiannya meletakkan kertas putih yang berada dalam pegangannya itu di atas meja G.O.

“Jadi...macam mana,Hyung?” Soal G.O,ingin mengetahui pendapat daripada abangnya itu.Sung Je menoleh ke arahnya sambil tersenyum.

“Okay.Hyung suka dengan lagu ni,”kata Sung Je sambil berjalan menuju ke arah katil G.O sebelum dia turut mengambil tempat di sebelah adik lelakinya itu.G.O tersenyum mendengar pujian daripada abang sulungnya itu.

“Betul ni?Hyung jangan sengaja puji sebab nak sedapkan hati ByungHee saja tau,”kata G.O,ragu-ragu dengan pujian daripada Sung Je itu.

“Haih...kalau Victoria pun dah tersenyum baca not lagu ByungHee tu...mestilah sedap,”kata Sung Je,sambil tersenyum nakal.Mata G.O terbuka luas sebaik sahaja Sung Je menghabiskan kata-katanya.Pantas sahaja dia menoleh ke arah Sung Je.Sung je sekadar tersenyum.

“Apa?!Victoria nampak kertas tu?Ta...tap..tapi..macam mana?” Soal G.O,terkejut.Sung Je tertawa kecil melihat reaksi G.O yang kelihatan lucu itu.

“Yah~~~kenapa resah gelisah sangat ni?”Soal Sung Je pula.Dia meletakkan jari telunjuk pada bibirnya sambil berfikir sesuatu.

“ByungHee dengan Victoria ada apa-apakah?Yelah...tak pernah Hyung tengok G.O MBLAQ Main Vocal...menggelabah macam ni hanya kerana perempuan?”Sung Je sengaja mengusik.G.O menelan air liur sebelum dia mengalihkan wajahnya daripada Sung Je.

“Mana ada.ByungHee Cuma...yah...kan ByungHee dah pesan jangan letak kertas tu merata-rata.ByungHee tak sukalah,”kata G.O,tidak puas hati.Sung Je tertawa besar sambil memaut bahu adik lelakinya itu.G.O sekadar mencebik.

“Kalau betul pun ada apa-apa dengan Victoria...apa salahnya?Hyung tengok dia pun nampak okay saja,”kata Sung Je.

“Macam mana Hyung tahu dia okay atau tak?Hyung baru saja jumpa dengan dia tadi,”kata ByungHee,masih enggan menoleh ke arah Sung Je.Sung Je tersenyum sambil melepaskan pautan tangannya daripada bahu G.O itu.

“Dia tu....bekas pekerja Ji Hoon Hyung kan?” Soal Sung Je,inginkan kepastian.G.O menoleh ke arah Sung Je.

“Macam mana Hyung tahu?” Soal G.O.

“Ji Hoon Hyung yang beritahu Hyung siang tadi.Katanya...permintaan khas daripada Tuan Muda Jung ByungHee,”kata Sung Je sambil tersenyum.

“Aish...Ji Hoon Hyung pun satu...” G.O mencebik.Sung Je pula sekadar memandang ke arahnya.

“ByungHee Cuma...aish...tempat tu tak sesuai untuk dia.Hyung pun tahukan Monalisa Night Club tu macam mana?Kalau apa-apa jadi dekat dia kan susah?Padahal ada banyak saja kerja lain dekat luar tu...tapi dia nak juga pilih tempat macam tu,”kata G.O.

“Kalau dia tak bekerja di Monalisa...tak adalah ByungHee nak ambil dia bekerja di sini kan?Tulah namanya takdir,”kata Sung Je sambil menepuk belakang G.O.

“Ish...malaslah nak cakap dengan Hyung ni,”kata G.O sambil bangun dari katilnya itu.Sung Je sekadar ketawa.

“Kalau betul dah suka tu...cakap sajalah.Bukannya susah pun,”kata Sung Je sambil membaringkan diri di atas katil.G.O tidak segera membalas kata-kata abangnya itu.Sebaliknya dia lebih selesa mengeringkan rambutnya yang masih basah dengan tuala putih itu.

“Jangan pula jadi macam Hyung . Menyesal nanti,”kata Sung Je sambil tersenyum nipis.G.O masih lagi membisu.

“Kalau Hyung dah tahu yang Hyung akan menyesal...kenapa Hyung tetap buat macam tu?” Soal G.O ,masih tidak memandang ke arah Sung Je.

“Sebab...Hyung...bodoh?” Balas Sung Je,perlahan.G.O memandang dirinya sendiri pada cermin.Sung Je pula terus memandang ke arahnya.

“Appa yang kejam...”Balas G.O,perlahan.

“ByungHee yah...”

G.O menoleh ke arah Sung Je.

“Sampai bila Hyung nak ikut telunjuk appa?Kalau appa suruh Hyung terjun bangunan pun..Hyung akan buatkah?” Soal G.O,tidak puas hati dengan sikap Sung Je itu.

“Kalau untuk kebaikan perniagaan keluarga kita...tak apa kan?” Soal Sung Je pula.G.O pula sekadar tersenyum sinis sambil menggelengkan kepalanya.

“Sebab tu ByungHee malas nak cakap dengan Hyung,”kata G.O.Sung Je tersenyum.

“Jadi...ByungHee beranilah nak lawan cakap appa ni?” Soal Sung Je.G.O tidak segera menjawab.

“Hyung rasa ByungHee takkan menghadapi masalah yang sama macam Hyung.Sebab ByungHee kan tak terlibat dengan perniagaan keluarga kita,”kata Sung Je sambil tersenyum.

“Jadi...memandangkan Victoria dah ada depan mata tu...janganlah buat-buat tak nampak pula,”kata Sung Je,tidak jemu mengusik.

“Yah Hyung!!!”

Sung Je segera melangkah keluar dari bilik ByungHee sambil ketawa terbahak-bahak.

“Aish,jinja....”ByungHee menahan geram.Entah mengapa wajahnya terasa panas.Mujurlah Sung Je sudah pun beredar.Kalau tidak...

“Hyung nampak tu...”

“Yah Jung Sung Je!!!”

 

 

Sekolah Menengah Tinggi Seoul

 

Victoria kelam kabut berlari menuju ke bumbung bangunan sekolah sambil membawa cappuccino yang dipesan oleh G.O itu.Dia perlu cepat berjumpa dengan lelaki itu sebelum menghadiri mesyuarat persatuan pelajar yang akan bermula sebentar lagi.Dia kemudiannya mendekati ke arah G.O yang sedang berbaring di atas bangku sambil memakai headphone di kepalanya itu.Tanpa berlengah lagi,dia meletakkan cappuccino itu di atas bangku sebelum dia beredar meninggalkan lelaki tersebut.

“Yah!”

Victoria menoleh ke arah G.O.

“Apa dia?”Soal Victoria,tidak sabar untuk beredar dari situ.

“Awak nak pergi mana tu?” Soal G.O.

“Aish awak ni.Saya ada kerjalah nak buat.Asalkan saya dah hantarkan cappuccino sudahlah,”balas Victoria.

“Siapa yang suruh awak pergi?Mari sini,”kata G.O,selamba.

“Saya ada kerja lain ni,G.O.Kalau awak nak saya buatkan kerja lain,boleh tak awak suruh lepas saya habiskan mesyuarat pelajar tu?” Soal Victoria.

“Aniyo.Mari sini,”kata G.O,tetap berdegil.Mahu tidak mahu,Victoria terpaksa patuh kepada arahan lelaki itu.

“Okey.Apa dia?”

G.O memandang ke arah Victoria sambil tersenyum.

“Tolong urutkan kaki saya.Kaki saya crampla...penat berlatih semalam,”kata G.O.Mata Victoria terbuka luas sebaik sahaja mendengar kata-kata G.O itu.

“Apa?!”

“Saya cakap urutkan kaki saya.Tu pun awak tak dengarkah?” Sekali lagi G.O mengulangi kata-katanya itu.Victoria memandang tajam ke arah G.O sambil mengetap bibirnya.

“Woo...kenapa pandang saya macam tu?”Soal G.O sambil tersenyum.Victoria kemudiannya terus menundukkan tubuhnya di hadapan G.O sebelum dia meletakkan tangannya di atas kaki G.O.G.O tergamam dengan tindakan daripada gadis itu.Tanpa berlengah lagi,dia terus mengurut kaki G.O dengan kasar.

“Ouch!Ouch! Sakitlah!” Jerit G.O,kesakitan.Victoria tersenyum sinis.

“Kenapa ni?Sakitkah?Kat mana sakit?Mari saya urutkan,”kata Victoria sambil tersenyum.G.O berasa sedikit gerun dengan perubahan sikap Victoria yang tiba-tiba itu.

“Dekat sinikah?Atau dekat sini?” Soal Victoria sambil mengurut kaki G.O dengan kuat.Sekali lagi G.O mengaduh kesakitan.

“Victoria,lepaskan!Sakit!” Jerit G.O.Victoria ketawa melihat reaksi G.O yang kesakitan itu.

“Padan muka.Awak ingat senang nak buli saya?Saya boleh buli awak baliklah,”kata Victoria,sambil ketawa.G.O menggosok kakinya yang kesakitan.

“I see...” G.O kemudiannya bangun sambil tersenyum.Victoria turut berdiri.Dia berasa hairan apabila melihat G.O yang sedang berjalan ke arahnya sambil tersenyum.Victoria berundur beberapa langkah ke belakang.

“Yah...apa yang awak nak buat ni?”Soal Victoria.G.O sekadar tersenyum ke arahnya tanpa menjawab pertanyaan daripada gadis itu.Victoria kemudiannya cuba melarikan diri daripada lelaki itu sebelum tangannya digenggam oleh G.O.Victoria memandang ke arahnya.

“Awak nak pergi mana,Vic?” Soal G.O sambil tersenyum.Victoria cuba melepaskan tangannya daripada genggaman G.O yang erat itu.Victoria memandang ke arahnya.

“Lepaskan tangan saya atau saya jerit,”ugut Victoria.

“Uuu...takutnya saya,”kata G.O.

“Kalau awak tak lepaskan tangan saya dalam kiraan 3...saya akan jerit...”Kata Victoria.G.O sekadar tersenyum.

“1...”

G.O masih lagi memandang tepat ke arah anak mata Victoria.

“2...”

Victoria menelan air liur.

“Saya akan jerit betul-betul...”Kata Victoria.

“Jeritlah...”Kata G.O,selamba.

“Ti...”

Victoria terkejut apabila G.O segera mengucup bibirnya sebelum sempat dia menghabiskan kiraannya itu.Dia cuba untuk melepaskan dirinya daripada G.O namun tubuhnya ketika itu sedang dipeluk erat oleh lelaki itu.

“G...”Victoria bersungguh-sungguh mahu melepaskan dirinya daripada pelukan dan kucupan lelaki itu.Namun,G.O sengaja mengeratkan pelukannya terhadap gadis itu sehingga membuatkan Victoria tidak terdaya lagi untuk melawan.Perlahan-lahan,dia memejamkan matanya.Tidak lama selepas itu,G.O menjauhkan wajahnya daripada Victoria.Wajah Victoria itu ditatapnya.Victoria membuka matanya secara perlahan-lahan.G.O mendekatkan wajahnya ke arah Victoria sekali lagi namun Victoria segera mengalihkan wajahnya daripada G.O.G.O tersenyum.Tangan gadis itu dilepaskannya.

“Awak kata ada kerjakan tadi?Baik awak pergi sebelum terlambat,”kata G.O sambil tersenyum.Dia kemudiannya mengambil cappuccino dari atas bangku sebelum dia beredar meninggalkan Victoria di situ.Victoria terduduk di situ sebaik sahaja kelibat G.O sudah tidak lagi kelihatan di situ.Matanya terbuka luas,sedikit pun tidak berkedip.Perlahan-lahan,dia menyentuh bibirnya yang merah itu.Entah mengapa wajahnya terasa panas.Dia terus terduduk di situ tanpa menyedari waktu yang sedang berjalan itu.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/